Lamunan nak kahwin
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada teman lelakinya.
Sumber polis berkata, selain wang tunai, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta turut menyerahkan beberapa barangan berharga termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an itu.
“Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat mangsa memberitahu suspek berjanji untuk mengahwininya menyebabkan dia percaya lelaki terbabit menyintainya.
Treler masuk rumah
Oleh Junaidi Ladjana dan Erdie Ab Wahid
hmkk@hmetro.com
hmkk@hmetro.com
REMUK...kepala treler muatan besi remuk teruk selepas merempuh rumah, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kedua-dua beradik berkenaan dikenali sebagai Gabriel Goldi, 4, dan adik perempuannya, Adigel Goldi, setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut datuk mereka, James Majanau, 59, ketika kejadian dia berada di pekan Donggongon membeli kelengkapan rumah manakala dua cucunya berada di rumah bersama seorang pembantu.
“Saya dihubungi menantu mengatakan rumah dirempuh treler. Sebaik mendengar berita itu, saya bergegas pulang ke rumah.
“Sebaik tiba saya melihat sebuah lori treler muatan besi terperosok dalam rumah. Sejurus masuk ke dalam rumah, saya lega melihat cucu saya selamat bersama pembantu rumah.
Ibu tak sedap hati
Oleh Rosliza Mohamed dan Rohaida Omar
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PARAH...Mohd Samsul Anuar dibawa ke HKK sebelum dirujuk ke HRPZ II, semalam.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan telefon mengenai kejadian menimpa anaknya, tubuhnya lemah dan tidak mampu melangkah.
Rahimah berkata, dia diberitahu kejadian itu selepas menerima panggilan daripada isteri mangsa, Maisarah Kassim, 27, jam 4 pagi.
Menurutnya, selepas tiba Hospital Kuala Krai (HKK) dia mendapati anaknya masih tidak sedarkan diri dan menggunakan mesin bantuan pernafasan.
“Saya amat berharap supaya dia dapat sembuh seperti sedia kala selepas ini,” katanya.
Usah pinggir peniaga asal
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
sab@hmetro.com.my
TUMPUAN...Pasar Chow Kit menjadi pilihan utama pengunjung membeli keperluan makanan.
Keadaan pasar yang kurang selesa dengan laluan pejalan kaki merentasi setiap segmen termasuk barang-barang basah dan kering seperti sayur, buah-buahan, pelbagai jenis daging, ikan dan pakaian menyebabkan pembangunan di kawasan itu sangat ditagih.
Tinjauan Harian Metro di kawasan pasar yang memulakan operasi sejak 1950-an itu mendapati sudah tiba masanya kerajaan membangunkan semula kawasan itu sejajar dengan kepesatan pembangunan di sekitarnya.
Kawasan persekitaran pasar yang kurang bersih termasuk lantai berair dan sistem pengudaraan tidak sempurna mendedahkan peniaga dan pelanggan pasar dengan pelbagai penyakit, manakala atap yang bocor menyebabkan aktiviti jual dan beli kurang selesa ketika hujan.
Rata-rata peniaga ditemui memberikan maklum balas positif berhubung usaha membangunkan semula pasar terbabit, asalkan projek berkenaan tidak meminggirkan peniaga asal atau menjadi ‘Projek Gajah’ hingga akhirnya ramai yang gulung tikar.
Peniaga ayam, Fadzil Ibrahim, 52, berkata, tidak ada ruginya peniaga menerima projek pembangunan yang dilaksanakan kerana dapat meningkatkan pendapatan mereka, selain memodenkan pasar berkenaan.
“Kalau kerajaan bina pasar dengan cantik dan bersih, kesannya dinikmati peniaga. Saya lihat keadaan pasar pun kurang selesa dengan keadaan atap yang bocor dan lantai basah ketika hujan menyebabkan jalan becak,” katanya.
‘Pak Lurah’ halang pernikahan gadis diculik
KAMPUNG GAJAH: Misteri kehilangan seorang remaja perempuan,
Norshahirah Zaman Huri, 17, sejak 10 hari lalu terjawab apabila mangsa
dikesan hampir berkahwin dengan seorang pemuda dari Pulau Batam,
Indonesia, tetapi dihalang jurunikah di negara itu.
Susulan itu, jurunikah terbabit menahan Norshahirah dan menyerahkan teman lelakinya dikenali sebagai Patah kepada pihak berkuasa republik itu kerana disyaki menculik mangsa.
Mangsa dijaga rapi jurunikah terbabit sebelum ibu bapa mangsa yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, dihubungi memaklumkan penemuan anak gadis mereka, Rabu lalu.
Susulan itu, Norshahirah dihantar pulang ke Jeti Larkin, Johor jam 8 pagi semalam sebelum disambut bapanya, Zaman Huri Tan, 51, ibu, Maria Mohd Noh, 49, dan Ketua Kampung Jawa, Zara’ai Nekmat, 64.
Mangsa yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibawa pulang ke rumahnya di sini, jam 6 petang semalam sebelum diambil keterangan oleh polis.
Remaja itu masih sugul dan keberatan menjawab soalan mengenai kisahnya apabila ditanya media selain hanya mengangguk lesu.
Drebar menggila
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanas@hmetro.com.my
wanas@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berusia 40-an itu memandu Toyota Camry secara melulu dan melanggar mangsa berhampiran persimpangan Jalan Mustafa Al-Bakri, di sini, sebelum terus memecut kenderaannya dengan aksi drift untuk melarikan diri.
Berikutan itu, dia dikejar lebih 10 penunggang motosikal yang menyaksikan kejadian itu sebelum berjaya dikepung berhampiran lampu isyarat Jalan Datuk Onn Jaafar, di sini.
Lelaki itu kemudian dibelasah beramai-ramai sebelum diserahkan kepada polis.
Seorang daripada mangsa, Norimi Mohamad, 30, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Puteh dan kereta dipandu lelaki itu merempuhnya ketika dia berada di lampu isyarat di persimpangan Jalan Sultan Idris Shah, di sini.
Padah nasihat Mat Rempit
MANJONG: Tindakan seorang lelaki cuba menasihati sekumpulan Mat
Rempit yang membuat bising di depan rumahnya bertukar tragedi apabila
mangsa dikepung lebih 100 lelaki sebelum dibelasah dan diseret hingga
cedera parah.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi Ahad lalu, mangsa, Tan Eng Chi, 46, dikatakan menegur kumpulan Mat Rempit berkenaan yang membuat bising dan berlumba di kawasan rumahnya di Taman Plaza, Kampung Koh, di sini.
Mangsa yang ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam berkata, dia tidak menyangka diserang kumpulan Mat Rempit terbabit dengan pelbagai senjata termasuk topi keledar, kayu, senjata tajam dan batu-bata tanpa belas kasihan.
“Saya tidak mampu melawan berikutan bilangan mereka terlalu ramai. Mata kanan hampir buta apabila dihentam dengan batu-bata selain dicederakan dengan pisau,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjong, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, mangsa yang terganggu dengan bunyi bising berkenaan dikatakan merosakkan sebuah motosikal milik kumpulan remaja itu menyebabkan keadaan menjadi tegang.
“Malah, mangsa turut dihentam pada bahagian mata kanan dengan teruk. Mangsa yang cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Seri Manjong sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh,” katanya.
“Polis menahan enam suspek beberapa jam selepas kejadian dan suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun direman hingga 3 November depan,” katanya.
Objek aneh pusing bulan
SIBU: Kemunculannya menimbulkan tanda tanya kerana ia kelihatan
seperti titik hitam yang bergerak perlahan-lahan seakan mengelilingi
bulan.
Justani yang juga Setiausaha Majlis Daerah Luar Sibu (MDLS) memberitahu, objek aneh itu muncul secara tiba-tiba jam 8.30 malam sebelum hilang hampir 40 minit kemudian.
“Memang menjadi hobi saya jika cuaca baik saya akan merakam gambar bulan terutama ketika ia mengambang penuh.
“Namun, malam tadi (kelmarin) saya terkejut apabila mendapati kemunculan satu objek hitam yang bergerak mengelilingi bulan. Saya tidak tahu sama ada ia kapal terbang atau benda lain,” katanya.
Dalam pada itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Chong Hun Yew ketika dihubungi berkata, berdasarkan pemerhatian awal ke atas gambar yang dihantar menerusi e-mel kepada beliau, kemungkinan objek dirakam itu adalah objek pegun di angkasa.
Rancang jual anak sendiri
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
Lebih mengejutkan, wanita yang hanya dikenali sebagai Ti itu pernah melakukan perbuatan sama dengan mengabaikan anak kedua dan ketiganya selepas melahirkan mereka di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada dua dan tiga tahun lalu.
Dalam kejadian pada Julai lalu, wanita itu menghilangkan diri sejurus melahirkan anak keempatnya di HSA dan gagal dikesan sehingga kini.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perbuatan wanita berdarah kacukan itu terbongkar apabila dia yang mengakui pernah melahirkan anak sebelum ini gagal mempamerkan sijil pendaftaran perkahwinannya.
“Kami menemui Ti di HSA selepas dia melahirkan anak. Dalam pertemuan itu, Ti hanya menunjukkan sijil pengesahan kelahiran hospital bagi anak pertama hingga ketiga.
Bunuh abang demi harta
BANGKOK: Seorang wanita dan suaminya ditahan polis dan didakwa
membunuh abang wanita terbabit untuk mewarisi harta bernilai 20 juta
baht (RM1.9 juta), lapor akhbar semalam.
Menurut polis, Sak ditembak mati pada 9 September lalu di daerah Kampheang Sean di wilayah Nakhon Pathom. Pembunuh upahan terbabit memberitahu polis, pasangan itu mengupahnya RM3,980 untuk membunuh mangsa.
Dia menembak mati mangsa dekat kediamannya di Nakhon Pathom sebelum mengambil bas untuk pulang ke kampung halamannya di wilayah Phichit. To-Pluem mendakwa dia bergaduh dengan abangnya dan terpaksa melarikan diri ke Phichit bersama anak-anaknya untuk tinggal dengan suaminya.
Menurutnya, abangnya mudah naik angin dan sering membelasah ibu mereka.
Dia kemudian mendapat tahu ibu mereka menjual sebidang tanah dengan harga RM1.9 juta. Dia bimbang abangnya akan membolot semua wang itu, jadi dia dan suaminya merancang pembunuhan mangsa. - Bangkok Post
Syarikat penerbangan tambang murah untung besar
Menurut laporan dikeluarkan semalam, syarikat penerbangan dunia bakal menikmati peningkatan 11.3 peratus bagi pendapatan tambahan berbanding AS$32.5 bilion (RM99.2 bilion) pada tahun lalu.
Laporan disediakan Amadeus Worldwide itu menunjukkan, caj tambahan terbesar dikenakan syarikat penerbangan yang banyak bergantung kepada kos tambahan seperti easyJet, Air Asia dan Spirit.
Syarikat terbabit - digelar Juara Pendapatan Sampingan - dijangka memperoleh AS$5.6 bilion (RM17.1 bilion), peningkatan 30.5 peratus berbanding 2011. - TS
Arpan bangga ada 25 jari
KEADAAN jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya.
Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.
Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.
Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.
“Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan disebabkan keadaan kaki ini menghalang saya berkasut,” katanya. Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca.
Kata Anil, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. “Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak,” katanya.
Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. “Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.
Derita dianiaya majikan
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
hadzlihady@hmetro.com.my
Mangsa, Victoria Marie Ng Shu Shen, 33, berkata, dia percaya bekas majikannya menggunakan salinan kad pengenalannya untuk menjadi penjamin pinjaman itu sebelum majikan berkenaan menghilangkan diri.
“Saya ada memberikan salinan kad pengenalan kepada majikan untuk urusan membuat caruman dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Bagaimanapun, selepas hampir sebulan bekerja, saya didatangi sekumpulan lapan along yang meminta saya melunaskan hutang berjumlah RM15,000,” katanya yang bekerja sebagai pelayan.
Penderitaan mangsa turut bertambah apabila bukan saja terpaksa menanggung hutang majikannya, malah turut tidak dibayar gaji sepanjang bekerja.
Difahamkan, majikannya yang juga pemilik kedai nasi ayam dari Tawau, Sabah menghilangkan diri sejak 17 September lalu menyebabkan kumpulan along berkenaan mencarinya yang didakwa mereka sebagai penjamin.
Malang berganda buat si kasanova
JOHOR BAHRU: Seorang kasanova yang dipercayai memperdaya lebih 20
mangsa ditimpa malang berganda apabila isterinya kini dipercayai
menuntut fasakh daripadanya selepas mengetahui perlakuan keji lelaki
terbabit.
“Ada kenalan memaklumkan kepada saya bahawa isteri Marzuki yang juga seorang peguam berusia lingkungan 30-an meminta fasakh daripadanya.
“Bagaimanapun, saya tidak pasti kesahihan perkara itu. Pada masa sama, saya turut difahamkan, ahli keluarga Marzuki juga kesal dengan sikap buruknya itu,” katanya.
Sebelum ini, Marzuki yang menyamar sebagai jurutera di Terengganu dikatakan menjalin hubungan cinta dengan beberapa wanita selepas mengenali mereka menerusi laman web mencari jodoh.
No comments:
Post a Comment