Wednesday, February 1, 2012

BILA TIADA RASA BELAS...HATI KERAS@HATI KERING TAHAP KRITIKAL...BILA AGAMA BUKAN PANDUAN HIDUP...ISLAM TIDAK DIHAYATI LAGI...TAKWA HASIL IMAN..ILMU...AMAL SERTA IKHLAS...PATUTNYA ....PERGANTUNGAN@SERTA TAWAKAL 100% PADA ALLAH SWT...

‘Aku bunuh anak kau’

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke PPUM, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke PPUM, semalam.
SERDANG: “Aku sudah bunuh anak kamu dua hari lalu, balik sekarang untuk jengguk dia,” kata seorang wanita berusia 57 tahun kepada anaknya selepas membunuh cucu perempuannya berusia 10 tahun dalam kejadian di Apartmen Koi Legian, Taman Kandan Baru, dekat Puchong, di sini, semalam.
Wanita terbabit menghubungi anak lelakinya jam 9.30 pagi selepas membunuh cucunya, Pow Mei Shuang, 10, dengan menekup bantal ke muka kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, bapa mangsa yang berusia 31 tahun gagal masuk ke dalam rumah kerana pintu utama dikunci dari dalam lalu meminta bantuan polis.

Sebaik polis memecah pintu, bapa mangsa terkejut melihat anak perempuannya terbaring kaku di atas katil di bilik utama di tingkat lapan manakala ibunya pula cuba membunuh diri dengan mengerat jari manis tangan kiri dengan pisau pemotong daging sebelum cuba terjun dari tingkap bilik.


Wanita terbabit yang tinggal bersama mangsa, bapa mangsa dan dua cucu lain mengalami kemurungan selepas menghadapi masalah kemerosotan perniagaan restorannya di Jalan Klang Lama.

Simbah asid salah orang

Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

MELECUR...Roslan yang cedera di muka menerima rawatan di HSNZ, semalam.
MELECUR...Roslan yang cedera di muka menerima rawatan di HSNZ, semalam.
KUALA TERENGGANU: Persaingan dalam perniagaan dipercayai punca seorang lelaki disimbah asid oleh sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan di Simpang Taman Uda, Paka, Dungun, malam kelmarin.
Mangsa, Roslan Md Nasir, 40, bersama dua rakannya baru tiba di kedai makan itu dan hanya sempat minum air sebelum muncul empat lelaki termasuk seorang dikenalinya menaiki Proton Gen 2 yang menyerbu meja mereka jam 9.30 malam.
Tanpa sebarang bicara, lelaki dikenali itu menyimbah sebotol asid ke muka mangsa menyebabkan dia cedera di mata kanan dan beberapa bahagian di muka serta lengan kanan manakala dua rakannya sempat mengelak dan melarikan diri.

Roslan berkata, akibat simbahan asid itu, cecair berkenaan bukan setakat singgah di muka, malah mengalir ke baju dan seluar menyebabkan pakaian itu reput manakala kumpulan lelaki berkenaan melarikan diri dengan kereta.


“Masa mula-mula kena, saya berpinar mata dan pedih sehingga panas muka.

Bot ‘pancung’ 8 nyawa

Oleh Siti Nadirah Hafidzin dan Ahmad Othman
am@hmetro.com.my

PERIKSA...Che Mahazan melihat mayat mangsa karam berhampiran pantai Teluk Semayong, semalam.
PERIKSA...Che Mahazan melihat mayat mangsa karam berhampiran pantai Teluk Semayong, semalam.
KOTA TINGGI: “Saya membayar RM24,000 untuk kos perjalanan dari Afghanistan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kemudian menaiki penerbangan ke Malaysia sebelum dibawa ke destinasi akhir iaitu Australia.
“Namun, apa yang saya dapat hanyalah kesedihan apabila saudara saya lemas dalam kejadian bot pancung kami naiki, karam,” kata Nametullah, 25, antara 12 penumpang yang terselamat selepas bot pancung dinaiki 25 orang, termasuk warga Iraq dan Afghanistan, karam berhampiran pantai Teluk Semayong, Sedili Besar di sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Kejadian itu menyebabkan lapan mati lemas dan lima lagi masih hilang.
Nametullah mendakwa berasal dari Afghanistan ketika ditemui di Balai Polis Sedili berkata, semua mereka mempunyai pasport menaiki penerbangan dari Dubai dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lalu.

Berdasarkan maklumat awal, semua anggota kumpulan itu dibawa dari KLIA ke Johor, kelmarin sebelum menaiki bot untuk ke Batam, Indonesia pagi semalam.

“Kami membayar kepada sindiket membawa kami ke Australia bagi mendapatkan pekerjaan dengan harapan mengubah kehidupan. Kini semuanya musnah, pasport kami juga tenggelam menyebabkan kami bertambah sukar,” katanya.

Bagaimanapun, tidak banyak diketahui mengenai perjalanan mereka serta latar belakang anggota kumpulan kerana masalah komunikasi. Seorang penterjemah dari Kedutaan Iraq akan dibawa ke balai polis berkenaan hari ini bagi membantu proses dokumentasi selain siasatan.

Seorang lagi mangsa, Atallah Rafki, 23, dari Iraq berkata, bot berkenaan baru 10 minit bertolak dari pantai apabila ia dimasuki air.
“Rakan di belakang bot menjerit mengatakan bot dimasuki air dan tidak lama kemudian, ia tenggelam.

“Beberapa rakan terkapai-kapai di dalam air sebelum hilang dibawa arus. Nasib baik saya dan yang lain berjaya berenang ke pantai,” katanya.

Menurutnya, mereka menaiki bot pancung terbabit di pantai Teluk Semayong untuk dibawa ke Batam, Indonesia, sebelum ke Australia.

“Ombak ketika itu agak kuat dan kami tidak diberikan jaket keselamatan. Jumlah penumpang terlalu ramai ditambah laut bergelora mungkin menjadi punca tragedi ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pasukan Gerakan Marin (PGM) berkata, operasi mencari lima mangsa yang hilang dihentikan jam 6 petang semalam kerana keadaan laut bergelora selain ombak setinggi dua meter.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat akan disambung apabila keadaan mengizinkan.

No comments:

Post a Comment