Saturday, November 19, 2011

ROGOL ..ZINA KERAP BERLAKU...UNDANG2 ALLAH TETAP DIKETEPIKAN....AKHIR ZAMAN NAK CARI SUAMI BERIMAN LAGI TAKWA MEMANG SUSAH...BEGITU JUGA WANITA SOLEHA DAN TAKWA....

Arroyo ditangkap polis

ARROYO duduk di atas kerusi roda semasa beliau dilarang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila pada Selasa lalu.


MANILA - Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.
Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut.
Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher.
Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara.
Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang.
Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah.
"Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu.
"Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan.
"Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama.
Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu.
Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina.
Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku.
Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini.
De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital.
Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan.
Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan.
Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas. - Agensi


Wanita rakam nahas terkejut mangsa suami

SEREMBAN: Seorang wanita yang merakam gambar kemalangan terkejut apabila menyedari mangsa adalah suaminya yang maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Razak Abdul Rahman, 41, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum digilis lori.

Jurucakap polis berkata, isteri mangsa, Salwana Ibrahim, 38, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang memberhentikan kenderaan selepas melihat kesesakan teruk di jalan terbabit.
“Bagaimanapun, sebaik asyik merakam gambar kemalangan itu, Salwana dikejutkan dengan penemuan topi keledar suaminya. Ketika itu dia menyedari mangsa kemalangan itu suami yang dikahwininya hampir 17 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Bahau dalam perjalanan ke rumahnya di Seremban Selatan, di sini, dirempuh sebuah kereta sebelum digilis lori tidak bermuatan.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergesel sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berhampiran kilang MCIS menyebabkan mangsa terperosok ke bawah lori dan mati di tempat kejadian kerana parah di muka dan kepala.

“Bagaimanapun, polis kini mengesan pemilik kereta terbabit yang melarikan diri sebaik melanggar mangsa,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, adik mangsa, Rashid Abdul Rahman, 37, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan kakak iparnya dan bergegas ke hospital.
“Kami sekeluarga reda, mungkin Allah lebih menyayanginya,” katanya. Rashid berkata, mangsa anak kelapan daripada sembilan adik beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seremban Selatan, di sini, semalam.


Pembunuh budak ke tali gantung



JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Singapura dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas didapati bersalah membunuh anak tiri seorang lelaki warga Thailand, Siwakorn Sukuntha, 7, yang meninggal dunia akibat dipukul dan dibakar kemaluannya menggunakan pemetik api, tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan, menjatuhkan hukuman itu terhadap Shawal Senin, 35, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

“Selepas pertimbangkan semua perkara, saya dapati pihak pendakwaan berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah dan keterangan tertuduh berhubung punca kematian simati diragui dan sukar percayai.
“Dengan ini, tertuduh didapati bersalah seperti didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bagi seksyen itu, saya tidak punyai pilihan lain kecuali hukuman mati mandatori dan tarikh serta waktu hukuman akan ditetapkan,” katanya.

Tertuduh yang berbaju hitam sepanjang penghakiman kelihatan tenang tanpa sebarang bicara, malah reaksi sama turut diberikan tertuduh sejurus hukuman mati dijatuhkan ke atasnya.

Shawal dituduh menyebabkan kematian Siwakorn di rumah beralamat 08-04 Blok A, Kondominium Pulai View, Taman Kobena, dekat Tampoi, antara jam 9 malam 24 Disember 2008 hingga jam 1 tengah hari 27 Disember 2008.

Mengikut fakta kes, mangsa dipukul tertuduh menggunakan penyangkut baju, tukul dan wayar selain membakar kemaluan mangsa menggunakan pemetik api hingga cedera parah di badan dan kemaluannya. Selain itu, tertuduh mengugut membunuh ibu mangsa dan memukulnya ketika wanita berkenaan cuba menghalang tertuduh melakukan penderaan terhadap mangsa. Shawal yang tidak bekerja ditahan pada 28 Disember 2008 selepas pakar forensik Hospital Sultanah Aminah (HAS), mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat

Dinoda 2 lelaki

Oleh Zarina Abdullah
am@hmetro.com.my

JERTIH: Kepulangan seorang pelajar berusia 16 tahun dari Kota Bharu, Kelantan untuk melawat dan bercuti di rumah neneknya berakhir tragedi apabila dirogol dua lelaki sebaik tiba di kampung berkenaan pada awal pagi 11 November lalu.
Mangsa yang belajar di sebuah sekolah agama di Kota Bharu tinggal bersama keluarganya di Kampung Lepar Limbat, Kota Bharu dan dihantar pulang oleh teman lelakinya ke kampung neneknya pada hari kejadian.

Ketika ditinggalkan pada jam 2.20 pagi di tepi jalan, mangsa yang berjalan kaki menuju ke rumah neneknya di Kampung Beris, Alor Pisang, Kuala Besut tiba-tiba didekati seorang pemuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan berpura-pura bertanyakan ke mana destinasi mangsa.

Beliau berkata, apabila mangsa enggan melayan, suspek mengugut mangsa dengan mengatakan dia tahu dengan siapa mangsa keluar dan akan memberitahu keluarga, terutama neneknya mengenai tindakan mangsa keluar bersama teman lelaki hingga awal pagi.

Katanya, suspek memberikan syarat yang mangsa perlu melakukan hubungan seks dengannya jika tidak mahu rahsianya keluar bersama teman lelaki terbongkar.


“Akibat bimbang suspek membongkar rahsianya yang sering dihantar pulang ke rumah neneknya oleh teman lelaki, mangsa bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suspek.

“Pada masa sama, seorang rakan suspek tiba di tempat berkenaan dan membawa mangsa ke rumah kosong berdekatan rumah nenek mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek di atas pasir di tepi rumah kosong berkenaan dengan disaksikan rakannya itu.

“Tidak lama selepas itu, suspek memanggil seorang rakan lain yang kemudian turut merogol mangsa di tempat sama sambil disaksikan seorang lagi rakan suspek sebelum mangsa dihantar tiga suspek terbabit pulang ke rumah neneknya,” katanya.

Menurutnya, mangsa menceritakan musibah yang berlaku kepada neneknya lima hari selepas kejadian sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, 16 November lalu.

Katanya, susulan laporan itu, tiga suspek berasal dari Kuala Besut dicekup di rumah masing-masing pada petang hari sama dan mereka direman seminggu bermula kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
berganda di beberapa anggota badan dipercayai didera.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan dan Jasmee Hameeza Jaafar, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Amy Law.


5 ratu cantik diberi kaunseling

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
 
KUCHING: Gara-gara mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan bersaing di pertandingan akhir, lima peserta Ratu Cantik Borneo (MBB) beragama Islam diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam di Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), semalam.
Kelima-lima peserta beragama Islam terbabit, Melatie Melissa, 22, Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21, Adira Kamil, 23, Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, dipanggil selepas penampilan mereka menimbulkan rasa kurang senang terutama umat Islam yang kemudian membuat aduan kepada Jais.

Pertemuan itu turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.
Abang Shamsudin berkata, Jais menerima aduan hampir setiap hari mengenai penganjuran pertandingan berkenaan sebelum ini dan memutuskan untuk memanggil peserta beragama Islam bagi memastikan mereka memahami hukum syarak.

Katanya, pihaknya tidak menghalang penganjur meneruskan pertandingan berkenaan malam ini (malam tadi) kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta Islam memikirkan semula kedudukan mereka.

“Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kami tidak boleh mengambil tindakan terhadap penganjur MBB berdasarkan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam, terutamanya ibu bapa sendiri.

“Pada sesi berkenaan, kami memberi penerangan mengenai aurat wanita kepada lima peserta terbabit dan pada masa sama tidak memaksa mereka menarik diri berikutan situasi umat Islam di Sarawak agak berbeza,” katanya.

Difahamkan, penganjuran MMB menjadi perhatian selepas ia mendapat publisiti meluas media tempatan dan pada masa sama timbul bantahan pihak tertentu yang mendakwa peserta akan memakai pakaian renang pada malam pertandingan akhir.
Sementara itu, seorang peserta, Adira dari Kuching, mendakwa mereka diberi layanan baik oleh penganjur pertandingan, Alaric Soh, selain diminta tidak memakai pakaian yang boleh mencetuskan kontroversi.

“Kebanyakan pakaian peserta pertandingan ini adalah pakaian biasa dan Alaric sudah memaklumkan supaya peserta tidak terlalu menonjolkan imej seksi, selain tiada syarat menetapkan kami perlu memakai pakaian renang.

“Saya mendapat sokongan kuat daripada rakan dan keluarga bagi menyertai MBB dan orang ramai sebenarnya beranggapan negatif apabila kami memakai pakaian yang dikatakan seksi sehingga timbul isu seperti ini,” kata graduan perakaunan itu.

Difahamkan, daripada 200 permohonan, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam dan hanya lima dipilih penganjur MBB.


Remaja ancam bunuh diri elak tubuh terus ‘diratah’



KAJANG: Ancaman seorang remaja perempuan ingin membunuh diri dengan menikam perutnya menggunakan pisau berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus menjadi tawanan dan pemuas nafsu beberapa lelaki di sebuah rumah kedai, di bandar Kajang, kelmarin.
Remaja berusia 19 tahun itu yang terdesak melarikan diri selepas dua kali diperkosa teman lelaki dan rakan bertindak berani mengambil pisau di dapur sebelum berlakon seolah-olah ingin menikam perut jika mereka enggan membebaskannya segera.

Semua suspek berusia 20-an yang panik dengan tindakan luar jangkaan itu akur dengan ugutan mangsa sebelum membuka pintu dan membiarkan mangsa melarikan diri.
Menurut sumber, suspek yang masih tidak berpuas hati cuba mengejar mangsa namun berpatah balik apabila melihat kereta peronda polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan menghampiri mangsa.

“Sengsara mangsa selepas beberapa jam dijadikan ‘hamba seks’ suspek berakhir sebaik sahaja dia diselamatkan polis yang membawanya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan dan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa.

“Malah suspek menyedari kehadiran polis turut melarikan diri selepas panik melihat mangsa diselamatkan pihak berkuasa,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu sumber berkata, remaja malang terbabit pada mulanya diajak keluar makan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam tanpa mengesyaki niat keji suspek terhadapnya.

“Suspek menjemput mangsa dengan motosikal di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri, sebelum terus membawanya ke Kajang dengan alasan ingin keluar makan bersama.
“Bagaimanapun, dia mula berasa pelik apabila temannya itu melencong ke tempat lain sebelum berhenti di sebuah rumah kedai,” katanya.

Sumber berkata, syak sesuatu tidak kena, mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek menariknya masuk ke dalam rumah itu.

“Suspek seterusnya memaksa mangsa untuk masuk ke dalam bilik dan mengugut untuk mencederakannya jika mangsa enggan menuruti permintaannya.

“Sebaik masuk, suspek yang tidak dapat menahan gelora nafsu merogol mangsa walaupun dia merayu berkali-kali supaya tidak dinodai,” katanya.

Katanya, selepas puas ‘meratah’ tubuh mangsa, seorang lagi rakan suspek masuk ke dalam bilik berkenaan dengan niat yang sama.

“Mangsa sekali lagi dipaksa melayani kehendak seks lelaki itu yang mengugut akan mencederakannya jika enggan mengikut kemahuan suspek.

“Selepas puas meratah tubuh mangsa, suspek terus keluar dan menyuruh seorang lagi rakannya masuk ke dalam bilik itu,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan terus dijadikan tempat pemuas nafsu, dia akhirnya nekad melawan dan menolak suspek sehingga terjatuh sebelum berjaya keluar dari bilik berkenaan dan berlari menuju ke dapur.

“Dia lantas mencapai pisau menyebabkan teman lelaki dan rakannya tersentak dan berusaha untuk mendapatkannya menyebabkan mangsa mengugut untuk membunuh dirinya.

“Panik dengan tindakan mangsa, seorang daripada mereka membuka pintu rumah berkenaan sebelum mangsa melarikan diri ke jalan utama,” katanya.

Derita mangsa berakhir apabila terserempak dengan kereta peronda polis yang membuat rondaan rutin sebelum dia di bawa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Demi cinta sanggup biar anak mati didera kekasih



JOHOR BAHRU: Baru dua bulan berkenalan dan tinggal bersama, perasaan cinta terhadap teman lelakinya itu menyebabkan seorang ibu tidak menghalang lelaki berkenaan bertindak ganas dengan mendera anak sulungnya hingga meninggal dunia, kelmarin.
Difahamkan, wanita berusia 30-an itu hilang arah selepas suaminya dikatakan pulang ke India sejak kira-kira dua tahun lalu, menyebabkannya tidak bekerja lalu berkenalan dengan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu dipercayai mengambil keputusan mengikut teman lelakinya itu dan tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Hang Tuah 5, Taman Skudai Baru di sini, sejak lebih dua bulan lalu bersama mangsa dera, K Shatis, tiga tahun dan anak bongsunya, 11 bulan.
Bagaimanapun, pilihan wanita itu nyata silap apabila lelaki itu bukan saja dikatakan kuat minum minuman keras, malah mendera anak sulung teman wanitanya itu dan enam anak lelakinya sejak mereka tinggal bersama.

Dalam perkembangan lain, Shatis disahkan meninggal dunia di rumah itu akibat kecederaan berganda di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa, K Shatis, meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Selain itu, katanya, terdapat beberapa kesan dipercayai dera di badan mangsa dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan sejak bilakah mangsa dan semua kanak-kanak lain itu didera lelaki berkenaan.

Katanya, terdapat kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa dan pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian


Lelaki jatuh siling, wanita baju terbalik



GEORGETOWN: Tindakan seorang lelaki melarikan diri dengan memanjat siling bilik untuk mengelak dicekup gagal selepas dia jatuh tersungkur ke lantai dan mengalami kecederaan dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Lebuh Chulia, di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 18 tahun itu bertindak demikian selepas terkejut dengan kehadiran sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.40 malam yang membuat serbuan dan pemeriksaan.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, ketika pintu bilik diketuk, pegawai penguat kuasa agama terdengar bunyi bising serta dentuman kuat dari dalam seperti bunyi ada orang cuba melarikan diri.
Beliau berkata, selepas menunggu beberapa minit dan pintu dibuka, pihaknya menemui lelaki berpakaian lengkap terduduk di lantai dalam keadaan tangannya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, turut ditemui serpihan siling bertaburan di lantai selain singki turut pecah sehingga menyebabkan air melimpah ke lantai.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui seorang gadis berusia 18 tahun yang memakai baju dalam keadaan terbalik.

“Selain itu, turut ditemui seluar dalam wanita dipercayai milik gadis berkenaan yang dibaling ke atas siling bagi mengelak dirampas dan pemeriksaan mendapati kedua-duanya pelajar di sebuah politeknik,” katanya.

Khairul Azman berkata, kedua-duanya ditahan dan seluar serta baju dalam milik gadis itu dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.
“Sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Upah samseng belasah isteri

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Suami setan. Itu gelaran yang layak diberi kepada seorang lelaki berusia 35 tahun kerana bukan sahaja mengupah samseng membelasah isterinya malah wanita itu turut dilarikan sehingga ke Betong, Thailand gara-gara perselisihan faham antara mereka.
Akibat kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Arina, 31, cedera di rusuk, dada dan tangan selain tekanan mental yang melampau.

Menurutnya, siri kesengsaraan hidupnya bermula pada 22 Oktober lalu, apabila dia menerima ugutan daripada seorang rakan suaminya malah diserang lelaki berkenaan dua hari kemudian ketika berada di tempat letak kereta di kediamannya di Jalan Sri Hartamas.
Ketika itu, katanya, suaminya itu bertindak sebagai penyelamat dan bagi membantunya keluar dari masalah, dia dibawa ‘ bercuti’ ke Seremban pada malam kejadian.

“Suami memaklumkan kami hanya akan berada beberapa jam di Seremban sebelum pulang ke rumah tetapi secara paksa saya dibawa ke Mersing, Johor pula.

“Meskipun saya merayu diberi rawatan dulu kerana kecederaan akibat diserang itu, dia tidak mempedulikan saya dan ketika itu, baru menyedari ia adalah rancangan kotornya,” katanya kepada Harian Metro, di sini semalam.

Beliau berkata, selepas bermalam sehari di selatan tanah air, dia dilarikan ke Kelantan pula keesokan harinya dan ketika itu dia cuba melarikan diri tetapi gagal selepas ditarik masuk ke dalam kereta sebelum kepalanya dihentak pada cermin kereta.

Katanya, selepas dua hari di Kelantan, dia dibawa balik ke Kuala Lumpur dan dalam perjalanan pulang, suaminya bersetuju untuk berpisah secara baik serta tidak akan menderanya lagi.
Bagaimanapun, katanya, janji hanya tinggal janji selepas lelaki itu ‘menculiknya’ semula dengan bantuan dua pengawal peribadi ke lokasi tidak diketahui selain telefon bimbitnya dirampas.

“Dalam perjalanan itu, kami singgah di kawasan Mont Kiara dan dengan alasan ingin ke tandas, saya cuba untuk melarikan diri tetapi gagal.

“Saya diheret sejauh 50 meter ke kereta dan apabila orang ramai cuba untuk menolong, suami menggunakan kuasanya sebagai suami untuk menghalang pertolongan dan saya dihumban ke dalam kereta,” katanya.

Arina berkata, perjalanan diteruskan ke kawasan selatan tanah air semula dan ketika berhenti di kawasan Senawang untuk berehat, mangsa cuba nasib sekali lagi melarikan diri namun selepas ditangkap, dia dipukul sehingga pengsan dan hanya sedarkan diri selepas sampai di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Katanya, pada 30 Oktober dia menyedari kenderaan dinaikinya sudah sampai di kawasan hulu Kedah dan nampak suaminya mengatur urusan menyeludupnya ke Betong, Thailand.

“Di sana, saya dikawal rapi oleh konco suami dan setiap hari saya akan dibelasahnya sehingga menjadi lemah untuk melawan.

“Pada 3 November, saya dibawa keluar dari Betong, Thailand sebelum dibawa ke Kuala Terengganu dan keesokannya dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Sebaik sampai di rumah, saya dilarang menghubungi sesiapa termasuk ahli keluarga dan rakan kerana bimbang kesengsaraan saya akan diketahui orang lain,” katanya.

Menurutnya, selepas dikurung hampir seminggu, mangsa menggunakan kesempatan ketika suaminya keluar untuk melarikan diri dan membuat laporan polis di balai polis berdekatan untuk mendapat perlindungan pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan untuk menjejaki suami mangsa

No comments:

Post a Comment