Monday, October 29, 2012

ZAMAN INI... ZAMAN BANYAK MENIPU....MAKA BERHATI2LAH

Lelaki janji tunang 5 wanita

Posted on the October 29th, 2012 under Tempatan by admin


BUKTI…Nina dan Wani yang menjadi mangsa lelaki kasanova menunjukkan laporan polis mereka.
SEGAMAT: Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya puluhan wanita dikenalinya melalui laman mencari jodoh sehingga dapat mengikis wang lebih RM100,000 terbongkar apabila seorang daripada mangsa curiga dengan kegagalannya hadir untuk majlis pertunangan mereka.
Hasil ‘siasatan’ mangsa itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 28, amat mengejutkan apabila kekasihnya itu bukan saja berjanji untuk bertunang dengannya pada 26 Ogos lalu, tapi turut membuat janji serupa dengan empat lagi wanita lain.
Wani yang bekerja sebagai guru sekolah rendah berkata, dia menghubungi empat wanita itu yang mengaku senasib dengannya apabila wang mereka turut dikikis lelaki sama.

“Saya percaya dia ada tidak kurang 20 teman wanita yang semuanya dikenali menerusi laman web mencari jodoh sama. Setakat ini, saya dapat hubungi 10 daripada mereka dan empat dijanji untuk bertunang pada tarikh sama dengan tarikh pertunangan saya,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Wani, ketika berkenalan dengannya September tahun lalu, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Marzuki, 37, berasal dari Terengganu dan bekerja sebagai kontraktor.
Harian Metro

Amil janji hapus dosa RM81,000

Posted on the October 30th, 2012 under Tempatan by admin


JOHOR BAHRU – Bicara manis penuh muslihat seorang lelaki berperwatakan alim kononnya boleh menjamin seseorang masuk syurga menyebabkan seorang wanita terpedaya hingga memaksa mangsa menyerahkan RM81,000 sebagai upah menghapuskan dosa.
Ketika mendedahkan perkara itu, anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, memberitahu, segalanya bermula apabila ibunya yang berusia 72 tahun bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya sebagai amil zakat berumur lingkungan 40-an di Plaza Angsana di sini pada Julai lalu.
Katanya, pada pertemuan itu, ibunya telah memberikan wang selepas amil yang dikenali sebagai Nizam Idris (gambar kecil) tersebut mendakwa dia mengutip zakat dan mengambil sumbangan untuk anak yatim, warga tua dan golongan orang kelainan upaya.

“Sejak itu, ibu seperti orang yang telah dipukau dan menyerahkan wang kepada Nizam kira-kira RM81,000 hingga sanggup mengetepikan keluarga sendiri semata-mata menurut kata lelaki berkenaan.
“Lelaki itu mendakwa dia melihat kami sekeluarga dimasukkan ke dalam neraka dan untuk mengelakkan perkara itu, ibu harus membayar sejumlah wang bagi penebus dosa sekali gus dapat merasai nikmat syurga,” ceritanya kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, lebih membuatkan mereka naik mual dengan pembohongan Nizam ialah lelaki itu meramalkan hari kiamat akan berlaku dalam tempoh terdekat manakala ibunya akan meninggal dunia pada 24 Julai tahun depan.
“Disebabkan itu, ibu menjadi cemas dan menyerahkan wang kononnya Nizam dapat membersihkan diri ibu daripada dosa,” katanya.
Menurut suri rumah itu, dia sekeluarga telah mencuba pelbagai cara untuk menyedarkan ibunya mengenai pembohongan dan lakonan licik Nizam tetapi malangnya wanita itu bukan sahaja manafikannya malah, memberitahu Nizam merupakan lelaki yang baik.
“Ada antara kami pernah terserempak dengan ibu yang sedang menjual semua barangan kemas sambil ditemani Nizam dan sampai satu tahap, ibu berhajat mahu menjual banglonya di Stulang Laut di sini bernilai RM500,000 tetapi sempat dihalang,” katanya yang memberitahu hasil jualan itu akan diberikan kepada Nizam.
Ujar Zana, mereka sekeluarga yang tidak mahu ibunya terus ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini Sabtu lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, polis telah menahan lelaki berkenaan pada hari pihaknya menerima laporan.
“Suspek kemudian telah dibebaskan selepas keterangannya diambil. Buat masa ini, tidak banyak yang boleh kami lakukan kerana mangsa sendiri tidak mengaku dia telah ditipu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Zainuddin bagaimanapun meminta mana-mana individu yang turut menjadi mangsa menggunakan modus operandi sama menghubungi polis Johor Bahru Utara di talian 07-221 2999 bagi membantu siasatan.
Kosmo

Kasanova licik, buru janda muda

Posted on the October 29th, 2012 under Tempatan by admin


SEGAMAT – Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.
Dengan menyamar sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu, lelaki berkulit sawo matang dan berusia 37 tahun itu menabur janji akan berkahwin dengan mangsanya sebelum mengebas wang mangsanya.
Bagaimanapun, tidak semua kaum hawa yang mendaftar di laman web berkenaan menjadi pilihannya kerana hanya wanita bujang atau janda yang berumur antara 20-an hingga 30-an menjadi sasarannya.

Ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya ialah mereka yang berbadan besar, montok dan gebu.
Salah seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatin Amira, 20-an mendedahkan, dia terjerat dengan permainan kotor lelaki yang dikenalinya dengan nama Marzuki pada awal tahun 2011.
“Myjodoh.net yang ‘menyatukan’ kami. Walaupun dia tidak kacak tapi bila bercakap dengannya, jantung saya berdebar-debar, hati asyik teringat. Susah nak gambarkan, pendek kata dia memang hebat bermain dengan kata-kata manis,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Kosmo

Jemaah sempurnakan rukun haji

Posted on the October 29th, 2012 under Luar Negara by admin


SEBAHAGIAN jemaah haji menuju ke jamrah untuk melontar batu.
MINA, Arab Saudi – Para jemaah berusaha untuk menyempurnakan ibadah haji semalam apabila mereka melontar jamrah di sini.
Semalam merupakan hari kedua terakhir untuk musim haji pada tahun ini.
Kebanyakan jemaah akan melontar batu-batu kecil di Jamrah Aqaba, Ula dan Wusta.

Melontar jamrah dilakukan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan.
Namun, sebahagian lagi akan berada di sini sehingga hari ini untuk melontar jamrah.
Musim haji tahun ini secara rasminya berakhir pada hari ini.
“Saya berharap dapat mengerjakan haji sekali lagi pada masa depan,” kata seorang jemaah Iraq, Um Hassan.
“Ia merupakan pengalaman yang hebat,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan jemaah haji Syria mendoakan kematian Presiden Bashar Al-Assad semasa mereka melontar jamrah semalam.
Kumpulan jemaah itu turut membawa bendera yang mewakili perjuangan para penentang Bashar.
Mereka turut melaungkan slogan mengecam Bashar ketika berarak ke lokasi melontar jamrah di sini.
“Kami berharap untuk menyaksikan Bashar digantung atau dibakar, digulingkan atau menjadi orang tawanan tidak lama lagi,” kata seorang jemaah haji Syria yang membawa alat pembesar suara di depan berpuluh-puluh orang pengikutnya.
Berdasarkan perangkaan rasmi, lebih tiga juta jemaah mengerjakan haji pada tahun ini.
- Agensi

26,500 etnik Rohingya terjejas

Posted on the October 29th, 2012 under General by admin


GAMBAR rakaman satelit yang disiarkan pertubuhan Human Right Watch menunjukkan pekan Kyaukpyu sebelum keganasan itu berlaku.
SITTWE, Myanmar – Seramai 26,500 orang kebanyakannya etnik Rohingya yang beragama Islam dipaksa meninggalkan rumah mereka di barat Myanmar, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Beberapa buah kampung dibakar dalam pertempuran antara etnik Rohingya dan penduduk beragama Buddha yang kembali tercetus pada 19 Oktober lalu di negeri Rakhine.

Sebelum ini, sekitar 75,000 orang telah memenuhi kem-kem sementara selepas keganasan berlaku di negeri berkenaan pada Jun lalu.
Dalam keganasan terbaharu itu, beberapa buah bot membawa pelarian Rohingya dilihat tiba di ibu negeri Rakhine di sini.
Para pelarian itu mencari perlindungan di kem Te Chaung yang dihuni oleh ribuan etnik Rohingya.
“Saya melarikan diri dari kampung yang terletak di Pauktaw pada Jumaat lalu kerana berasa tidak selamat.
“Rumah saya hangus terbakar dan saya kini langsung tidak mempunyai wang,” kata seorang nelayan berusia 42 tahun, Maung Myint.
Dia tiba di kem tersebut bersama isteri dan enam orang anaknya dengan menaiki bot yang membawa 40 pelarian lain.
Keganasan pada 19 Oktober itu dilaporkan berlaku apabila kumpulan etnik Rohingya membantah kekurangan bantuan dan bekalan di perkampungan mereka.
Sejumlah etnik Rohingya kemudian bertindak membakar beberapa buah rumah penganut Buddha di pekan Min Bya dan Mrauk Oo.
Tindakan mereka menyebabkan penduduk beragama Buddha melakukan serangan balas.
“Penganut Buddha di negeri Rakhine datang menyerang kami dengan pisau. Mereka membakar kediaman kami walaupun tiada apa yang boleh diambil oleh mereka. Saya melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang,” kata seorang wanita berusia 63 tahun yang dikenali sebagai Zomillah di kem pelarian Te Chaung.
“Saya kini tidak dapat pulang,” tambahnya.
Pemerintah Myanmar menyatakan, seramai 80 orang terbunuh manakala lebih 95 lagi cedera.
Sebanyak 2,818 buah rumah di tujuh buah pekan di Rakhine dibakar dalam keganasan itu.
Pada Jun lalu, keganasan tercetus selepas sepuluh orang Rohingya beragama Islam dibunuh oleh sekumpulan penduduk beragama Buddha.
Penduduk Rohingya itu dibunuh bagi membalas dendam terhadap kejadian rogol seorang wanita beragama Buddha di Rakhine.
Sementara itu, pihak berkuasa Myanmar berjanji akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung keganasan yang tercetus di Rakhine.
Sebelum ini PBB melaporkan bahawa etnik Rohingya merupakan golongan minoriti yang paling teruk ditindas di dunia. – Agensi

Budak lelaki cedera ditanduk lembu korban

Posted on the October 29th, 2012 under Luar Negara by admin


SEORANG budak lelaki ditanduk seekor lembu di Karachi kelmarin.
KARACHI, Pakistan – Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin.
Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih.

Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas.
Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.
Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula.
Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.
Seorang pegawai kesihatan, Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 150 orang dirawat di hospital di wilayah Palestin kerana cedera akibat terkena pisau dan ditanduk lembu korban yang terlepas di lokasi penyembelihan. – Agensi

Pasangan kekasih mati terbakar

Posted on the October 29th, 2012 under Tempatan by admin


KEADAAN rumah yang terbakar dan menyebabkan sepasang kekasih maut di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih maut dipercayai akibat sesak nafas selepas rumah mereka di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu di sini mengalami kebakaran semalam.
Kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian belakang rumah jenis rumah bandar itu berlaku pada pukul 11 pagi dan menyebabkan kedua-dua mangsa, Ang Lye Hock, 52, dan Angielee Ambrose, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, Lye Hock yang merupakan rakyat Singapura dan Angielee yang berasal dari Sabah, sebelum itu dipercayai bertengkar di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum berlaku kebakaran.
Seorang jiran mangsa yang juga pengurus bangunan berkenaan, Baharudin Saffri Aksan, 46, berkata, kejadian disedari ketika dia berada di balkoni untuk membersihkan penyaman udara rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah pasangan itu.
Kosmo

Isteri mahu suami bertaubat

Posted on the October 28th, 2012 under Tempatan by admin


KUALA LUMPUR: “Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan.” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.
“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.

“Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.
Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan ‘Abdullah’, malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.
Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.
“Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang,” katanya.
Metro Ahad minggu lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran ‘ustaz’ disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna.
Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial
Harian Metro

Amil janji hapus dosa RM81,000


ZANA menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas Nizam selepas mendakwa lelaki itu memperdaya ibunya di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Bicara manis penuh muslihat seorang lelaki berperwatakan alim kononnya boleh menjamin seseorang masuk syurga menyebabkan seorang wanita terpedaya hingga memaksa mangsa menyerahkan RM81,000 sebagai upah menghapuskan dosa.
Ketika mendedahkan perkara itu, anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, memberitahu, segalanya bermula apabila ibunya yang berusia 72 tahun bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya sebagai amil zakat berumur lingkungan 40-an di Plaza Angsana di sini pada Julai lalu.
Katanya, pada pertemuan itu, ibunya telah memberikan wang selepas amil yang dikenali sebagai Nizam Idris (gambar kecil) tersebut mendakwa dia mengutip zakat dan mengambil sumbangan untuk anak yatim, warga tua dan golongan orang kelainan upaya.
"Sejak itu, ibu seperti orang yang telah dipukau dan menyerahkan wang kepada Nizam kira-kira RM81,000 hingga sanggup mengetepikan keluarga sendiri semata-mata menurut kata lelaki berkenaan.
"Lelaki itu mendakwa dia melihat kami sekeluarga dimasukkan ke dalam neraka dan untuk mengelakkan perkara itu, ibu harus membayar sejumlah wang bagi penebus dosa sekali gus dapat merasai nikmat syurga," ceritanya kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, lebih membuatkan mereka naik mual dengan pembohongan Nizam ialah lelaki itu meramalkan hari kiamat akan berlaku dalam tempoh terdekat manakala ibunya akan meninggal dunia pada 24 Julai tahun depan.
"Disebabkan itu, ibu menjadi cemas dan menyerahkan wang kononnya Nizam dapat membersihkan diri ibu daripada dosa," katanya.
Menurut suri rumah itu, dia sekeluarga telah mencuba pelbagai cara untuk menyedarkan ibunya mengenai pembohongan dan lakonan licik Nizam tetapi malangnya wanita itu bukan sahaja manafikannya malah, memberitahu Nizam merupakan lelaki yang baik.
"Ada antara kami pernah terserempak dengan ibu yang sedang menjual semua barangan kemas sambil ditemani Nizam dan sampai satu tahap, ibu berhajat mahu menjual banglonya di Stulang Laut di sini bernilai RM500,000 tetapi sempat dihalang," katanya yang memberitahu hasil jualan itu akan diberikan kepada Nizam.
Ujar Zana, mereka sekeluarga yang tidak mahu ibunya terus ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini Sabtu lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, polis telah menahan lelaki berkenaan pada hari pihaknya menerima laporan.
"Suspek kemudian telah dibebaskan selepas keterangannya diambil. Buat masa ini, tidak banyak yang boleh kami lakukan kerana mangsa sendiri tidak mengaku dia telah ditipu," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Zainuddin bagaimanapun meminta mana-mana individu yang turut menjadi mangsa menggunakan modus operandi sama menghubungi polis Johor Bahru Utara di talian 07-221 2999 bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment