Saturday, February 4, 2012

SENTIASA LAH KITA BERHATI2...SABAR..DOA...USAHA SEBAIK MUNGKIN DAN TAWAKAL....

Mayat menggelembung disangka patung



ANGKAT...anggota polis dan bomba mengeluarkan mayat mangsa, semalam.
ANGKAT...anggota polis dan bomba mengeluarkan mayat mangsa, semalam.
TANJUNG KARANG: Misteri bau busuk yang dihidu ibu bapa ketika mahu mengambil anak mereka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yik Khwan, di sini, semalam, terbongkar dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan menggelembung, di Sungai Kampung Bagan Pasir, bersebelahan sekolah itu tengah hari semalam.
Pengawal keselamatan sekolah berkenaan, Shahrul Nizam Mohd Pamuji, 25, berkata dia menerima aduan ibu bapa pelajar sekolah itu mengenai bau busuk dari arah sungai, jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, dia dan beberapa ibu bapa pergi ke jambatan berhampiran sekolah itu sebelum terlihat sesuatu terapung di sungai berkenaan.
“Kami nampak sesuatu terapung seperti patung di sungai itu. Walaupun kedudukan kami ketika itu kira-kira 50 meter, namun bau busuk amat menusuk.

“Selepas diamati benda yang terapung itu bukan patung, tetapi mayat seorang wanita berbaju tidur.

“Saya menghubungi polis sebelum mayat wanita berusia 30-an itu diangkat pada jam 1.15 tengah hari dengan bantuan bomba,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang menggunakan alat khas pencangkuk untuk menarik mayat itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Mahu makan hilang RM19,000


KUALA LUMPUR: Sikap cuai seorang ahli perniagaan meletakkan wang RM19,000 yang baru dikeluarkan dari bank di dalam kereta sebelum keluar makan di sebuah restoran berhampiran di Jalan Klang Lama, di sini, membawa padah apabila wang itu dilarikan dua lelaki, kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai John, 40, berkata, dia mengeluarkan wang hasil pelaburannya dari sebuah bank sebelum menyimpan wang itu di dalam beg sandangnya.

Menurutnya, selepas memastikan tiada orang memerhatikannya ketika keluar dari bank, dia menyimpan beg sandang itu di dalam keretanya.

Gadis putus 2 jari kaki


ALOR GAJAH: Seorang remaja putus dua jari kaki kanan selepas motosikal jenis Honda EX5 ditungganginya terbabit kemalangan di Kampung Paku, dekat sini, tengah hari kelmarin.
Mangsa, Nurul Amira Arman, 22, yang dalam perjalanan dari Lendu ke Alor Gajah untuk memasukkan wang di bank dikatakan bertembung sebuah motosikal lain dari arah bertentangan di satu selekoh.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian bertembung dengan motosikal ditunggang seorang pelajar yang cuba memotong sebuah bas sekolah.
Menurut mangsa, sebaik melalui jalan berselekoh, dia terkejut apabila motosikal ditunggangi seorang remaja muncul dari belakang bas lalu memotong kenderaan itu sebelum hilang kawalan dan bertembung dengan motosikalnya.

“Motosikal saya dirempuh kuat hingga tercampak dan terseret hingga terpaksa menggunakan lengan kanan untuk menahan kepala daripada tersembam atas jalan.

“Ketika itu pandangan saya berpinar manakala kaki terasa begitu sakit sebelum menyedari dua jari terkulai manakala telefon bimbit, beg duit serta kunci motosikal tercampak atas jalan.
“Tidak lama selepas itu, saya dengar bunyi motosikal memecut laju ke arah Lendu, tetapi tidak dapat bergerak sebelum orang awam dan pengguna lain membantu menghubungi ambulans,” katanya.

Pensyarah gagal elak pelajar memotong


ALOR GAJAH: Seorang pelajar Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, terbunuh selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan Proton Saga di Kampung Bukit Darat, Kuala Linggi, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Zaim Shahrizad Zaharudin, 21, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Udang dari Port Dickson sebelum bertembung dengan kereta berkenaan menyebabkannya mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemandu kereta yang juga Pensyarah Kolej Uniti, Pasir Panjang, Zainal Arifin Sharbini, 62, berkata, dia bersama empat lagi rakan sekerjanya berusia 32 dan 42 tahun dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Jumaat.
“Kami baru selesai solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Linggi dan dalam perjalanan pulang ke kolej. Saya memandu perlahan berikutan hujan lebat dan tidak mahu tergesa-gesa ke kolej,” katanya.

Menurutnya, sebaik melalui jalan itu, dia melihat sebuah treler dari arah Kuala Linggi dan mangsa cuba memotong treler itu, tetapi hilang kawalan disebabkan jarak terlalu dekat.

“Saya sedar motosikal itu cuba memotong treler di hadapannya, tetapi disebabkan jarak kenderaan semakin hampir dengan treler, mangsa gagal memotong dan saya tidak dapat mengelak lalu bertembung,” katanya di lokasi kejadian.
Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan motosikal mangsa terbabas ke kanan jalan menyebabkannya terjatuh dan terseret di bawah kereta sejauh kira-kira 10 meter.

“Saya terus memberhentikan kereta dan rakan lain segera turun untuk melihat keadaan mangsa yang ketika itu lemah dan masih bernyawa sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin mengesahkan nahas itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat,” katanya.

Dua penumpang maut dihempap pacuan empat roda


CAMERON HIGHLANDS: Tindakan seorang lelaki memuatkan sembilan rakannya di bahagian belakang pacuan empat roda dipandunya membawa padah apabila kenderaan itu terbalik selepas merempuh bukit dan menghempap dua penumpang di Kilometer 25, Jalan Bertam Valley-Sungai Koyan, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 petang itu, dua penumpang, Md Shahin Hosain, 27, dan Nurul Islam, 32, yang juga buruh maut akibat dihempap pacuan empat roda itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian terbabit berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja hendak pulang ke rumah kongsi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian lelaki terbabit terbabas melanggar bukit dipercayai jalan licin sebelum kenderaan itu terbalik.

Katanya, selepas merempuh bukit berkenaan, tujuh penumpang sempat menyelamatkan diri manakala dua mangsa yang meninggal tidak sempat berbuat demikian.

“Polis yang menerima maklumat kemalangan itu bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan bantuan kren untuk mengalihkan kenderaan bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
“Sebaik saja mengeluarkan mangsa yang tersepit, mereka dikejarkan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom sebelum disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di tubuh,” katanya.

Azab tulang rapuh

Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
am@hmetro.com.my
KUANTAN: Seorang ibu tunggal terpaksa hidup dalam kesakitan berpanjangan apabila dia disahkan menghidap penyakit tulang rapuh dipercayai kesan daripada pengambilan majun tradisional secara berterusan.
“Sekarang saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali berbaring saja. Jika hendak mengambil sesuatu dekat pun terpaksa menggolek badan atau meminta bantuan orang lain,” kata Kamisah Abdul Majid, 52.

Kamisah berkata, dia mencuba majun tradisional berkenaan selepas disyorkan rakannya yang mendakwa ubat tradisional berkenaan boleh mengembalikan semula tenaganya yang lemah selepas diserang demam denggi.
“Memang pada awalnya, saya berasa cukup sihat dan yakin ia berpunca daripada majun berkenaan. Saya juga pernah terfikir untuk menjadi pengedar majun itu selepas kesannya yang hebat.

“Saya makan majun itu selama bertahun-tahun secara konsisten sebagai makanan tambahan,” kata Kamisah yang juga ibu kepada tiga anak berusia 18, 19 dan 25 tahun.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada September 2009 apabila Kamisah terjatuh ketika hendak mendaftar sebagai ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada satu program yang diadakan di Balok, di sini.
Kamisah berkata, selepas menjalani ujian imbasan, doktor mengesahkan tulang pinggulnya cedera teruk dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Selama sebulan saya dirawat di HTAA, doktor pakar tulang mengesahkan penyakit saya itu berpunca daripada sejenis ramuan di dalam majun itu yang membuatkan tulangnya reput secara perlahan-lahan tanpa disedari.
“Doktor pakar menyarankan saya menjalani pembedahan, tetapi selepas melakukan pelbagai ujian kesihatan, pembedahan itu terpaksa dibatalkan kerana saya turut mengalami masalah paru-paru dan jantung.

“Saya tidak menyangka hidup saya bertukar begini disebabkan majun tradisional saya amalkan itu. Saya tidak tahu sampai bila harus begini dan terpaksa menanggung kesakitan di pinggul kiri setiap kali bergerak,” katanya.

Berikutan penyakit yang dialaminya itu, Kamisah dan anak-anaknya yang sebelum ini menyewa di Beserah, kini terpaksa tinggal dengan ibunya, Siti Zaharah Embong, 75, di Taman LKNP, Perkampungan Bukit Setongkol, di sini dan segala urusan makan minum serta pergerakannya perlu dibantu.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Indera Mahkota berkata, pihaknya akan menyumbang kerusi roda khas memudahkan pergerakan Kamisah di rumah atau di hospital.

Parah di kepala

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
MELAKA: “Seorang daripada mereka terbaring atas jalan dengan kecederaan parah di muka manakala seorang lagi terbaring dalam keadaan tempurung kepala pecah.”
Demikian kata saksi kemalangan yang mengorbankan dua pelajar Politeknik Merlimau, Jasin, selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berdekatan Taman Paya Rumput Indah, di sini, awal pagi semalam.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Md Azrul, 20-an berkata, dia antara individu terawal memberi bantuan kepada mangsa kerana secara kebetulan melalui tempat kejadian sejurus kemalangan berlaku.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Muhammad Ubaidullah Sharfuddin, 20, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Rakannya yang juga pembonceng, Ainol Haffiz Mohammad Hassan, 20, pula mengalami keretakan di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Melaka.

Dua lagi rakan mereka yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dan Honda EX5 mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Melaka manakala seorang lagi hanya cedera ringan.
Difahamkan, sebelum kejadian kedua-dua mangsa yang terbunuh bersama tiga lagi rakan mereka menghabiskan masa di Kolam Air Panas Gadek dan kemudian menjamu selera di sebuah kedai makan berhampiran.

Mereka menunggang motosikal untuk pulang ke Politeknik Merlimau, namun sebaik tiba di selekoh berhampiran Taman Paya Rumput Indah, tiga motosikal dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjatuh dan terseret di atas jalan.
Seorang lagi saksi, Shadan Othman berkata, dia yang memandu kereta dari Alor Gajah menuju pusat bandar menyaksikan sekujur tubuh manusia atas jalan selepas melihat sebuah lori berhenti mengejut di tengah jalan.

“Mujur lori itu cepat berhenti, jika tidak pasti melanggar mayat mangsa atas jalan yang terbabit kemalangan, tambahan pula laluan itu menuruni bukit berselekoh.

“Saya terus memberhentikan kereta untuk melihat keadaan mangsa yang ketika itu tidak bergerak manakala tiga penunggang yang cedera berada di atas tebing pembahagi jalan,” katanya.

Seorang mangsa yang cedera, Muhammad Firdaus Mohd, 20, berkata dia menyedari sikap pelik Muhammad Ubaidullah yang lebih banyak berdiam diri, tidak seperti biasa, namun hanya membiarkannya.

“Ketika kami berlima bersembang dan berkongsi cerita di kedai makan, arwah hanya mendiamkan diri tidak ceria seperti selalu. Saya tidak bertanya kerana berasakan dia mungkin ada masalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment