Penyakit misteri RM500,000
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my
Kalidevi@hmetro.com.my
Mangsa berusia 51 tahun itu meminta bantuan kakitangannya itu yang berusia 30-an untuk mengubati isterinya yang mengalami kemurungan sejak Ogos lalu selepas diberitahu isteri kakitangannya itu seorang pengamal perubatan tradisional serta mengikut cara Islam.
Sumber polis berkata, selepas mangsa membawa isterinya yang berusia 40-an berjumpa isteri kakitangannya itu, dia diberitahu rawatan akan dilakukan secara ghaib, termasuk berhubung terus dengan Allah,” katanya.
Menurutnya, sejak berkenalan buat kali pertama, mangsa bagaikan dipukau dan menuruti setiap permintaan pasangan suami isteri itu.
Katanya, mereka juga memaklumkan jumlah bayaran bakal meningkat sekiranya tahap penyakit dialami isteri mangsa berada pada tahap kritikal.
‘Televisyen dadah’
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
RAMPAS...Mohamad (kiri) melihat televisyen tempat dadah disembunyikan suspek. Gambar kecil, heroin yang dirampas.
Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan di rumahnya ketika sedang berehat seorang diri, manakala isterinya tiada di rumah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan serbuan di rumah suspek sebelum menjumpai sebuah televisyen 29 inci di atas lantai dalam bilik ketiga rumah berkenaan.
Katanya, pemeriksaan ke atas televisyen berkenaan polis menemui satu plastik putih mengandungi empat sampul surat coklat.
“Sampul surat berkenaan dililit menggunakan pita pelekat dan apabila dibuka polis dapati ia mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 2.2 kilogram (kg) bernilai hampir RM150,000.
“Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia mempunyai satu jenayah iaitu penipuan di Banting pada 1992,” katanya, di sini, semalam.
Katanya, suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki warga Nigeria yang kini sedang diburu polis.
Mohamad berkata, hasil pemeriksaan badan terhadap suspek, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis ganja seberat 3.35 gram.
“Suspek kemudian membawa polis ke tempat simpanan dadah di sebuah almari pakaian dalam bilik ketiga rumah berkenaan,” katanya.
‘Aku nak kereta!’
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KAWAL...anggota polis mengawal tempat kejadian, semalam.
Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.
Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan.
Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan.
Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Sedih tapi bangga
Anggota polis itu cedera ditembak penjenayah dikehendaki, Zawa Abdul Halim, 34, dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Kemuning, Machang, semalam.
Nazirah berkata, suaminya sepatutnya pulang ke rumah jam 8 pagi semalam kerana syif tugasnya bermula jam 12 tengah malam kelmarin.
Katanya, dia mendapat berita itu menerusi ahli keluarga terdekat sebelum bergegas ke hospital.
“Saya bersyukur kerana keadaan suami semakin pulih walaupun doktor beritahu kecederaan tangannya parah kerana tembakan terkena saraf,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.
Rakan penjenayah masih bebas
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun seorang rakannya yang turut menyembunyikan diri di ladang kelapa sawit di Kampung Paloh, Gua Musang itu masih bebas.
“Polis kini giat melakukan operasi mengesan suspek dan polis percaya dia masih berada di sekitar kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini, semalam.
Menurutnya, Zawa yang berasa dari Pasir Mas mempunyai sembilan rekod jenayah membabitkan kes curi kereta dan samun di Kota Bharu, Ketereh dan Gua Musang.
Antara kes yang dikaitkan dengannya termasuk kejadian tembak dan samun kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, 16 Oktober lalu.
Beliau berkata, penjenayah itu ditembak mati selepas berbalas tembak dengan polis di Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.
Penjenayah cuba lolos mati jatuh pangsapuri
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dipercayai cuba melarikan diri daripada diberkas polis sebelum jatuh terhempas ke lantai simen dari ketinggian kira-kira 20 meter.
Mayat suspek yang dikehendaki polis berhubung empat kes jenayah ditemui penduduk kawasan itu dalam keadaan terbaring berlumuran darah.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Rapat, di sini, melakukan serbuan di pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 1.45 pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof, berkata pada mulanya, anggota polis berjaya memberkas seorang penjenayah berusia 20 tahun dipercayai rakan suspek yang terbunuh itu.
Menurutnya, anggota polis kemudian menerima maklumat daripada orang awam mendakwa menemui mayat seorang lelaki terjatuh dari tingkat empat pangsapuri itu.
Beliau berkata, anggota polis mulanya cuba memasuki rumah suspek, namun gagal berikutan berkunci dari dalam, namun tidak lama kemudian anggota polis terdengar bunyi objek jatuh dari dalam rumah berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang maut mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan tiga kes jenayah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan satu kes mengikut Seksyen 379 kanun sama.
Zakaria berkata, suspek yang ditahan itu pula didapati positif dadah jenis hasil ujian air kencing dijalankan.
“Suspek direman tujuh hari hingga 6 November depan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Katanya, pihaknya turut merampas beberapa barangan hasil samun yang ditemui dalam rumah suspek termasuk sepucuk pistol mainan model Colt Double Eagle, gari, sebilah parang, sekeping pas keselamatan milik Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, dua televisyen skrin rata, pemain DVD, sebuah dekoder dan satu konsol permainan video.
Maut terjatuh bangunan
1 November 2012
Dalam serbuan sama, seorang lagi suspek berusia 20 tahun turut ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di bumbung rumah berkenaan di Kampung Rapat.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menyerbu rumah yang didiami lelaki berkenaan tetapi penghuni enggan membuka pintu.
“Dalam masa sama, terdengar bunyi benda pecah menyebabkan pihak polis terpaksa pecah masuk di dalam rumah tersebut.
“Polis telah dimaklumkan bahawa dua suspek telah pecah siling bilik air dan naik ke bumbung flat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.
Menurutnya, kira-kira jam 2.20 pagi, pihaknya dimaklumkan menemui satu mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam.
“Hasil siasatan mendapati si mati adalah suspek yang melarikan diri dari rumah yang diserbu oleh pihak polis. Lelaki berusia 28 tahun itu merupakan individu yang dikehendaki polis dalam empat kes curi.
“Seorang lagi suspek telah dihantar ke Bahagian Narkotik untuk ujian air kencing dan didapati suspek ini positif mengambil dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Zakaria berkata, suspek direman sehingga 6 November ini untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
“Pemeriksaan di rumah itu turut menemui sepucuk pistol mainan jenama Colt Double Eagle yang dipercayai digunakan dalam aktiviti samun dan pecah rumah sekitar kawasan bandar raya itu.
“Barang-barang yang dirampas adalah seutas gari, parang, pas keselamatan yang mempunyai logo PDRM, dua televisyen jenama Sony dan Panasonic, pemain DVD, dekoder Astro serta radio kereta Toyota,” katanya.
Tak mungkin jadi ‘gajah putih’
BERSEDIA...Ahmad Phesal (tengah) menunggang basikal sebagai simbolik sempena OCBC Cycle Malaysia 2013.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, selain itu pelan pembangunan kawasan terbabit turut mengambil kira pandangan semua pihak menerusi perbincangan dilakukan sebelum ini, sekali gus menjadikan pusat tumpuan perniagaan itu lebih kondusif dan menarik.
“Kami sudah pun mengadakan inisiatif dalam mendapatkan pandangan daripada peniaga dan mengadakan sesi perbincangan. Kami pamerkan projek cadangan itu dan setiap pertimbangan dibuat berdasarkan saranan pihak berkenaan (peniaga). “Kami berpandangan bahawa untuk membangunkan semula Pasar Raja Bot ini memerlukan perubahan yang meluas, tetapi kami tidak boleh melaksanakan ini secara total, maknanya memindahkan mereka ini akan mengganggu perniagaan harian mereka,” katanya pada sidang media sempena penganjuran program perlumbaan basikal OCBC Cycle Malaysia 2013 membabitkan laluan baru sejauh 12.1 kilometer yang diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada 11 hingga 13 Januari tahun depan.
Aktiviti yang menyasarkan penyertaan 5,000 penunggang basikal itu akan merentasi mercu tanda Kuala Lumpur, selain menggalakkan pertumbuhan acara sukan mesra alam dan menarik minat pasukan korporat mengayuh sambil menderma dengan sasaran kutipan RM100,000.
Hadir sama, pengarah dan ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Bank Berhad, Syed Abdull Aziz Syed Kechik.
Usahawan muda gantung diri
Akanksha Rathi, 32, memberitahu polis, ibu dan bapa mentuanya cuba untuk menghalang dia daripada menuntut harta pusaka suaminya, Anirudh Rathi. Mereka mendakwa, Akanksha tidak pernah bersikap baik terhadap suaminya.
Ahli perniagaan wanita yang glamor itu dan terkenal di kalangan perniagaan keluli yang didominasi kaum lelaki ditemui mati di kediaman ibu bapanya di sini pada 23 Oktober lalu hanya beberapa minggu selepas suaminya mati akibat serangan jantung. Akanksha mendakwa keluarga suaminya melakukan penderaan mental ekoran kematian Anirudh pada 4 September lalu dan cuba menghalangnya mewarisi sebahagian empayar perniagaan keluli keluarga itu. Akanksha memulihkan sebuah cawangan perniagaan keluarga itu dengan keuntungan 43 juta pound (RM215 juta) setahun sejak beberapa tahun lalu dan dia telah memenangi Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik pada 2009. Polis berkata, ibu bapa Anirudh merampas harta menantunya itu dan mendakwa dia tidak berhak untuk mewarisi harta berkenaan selepas dia berkunjung ke New Delhi untuk menghadiri upacara keagamaan untuk Anirudh. Dia kemudian dilaporkan hilang dan ditemui tergantung pada kipas siling di kediamannya selepas mengambil pil tidur.
Pasangan itu berkahwin pada 2004 atas dasar suka sama suka walaupun mendapat tentangan daripada ibu bapa Anirudh.
Keluarga Anirudh adalah satu daripada keluarga terkaya kasta Jat di India. Jurucakap polis Abid Khan memberitahu media: “Akanksha memfailkan aduan mengenai gangguan berkaitan hantaran kahwin terhadap mentuanya awal bulan lalu.
“Dia menuduh mereka menyeksanya secara mental dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
Aktivis hak asasi wanita berkata kematian Akanksha menggambarkan ‘hakikat sedih’ kebanyakan wanita di India di mana kecantikan atau kejayaan tidak dapat mengatasi prejudis kasta.
55 tahun tanpa elektrik, air
1 November 2012
Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng berkata, penduduk Kuala Sangga terpaksa menggunakan tong atau tangki air untuk menyimpan air hujan bagi kegunaan harian mereka.
Menurutnya, air minuman pula dibeli dan dibawa oleh bot nelayan dari Kuala Sepetang manakala bagi bekalan elektrik pula, penduduk bergantung kepada penjana elektrik milik persendirian.
"Sejak sekian lama penduduk Kuala Sangga bertahan tanpa ada bekalan air bersih dan elektrik, oleh itu, usaha perlu dilakukan bagi membantu mereka.
"Pulau Kuala Sangga yang berada dalam Dun Kuala Sepetang adalah salah satu pulau yang terpinggir kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik,” katanya selepas melawat kampung berkenaan, di sini semalam.
Sing Ng berkata, pada 2008, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memperuntukkan sebanyak RM 25,000 bagi memasang sebuah penjana elektrik besar khusus untuk kegunaan seluruh kampung Kuala Sangga.
Namun kini, jelasnya, penjana tersebut tidak dapat membekalkan jumlah elektrik yang mencukupi kerana penduduk semakin bertambah.
“Setiap keluarga perlu membelanjakan RM100 hingga RM 200 sebulan bagi membeli minyak diesel untuk kegunaan penjana elektrik sendirian.
“Oleh itu, saya cadangkan Exco Kerajaan Negeri datang ke sini untuk memahami dan menghayati kehidupan harian pulau terpinggir ini," katanya.
Selain itu, kata beliau, penduduk turut berjanji kepada Kerajaan Negeri jika mereka sanggup membekalkan air percuma kepada Kuala Sangga, penduduk sanggup menampung kos pemindahan air tersebut.
Sementara itu, Penyelaras Dun Kuala Sepetang, Datuk See Tean Seng berkata, Kuala Sangga adalah satu pulau yang masih berada di bawah hak milik Jabatan Hutan.
“Oleh itu, kita masih belum dapat membantu penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan air bersih dan elektrik.
"Jika pihak Jabatan Hutan sanggup menyerahkan hak milik tanah itu kepada Pejabat Daerah dan Tanah mungkin sesuatu boleh dilakukan untuk membantu penduduk," katanya.
Kata beliau, apabila melibatkan soal status tanah, akan menimbulkan sedikit masalah dan sekali gus membataskan pihaknya untuk melakukan sesuatu.
Katanya, ketika ini penduduk kawasan Kuala Sangga juga tidak begitu ramai berbanding sebelum ini.
“Keadaan itu juga menyebabkan kami perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum sebarang pelaksanaan dilakukan.
"Kedudukan pulau berkenaan dari tanah besar juga agak jauh menyebabkan banyak perkara harus difikirkan," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini kawasan berkenaan juga telah berubah termasuk dengan adanya pembinaan sekolah.
'Keropok lekor juadah terakhir'
1 November 2012
Mohd Arif adalah rakan kepada Abdul Halim Zulkifli, 16, yang maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 13 Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang kira-kira jam 5.15 petang di sini, kelmarin.
Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Safiah Murni di sini, dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terlanggar belakang sebuah lori yang membuat pusingan U berpatah balik ke Bukit Payung dari Kuala Terengganu.
Menurut Mohd Arif, sebelum kejadian itu mereka berlima berumur antara 15 hingga 23 tahun menunggang tiga buah motosikal termasuk Abdul Halim yang menunggang sendirian, bertolak pulang dari kolam pancing tersebut kira-kira jam 4.35 petang.
“Dia (arwah) terlanggar belakang lori itu lalu terperosok di bawah lori sebelum terjatuh di atas jalan apabila lori itu bergerak. Salah seorang rakan kami segera memberhentikan motosikal lalu menahan sebuah kereta untuk membawanya ke klinik.
“Selepas berjaya menahan sebuah kereta dia (arwah) kemudiannya dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan, manakala pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan pula memberhentikan kenderaannya di tepi jalan,” katanya.
Bagaimanapun, Abdul Halim pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa di sini disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Payung.
Sementara itu, ibu mangsa, Norasmawati Khamis, 48, berkata, dia hanya mengetahui kejadian kemalangan menimpa anak keempatnya itu selepas perkara itu dimaklumkan kepadanya melalui panggilan telefon, lalu bergegas ke klinik tersebut.
“Tiada apa yang dapat saya fikirkan ketika itu. Saya terus bertolak dari rumah ke klinik itu selepas dihubungi rakan anak (arwah) untuk melihat bagaimana keadaan anak saya itu,” kata ibu lapan anak yang masih bersedih dengan kehilangan anak lelakinya itu.
Ketika ditanya adakah arwah berkelakuan pelik sebelum kejadian itu berlaku, katanya, arwah anaknya itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik dan jika ada pun dia mungkin tidak perasan kerana tujuh daripada lapan anaknya tinggal bersama.
“Sukar memastikan jika ada anak menunjukkan kelainan sikap daripada biasa kerana apabila mempunyai keluarga besar sudah menjadi kebiasaan seorang ibu berhadapan pelbagai karenah anak setiap hari,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Pihaknya masih menjalankan siasatan dan kes kemalangan berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Cermin kereta dipecah angkara dendam
1 November 2012
Kejadian hanya disedari selepas mangsa, Che Roziani Ani, 46, ingin menggunakan kenderaan itu yang diletakkan di kawasan parkir Blok E itu kira-kira jam 2 petang.
Menurutnya, sehari sebelum kejadian dia ada menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali menyuruhnya menanggung hutang orang lain yang mengalami masalah kewangan.
“Saya tidak kenal orang yang menghubungi tetapi nama yang disebut menghadapi masalah kewangan itu saya kenal,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, lelaki itu mahu dirinya bertanggungjawab menanggung hutang individu terbabit, jika enggan dia akan berbuat sesuatu kerana tahu beliau tinggal di mana.
“Bila terima ugutan begitu saya terus buat laporan polis hari yang sama kerana bimbangkan keselamatan diri.
“Mungkin dia marah selepas dapat tahu saya buat laporan polis menyebabkan kereta saya jadi sasaran,” katanya.
Akibat kejadian itu, mangsa kerugian ribuan ringgit selepas dua cermin bahagian kiri kereta Toyota Estima miliknya dipecahkan dipercayai menggunakan besi, bagaimanapun tiada barangan di dalam kereta yang dicuri.
Susulan itu, satu lagi laporan dibuat di Balai Polis Jinjang berhubung kejadian dan beliau mahu polis memberkas suspek yang terlibat kerana keselamatan keluarganya kini terancam.
Tiga maut lori masuk longkang
1 November 2012
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.40 petang itu, empat yang lain termasuk pemandu lori terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai, Mansor, 31, Badrun, 39, dan Nasrudin, 39.
Menurutnya, mangsa yang cedera parah pula dikenali sebagai Zarwadi, 26, Ahyar Rosidi, 26, dan Suhandi, 28.
“Mangsa yang terlibat dipercayai berada di bahagian belakang lori ketika kejadian,” katanya.
Mohamed Fauzi berkata, kumpulan pekerja ladang itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari ladang selepas habis waktu bekerja.
“Ketika sampai di tempat kejadian, lori terbabit dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni bukit menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan itu lalu terbabas sebelum terjunam masuk ke dalam longkang dianggarkan seluas 10 kaki,” katanya.
Menurutnya, mangsa maut serta merta di tempat kejadian, manakala semua yang cedera termasuk tiga yang parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan.
2 konstabel maut motosikal perosok bawah treler
2 November 2012
Mangsa, Mohd Zaihasrul Reza Mohd Zaini dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Nor Adrizan Mat Desa berasal dari Kaki Bukit, Perlis meninggal dunia ketika tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Kedua-dua mangsa yang berusia 22 tahun itu bertugas di Balai Polis Simpang Pulai.
Dalam satu kenyataan, Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 7.20 malam itu, kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bertugas.
Menurutnya, sewaktu kejadian,sebuah lori treler muatan serbuk batu, yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang, yang dipandu lelaki berusia 26 tahun sedang keluar simpang di depan kilang sebelum didatangi sebuah motosikal dari sebelah kanan treler tersebut dan telah melanggar tayar belakang sebelah kiri kenderaan terbabit.
"Pemandu lori kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Sementara itu, salah seorang anggota polis yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pembonceng motosikal, Nor Adrizan yang cedera parah pada bahagian muka sempat dikejarkan ke HRPB namun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
"Anggota bomba dan penyelamat Simpang Pulai bertungkus-lumus hampir dua jam untuk mengeluarkan Mohd Zaihasrul Reza yang tersepit di bawah tayar lori seberat lebih 10 tan," katanya.
Tambahnya, pihak bomba terpaksa menggunakan lori pengangkat kontena dan kren untuk membolehkan mayat mangsa dikeluarkan sekitar jam 9.30 malam.
Kedua-dua jenazah dijangka diuruskan malam ini di Jabatan Forensik HRPB sebelum dihantar terus kepada keluarga masing-masing di Kedah dan Perlis.
Bekas Ketua Polis Balai dituduh rogol gadis
1 November 2012
Anggota berpangkat Sarjan Mejar itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Mahmad Bidin, 52, dituduh merogol mangsa di Pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Binjai di sini pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia yang diwakili peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon jaminan minimum dikenakan berikutan anak guamnya itu menerima separuh gaji akibat ditahan kerja.
Hakim Azman Abdullah yang mempertimbangkan rayuan itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh berkomunikasi dengan mangsa.
“Jika gagal dipatuhi, jamin secara automatiknya terbatal,” katanya.
Leka layan pelanggan
1 November 2012
Rumah kedai tiga tingkat itu dipercayai turut menawarkan urutan batin melalui penemuan empat bekas cecair pelincir yang digunakan.
Selain itu, dua pekerja tukang urut berasal dari China turut ditemui di premis berkenaan ketika sedang melayan pelanggan di tingkat tiga.
Manakala di tingkat dua, dua pintu tersembunyi ditemui dipercayai tempat pekerja warga China itu menyorok sekiranya terdapat serbuan daripada pihak berkuasa.
Difahamkan, premis yang beroperasi lebih setahun itu pernah diserbu polis awal tahun ini namun masih beroperasi seperti biasa.
Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPS merangkap Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, dua pusat refleksologi di Rawang Sentral disita selepas beroperasi tanpa permit sejak tahun lalu.
“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (2007) dan sebanyak RM1,000 dikenakan atas kesalahan itu.
“Barang rampasan melibatkan 20 tilam, tiga set urut kaki dan cecair urutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam operasi berasingan, sebanyak tiga pusat kafe siber berunsur judi di Bandar Baru Rawang dan Rawang Mutiara turut dikenakan tindakan sitaan kerana beroperasi tanpa permit.
Satu daripadanya beroperasi selama 24 jam dan menawarkan ganjaran sehingga RM200,000 selain cabutan bertuah maksimum RM1,200 melalui pembelian kupon bernilai RM10.
Seorang pekerja yang dikenali sebagai Soh berkata, premis tersebut beroperasi selama enam bulan dan baru bertukar pengurusan tiga bulan lalu.
Soh yang juga warga Myanmar dipertanggungjawab mengurus premis itu dan diberikan tempat tinggal di situ.
Katanya, kebanyakan yang datang di premis terdiri daripada orang dewasa dan mendakwa tiada pelajar sekolah memasuki kawasan itu.
Sembunyi diri dalam tandas
1 November 2012
Pasangan warga Indonesia berusia 25 dan 24 tahun itu berbuat demikian kerana takut dicekup kerana tinggal di negera ini melebihi tempoh dibenarkan.
Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika serbuan, anggota penguatkuasa terpaksa bertindak memecahkan pintu rumah selepas ia gagal dibuka, meskipun sudah diketuk selama lebih lima minit.
“Sebaik pintu dipecahkan, kelihatan tiga penghuninya sedang leka memasak di dapur. Manakala pemeriksaan dijalankan anggota kami menemui pasangan berkenaan yang sedang menyorok di dalam tandas rumah berkenaan," katanya.
Beliau berkata, tiga lagi penghuni rumah berkenaan mempunyai permit kerja yang sah, manakala pasangan terbabit terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, operasi yang dikenali sebagai Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) di sekitar negeri bermula 9 malam kelmarin, dan berakhir kira-kira enam jam selepas itu.
Operasi diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen Salmah Omar dan Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen, Mohd Yusof Hashim bersama 13 anggota penguatkuasa sekitar kawasan Bukit Beruang, Malim dan Taman Melaka Raya.
"Seramai 27 orang lagi ditahan, selain tinggal lebih masa, kebanyakan mereka ditahan atas kesalahan masuk tanpa permit sah dan melanggar syarat permit atau pas sempadan.
“Mereka terdiri daripada warga Vietnam, China, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Myanmar, India dan Thailand,” katanya.
No comments:
Post a Comment