Guna taktik bawa bayi, kanak-kanak
2 Februari 2012
Presiden Kelab Harmoni Selangor (KHS), Dr V Sunder berkata, beliau percaya peminta sedekah berkenaan adalah ahli sindiket yang bergiat aktif sekitar Shah Alam, Klang dan Pelabuhan Klang.
Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan tegas bagi menangani masalah itu yang dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
"Saya menjumpai seorang gadis ketika menghadiri majlis yang dihadiri oleh pemimpin negara baru-baru ini dan agak mengejutkan, gadis itu baru berusia 19 tahun berasal dari Myanmar.
"Apabila didesak, dia mengakui dihantar oleh seseorang yang berpangkalan di Klang untuk menjadikan Shah Alam sebagai lubuk rezeki memandangkan hasil yang diterima lumayan terutama pada hari cuti umum," katanya.
Beliau berkata, gadis berkenaan turut mengakui, diberi jadual mengikut giliran untuk berubah lokasi dan menggunakan taktik berlainan termasuk membawa gambar orang kurang upaya (OKU) ke setiap kenderaan di kawasan lampu isyarat yang ditetapkan bagi meraih simpati.
Jelasnya, sindiket sama juga dipercayai aktif di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja Uda menghala Pelabuhan Klang, Jalan Batu Tiga dan Jalan Meru.
"Imej setempat pasti terjejas jika ia tidak dibanteras, pada masa sama memberi gambaran tidak elok terutama kepada pelancong dari luar yang pertama kali datang ke sini," katanya.
Sunder menunjukkan gambar peminta sedekah membawa bayi untuk meraih simpati orang ramai yang sempat dirakamkan sekitar Shah Alam.
Ditemui hanya berseluar dalam
2 Februari 2012
Demikian luah seorang nelayan warga Indonesia yang terpaksa bergadai nyawa selama 17 jam dalam laut selepas terjatuh dari bot yang dinaiki ketika menangkap ikan di perairan antarabangsa pada 30 Januari lalu.
Beni Kassim, 25, berkata, dia bernasib baik selepas diselamatkan nelayan tempatan di perairan antarabangsa kira-kira 12 batu nautika dari Sungai Sarang Buaya, Parit Jawa, di sini, kelmarin.
Dia yang berasal dari Kampung Baran, Tanjung Balai hanya berpaut pada tong air sepanjang tempoh 17 jam itu bagi mengelakkannya lemas.
“Saya keluar bersama empat lagi rakan dari Tanjung Balai pada Ahad lalu untuk menangkap ikan di perairan berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi, kelmarin (30 Januari).
“Tetapi apabila tiba di tengah laut pada kira-kira jam 10 pagi, saya sakit perut dan mengambil keputusan untuk membuang air besar di belakang bot,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia membawa bersama tong bekas air ke belakang bot dan secara tiba-tiba bot bergoyang kerana dilambung ombak dan saya tergelincir lalu terjatuh ke laut.
“Saya terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa hanya berpaut pada tong berkenaan sambil berharap ada nelayan yang melalui kawasan ini.
“Setelah 17 jam berada di laut badan saya menjadi lemah dan bersyukur diselamatkan dua nelayan tempatan yang kebetulan berada berhampiran tempat saya ditemui,” katanya.
Nelayan yang menemuinya, Marhasan Maion, 60, berkata, dia terdengar suara meminta tolong ketika menangkap ikan bersama seorang rakannya kira-kira jam 3 pagi, kelmarin.
“Saya segera memasang lampu dan melihat seorang lelaki sedang berpaut pada tong berkenaan dalam keadaan lemah dengan hanya memakai seluar dalam.
“Kami menghampiri mangsa dan membawanya ke Jeti Nelayan Sungai Sarang Buaya sebelum membuat laporan polis,” katanya
Lagi kepala babi di masjid
2 Februari 2012
Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan.
Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakan ia hanya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup.
Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan bebeapa anggota badan babi.
Unit forensik sedang menjalankan siasatan dan kawasan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan awam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan mangsa pada kira-kira jam 8 pagi semalam.
“Kami menghantarnya bagi menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya.
Nenek bunuh cucu sendiri
1 Februari 2012
Dalam kejadian itu, mangsa, Pow Mei Shuang, 10, ditemui mati akibat sesak nafas selepas dipercayai ditekup dengan bantal oleh nenek kandungnya sendiri.
Akibat cuak dengan tindakannya itu, nenek berusia 57 tahun itu dikatakan cuba pula membunuh diri dengan memotong jari manis di tangan kirinya sehingga putus dan menadah darah yang mengalir dengan sebuah baldi plastik dengan harapan dia akan menyusul kematian cucunya.
Bagaimanapun kepantasan anggota polis ke tempat kejadian berjaya menyelamatkan nenek berkenaan yang kemudian dikatakan cuba pula terjun dari tingkap bilik tidur di tingkat lapan pangsapuri itu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kes itu kira-kira jam 12 tengahari, semalam.
“Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan terpaksa memecahkan pintu bilik tidur kerana suspek yang juga nenek mangsa enggan membuka pintu.
“Mayat mangsa ditemui di atas katil dalam keadaan terlentang manakala neneknya pula cuba terjun dari tingkap bilik tidur ,”katanya.
Abd Razak berkata, bapa mangsa dikatakan menerima panggilan daripada ibunya kira-kira jam 9.30 pagi semalam dan mendakwa sudah membunuh cucunya dua hari yang lalu.
“Siasatan polis mendapati mayat berkemungkinan dibunuh dalam tempoh 12 jam yang lalu. Tiada sebarang kecederaan lain ditemui pada tubuh badan mangsa.
“Hanya jari milik suspek ditemui di dapur bersama pisau pemotong daging yang digunakan. Siasatan mendapati suspek mengalami masalah mental dan polis turut menemui satu tulisan Cina berwarna merah di dinding tertulis ‘hati tak suka, hati tak syok, mahu mati’ dipercayai ditulis wanita tua berkenaan,” katanya rumah berkenaan dihuni suspek bersama mangsa dan tiga ahli keluarga lain.
Beliau berkata, kes dipercayai berpunca daripada permasalahan keluarga yang dialami selain perniagaan restoran milik keluarga yang dikatakan merosot sejak kebelakangan ini.
“Wanita tua berkenaan dikatakan seringkali bertengkar dengan ahli keluarga lain berhubung masalah perniagaan dijalankan.
“Bapa mangsa memaklumkan dia ada balik ke rumah malam semalam (kelmarin) dan menyangkakan anaknya tidur seperti biasa bersama neneknya dalam bilik tidur itu,” katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala suspek dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Jelas Abd Razak lagi,kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Saya menasihatkan masyarakat supaya mengawal dan menjaga ahli keluarga yang menghadapi masalah mental dengan sebaiknya.
“Jangan membiarkan mereka yang menghidap penyakit mental bersama kanak-kanak atau berseorangan kerana boleh menyebabkan berlaku perbuatan yang tidak sepatutnya,”katanya.
Sementara itu, Pengawal Keselamatan yang berkhidmat di pangsapuri didiami suspek dan mangsa, S Parumal, 74, berkata dia mengenali suspek sebagai wanita tua yang berperwatakan baik.
“Dia sering tegur saya namun sesekali ada ‘naik angin’ apabila lot tempat kereta anaknya diambil orang.
“Saya juga selalu melihat dia membawa cucu (mangsa) berjalan-jalan pada waktu petang,”katanya.
Lelaki mati ditembak selepas hantar pulang teman wanita
2 Februari 2012
Mangsa H'ng Kean Boon, 42, maut di sisi keretanya selepas mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan kaki dalam kejadian jam 5 pagi, berdekatan sebuah flat di Mak Mandin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan.
Rebut wanita punca amuk
2 Februari 2012
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azlay Kamaruddin berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki bernama Mani yang dicari dipercayai melarikan diri dengan teman wanita salah seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan.
“Disebabkan tidak berpuas hati, mereka mengamuk memecahkan cermin kereta penduduk di kawasan berkenaan.
“Pihak polis masih mengesan pasangan kekasih terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga telah menahan 15 lelaki berusia 22 hingga 35 tahun di sekitar daerah ini, kira-kira jam 5 pagi sehari selepas kejadian.
“Seramai 12 daripada mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dan tiga lagi dipercayai dalang utama masih ditahan,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan parang mengamuk dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di rumah pangsa berkenaan.
Pengusaha burung walit mati ditembak
2 Februari 2012
Mangsa dikenali Lee Yam Seng, 56, dari Taman Bahagia, Temerloh mati serta merta selepas terkena dua das tembakan di rusuk kiri dalam kawasan ladang kelapa sawit.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama adik iparnya, Tan Kar Boon datang ke ladang berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari untuk memasang sistem solar dan generator pada rumah burung walit berkenaan.
Menurut Kar Boon, kira-kira 40 minit kemudian, datang seorang lelaki India dan tanpa semena-mena melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor mengesahkan kejadian tersebut, namun belum dapat mengetahui motif kejadian.
Menurutnya, mengikut cerita pengawal keselamatan di tapak pertanian itu, pengawal tersebut terlihat sebuah kereta Proton Waja dipandu laju keluar dari kawasan pertanian.
“Polis kini menjalankan siasatan menyeluruh di tempat kejadian termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan. Berdasarkan siasatan awal kita menolak kejadian bermotifkan samun, polis juga tidak melihat tanda pergaduhan berlaku di tempat kejadian.
“Polis mengesyaki penjenayah menggunakan senjata api jenis .38 Smith & Wesson dalam kejadian tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Yeya SMS rindu sebelum hilang
2 Februari 2012
Ruslina Lazim, 49, berkata, dia menyedari anaknya itu menghilangkan diri setelah didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar dari sebuah kolej di Ipoh, Perak.
“Saya tidak tahu punca mengapa Yeya melarikan diri, sehingga kini saya gagal menghubunginya kerana talian telefon sudah ditamatkan dan laman sosial Facebooknya juga tidak aktif,” katanya.
Menceritakan semula detik kehilangan anak keduanya, Yeya tinggal bersama ibu saudara di Ipoh.
“Tanpa pengetahuan ibu saudara, Yeya keluar membawa beg pakaian. Bimbang keselamatan dia, suami saya, Wan Jasmeen Wan Ali, 50, kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, Perak pada 7 Disember lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, sebelum ini Yeya pernah menghilangkan diri kira-kira jam 4.45 petang pada 31 Julai lalu.
“Mangsa telah keluar dari rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada keesokan hari, mangsa pulang ke rumah beberapa hari kemudian, dipercayai dia mengikut seorang lelaki.
“Sesiapa yang mengenali atau ternampak Wan Atira Aina boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Zainal Hassan atau IPD Shah Alam di talian 03-55202222 sambungan 2164,” katanya.
Fifi merengek waktu malam
1 Februari 2012
Ibunya, Santi Sugiono, 29, berkata, sehingga kini anaknya itu kadang-kadang ketakutan dan sering terjaga pada waktu malam.
Katanya, paling membimbangkan Fifi ketakutan apabila melihat bilik di mana dia merasai detik cemas dijadikan tebusan dan melihat sendiri lelaki bogel tersebut ditembak polis.
“Fifi tidak dapat tidur lena. Dia sering terjaga pada waktu malam dan merengek ketakutan.
“Sebelum kejadian, bilik di mana kejadian berlaku itu adalah bilik tidurnya, namun kini lalu di situ pun dia tak mahu,” katanya.
Santi berkata, walaupun anaknya itu lebih banyak mendiamkan diri, namun sesekali dia akan bercerita tentang peristiwa hitam tersebut.
“Bagi kami apa yang penting Fifi selamat walaupun kami kehidupan kini diselubungi ketakutan seolah-olah kejadian sama berulang,” katanya.
Dia sekeluarga bercadang untuk mengecat rumahnya itu agar Fifi dalam melupakan insiden ngeri itu.
Santi berkata, warna cat rumah dipilih berdasarkan warna kegemaran Fifi iaitu warna merah jambu bagi memberi suasana baru kepadanya.
Menurutnya, walaupun masih trauma, namun Fifi juga ada menunjukkan perkembangan positif.
“Alhamdulillah, Fifi sudah berselera makan dan sering bertanya tentang sekolah.
"Ini juga memberi semangat kepada saya untuk meneruskan hidup,” katanya.
Hotel bajet di Batu Feringghi jadi sarang maksiat
31 Januari 2012
Pekerja kedai runcit, Yahya Hasan, 55, berkata, kegiatan terbabit sudah lama berlaku namun semakin rancak sejak tahun ini.
Menurutnya, terdapat sekumpulan remaja berusia belasan tahun secara berpasangan datang ke kedainya dan membeli barang.
“Apabila mendengar loghat mereka bukan orang Pulau Pinang, saya bertanya datang dari mana, dan masing-masing menjawab Kuala Lumpur dan Ipoh, saya kemudiannya bertanya datang melancong ke, dan dengan selamba mereka menjawab mereka sudah di sini dua malam dan duduk di sebuah hotel bajet.
“Mereka memang ada menyebut nama hotel berkenaan, yang saya hairankan ialah semuanya baru sahaja berusia lingkungan dalam 17 hingga 20 tahun tapi sudah pandai jauh dari ibu bapa dan melakukan perkara maksiat sebegini,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian ke hotel berkenaan mendapati bayaran yang dikenakan begitu rendah bermula dari RM50 sehingga RM100 sahaja.
Perbuatan mereka yang ingin melakukan maksiat juga lebih mudah kerana kedudukan hotel yang terletak di bahagian belakang bangunan.
Seorang pekerja hotel yang tidak mahu dikenali berkata, mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang remaja terbabit dengan menginap di tempat mereka.
“Kami pun dapat duit, kalau kami marah-marah pasti pelanggan lari, kalau penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)) datang, kami bagi saja mereka masuk buat pemeriksaan,” katanya.
Terdahulu Sinar Harian telah melaporkan hotel berkenaan menjadi sarang maksiat malam tahun baru berikutan penangkapan beberapa pasangan remaja di situ.
Ketua Operasi JAIPP Tanjong, Muadz Md Nazan berkata, pihaknya menahan 14 remaja berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun di hotel berkenaan.
Menurutnya, serbuan dilakukan sekitar jam 2 pagi mendapati tujuh pasangan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 iaitu berkhalwat.
26 Januari 2012KUALA LUMPUR - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.
Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.
Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Feb untuk sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne.- Bernama
30 Januari 2012 GEORGETOWN – Menari sehingga separuh bogel, itulah kegiatan yang dipercayai dilakukan sebuah pusat hiburan di sebuah Jalan Upper Penang.
Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan oleh penulis blog MyNewsHub dalam laman blognya.
Dipercayai pusat hiburan yang terletak di bersebelahan sebuah hotel popular di Georgetown menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi atau Sexy Dance Competition.
Tidak ketinggalan, penulis blog itu juga memuat masuk beberapa video yang memaparkan gadis-gadis menari dalam keadaan separuh bogel di lobi tarian kelab itu.
Kelab berkenaan dipercayai beroperasi di Upper Penang Road menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis itu dipilih untuk ke peringkat akhir.
Dalam blog berkenaan, penulis memberitahu tiga peserta yang berada di peringkat akhir telah terpilih sebagai pemenang.
“Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Rainbow berjaya merangkul tempat pertama, Angeline di tempat kedua, manakala Abby pula di tempat ketiga.
“Dalam persembahannya, Rainbow yang mulanya berseluar jeans pendek dan berjaket gelap mula membuka jaketnya dengan meninggalkan baju dalam sebelum beraksi di atas pentas, ala-ala ‘Thai girl show’ di Thailand.
“Angeline pula yang mulanya berbaju tanpa lengan dan berseluar sangat pendek tidak kurang ‘hebat’nya apabila mendapat tepukan gemuruh dari penonton di pusat hiburan itu dengan aksi menanggalkan baju serta hanya memakai coli ketika menari,” katanya.
Rata-rata pembaca blog berkenaan mengutuk tindakan acara berkenaan yang diadakan di sebuah negara Islam.
Ada di antara yang meminta supaya pihak berkuatkuasa segera mengambil tindakan segera walaupun ia hanya disertai oleh orang bukan Islam.
“Saya percaya pasti ada orang Islam juga yang masuk ke kelab berkenaan kerana ia hanya terbuka kepada sesiapa, dan sekiranya kita memandang isu ini secara ringan dan mudah pasti ALLAH akan menurunkan bala sama seperti tsunami,” komen seorang pembaca.
Tidak kurang ada yang mengkritik acara sedemikian rupa hanya berlaku di Pulau Pinang sebaliknya bukan di Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru.
“Rasa-rasanya tiada acara berbogel sebegini di Kuala Lumpur walaupun pub dan kelab malam berlambak di sana.
“Ini kerana ada pihak yang cuba pejam mata sedangkan ia sudah terdedah di laman web, dan seluruh masyarakat dunia boleh membuka video berkenaan, ini memalukan negara Islam,” kata seorang pembaca.
30 Januari 2012 KUANTAN - Rumah kosong ditinggalkan pemilik di Taman Perumahan Balok Baru, di sini, menjadi sarang maksiat kepada golongan tertentu untuk melampiaskan nafsu.
Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk menanganinya, namun masalah itu masih berlaku.
Pengerusi Kawasan Ru-kun Tetangga (KRT) Balok Baru, Mokhtar Mohd berkata, terdapat lebih 50 rumah kosong ditinggalkan.
Menurutnya, situasi itu membuka peluang kepada golongan tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti tidak bermoral termasuk masalah kecurian besi dan motosikal.
“KRT di sini berdepan masalah untuk mengatasi masalah itu kerana kami hanya boleh menghalang mereka dengan memberi nasihat, tetapi bukan menangkap dan sebagainya.
“Kita hanya mampu melaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya semasa Hari Sukaneka KRT Balok Baru, di sini.
Hadir merasmikan program, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof.
Mokhtar berkata, dalam setiap rondaan dijalankan anggota KRT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS), kes kecurian antara kes yang sering berlaku.
Katanya, pihaknya tidak menolak kejadian itu dilakukan penagih dadah yang terdesak untuk mendapatkan duit.
“Biasanya mereka mencuri penutup longkang dan besi tingkap di rumah kosong. Kami akan sentiasa memantau keadaan di sini, malah kadar jenayah dapat dikurangkan sejak KRT aktif mengadakan rondaan,” katanya.
Pada program itu, Mohd Hazmi turut menyumbangkan RM1,000 kepada KRT tersebut untuk mengadakan aktiviti.
2 Februari 2012ABU DHABI - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dimasukkan ke pusat juvana selama tiga tahun di Emriah Arab Bersatu (AUE), selepas ditangkap bercium bersama dua remaja perempuan yang juga adik beradik.
Bapa mereka bertindak menghubungi polis, apabila menemui mereka melakukan perbuatan itu di rumahnya di Abu Dhabi.
Dia dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, memberitahu hakim bahawa dua remaja perempuan berumur 13 tahun itu membenarkannya masuk dan kejadian itu bukan kali pertama, berikutan mangsa menjemputnya masuk ke dalam rumah serta rela berkucup.
Dalam perbicaraan Ahad lalu, dua remaja perempuan itu enggan menjawab soalan, mahu pun menafikan dan mengaku terhadap dakwaan terbabit.
Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun, tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.
Warga emas dituduh cabul kehormatan cucu perempuan
26 Januari 2012
Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.
Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Feb untuk sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne.- Bernama
Tarian seksi cetus kontroversi
30 Januari 2012
Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan oleh penulis blog MyNewsHub dalam laman blognya.
Dipercayai pusat hiburan yang terletak di bersebelahan sebuah hotel popular di Georgetown menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi atau Sexy Dance Competition.
Tidak ketinggalan, penulis blog itu juga memuat masuk beberapa video yang memaparkan gadis-gadis menari dalam keadaan separuh bogel di lobi tarian kelab itu.
Kelab berkenaan dipercayai beroperasi di Upper Penang Road menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis itu dipilih untuk ke peringkat akhir.
Dalam blog berkenaan, penulis memberitahu tiga peserta yang berada di peringkat akhir telah terpilih sebagai pemenang.
“Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Rainbow berjaya merangkul tempat pertama, Angeline di tempat kedua, manakala Abby pula di tempat ketiga.
“Dalam persembahannya, Rainbow yang mulanya berseluar jeans pendek dan berjaket gelap mula membuka jaketnya dengan meninggalkan baju dalam sebelum beraksi di atas pentas, ala-ala ‘Thai girl show’ di Thailand.
“Angeline pula yang mulanya berbaju tanpa lengan dan berseluar sangat pendek tidak kurang ‘hebat’nya apabila mendapat tepukan gemuruh dari penonton di pusat hiburan itu dengan aksi menanggalkan baju serta hanya memakai coli ketika menari,” katanya.
Rata-rata pembaca blog berkenaan mengutuk tindakan acara berkenaan yang diadakan di sebuah negara Islam.
Ada di antara yang meminta supaya pihak berkuatkuasa segera mengambil tindakan segera walaupun ia hanya disertai oleh orang bukan Islam.
“Saya percaya pasti ada orang Islam juga yang masuk ke kelab berkenaan kerana ia hanya terbuka kepada sesiapa, dan sekiranya kita memandang isu ini secara ringan dan mudah pasti ALLAH akan menurunkan bala sama seperti tsunami,” komen seorang pembaca.
Tidak kurang ada yang mengkritik acara sedemikian rupa hanya berlaku di Pulau Pinang sebaliknya bukan di Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru.
“Rasa-rasanya tiada acara berbogel sebegini di Kuala Lumpur walaupun pub dan kelab malam berlambak di sana.
“Ini kerana ada pihak yang cuba pejam mata sedangkan ia sudah terdedah di laman web, dan seluruh masyarakat dunia boleh membuka video berkenaan, ini memalukan negara Islam,” kata seorang pembaca.
Rumah kosong sarang maksiat
30 Januari 2012
Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk menanganinya, namun masalah itu masih berlaku.
Pengerusi Kawasan Ru-kun Tetangga (KRT) Balok Baru, Mokhtar Mohd berkata, terdapat lebih 50 rumah kosong ditinggalkan.
Menurutnya, situasi itu membuka peluang kepada golongan tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti tidak bermoral termasuk masalah kecurian besi dan motosikal.
“KRT di sini berdepan masalah untuk mengatasi masalah itu kerana kami hanya boleh menghalang mereka dengan memberi nasihat, tetapi bukan menangkap dan sebagainya.
“Kita hanya mampu melaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya semasa Hari Sukaneka KRT Balok Baru, di sini.
Hadir merasmikan program, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof.
Mokhtar berkata, dalam setiap rondaan dijalankan anggota KRT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS), kes kecurian antara kes yang sering berlaku.
Katanya, pihaknya tidak menolak kejadian itu dilakukan penagih dadah yang terdesak untuk mendapatkan duit.
“Biasanya mereka mencuri penutup longkang dan besi tingkap di rumah kosong. Kami akan sentiasa memantau keadaan di sini, malah kadar jenayah dapat dikurangkan sejak KRT aktif mengadakan rondaan,” katanya.
Pada program itu, Mohd Hazmi turut menyumbangkan RM1,000 kepada KRT tersebut untuk mengadakan aktiviti.
Remaja dipenjara kerana bercium
2 Februari 2012
Bapa mereka bertindak menghubungi polis, apabila menemui mereka melakukan perbuatan itu di rumahnya di Abu Dhabi.
Dia dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, memberitahu hakim bahawa dua remaja perempuan berumur 13 tahun itu membenarkannya masuk dan kejadian itu bukan kali pertama, berikutan mangsa menjemputnya masuk ke dalam rumah serta rela berkucup.
Dalam perbicaraan Ahad lalu, dua remaja perempuan itu enggan menjawab soalan, mahu pun menafikan dan mengaku terhadap dakwaan terbabit.
Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun, tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.
No comments:
Post a Comment