Wednesday, August 29, 2012

ADA YANG TERCICIR...NI KESUDAHAN ARTIS2...BERTAQWALAH SERTA BERTAUBATLAH

Rempuh lori melintang

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin Saleh
am@hmetro.com.my

ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.
ROSAK...anggota polis trafik memeriksa motosikal Mohamad Fakhrulrazi yang terbabit kemalangan, semalam.
MELAKA: Seorang guru yang juga jurulatih hoki di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 197.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, mangsa Mohamad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, dalam perjalanan pulang ke SSBP selepas menyambut hari raya bersama isteri dan mentuanya di Cheras, Kuala Lumpur.
Turut terkorban dalam kejadian itu ialah pemandu Perodua Myvi, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang parah di kepala, manakala pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, patah kaki kanan kerana tersepit dalam kenderaannya, sementara empat sekeluarga yang menaiki Proton Iswara cedera ringan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Rosli merempuh bahagian belakang sebuah treler sebelum lori berkenaan dirempuh Perodua Myvi dipandu Muhammad Farid.

Lori dirempuh 3 kali, guru antara maut

Posted on the August 28th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Mayat Muhammad Farid berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira 30 minit.
ALOR GAJAH – Sebuah lori tiga tan yang merintangi lebuh raya dirempuh tiga kali, mengakibatkan dua maut dalam kemalangan Kilometer 197.3 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan, berhampiran Alor Gajah di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 pagi membabitkan lima kenderaan itu, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor, sementara Mohammad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, seorang jurutera, maut di tempat kejadian kerana cedera parah.


Muhammad Farid memandu kereta jenis Perodua MyVi dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas bercuti sempena Aidilfitri selama seminggu.
Mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori tiga tan yang sebelum itu telah merempuh bahagian belakang sebuah treler.
Sumber berkata, kemalangan menyebabkan kenderaan mangsa terhumban ke tebing lebuh raya, sementara lori terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan tengah sehingga merentangi jalan.
“Pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, tersepit di tempat duduk selepas merempuh treler dan kemudian dirempuh pula oleh mangsa di bahagian belakang.
“Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Dengar jeritan pemandu lori
Menurutnya, selang 30 minit kemudian, Mohammad Fakhrulrazi yang menunggang motosikal Kawasaki Versys turut merempuh lori terbabit menyebabkan mangsa tercampak ke tebing lebuh raya.
“Beberapa saat kemudian, sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki empat sekeluarga dipandu Ahmad Faisal Azizan, 29, bersama isteri, Putri Hasmiza Irdawati, 29, serta dua anak mereka, Muhammad Faiz Irfan, 4, dan Nur Farzanah Irdina, 1, merempuh bahagian tepi lori terbabit,” katanya.
Saksi kejadian, Mohd Farhan Mohd Asri, 23, berkata, dia cuba membantu pemandu kereta Perodua MyVi tetapi gagal berikutan pintu kereta mangsa tidak dapat dibuka.
“Pada masa sama, saya mendengar jeritan pemandu lori yang meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu kerana lorinya berada di tengah jalan dan terpaksa menunggu anggota peronda lebuh raya tiba.
“Sementara itu, saya lihat empat sekeluarga yang menaiki kereta Proton Saga berjaya menyelamatkan diri ke tepi lebuh raya,” katanya yang mengakui panik dengan kejadian itu dan pantas menghubungi bantuan kecemasan sebelum sepasukan anggota Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia (JPAM) serta anggota bomba Alor Gajah tiba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Ketua Operasi JPAM, Mohd Rizuan Rahmat berkata, tiga anggotanya bersama sepasukan anggota Skuad Penyelamat Integrasi (SPI) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.
“Kedudukan mangsa yang tersepit rapat di bahagian tempat duduk penumpang menyukarkan operasi. Kami berjaya mengeluarkannya selepas 30 minit,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian tersebut.
“Pemandu lori mengalami kecederaan parah di kaki akibat tersepit dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan, sementara empat sekeluarga menaiki kereta Proton Saga mengalami kecederaan ringan.
“Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Isteri pantang anak pertama
Isteri Allahyarham Muhammad Farid, Nurul Ain Suhari, 20-an, yang sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama, Muhammad Mikhail Zain Muhammad Farid, berusia 20 hari reda dengan pemergian suaminya itu.
Sementara itu, isteri Allahyarham Mohammad Fakhrulrazi, Ily Zafirah Shahrinan, 27, berkata, dia tidak menyangka permintaan agar kedua ibu bapanya tingal di rumahnya lebih lama adalah petanda dia mahu meluangkan masa bersama mereka.
“Bapa, Shahrinan Ibrahim, 53, dan ibu saya, Zan Abd Ghani, 53, pelik dengan permintaan suami yang seolah-olah menghalang mereka pulang namun hanya menurutkan sahaja permintaannya supaya pulang ke rumah malam ini (semalam),” katanya.
Bagaimanapun katanya, dia terkilan kerana hasrat arwah suaminya untuk membeli sebuah rumah baru buat mereka sekeluarga tidak kesampaian.
“Lebih seminggu arwah bercuti sempena Hari Raya dan tiada reaksi pelik ditunjukkannya cuma arwah enggan membeli apa-apa barangan raya untuk dirinya tetapi melebihkan saya serta anak, Mohamad Adeeb Zuhayr berusia 20 bulan,” katanya.
Sinar

Terpedaya helah loteri RM1.2j

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Terpengaruh dengan tipu helah seorang lelaki kononnya dia memenangi loteri RM1.2 juta, seorang suami tergamak mengkhianati isterinya dengan mencuri pelbagai jenis deposit tetap serta barang kemas bernilai hampir RM900,000 bagi membayar wang pengurusan, derma serta membeli beras dan kertas azimat sebelum boleh menerima hadiah loteri berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, seorang wanita dari Balik Pulau berusia 60-an membuat laporan polis pada 19 Ogos lalu, mengenai kehilangan lapan keping dokumen deposit tetap CIMB Bank dan Maybank bernilai RM800,000 serta barang kemasnya bernilai RM100,000.Menurutnya, siasatan kemudian mendapati suami mangsa yang berusia 60-an, disyaki mengambil dokumen serta barang kemas berkenaan tanpa pengetahuan isterinya.

Katanya, polis menahan suami wanita itu dan selepas disoal siasat, dia mengaku mengambil semua barangan berkenaan.

Mat Sentol pendam rasa

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

KENANGAN...Mat Sentol dan Roswan menatap gambar lama pelakon veteran itu.
KENANGAN...Mat Sentol dan Roswan menatap gambar lama pelakon veteran itu.
JOHOR BAHRU: “Bapa saya bukannya hidup senang, tetapi dia tidak pernah menerima perhatian mahupun sumbangan termasuk elaun ihsan daripada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
“Dia tidak menyalahkan sesiapa dan beranggapan mungkin disebabkan terlepas pandang, namun sebagai ahli keluarga, kami berasa dia layak menerima bantuan sebagai simbol penghargaan memandangkan dia pernah mengangkat martabat filem Melayu zaman dulu,” kata anak bongsu pelawak Mat Sentol, Roswan Abdul Rasip, 32, di sini, semalam.

Pelajar kolej swasta itu berkata, dia agak tersinggung dengan industri hiburan tanah air yang seakan-akan melupakan kewujudan bapanya apatah lagi menzahirkan penghargaan kepada seniman berusia 79 tahun itu yang banyak berjasa dalam dunia perfileman Melayu.
Menurutnya, bapanya memendam kesedihan kerana merasakan dirinya seperti tidak dihargai dunia seni.

“Kami terkilan kerana dia (Mat Sentol) tidak dihargai. Dia sudah lama berkorban untuk industri seni negara.

“Dia memiliki sifat ketulenan, tidak meniru sesiapa dan sentiasa mempunyai ilham menghasilkan karya baru, tetapi orang tidak sedar semua itu. “Dia tidak pernah inginkan pangkat atau pengiktirafan, tapi sekurang-kurangnya penghargaan daripada industri,” katanya ketika ditemui bersama Mat Sentol dan ibunya, Jamilah Karsi, 65, di rumah mereka di Larkin, di sini.
Kekurangan tawaran berlakon menyebabkan hero filem Mat Bond dan Mat Raja Kapur itu kerap dilihat menghabiskan masanya di Plaza Larkin kebelakangan ini.

Filem lakonannya yang lain termasuk Mat Tenggek dan Mat Spy popular pada akhir 1960-an selain pernah menghasilkan iklan televisyen dan radio seperti Jojo, Tora-tora, Apollo dan Ding Dang.
Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya yang mempunyai empat anak mengaku berbesar hati jika Karyawan menawarkan elaun kepadanya.

Menurutnya, pada masa ini, dia meneruskan kehidupan dengan bantuan anak-anak, namun sekiranya diberikan bantuan, ia secara tidak langsung meringankan bebannya.

Sementara itu, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan masalah dialami Mat Sentol sebelum ini dan melahirkan kesediaan untuk turun ke Johor berjumpa dan membantu beliau.

Malang bertimpa

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

MANGSA...Kamal menunjukkan laporan polis dibuat.
MANGSA...Kamal menunjukkan laporan polis dibuat.
JOHOR BAHRU: “Ia bagaikan 15 minit paling malang dalam hidup saya. Saya bukan saja ditikam dan kereta dilarikan, malah tiga lelaki yang menawarkan diri untuk membantu sebenarnya mahu menyamun, menyebabkan saya nekad terjun semasa kereta bergerak,” kata mangsa samun, M Kamal, 30, semalam.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi Sabtu lalu, dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura sebelum singgah di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini.
Katanya, ketika mahu mengisi petrol pada Proton Waja miliknya, seorang lelaki berjaket hitam menghampiri dan bertanya sama ada dia berasal dari Melaka, memandangkan keretanya menggunakan nombor pendaftaran negeri itu.

Selepas menjawab dia adalah penduduk Johor, katanya, dia cuba memasuki kereta kerana bimbangkan keselamatannya.

Gantung diri kerana hutang along

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas ditemui tergantung dalam tandas sebuah hotel bajet di Jalan Tun HS Lee, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Chow Lee Ping, 57, yang bekerja sebagai penjaga kaunter pendaftaran hotel itu difahamkan menggantung dirinya akibat tidak mampu untuk melunaskan hutang dengan along.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa ditemui rakannya selepas pelik warga emas itu begitu lama di dalam tandas ketika menjaga kaunter pendaftaran hotel.
“Mangsa menggunakan tali rafia untuk menggantung diri,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit mangsa yang meminta dia melangsaikan hutangnya dengan segera.

Katanya, mangsa mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment