Saturday, February 4, 2012

DIAKHIRAT TAK KIRA PALING RENDAH..PALING PANDAI..PALING BERKUASA...PALING GANAS..PALING KAYA...PALING CANTIK@HENSEM...PALING TERKENAL DLL TAPI ALLAH MELIHAT SAPE PALING TAKWA@TAKWA SESEORANG

Rumah dilontar bom molotov



Dzulkefly menunjukkan kereta BMW dan sebahagian rumahnya yang terbakar akibat dibaling bom molotov di Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad mendakwa dia kerugian RM300,000 apabila kereta mewah jenis BMW, Toyota Camry dan sebahagian rumah miliknya rosak terkena bom molotov yang dibaling penjenayah semalam.
Kejadian mencemaskan pukul 3.40 pagi di Taman Universiti di Skudai dekat sini itu berlaku ketika Dzulkefly, isterinya, empat anak dan kakak ipar ahli politik tersebut sedang tidur di rumah teres dua tingkat terbabit.
Menurut Dzulkefly, dia bergegas turun ke tingkat bawah selepas terdengar bunyi letupan dan melihat pintu rumah terbuka serta api marak di tempat letak kereta.
Katanya, mereka sekeluarga kemudian dikejutkan dengan satu lagi letupan ketika sedang menghubungi bomba.
"Ketika itu api semakin marak dan merebak ke ruang tamu. Saya kemudian mengarahkan semua ahli keluarga menyelamatkan diri melalui pintu belakang," cerita perunding hartanah tersebut.
Tambahnya, kejadian itu mengakibatkan kereta BMW miliknya rosak teruk manakala kereta Toyota Camry pula rosak di bahagian depan. Turut terjejas ialah perabot di ruang tamu rumah selain kompresor penghawa dingin dan kipas.

Suami cemburu lepas geram



BEGINILAH keadaan kereta Perodua Myvi yang rosak teruk selepas dilanggar kira-kira 40 kali dengan lori oleh seorang lelaki yang mengamuk selepas mendakwa isterinya berlaku curang di Sungai Buloh, Selangor kelmarin.



SUNGAI BULOH – Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin.
Kejadian pukul 11.30 malam yang turut mencemaskan jiran-jiran di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini itu berlaku apabila pemandu lori berusia lingkungan 40-an terbabit hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya di dalam rumah teres dua tingkat itu mengenai dakwaan berkenaan.
Dia yang gagal mengawal emosi kemudian mencapai kunci lori lalu keluar rumah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang sering dinaiki isterinya kira-kira 40 kali hingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu rosak teruk untuk melepaskan geram.
Lori itu pula hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian depan.
Difahamkan, isteri lelaki itu merupakan pengusaha kantin di sebuah kilang berdekatan rumahnya di sini.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia ada mendengar bunyi orang bergaduh di dalam rumah itu sebelum lelaki tersebut keluar dalam keadaan marah-marah.
“Dia terus masuk dalam lori seberat dua tan itu lalu melanggarnya berulang kali. Saya rasa dia bertindak demikian kira-kira 40 kali hingga kereta itu seperti terlibat dalam kemalangan teruk.
“Bukan itu sahaja, tindakan lelaki itu turut mengakibatkan pintu pagar rumah saya dan rumah seorang lagi jiran rosak akibat dilanggar lori yang dipandunya,” ceritanya ketika ditemui.

Wanita panik rempuh bengkel motosikal


GAMBAR yang diambil dari rakaman kamera litar tertutup menunjukkan bagaimana sebuah kereta yang terbabas melanggar bengkel motosikal di Cheras, Kuala Lumpur minggu lalu.


KUALA LUMPUR - Jika seorang suami melanggar kereta isterinya kira-kira 40 kali menggunakan lori dua tan di Sungai Buloh dekat sini semalam lain pula cerita kes langgar premis motosikal di Cheras baru-baru ini.
Pada kejadian pukul 4.30 petang pada 30 Januari lalu, pemilik bengkel motosikal berkuasa tinggi di Bandar Seri Permaisuri mengalami kerugian kira-kira RM250,000 selepas premisnya dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira sebanyak enam kali oleh seorang wanita panik.
Mengimbau semula kejadian itu, pemilik kedai Moto Gear, Azka Sidi, (gambar kecil), 47, memberitahu, empat buah kereta orang awam dan empat buah motosikal berkuasa tinggi kepunyaannya dan pelanggan rosak teruk.
"Ketika kejadian, saya berada di pejabat di tingkat tiga sebelum terdengar bunyi dentuman kuat. Saya bergegas turun dan mendapati sebuah kereta berulang kali merempuh bengkel saya.
"Saya tiada masalah dengan wanita terbabit. Bagaimanapun, saya tetap akan menuntut saman ganti rugi terhadapnya kerana ia menjejaskan reputasi perniagaan saya," ceritanya.
Insiden kejadian itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup di premisnya dan disiarkan di dalam laman YouTube sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, Azka belum menentukan jumlah saman.

Saintis jumpa haiwan seperti udang gergasi



GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan haiwan laut dalam seperti udang gergasi di luar pantai New Zealand.



WELLINGTON - Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP.
Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis dari University of Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington.
Haiwan amphipod biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).
Seorang penyelidik, Alan Jamieson dari University of Aberdeen nyata terkejut apabila terjumpa haiwan amphipod seperti udang yang bersaiz 28sm apabila dia mengosongkan perangkap di atas dek kapal penyelidikannya.
"Saya berhenti dan fikir apakah benda ini sambil melihat ke arah seekor amphipod yang jauh lebih besar daripada yang pernah saya fikirkan. Ia seperti menjumpai lipas bersaiz satu kaki," kata Jamieson.
Amphipod lain yang kelihatan seperti udang dan dapat dirakamkan dalam ekspedisi sama tetapi tidak ditangkap dianggarkan sepanjang 34sm.
"Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai kehidupan di kawasan laut dalam New Zealand dan habitat yang unik," jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden.
Amphipod gergasi sebelum ini pernah sekali dijumpai pada tahun 1980-an.
Ia ditemui di Hawaii, kira-kira 7,000km ke arah utara. NIWA menyatakan ia masih belum menentukan hasil tangkapan itu adalah spesies baharu atau sebaliknya.
Para saintis itu juga mengakui bahawa mereka tidak tahu kenapa hidupan laut dalam boleh membesar dengan begitu besar. - Agensi

Pesara Nepal dakwa dia lelaki paling rendah di dunia


GAMBAR yang dirakamkan pada 30 Januari lalu menunjukkan Chandra Bahadur Dangi pada satu sidang media di daerah Jhapa, barat daya Nepal.


KATHMANDU - Pakar-pakar Guinness World Records kelmarin menyatakan, mereka pergi ke sebuah lembah yang terpencil di barat daya Nepal untuk mengukur ketinggian seorang lelaki, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa dirinya sebagai lelaki paling rendah di dunia.
Dangi setinggi 56 sentimeter dan berat 12 kilogram.
Anggota-anggota keluarga lelaki itu yang dipetik media tempatan menyatakan keadaan kesihatan Dangi berada dalam keadaan baik dan dia tidak pernah mengambil ubat atau pergi ke hospital.
"Kami mengesahkan ketinggian Dangi sehingga ukuran rasmi diambil dan disahkan oleh para pegawai Guinness World Records," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday.
Dangi telah menjadi selebriti tempatan di selatan Nepal apabila dia muncul dalam majlis-majlis komuniti dan merasmikan festival keagamaan.
Rekod lelaki paling rendah di dunia ketika ini dipegang oleh Junrey Balawing dari Filipina yang berukuran 59.93 sentimeter.
Dia memegang gelaran itu pada tahun lalu.
Sebelum Balawing, lelaki paling rendah di dunia ialah Khagendra Thapa Magar juga dari Nepal yang setinggi 67 sentimeter.
Magar melawat banyak negara dan muncul di televisyen Eropah dan Amerika Syarikat semasa dia dinobatkan sebagai lelaki paling rendah di dunia. - AFP

No comments:

Post a Comment