Monday, January 30, 2012

QURAN DIBUANG BEGITU HINA...BAGAIMANA HUKUM2NYA DIBUANG..TAK GUNAKAN..ADAKAH TAK SAMA...KE...JAWABLAH DIHADAPAN ALLAH NANTI...BILA AKHIR2 ZAMAN ALLAH TARIK MALU WANITA....SELAIN ALLAH TARIK KHUSYUK DALAM SOLAT...

Al-Quran dibuang dalam guni

Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.


JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.
Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.
Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.
Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

Nelayan tenggelam bersama bot


Johari bersalaman dengan mangsa-mangsa bot karam yang selamat pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina di Kuala Kedah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Hanya kerana mahu menyelamatkan barang miliknya di kabin sebuah bot pukat tunda, seorang pesara tentera mati lemas kerana tidak sempat memakai jaket keselamatan selepas bot dinaikinya karam di perairan Yan dekat Pulau Songsong di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa, Ahmad Radzi Ghazali, 58, mati lemas tidak berapa lama selepas bot itu tenggelam. Bagaimanapun, 19 lagi iaitu seorang tekong dan 18 nelayan berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan tempatan setengah jam selepas bot itu karam.
Tekong bot nelayan Zon C terbabit, Mohd. Ismail Hashim, 55, berkata, bot dinaikinya karam ketika mereka dalam perjalanan pulang menuju ke Jeti Kuala Kedah selepas memperoleh hasil tangkapan ikan melebihi tujuh tan.
"Ketika berada pada kedudukan kira-kira 20 nautika dari Kuala Kedah, laut mula bergelora dan angin kencang sebelum disusuli satu ombak besar menghempas bot kami.
"Akibat pukulan ombak itu, bot kami terus dimasuki air dan ketika itu saya arahkan semua awak-awak menyelamatkan diri dengan memakai jaket keselamatan dan berpaut pada boya keselamatan," ceritanya.

Rumah teres tempat sembunyi pelacur


Rumah tiga tingkat yang dijadikan tempat persembunyian pelacur warga asing di Pandan Perdana, Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA – Tindakan 26 pelacur yang enggan membuka pintu rumah hanya bertahan setengah jam sebelum kesemua wanita itu diberkas selepas polis berjaya memecah masuk rumah yang dijadikan tempat persembunyian warga asing itu semalam.
Ketika serbuan pukul 1 pagi di sebuah rumah teres tiga tingkat di Pandan Perdana dekat sini oleh anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), pelacur-pelacur itu bersikap degil dengan enggan membuka pintu rumah untuk diperiksa.
Namun selepas setengah jam, anggota polis gagal memujuk supaya pintu rumah itu dibuka, polis terpaksa memecah rumah berkenaan dengan menggunakan pemotong besi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis percaya rumah tersebut digunakan oleh wanita warga asing itu sebagai transit untuk kegiatan pelacuran di sekitar ibu negara.
“Semasa rumah itu mula dipecahkan, beberapa pelacur itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun berjaya diberkas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Gagal dihubungi sebelum mati


SEORANG lelaki (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu untuk direman.


HULU TERENGGANU – “Arwah pergi tanpa tinggal sebarang pesan dan dia juga tidak tunjuk sebarang perubahan.”
Demikian luahan seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Suhana, 29, bakal tunang Lans Koperal Yaseer Janudin, 26 yang maut selepas ditembak rakannya ketika keluar berburu, kira-kira pukul 9.40 malam, Khamis lalu.
Kejadian berlaku apabila rakan mangsa seorang kakitangan Jabatan Kesihatan daerah Hulu Terengganu menyangkakan dia rusa ketika mereka berburu di kawasan hutan Kampung Kuala Menjing, dekat sini.
Ia mengakibatkan mangsa yang bertugas di Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu yang ditembak pada dada sebelah kiri maut di tempat kejadian.
Menurut Suhana, dia juga sebenarnya tertunggu-tunggu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas kali terakhir berhubung dengan bakal tunangnya itu kira-kira dua jam sebelum kejadian.

Gelang emas hilang rupa-rupanya dilebur


MOHD. ROSLI menunjukkan kepingan emas bernilai RM26,000 yang telah dilebur di Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Dua utas gelang tangan emas bernilai kira-kira RM26,000 yang dilarikan dari sebuah rumah 16 Januari lalu berjaya ditemui semula, namun bukan dalam bentuk asalnya lagi.
Emas tersebut didapati telah dilebur dan dibentuk leper selepas ia dijual oleh suspek berusia 32 tahun kepada peraih emas di bandar ini selepas memecah masuk sebuah rumah di Felda Bukit Bading, dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superitenden Mohd. Rosli Mohd. Amir memberitahu, penemuan iu dilakukan susulan penahanan seorang penagih dadah di Felda Bukit Badi

Tangani kes peralat pelajar tahfiz kutip derma


JAMIL KHIR (kiri) menyampai sumbangan kepada Pengetua SMA Nahdzah, Adenan Othman di Yan, Kedah semalam.


YAN - Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) diminta mengambil tindakan drastik bagi menangani isu memperalatkan pelajar sekolah tahfiz untuk mengutip derma.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, MAIN perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan fenomena itu kerana ia merupakan satu penipuan kepada ibu bapa.
"Sebab kutipan derma yang dibuat semacam satu penipuan kepada pihak ibu yang meyakini anak-anak mereka ini datang (ke sekolah tahfiz) untuk menghafal al-Quran dan belajar agama tetapi lain yang dibuatnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar di sini semalam.
ng, dekat sini Rabu lalu.

Artis serikan kempen halal




MELAKA - Kempen 1Malaysia 1Halal yang bermula 3 Februari ini di Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan tempat letak kereta Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Bukit Palah di sini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan artis tanah air pada malam penutup kempen.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Abdul Halim Tawil berkata, persembahan artis tersebut akan berlangsung pukul 8 malam pada 6 Februari di tapak kempen.
Menurut beliau, antara artis yang akan membuat persembahan pada malam itu ialah kumpulan nasyid In-team, penyanyi popular Aishah dan pendatang baharu Najwa Latif.
"Ketiga-tiganya akan mempersembahkan nyanyian istimewa tetapi lagu yang bakal dinyanyikan tidak akan dihebahkan. Orang ramai dijemput hadir menyaksikan persembahan tersebut," katanya.

Penantian sembilan tahun berakhir


SELEPAS sembilan tahun menunggu penduduk akhirnya akan mula mendiami Pangsapuri Residensi Bistaria, Ukay Bistari ini pertengahan bulan depan.


AMPANG JAYA – Penantian selama sembilan tahun oleh 500 pembeli Pangsapuri Residensi Bistaria, Ukay Bistari, Hulu Kelang di sini berakhir apabila mereka dibenarkan mendiami rumah tersebut mulai pertengahan bulan depan.
Kegembiraan dikongsi oleh penduduk apabila menerima kunci rumah masing-masing daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kelmarin.
Pangsapuri tersebut tidak dapat disiapkan sejak tahun 2003 ekoran pemaju menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh.
Salah seorang pembeli, Norazly Md. Yatim, 35, berkata, beliau cukup gembira apabila mendapat kunci rumahnya.
“Selama ini kami terpaksa menyewa rumah dan pada masa yang sama membayar pinjaman bank untuk pangsapuri ini.

Tiga wanita separuh bogel ditangkap


DUA wanita separuh bogel cuba memanjat pagar manakala seorang rakan mereka memegang kad menuntut keadilan ekonomi dekat lokasi Forum Ekonomi Dunia di Davos kelmarin.


DAVOS, Switzerland - Tiga wanita dari pertubuhan pembela hak asasi wanita, FEMEN ditangkap polis kerana mendedahkan payudara semasa menunjuk perasaan di lokasi Forum Ekonomi Dunia yang disertai beberapa pemimpin dunia di sini pada Sabtu lalu.
Dua daripada mereka ditangkap polis semasa cuba memanjat pagar ke sebuah resort yang menjadi lokasi forum tersebut berlangsung.
Mereka yang menuntut keadilan ekonomi dunia hanya memakai seluar panjang tanpa baju walaupun cuaca amat sejuk. - Agensi/AFP

No comments:

Post a Comment