Thursday, February 2, 2012

PENGAJARAN DI SYRIA...JIKA KITA TAK BOLEH MEMERINTAH LAGI@RAKYAT TAK MAHU LAGI...BERUNDUR CARA TERHORMAT...JANGAN RAKYAT JADI KORBAN@MANGSA....AKHIRAT NANTI SUSAH...SILAP2 DIDUNIA PUN SUSAH...KITA BOLEH LAWAN MANUSIA...TAPI TAK BOLEH LAWAN TAKDIR ALLAH...

Hilang nyawa demi sahabat



Anggota bomba mengangkat Mohd. Sharul (gambar kecil) yang ditemui lemas di Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan semalam.



KUANTAN - Niat murni seorang budak lelaki berusia 12 tahun untuk menyelamatkan rakannya yang terkapai-kapai lemas ketika mandi di Pantai Batu Hitam dekat Beserah kelmarin memakan diri apabila dia yang mati lemas manakala rakannya itu selamat.
Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Sharul Hafiz Ramli, 12, turun ke pantai untuk mandi bersama dua rakannya, Mohd. Nor Faiz Rolzami, 10, dan Mohd. Taufik Firdaus Omar, 12.
Namun ketika pelajar Sekolah Kebangsaan Balok di sini itu cuba menyelamatkan Mohd. Sharul yang terkai-kapai, dia sendiri yang tenggelam dan hilang sebelum ditemui lemas tiga jam kemudian.
Cerita Mohd. Taufik, sebaik sampai di pantai mereka yang tinggal di Kampung Batu Hitam iaitu kira-kira 50 meter dari pantai, mereka hanya mandi di tepi pantai sebelum Mohd. Sharul dan Nor Faiz bergerak ke tengah pantai.
"Saya yang secara tiba-tiba tidak sedap hati menoleh ke arah mereka sebelum ternampak Nor Faiz terkapai-kapai.
"Saya kemudian nampak Mohd. Sharul cuba menyelamatkan Nor Faiz namun Mohd. Sharul turut lemas sebelum hilang," cerita Mohd. Taufik.

Mengaku salah kerana cuai


GAMBAR fail menunjukkan tiang lampu limpah yang menyebabkan Muhammad Naqiuddin (gambar kecil) maut selepas terkena renjatan elektrik di Shah Alam, Selangor tahun lalu.


PETALING JAYA - Seorang pekerja pendawaian elektrik didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana cuai ketika menyambung kabel di sebuah padang permainan hingga menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mati direnjat elektrik tahun lalu.
Turut menerima hukuman serupa dengan Mohd. Amin Rosli @ Miswan, 28, ialah majikannya, Afandi Embong, 45, kerana bersubahat.
Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid yang menerima pengakuan salah kedua-dua tertuduh mengarahkan mereka dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mohd. Amin didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian Muhammad Naqiuddin Mohd. Mazuki di Padang Permainan Taman Batu Tiga, Subang Jaya di sini di antara pukul 7.10 petang dan 11.29 malam, 19 Mac 2011

Anak Datuk didakwa membunuh

SUNGAI PETANI - Tanda tanya mengenai kes pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang ditemui mati separuh bogel di kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang enam tahun lalu bakal terjawab apabila seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.
Shahril Jaafar, 31, yang juga anak seorang kenamaan bergelar Datuk dari Pengkalan Jaya Bukit Kecil, Air Keroh, Melaka dituduh membunuh Chee Gaip Yap, 25, di kelab tersebut di antara pukul 5.30 petang pada 14 Januari 2006 hingga 3.05 pagi keesokan harinya.
Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu hanya dapat dilakukan semalam selepas tertuduh sebelum ini telah melarikan diri ke Perth, Australia sebelum dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 17 Januari lalu.
Dia melarikan diri ketika dibebaskan sementara bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh tersebut.

Beruang Matahari ditangkap di Jeli


BERUANG yang berjaya ditangkap di Kampung Pasir Dusun, Jeli semalam.


JELI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin berjaya menangkap seekor beruang Matahari (Malayan Sun Bear) di Kampung Pasir Dusun di sini yang memusnahkan tanaman penduduk sejak sebulan lalu.
Beruang jantan seberat 48 kilogram dan setinggi kira-kira satu meter itu membinasakan pokok salak di kebun seluas 47.1 hektar yang diusahakan oleh 15 penduduk.
Penolong Pegawai Perhilitan negeri, Cosmas Ngau berkata, pihaknya memasang perangkap selepas menerima aduan daripada pemilik kebun pada awal bulan lalu.
“Setelah sebulan memasang perangkap, kami akhirnya berjaya menangkap binatang tersebut. Haiwan berkenaan dipercayai datang dari Hutan Basor yang terletak berhampiran kampung ini.
“Kami akan terus memasang perangkap kerana dipercayai banyak lagi haiwan itu yang berkeliaran dan mengancam tanaman penduduk,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di kampung itu di sini semalam.

Lelaki tempatan ditemui mati di Empangan Batu

01/02/2012 2:14am

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan ditemui mati dalam keadaan bogel di kawasan Empangan Batu, Ulu Yam, Selayang, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata mangsa yang berumur 33 tahun dan bekerja sebagai penarik kereta, ditemui seorang lelaki tempatan yang lalu di kawasan berhampiran pada 5 petang.
"Hasil siasatan mendapati tiada kecederaan ditemui pada badan mangsa dan pakaian mangsa juga tidak ditemui,” katanya.
Abdul Rahim berkata kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau berkata polis menemui motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai milik mangsa, di tepi empangan tersebut.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - BERNAMA

Hampir 100 maut di Syria


GAMBAR diperoleh semalam menunjukkan askar-askar Syria yang belot dan menyertai Tentera Pembebasan Syria yang dianggotai penduduk awam bagi menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad di Idlib, Syria.



DAMSYIK - Pihak penentang di Syria mengisytiharkan "hari perkabungan dan kemarahan" selepas hampir 100 orang kebanyakannya penduduk awam dilaporkan terkorban dalam tindakan ketenteraan pemerintah Syria menjelang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat semalam.
Mereka yang terkorban itu adalah akibat pertempuran antara penduduk tempatan yang bangkit menentang pemerintah Syria dengan tentera negara ini.
Majlis Kebangsaan Syria (SNC) dalam satu kenyataan di muka surat Facebooknya menyelar masyarakat antarabangsa kerana lambat bertindak bagi melindungi orang awam dengan "apa jua cara".
Ia meminta "hari perkabungan dan kemarahan" diadakan semalam untuk memperingati mangsa pembunuhan beramai-ramai dan menggesa pihak masjid dan gereja menyokong perjuangan rakyat dengan mengadakan solat dan membunyikan loceng.
Rayuan tersebut dibuat ketika Setiausaha PBB, Ban Ki-moon berada di Jordan untuk berbincang tentang pelan damai Asia Barat.
Ki-moon dalam satu kenyataan memberitahu, beliau berharap persidangan Majlis Keselamatan berhubung krisis Syria akan membuahkan hasil supaya badan tersebut dapat memenuhi harapan masyarakat antarabangsa.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengetuai kuasa Barat untuk memberi tekanan kepada Rusia supaya menyokong tindakan Majlis Keselamatan untuk menghentikan operasi tentera Syria terhadap orang awam yang menyebabkan 5,400 orang terbunuh sejak 10 bulan lalu.
Draf resolusi itu meminta Presiden Syria, Bashar Al-Assad menyerahkan kepimpinannya kepada timbalannya. - Agensi

Dibunuh kerana terpijak kasut

31/01/2012 5:00pm

TAWAU — Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan oleh sekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.
"Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan.
Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.
"Dua rakan mangsa sempat melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment