Sunday, August 26, 2012

BUKAN PIMIMPIN ITU PERLU ADIL...PERNIAGA2 JUGA PERLU ADIL...JIKA MAHU MASUK SYURGA

Darah daging tidak terima

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB, NURUL HUSNA MAHMUD dan MOHD HAFIZEE AROP
metahad@hmetro.com.my

MEREMPAT... Mat dan Azri menjadi gelandangan selepas dibuang keluarga.
MEREMPAT... Mat dan Azri menjadi gelandangan selepas dibuang keluarga.
KUALA LUMPUR: Dulu dua beradik ini hidup senang kerana ibu bapa mereka ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru, malah si abang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar raya itu.
Bagaimanapun, akibat perangkap dadah, mereka kini hidup merempat di ibu kota hingga ada kala sisa makanan dalam tong sampah menjadi santapan pengalas perut.
Itulah harga yang perlu dibayar Mat, 28, dan Azri, 25, selepas dihalau dan dipulau keluarga, lima tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan, kedua-duanya kemudian disahkan menghidap Aids.

Sebelum dibuang keluarga yang kini tidak mengaku mempunyai pertalian darah, dua beradik itu mendakwa pernah dipukul, dikurung serta dibelasah ahli keluarga kerana dianggap memalukan mereka.

Mendakwa insaf dan tidak lagi mengambil bahan terlarang itu, kedua-duanya mengakui detik hitam mereka berpunca daripada kesilapan sendiri akibat terlalu hanyut dalam nikmat dunia.

Sanding atas treler



MERIAH... pengantin Che Hasnan dan Ummi Hamizah bersanding dan berarak mengeliling Kampung Telari, Manir dengan menaiki lori 20 tayar.
MERIAH... pengantin Che Hasnan dan Ummi Hamizah bersanding dan berarak mengeliling Kampung Telari, Manir dengan menaiki lori 20 tayar.
KUALA TERENGGANU: Mencari kelainan di majlis perkahwinan adalah perkara yang sentiasa diimpikan setiap pasangan. Ia bagi menjadikan majlis itu sebagai kenangan terindah buat pasangan raja sehari.
Bagi Che Hasnan Che Mat, 25, dan Ummi Hamizah Mohamad, 24, pasangan itu memilih untuk berarak, bersanding dan tepung tawar di atas lori treler di Kampung Telari, di sini, semalam.

Pasangan pengantin terbabit memilih bersanding di atas treler sambil dibawa berarak sejauh enam kilometer dari rumah pengantin lelaki di Kampung Telari hingga ke rumah pengantin perempuan di Kampung Kebur Air.
Che Hamizan berkata, idea untuk bersanding di atas treler tercetus daripada inspirasi perniagaan bapanya, Che Mat Salleh, 48, yang menjalankan perusahaan treler dan peralatan pengantin sejak tiga tahun lalu.

“Melihat pada perniagaan treler bapa membuatkan saya terfikir untuk menjalankan majlis perkahwinan di atas treler kerana bukan saja dapat memberi kelainan pada majlis perkahwinan saya, malah tidak perlu mengeluarkan kos tinggi untuk menyewa treler.

“Saya gembira dengan persandingan di atas treler dan bersyukur majlis berjalan lancar. Walaupun cuaca panas, kami tidak kisah berarak menaiki treler untuk mengambil isteri di rumah pengantin perempuan,” katanya yang memegang jawatan penolong pengurus perusahaan treler terbabit.
Lebih memeriahkan majlis itu apabila pengantin dan tetamu dihiburkan dengan persembahan silat, alunan kompang dan muzik tradisional mengiringi perarakan itu di sepanjang jalan, membuatkan penduduk kampung tidak lekang memandang pasangan pengantin itu.

Pernah mahu bunuh diri



KUALA LUMPUR: “Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup,” kata Helmi (bukan nama sebenar).
Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya.
Daripada kehidupan mewah sebagai ‘tauke’ restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat ‘langit dan bumi’ berbanding tiga tahun lalu.

“Semua kawan terkejut melihat kehidupan saya sekarang. Mereka tidak percaya apabila tengok saya hidup bergelandangan dan pernah tidur di bawah jambatan.

“Jika tidak kerana mengenangkan anak, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya bersyukur kerana iman masih kuat untuk menempuhi dugaan ini,” katanya sebak.

Ajal lelaki kereta bertembung



ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 29 tahun maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Alor Setar-Air Hitam, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi, Ewe Chang Yee meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa anggota badan, termasuk kepala dan badan.

Ewe yang berasal dari Simpang Empat, Kerpan, Jerlun dipercayai menuju ke Air Hitam dari pusat bandar sebelum terbabit dalam kemalangan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal sebelum bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

“Ketika kejadian, mangsa memandu kereta jenis Nissan Sunny dikatakan gagal memotong sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pertembungan itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak cedera.
Menurutnya, mayat Ewe dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Terkejut harga roti canai biasa RM1.80

Posted on the August 26th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Khairul Azhar yang datang ke pejabat Sinar Harian untuk membuat aduan menunjukkan roti canai yang dibelinya di sebuah restoran.
KUALA TERENGGANU – “Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja,” luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.
Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.


“Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.
“Saya cuba ambil gambar papan tanda harga menggunakan telefon bimbit tetapi tidak begitu jelas dan kabur untuk dijadikan bahan bukti,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga tepung gandum di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.
“Perbuatan peniaga yang ambil kesempatan meletakkan harga sesuka hati sempena musim perayaan begini adalah tidak adil dan menganiaya pengguna, tambahan pula kualiti roti canai yang dijual tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.
“Kalau dikira, berapa banyak dia (peniaga) boleh kaut untung. Saya harap mana-mana pengguna lain yang berdepan kes peniaga jual dengan harga tidak munasabah ini segera memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Khairul Azhar yang bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, dia ingin melaporkan kes itu ke bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun tergendala kerana pejabat ditutup disebabkan cuti umum panjang.
Dia yang pulang berhari raya di Terengganu amat kesal dengan sikap sesetengah peniaga di negeri ini yang dikenal pasti mengambil kesempatan.
Sinar

Segelas air panas RM1.80

Posted on the March 26th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

CHUKAI – “Sebagai pelanggan saya rasa tertipu,” keluh pekerja swasta, Ishak Kamarudin, 42, yang kesal dengan harga RM1.80 bagi segelas air panas yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.
Ishak dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, dekat sini berkata, dia yang menjamu selera bersama isteri dan dua anak di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu terkejut apabila melihat caj yang dikenakan untuk air panas yang diminta berharga RM1.80.
Menurutnya, harga yang dikenakan itu tidak masuk akal dan seolah-olah mengambil kesempatan terhadap pelanggan.


Malahan, katanya, harga air panas juga tidak dimasukkan di dalam menu menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga untuk minuman berkenaan.
“Ketika saya pergi ke kaunter untuk membayar, tergerak hati saya untuk minta bil dan bila lihat bil, terkejut saya lihat harga air panas dalam gelas RM1.80. Disebabkan ragu-ragu, saya tanya pemilik restoran itu yang menjaga kaunter sama betul atau tidak harga air panas itu RM1.80 dan dia mengiakannya.
“Bukan kerana harga RM1.80 semata-mata saya persoalkan perkara ini, tetapi saya rasa tertipu kerana harganya tidak dimasukkan ke dalam menu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Kata Ishak, restoran itu kerap dikunjunginya sekeluarga untuk menjamu selera dan dia sering meminta air panas, tetapi sebelum ini dia tidak pernah melihat bil sebaliknya hanya membayar sahaja.
Berikutan itu Ishak kemudiannya membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman pada 26 Februari lalu.
“Lepas seminggu kemudian saya dihubungi pihak PPDNKK Kemaman yang telah membuat pemeriksaan di restoran tersebut dan tuan restoran kata dia tersilap. Namun bagaimana ia silap sedangkan ketika saya tanya sebelum ini tuan restoran itu mengiakan harga itu,” katanya.
Sinar

Peniaga usah kaut untung campur daging kambing dengan lembu

Posted on the October 19th, 2011 under Tempatan by admin

  • Share
GUNA SELAN (tengah) melihat daging kambing yang dijual di Pasar Chowrasta di George Town semalam.
GEORGE TOWN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang memberi amaran kepada peniaga di negeri ini agar tidak mencampurkan daging kambing dengan daging lembu atau daging kambing import untuk memperdaya pengguna.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan.


Katanya, daging kambing tempatan berharga antara RM33 dan RM35 sekilogram manakala harga daging kambing import ialah antara RM24 dan RM25 sekilogram.
“Kita harap peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan dengan mencampurkan daging-daging berkenaan menjelang perayaan Deepavali ini memandangkan permintaan bagi daging kambing meningkat,” katanya selepas melakukan tinjauan di Pasar Chowrasta di sini semalam.
Kosmo

Dihalau keluarga selepas peluk Islam



KUALA LUMPUR: Penghidap Aids, penagih dadah, bekas banduan dan orang kurang siuman antara individu dikenal pasti paling banyak menjadi gelandangan di ibu kota dan hidup dengan mengemis simpati orang ramai.
Kebanyakannya bukan saja hidup sebatang kara serta tidak berpelajaran tinggi, malah ada yang dibuang darah daging sendiri kerana memalu serta menjatuhkan maruah keluarga.

Selain kumpulan itu, golongan mualaf antara individu turut dikesan menjadi gelandangan di ibu kota selepas dibuang keluarga kerana bertukar agama.

Itu antara nasib dialami Ayob, 42, yang menjadi gelandangan sejak lapan tahun lalu selepas memeluk Islam.

6 tahun tanpa suami

Oleh MOHD FAUZI ABDULLAH
fauzie@hmetro.com.my

MARAN: “Sudah enam tahun saya menyambut Aidilfitri tanpa suami, malah anak juga merindui bapa mereka. Saya bingung apakah masih bergelar isteri atau masihkah dia suami saya?
“Enam tahun saya seolah-olah ‘digantung tidak bertali’. Kadangkala apabila berkenalan dengan sesiapa, saya tidak tahu sama ada mahu melabel diri saya sebagai isteri orang atau ibu tunggal,” demikian keluhan Zainab Mohd Sabri, 31, dari Felda Jengka 2, di sini.

Ibu kepada dua anak itu ditinggalkan suaminya, Salleh Md Jullih, 35, selepas enam bulan menetap di kampung halaman lelaki berkenaan di Beaufort, Sabah pada 2006.
Lebih menyedihkan, Zainab yang kini tinggal bersama ibunya, Asiah Yusuf, 52, dihantar pulang ke Semenanjung oleh suaminya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri pada tahun berkenaan.

Zainab berkata, dia berkahwin dengan Salleh selepas berkenalan ketika bekerja bersama di sebuah kilang di Kajang, Selangor pada 2003.

“Kami bernikah atas dasar suka sama suka, namun saya tidak menyangka begini kesudahannya,” katanya yang kini menyara kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan.
Katanya, selepas berkahwin dan mempunyai dua anak iaitu Haliza Haliana, 8, dan Mohd Halil Safuan, 6, mereka sekeluarga berpindah ke kampung halaman suaminya.

“Namun, selepas enam bulan tinggal di sana, suami meminta saya dan anak pulang ke Semenanjung memandangkan ibunya tidak suka kepada saya.
“Dia menghantar saya bersama anak ke lapangan terbang dan ketika itu Mohd Halil masih kecil. Suami berjanji akan pulang beberapa hari selepas itu, namun sehingga kini dia tidak muncul, malah tidak pernah bertanya khabar.

“Isteri mana tidak mengalirkan air mata apabila diperlakukan demikian. Saya sedih mengenangkan janji diucapkan di lapangan terbang enam tahun lalu bahawa dia akan pulang menemui kami, namun itu hanya kepedihan yang terpaksa saya tanggung,” katanya.

Zainab berkata, sepanjang tempoh itu, dia pernah menghubungi suaminya, namun gagal apabila nombor telefonnya ditukar.

Katanya, dia berharap sangat dapat bertemu kembali suaminya pada Syawal ini memandangkan anak merindui bapa mereka.

“Saya berharap jika dia membaca berita ini, dia akan mencari kami, saya masih sayangkannya seperti kami mula berkenalan dulu walaupun diperlakukan begini.

“Kepada sesiapa yang tahu dia mana suami saya, hubungilah saya di talian 017 9114699,” katanya.

Melayu gila judi ‘on-line’



KUALA LUMPUR: Sebelum 2009, majoriti tahi judi gilakan ‘mesin kuda’ yang menawarkan pertaruhan meneka urutan kuda pertama dan kedua sampai di garisan penamat dalam setiap perlumbaan.
Semua enam kuda bernombor dan berlari hanya ilustrasi grafik di atas skrin komputer. Bagaimanapun, keuntungan diraih jika menang dikatakan kurang lumayan.
Cita rasa kini berubah, begitu juga teknologi. Kini perjudian ‘on-line’ pilihan mereka, terutama Melayu.

Mereka juga tidak perlu pergi jauh ke kasino kerana kecanggihan teknologi membolehkan mereka melepaskan gian di premis berdekatan rumah.

Menerusi skrin di komputer, kaki judi boleh menyaksikan gadis Filipina membaling bola di atas roda roulette berputar secara langsung di premis perjudian haram.

No comments:

Post a Comment