Tuntutan ayah berhasil
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
am@hmero.com.my
am@hmero.com.my
Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun ke atas Nasrun Mustafa, 39, dalam prosiding semalam selepas membenarkan tuntutan difailkan bapa lelaki itu, Mustafa Ismail, 66, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, dua tahun lalu.
Rosdi berkata, bayaran RM18,866.50 itu adalah kos tunggakan dan perbelanjaan serta teladan terhadap Mustafa selepas Nasrun tidak pulang ke rumah bertemu kedua-dua anaknya sejak lebih lapan tahun lalu.
Nasrun yang berpendapatan lebih RM17,000 sebulan diarahkan membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM500 seorang untuk dua anaknya sebagai perbelanjaan menyambut Aidilfitri setiap tahun.
Bertemu selepas 59 tahun terpisah
|
KUALA LUMPUR – Seorang wanita Cina yang dibesarkan dalam keluarga Melayu dan menganut agama Islam memperoleh hadiah cukup istimewa pada Syawal ini apabila dia akhirnya dipertemukan dengan ahli keluarganya yang sebenar selepas 59 tahun terpisah.
Meskipun kini berlainan agama, Norma Hashim, 59, seorang pesara kerajaan, cukup gembira kerana berpeluang menjalin semula hubungan kekeluargaan dengan enam lagi saudara kandungnya sejak dia diserahkan kepada keluarga angkat pada tahun 1953.
Katanya, dia telah lama berusaha menjejaki ahli keluarga kandungnya itu sebelum mereka dipertemukan tengah hari semalam hasil bantuan Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA.
“Saya diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia tiga bulan selepas ibu bapa kami terlalu miskin untuk menyara keluarga yang besar.
“Walaupun saya tidak lagi dapat berjumpa dengan ibu bapa kerana mereka telah meninggal dunia, peluang bertemu dengan adik-beradik pun sudah cukup menggembirakan,” katanya pada majlis pertemuan itu semalam.
Turut hadir Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, tiga saudara kandung Norma iaitu Teo Hooi Nai, 63, Teo Hong Hing, 57, Teo Hong Meng, 71, serta beberapa keluarga terdekat.
Pada majlis itu, Norma ditemani oleh anak perempuannya yang juga seorang pegawai bank, Nuraida Mohd. Ali, 35, manakala suaminya, Mohd Ali. Awang, 61, seorang pesara swasta, tidak hadir kerana ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.
Kisah pencarian keluarga Norma ini pernah disiarkan oleh Kosmo! pada 21 Ogos lalu.
Lepas rindu 59 tahun
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
naimah@hmetro.com.my
BERSATU...Normah (duduk dua dari kiri) ditemani anaknya, Nuraida Mohd Ali (kiri) bersama adik-beradik dan saudara-maranya yang terpisah 59 tahun lalu.
Pertemuan Normah Hashim, 59, dengan tiga adik-beradiknya, diatur Biro Pengaduan Awam MCA.
“Saya terpisah daripada keluarga kandung selepas diserahkan kepada suami isteri berbangsa Melayu ketika berusia tiga bulan berikutan kesempitan hidup.
“Arwah ibu bapa angkat memberitahu saya mempunyai kembar dan keluarga kandung berniaga air di tepi jalan di Pekan Kulim, Kedah,” kata Normah.
Beliau berkata, dia cuba mengesan keluarga kandungnya itu sejak 23 tahun lalu sebaik diberitahu arwah bapanya, namun menemui jalan buntu.
Menurutnya, dia gembira usahanya itu menjadi realiti dengan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA.
Kakak kedua Normah, Teo Hooi Nai, 63, turut berterima kasih kepada biro berkenaan yang dipengerusikan Datuk Seri Micheal Chong kerana mempertemukan dia dan Normah yang terpisah selama 59 tahun itu.
“Kini, kami sekeluarga telah disatukan dan perasaan kami amat gembira walaupun Normah beragama lain daripada kami.
“Selepas 59 tahun tidak pernah bersua muka, pasti banyak perkara ingin diceritakan antara kami,” kata Hooi Nai.
Serah bukti video
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
zura@hmetro.com.my
BERPISAH...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.
Bagaimanapun, Hakim Syarie Mawardi Che Man berkata, isu salinan video dikemukakan Jimmy selaku defendan dalam kes itu ditangguhkan terlebih dulu sehingga Nursuhaila sebagai plaintif dapat melihat rakaman video berkenaan.
Terdahulu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan afidavit keterangan defendan pada 15 Ogos lalu manakala plaintif menerima afidavit keterangan itu dua hari kemudian.
Selain afidavit keterangan Jimmy, Mohd Noor Aizan berkata, pihaknya juga menyertakan cetakan salinan SMS mengandungi SMS daripada ibu mentua Jimmy yang juga usahawan, Datin Muniroh Kassim dan Nursuhaila.
Tauke ‘restoran terbaik’ terpedaya
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
naimah@hmetro.com.my
KESAL...Leong (duduk tengah) bersama tiga pengusaha restoran yang ditipu menunjukkan gambar suspek.
Seorang daripada mangsa, Leong Man Fai, 43, berkata, dia didatangi dua lelaki memakai jaket yang tertulis ‘media’ di bahagian belakang serta memakai tali kad identiti agensi berkenaan jam 12 tengah hari di restorannya di Plaza Kasturi, di Cheras, pada 21 Mac lalu.
Beliau berkata, lelaki itu mengatakan restoran miliknya terpilih sebagai ‘Restoran Terbaik di Malaysia’ dalam satu pertandingan yang dianjurkan agensi tempatnya bekerja dengan kerjasama beberapa rangkaian akhbar berbahasa Cina.
“Mereka juga memberikan laman web mereka untuk meyakinkan saya pertandingan itu wujud, di samping itu mereka menyuruh saya membuat bayaran RM11,800 sebagai kos pendaftaran pertandingan dan kos iklan.
“Selepas sebulan menyerahkan cek seperti diminta, saya mendapati tiada sebarang perkembangan sebelum cuba menghubungi lelaki itu, tetapi gagal. Ketika itu baru saya sedar, saya sudah tertipu,” katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.
Katanya, selepas membuat aduan kepada MCA pada 7 Ogos lalu baru dia mengetahui terdapat sembilan lagi pengusaha restoran tertipu dengan helah kedua-dua suspek terbabit.
Lelaki bawa pistol pecut kereta
Pistol jenis semiautomatik bersama tujuh peluru bersaiz sembilan milimeter (mm) itu ditemui dalam beg sandang milik suspek. Bagaimanapun, suspek memecut keretanya sebelum terbabas. Suspek ditahan petang kelmarin.
Sebelum kejadian, anggota unit kereta peronda (MPV) yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak sebuah kereta Toyota yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan jam 2.45 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, curiga dengan kereta terbabit, anggota MPV berkenaan mengekori sebelum mengarahkan suspek berhenti.
“Ketika diperiksa, suspek dilihat mahu mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya menyebabkan anggota yang melakukan pemeriksaan merampas beg berkenaan.
“Melihat beg sandangnya dirampas dan bimbang ditahan polis, suspek masuk semula dalam kereta dan memecut ke arah jalan utama walaupun diarah berhenti,” katanya dalam sidang media di sini, semalam
Jumpa mayat tertiarap terikat dalam longkang
Ketika ditemui jam 5.20 petang itu, mayat lelaki terbabit hanya memakai seluar dalam dan tiada dokumen pengenalan diri pada pakaian mangsa.
Mangsa dianggarkan berusia 40-an dan berkulit cerah serta dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada bahu kiri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Superintendan Yong Soo Koon ketika dihubungi berkata, mayat terbabit ditemui timbul pada permukaan longkang sedalam satu meter di tepi lebuh raya.
Katanya, hasil pemeriksaan awal, polis mendapati mayat terbabit dipercayai dibunuh berdasarkan kesan lebam yang terdapat pada dada selain kakinya diikat ke belakang pinggang menggunakan tali plastik jenis nilon.
Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mayat lelaki terbabit sudah empat hari dicampak dalam longkang itu berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.
“Kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui tempat mangsa dibunuh dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi polis,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian juga diminta menghubungi balai berdekatan bagi membantu siasatan.
‘Saya tak tolak hudud’
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
maiamalina@hmetro.com.my
Menurutnya, terdapat perbezaan antara hukum hudud yang digariskan dalam Islam dengan apa yang mahu diamalkan parti di bawah pakatan pembangkang itu.
“Kita kena bezakan antara dua (hudud Islam dan Pas) ini...lain langsung. Apa yang Pas mahu bawa dia lebih mirip kepada nak kena hukum yang lebih berat yang tak pernah ada dalam Quran.
“Macam rejam dengan batu. Itu tak ada dalam Quran (sebaliknya), dalam Quran kita sebut mengenai sebat 100 kali bagi lelaki dan perempuan,” katanya.
Beliau yang ditemui pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011 (AIPM), di sini semalam turut memberitahu tetap menolak sekeras-kerasnya sebarang hukum yang tidak menepati keadilan seperti dijelaskan Islam.
Mengambil contoh amalan hudud di Afghanistan, jelasnya sama sekali tidak menyokong hukuman yang menembak mati seorang isteri apabila ia dituduh berbuat salah dan sudah dibicarakan.
“Takkan nak potong tangan orang Islam (kesalahan mencuri), orang bukan Islam tak potong, cuma masuk penjara dua bulan. Itu tak adil. Ataupun kita dera wanita saja, yang lelaki kita tak hukum. Tak boleh begitu,” katanya.
Sementara itu, mengulas kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan sekitar November, katanya ia tidak mendatangkan sebarang masalah malah yakin Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapinya.
“Saya fikir BN sudah bersedia. Kadang-kadang kita memerlukan sedikit masa tetapi jika kita terlalu mengambil banyak masa ia akan mewujudkan banyak permintaan kepada kerajaan.
“Masa yang baik adalah apabila kita dapat menyelesaikan semuanya dan menumpukan kepada pembangunan negara ini, bukannya politik remeh ini,” katanya.
Penggali kubur maut tertimbus dalam lubang
Ketika kejadian, mangsa, Mohd Zailan Hitam @ Hamid, 46, sedang menyiapkan liang lahad sambil diperhatikan bapanya yang berusia 60-an serta seorang rakan, Mohd Nasir Musa, 40.
Mohd Zailan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala lehernya patah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood ketika mengesahkan insiden itu berkata, Mohd Zailan sedang menyiapkan kubur seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia malam kelmarin akibat sakit tua.
“Mohd Zailan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan lehernya patah. Insiden itu berlaku ketika mangsa sedang berusaha menyiapkan bahagian liang lahad.
“Secara tiba-tiba, tebing kubur runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa. Mangsa tertimbus lebih setengah meter. Hanya kaki kanan mangsa saja dilihat terjulur keluar.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya semalam.
Sementara itu, sepupu mangsa, Zainal Abidin Mohamad Ali, 48, berkata kejadian itu berlaku kira-kira lima minit selepas dia pulang ke rumah Minah memaklumkan perkembangan kubur yang sedang digali.
“Tiba-tiba, saya menerima panggilan rakan memberitahu kubur yang digali itu runtuh dan menimbus arwah. Saya bergegas kembali ke tanah perkuburan dan sebaik tiba, saya lihat tangan dan kaki kanannya terjulur keluar. Kami mengorek tanah dengan tangan kerana bimbang dia cedera jika menggunakan cangkul.
“Ketika itu juga saya terdengar bunyi rengusan yang agak kuat dari arwah. Saya yakin arwah sedang berada dalam keadaan yang sangat sakit serta menderita. Hampir menitis juga air mata saya. Beberapa minit kemudian, kami berjaya mengeluarkannya dan ketika itu dia sudah nyawa-nyawa ikan. Dia meninggal sebelum ambulans tiba,” katanya.
Jenazah Mohd Zailan dikebumikan di tanah perkuburan sama.
Bos main mata bayar RM25,000
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
srul@hmetro.com.my
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia berharap kes itu memberi kesedaran kepada pekerja wanita senasib dengannya supaya tampil dan menggunakan saluran undang-undang.
“Jangan rasa rendah diri. Jika (anda) berada di pihak yang benar dan menggunakan saluran betul, keadilan akan berpihak kepada anda,” katanya. Dia yang kini mengikut suami yang berkhidmat dengan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Perth, Australia berkata, keputusan itu juga khabar gembira kepadanya dan keluarga selepas perjuangan yang mengambil tempoh beberapa tahun.
Bagaimanapun, wanita itu mengakui serik dan sedikit trauma untuk berkhidmat dengan majikan lelaki. Terdahulu, Hakim Sabariah Othman dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati plaintif dapat membuktikan ada gangguan seksual dilakukan bekas majikan wanita itu.
Justeru, katanya, mahkamah hanya membenarkan tuntutan plaintif terhadap ganti rugi teladan dan punitif sebanyak RM25,000.
Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tuntutan plaintif terhadap kehilangan pendapatan. Mas Anum memfailkan saman ganti rugi itu terhadap bekas Pengarah Negara sebuah syarikat multinasional, Othman Mohamed, 54, (defendan), di kaunter pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini, tahun lalu.
Defendan kemudian meneruskan gangguan seksual dengan bermain mata terhadap plaintif sambil menjilat bibirnya. Selain itu, plaintif mendakwa defendan memberitahu mahu memeluk dan menciumnya sebagai tanda sayang. Seterusnya plaintif mendakwa pada 12 Disember 2008, defendan menyatakan defendan melakukan gangguan seksual dengan merenung payudaranya. Justeru, plaintif mendakwa perbuatan defendan itu adalah gangguan seksual kerana majikannya mengetahui ia menakutkan dan menyebabkan kegelisahan, kebimbangan di samping perasaan terancam, malu, tertekan dan sakit hati.
Simpati bawa maut
Oleh Mohd Razlan Salleh dan Junaidi Ladjana
hmkk@hmetro.com.my
hmkk@hmetro.com.my
Seorang lagi penghuni rumah yang didiami beramai-ramai itu, Aminah Daud, 30, turut maut dalam kejadian jam 7 malam, namun kedua-duanya tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.
Kejadian itu turut menyebabkan suami Bibia, Ailin Aminung, 52, dan suspek yang berusia 30-an cedera parah selepas dipercayai berlaku pergelutan antara mereka.
Menurut Faratih, ketika kejadian, dia sedang memasak di dapur sebelum terdengar bunyi bising di ruang tamu dan melihat Bibia memegang lehernya yang berlumuran darah.
‘Kembar’ sudah tiada
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
Menurutnya, sebelum cuti Aidilfitri baru-baru ini, rakannya itu yang juga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Kesihatan, Putrajaya mahu menyelesaikan segala urusan berkaitan kerja di pejabat sebelum bercuti menyambut hari raya.
“Dia menumpukan sepenuh hati terhadap urusan kerja kerana tidak mahu bertangguh. Datang awal ke pejabat seperti biasa dan hari-hari boleh dikatakan pulang lewat petang.
“Saya tidak menyangka perkara ini terjadi kepada Rosimah. Sebagai kawan baik memandangkan kami duduk bersebelahan meja, sudah tentu saya terkejut di atas kejadian menimpanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang.
Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, Rosimah dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja dengan memandu Toyota Camry, namun tiba di Kilometer 2, Persiaran Putrajaya dari arah Dengkil, kereta dipandunya itu hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan di sebelah kanan.
Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala kereta mangsa mengalami kerosakan teruk. Pasukan bomba dan penyelamat dari Putrajaya yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh lima minit.
“Saya berasa pelik kerana apabila sampai saja di pejabat saya tidak nampak Rosimah. Tunggu-tunggu dia tetap tak muncul, menyebabkan terdetik dalam hati untuk menghantar SMS bertanya sama ada dia masih bercuti atau mengambil cuti kecemasan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Suprintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima laporan kemalangan jam 8.45 pagi.
Katanya, siasatan awal polis mendapati kereta mangsa hilang kawalan disebabkan keadaan permukaan jalan licin berikutan hujan.
Pemain import serang pengurus
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 45 tahun itu pergi ke pasar raya berkenaan untuk membeli barang keperluan rumah.
Menurut sumber, ketika mangsa mahu membuat pembayaran, dia dikatakan memotong barisan pemain terbabit yang sudah lama beratur untuk membuat pembayaran.
Katanya, disebabkan tindakan mangsa yang memotong barisan, pemain bola berang sehingga bertindak kasar terhadap mangsa.
Orang awam yang melihat kejadian itu bagaimanapun berjaya meleraikan pergaduhan daripada berlarutan.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini.
Perompak ‘beraya’
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
“Malah, mereka sempat meletakkan tiga gelas air itu dalam sinki. Mereka lakukan itu kerana tahu kami tiada di rumah,” kata pelawak, Imuda atau nama sebenar, Abdul Rahim Muda, 52.
Beliau yang juga penyanyi, pelukis serta pelakon popular menerusi sitkom komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, mendakwa mengalami kerugian hampir RM7,000 selepas barang berharga miliknya dilarikan kumpulan yang memecah masuk rumahnya di Jalan Mamanda 12, di sini.
Difahamkan, Imuda sekeluarga pulang beraya ke Pulau Pinang sejak 17 Ogos lalu bagi menyambut Aidilfitri sebelum pulang semula ke rumahnya, kelmarin.
“Saya tiba di rumah pada jam 3 petang semalam (kelmarin) dan langsung tidak menyedari rumah sudah dipecah masuk kerana tiada kesan umpil pada pintu. “Bagaimanapun, sebaik naik ke tingkat atas, saya terkejut melihat lima bilik berselerak. Malah, jeriji tingkap juga terbuka dengan kesan umpil,” katanya.
Selepas memeriksa, katanya, barang berharga seperti komputer riba, dua telefon bimbit dan empat jam tangan berjenama hilang.
Menurutnya, beberapa bulan lalu, isterinya hampir diragut, namun kejadian disedari jirannya yang menjerit menyebabkan suspek bertindak melarikan diri.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan kejadian.
No comments:
Post a Comment