Tebing jalan setinggi 40 meter runtuh
Oleh Mohd Nasif Badruddin
Tebing jalan setinggi 40 meter runtuh menyebabkan lapan kereta yang diparkir penduduk di bahu jalan untuk mengelak dinaiki air tertimbus.
Keseluruhan jalan tertimbus sejauh 50 meter.
Dipercayai kemungkinan ada orang tidur dalam kereta yang tertimbus, namun belum dapat disahkan.
Operasi menyelamat bermula jam 5 pagi sehingga jam 2.30 petang berjaya mengeluarkan lima kereta dan operasi masih berjalan untuk mencari baki.
Operasi menyelamat membabitkan 50 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, JPAM, JKR dan kontraktor.
Lebih 13,000 mangsa banjir di Pantai Timur
Antara mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan. FOTO Halim Mat Ali
Semakan portal itu pada jam 8 pagi tadi menunjukkan sejumlah 13,589 mangsa banjir ditempatkan di 178 pusat pemindahan di negeri-negeri itu.
Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 7,921 mangsa banjir yang dipindahkan ke 126 pusat pemindahan.
Di Kelantan pula, sejumlah 3,2983 mangsa banjir dipindahkan ke 37 pusat pemindahan manakala 2,375 mangsa dipindahkan ke 15 pusat pemindahan di Pahang.
Sementara itu, seorang surirumah yang mengikut suaminya memukat menjadi mangsa pertama banjir di Terengganu apabila dia terjerlus ke dalam Sungai Lanjut, di Hulu Seladang, dekat Bandar Permaisuri, di sini, semalam.
Surirumah korban pertama bah di Terengganu
Oleh Imran Makhzan�
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Suaminya, Wan Amran Wan Sudin, berkata arwah isterinya, Samhanim Ramlee, 36, mengikutnya pergi memukat ketika dia hendak memasang pukat di tebing sungai berkenaan.
"Dia sempat memegang bahu saya ketika terjelus. Tapi saya tidak dapat capai tangannya atau memautnya kerana air sangat deras," katanya.
Wan Amran berkata, �dia yang cemas kemudian meminta pertolongan daripada penduduk kampung bagi menyelamatkan isterinya yang ketika itu sudah dibawa arus deras.
Sementara itu, anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertanahan Awam (JPAM)�terus bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa di Sungai�Lanjut sebelum dibawa ke�Hospital Setiu.
Minta nasi Arab dapat nasi tomato
|
SHAH ALAM – Seorang ibu dan anak perempuannya kecewa apabila majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah kelab di Seksyen U9 di sini pada 15 November lalu tidak menepati permintaan mereka.
Fauziah Osman, 53, mendakwa, perancangan yang diadakan sejak Julai bagi perkahwinan anaknya, Siti Mariam Roslan, 31, dengan Mohd. Zulhaidi Zakuan, 24, menjadi sia-sia apabila hidangan perkahwinan yang ditempah iaitu nasi Arab digantikan dengan nasi putih dan nasi tomato.
Lebih malang, kata Fauziah, pakej perkahwinan yang mencecah kos sebanyak RM37,275 itu tidak menyediakan kuantiti makanan yang mencukupi untuk 550 jemputan.
“Kami telah bersetuju untuk hidangan nasi Arab bersama dalca sayur, daging masak lada hitam, ayam goreng berempah dan air kordial seperti ketika uji rasa makanan pada 8 Julai lalu.
“Namun, kami kecewa apabila ketika majlis berlangsung pada pukul 8 malam, 15 November lalu, nasi Arab yang ditempah telah bertukar kepada nasi putih manakala katerer yang digunakan untuk menyediakan hidangan itu pula dikatakan bukan katerer ketika waktu uji rasa dahulu,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Seksyen 13 di sini semalam.
Menurut Fauziah, dia terpaksa mendedahkan masalah tersebut kepada pihak media kerana usahanya untuk menuntut ganti rugi dengan pihak pengurusan kelab terbabit sebelum ini menemui jalan buntu.
Leuniey sendiri jemput bapa
|
|
KOTA BHARU – ”Anak saya sendiri telah menjemput bapa kandungnya itu untuk menghadiri perkahwinan mereka.”
Demikian tegas Nor Laila Abu Bakar, 40, ibu kepada Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, yang akan melangsungkan perkahwinan dengan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, pada Jumaat ini.
“Sebelum ini, Leuniey ada ke rumah bapa kandungnya untuk menandatangani borang sebagai wali nikah dan ketika itu juga Leuniey telah menjemput bapa kandungnya itu turut hadir pada majlis pernikahannya.
“Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana ia lebih kepada isu dalaman keluarga,” tegas Nor Laila yang menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang mendakwa bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad terguris kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan tersebut.
Lima jadi korban lori ikan
BELURAN - Lima termasuk dua beradik terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ikan dalam kemalangan di simpang Ladang Muncul Maju, Jalan Nangoh Paitan dekat sini malam kelmarin.
Kejadian pada pukul 8.45 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Sulit Paitan.
Lima mangsa yang terkorban ialah Roling Korang, 34, dan adiknya, Ugat Korang, 30, Albert Simon, 29, Jaffriddin Ujin, 31, serta Hendryson Ido, 16 .
Kemalangan tersebut difahamkan berlaku apabila kereta yang dipandu Roling dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori membawa muatan ikan yang dalam perjalanan ke Kudat.
Rempuhan itu menyebabkan kesemua mangsa tersepit di dalam kereta dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Hadiah bapa bawa bencana
GEORGE TOWN – Kegembiraan seorang remaja lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai baru dihadiahkan oleh bapanya berkecai apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang, mangsa Muhammad Amshar Aniq Ruzaidi, 16, mati di tempat kejadian apabila motosikal berkuasa 1,000 cc yang ditunggangi terbabas lalu merempuh belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang diekorinya.
Mayat mangsa ditemui terbaring di atas jalan manakala motosikal jenis Honda CBR itu pula terseret sejauh 38.5 meter dari lokasi mayat mangsa.
Semasa kejadian, remaja berasal dari Taman Utara, Batu Uban itu menunggang seorang diri dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar bandar.
Difahamkan, Muhammad Amshar baru memperoleh lesen memandu motosikal berkuasa tinggi pada 13 Disember lalu. Motosikal itu pula dikatakan hadiah ayahnya.
Banjir semakin buruk
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk semalam dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 12,305 mangsa dipindahkan berbanding 2,921 mangsa yang dipindahkan kelmarin.
Terengganu terus mencatat mangsa terbanyak dengan 6,637 mangsa dipindahkan ke 111 pusat pemindahan sementara di kesemua tujuh daerah di negeri itu ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Kelantan pula meningkat kepada 3,293 yang kini ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara, manakala di Pahang sebanyak 2,375 mangsa dipindahkan ke 15 pusat pemindahan.
Di Terengganu, daerah Hulu Terengganu mencatat mangsa banjir terbanyak dengan jumlah 1,608 orang di 16 pusat pemindahan dikuti daerah Besut dengan 1,096 mangsa.
Wanita, warga emas sengsara panjat tangga
BATU CAVES – Lebih 175 keluarga di pangsapuri Laksamana Jaya dekat sini hidup dalam keadaan tidak selesa apabila dua buah lif bangunan itu rosak lebih dua bulan lalu.
Akibatnya, mereka terpaksa turun naik tangga pangsapuri 10 tingkat itu setiap masa.
Memburukkan keadaan, tangga yang digunakan berkeadaan gelap kerana lampu yang telah rosak selain lantai yang pecah dan dicemari longgokan sampah.
Tinjauan Kosmo! mendapati kedua-dua lif yang disediakan di Blok A masih belum dibaiki dan penduduk terpaksa menggunakan tangga untuk urusan harian.
E. Mariamma , 32, yang tinggal di tingkat lapan berkata, lif pertama rosak lebih dua tahun lalu dan ia dibiarkan tanpa dibaiki pihak pengurusan pangsapuri manakala lif kedua rosak dua bulan lalu.
“Kejadian lif rosak kerap berlaku sejak kami berpindah ke sini pada tahun 2004 dan keadaan semakin teruk walaupun wang penyelenggaraan dibayar,” katanya ketika ditemui semalam.
120 kambing, lapan lembu lesap
KLUANG – Seorang penternak berputih mata apabila dia kerugian lebih RM120,000 selepas haiwan ternakannya berjumlah 120 ekor kambing dan lapan ekor lembu hilang dicuri dari ladangnya, A. Majid Dairy Farm di Simpang Renggam dekat sini baru-baru ini.
Pemilik ladang Abdul Majid Mohd. Isa, 57, berkata, kehilangan haiwan ternakan itu dipercayai berlaku antara pukul 1 pagi hingga 3.30 pagi pada 22 Disember selepas lima penjenayah mengacukan parang sebelum mengikat kaki dan tangan tiga pekerjanya.
Ladang ternakannya itu terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Menurut penternak itu, dia menyedari ternakannya dicuri kira-kira pukul 6.30 pagi selepas dimaklumkan oleh anaknya, Mutalib yang melawat ladang seperti biasa pada setiap pagi.
“Mutalib terkejut apabila melihat pintu pagar ladang ternakan sudah terbuka dan kesemua ternakannya lesap,” kata Abdul Majid yang sudah 30 tahun terlibat dalam bidang ternakan haiwan.
Kata mangsa lagi, dia yang bergegas ke ladangnya kemudian dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa semua 120 ekor kambing dan lapan ekor lembunya sudah dibawa lari penjenayah menggunakan dua buah lori yang masing-masing bermuatan tiga tan.
“Pekerjanya memberitahu, penjenayah mengikat leher setiap ternakan sebelum mengheret semua haiwan itu naik ke atas dua buah lori berkenaan,” ceritanya semasa ditemui di ladang itu kelmarin.
Pelajar UUM maut dihempap papan
JITRA - Seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap kepingan papan partikel yang terjatuh dari sebuah treler berhampiran Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam kelmarin.
Kejadian pada pukul 8 malam itu mengorbankan Tan Chuan Ta, 20, manakala pemandu kereta Perodua Kancil, Wang Zong Ching, 24; Khoo Kah Wai, 22, dan Yong Hoi Siong, 23, hanya cedera ringan.
Chuan Ta berada di tempat duduk belakang pemandu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketika kejadian, empat penuntut universiti itu dalam perjalanan pulang ke kampus UUM yang terletak di Sintok dekat sini selepas menikmati makan malam di pekan Danok, Thailand.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd. Yusoff berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler yang membawa papan partikel terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
"Treler yang berada atas pembahagi jalan berada dalam keadaan tidak stabil mengakibatkan lebih 500 keping papan partikel jatuh dan menghempap kereta Perodua Kancil yang dinaiki empat penuntut UUM malang itu," katanya di sini semalam.
Lagi kejadian tembakan di AS
|
WEBSTER, New York – Seorang bekas banduan membakar sebuah rumah dan kereta di kejiranannya di sini, dalam negeri New York, untuk mengumpan pihak bomba sebelum menembak mati dua anggota pasukan berkenaan.
Penyerang kemudian bertindak membunuh diri selepas berbalas tembakan dengan pihak polis.
Dalam kejadian tersebut, pihak berkuasa terpaksa menggunakan kereta perisai untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terbunuh serta 33 orang penduduk sekitarnya.
Ketua polis bandar ini, Gerald Pickering berkata, penyerang bersenjata itu, William Spengler telah dipenjara lebih 17 tahun kerana memukul sampai mati neneknya yang berusia 92 tahun pada tahun 1980.
Menurutnya, pembunuhan tersebut berlaku di sebuah rumah bersebelahan kediaman tempat serangan kelmarin berlaku.
Pihak berkuasa memberitahu, Spengler, 62, memperoleh parol pada 1998 dan menyepikan diri sejak dia dibebaskan.
“Kebakaran itu satu perangkap,” kata Pickering pada satu sidang media.
“Mereka ini (anggota-anggota bomba) bangun di tengah malam demi memadamkan kebakaran. Mereka tidak menyangka akan ditembak dan terbunuh,” tambahnya.
Setakat ini, polis masih menyiasat motif serangan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, satu rakaman audio yang disiarkan di laman web RadioReference.com menunjukkan seseorang melaporkan bahawa penyerang menggunakan sepucuk raifal atau senapang.
Dia melepaskan tembakan dari atas sebuah rabung di luar kediaman tersebut.
Jelas pihak berkuasa, dua anggota bomba mati di tempat kejadian manakala dua yang lain dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.
Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu turut cedera dalam insiden tersebut.
Menurut Pickering, sebanyak tujuh buah rumah musnah dengan polis masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat mangsa lain yang maut dalam serangan tersebut. Dalam perkembangan yang sama, seorang anggota polis Bellaire dan seorang penduduk ditembak dan dibunuh seorang suspek di tempat letak kereta kedai barangan penjagaan diri di barat daya bandar raya Houston kelmarin, kata beberapa
pegawai.
Pihak berkuasa menyatakan, Koperal Jimmie Norman, 53, sedang mengejar suspek berusia 21 tahun itu, Harlem Harold Lewis apabila dia menaiki kereta ke tempat pakir pada pukul 8.55 pagi waktu tempatan.
Beberapa saksi berkata, Lewis keluar dari kenderaannya dan mula melepaskan berdas-das tembakan.
“Lelaki itu mula menembak dengan tembakan dilepaskan ketika saya melarikan diri. Kira-kira 10 minit kemudian saya terfikir pistol apa yang digunakan lelaki itu,” kata sorang saksi, Stephanie Pacheco.
Seorang saksi lain, Selvin Romero memberitahu Lewis melanggar trak pikap miliknya.
Menurut Romero, dia mengekori Lewis ke laluan di hadapan kedai itu.
Katanya, dia melihat Norman menghampiri kereta Lewis untuk memaksa dia menyerah diri. Namun, beberapa saat kemudian, Lewis melepaskan tembakan ke arah anggota polis itu.
“Suspek mula menembak anggota polis itu dan seterusnya menembak pemilik kedai berkenaan," kata Romero.
Pemilik kedai itu, Terry Taylor ditembak pada jarak dekat di kepala. Menurut polis, dia mati di tempat kejadian.
Polis menyatakan, Norman dibawa ke Hospital Ben Taub di sini dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Dia tidak berbalas tembakan dengan suspek.
Lewis cedera dan melarikan diri tetapi dia ditemui di belakang sebuah premis perniagaan tidak jauh dari lokasi kejadian. Menurut polis, sepucuk senjata api ditemui di tempat kejadian.
Lewis kemudian dibawa ke sebuah hospital berhampiran dan berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
Beberapa doktor memberitahu, dia dijangka pulih. Suspek kini berdepan dakwaan membunuh seorang anggota polis dan melakukan pembunuhan.
Sementara itu, seorang lelaki Seattle berusia 30 tahun terbunuh dan seorang lelaki cedera dalam insiden tembakan di sebuah bar di Bellevue dalam negeri Washington juga kelmarin.
Polis Washington mengeluarkan waran tangkap pada hari yang sama terhadap seorang remaja berusia 19 tahun berhubung kejadian itu.
Sebelum ini, kejadian tembakan berlaku di Sekolah Rendah Newton, Connecticut pada 14 Disember lalu.
Dalam kejadian itu, seorang pemuda berusia 20 tahun, Adam Lanza menembak ibunya dan 20 kanak-kanak termasuk enam kakitangan sekolah tersebut.
Lanza kemudian membunuh diri.
– Agensi
Kereta sport hibrid Ferrari akan dikeluarkan
MARANELLO - Gergasi perlumbaan Itali, Ferrari akan mengeluarkan model kereta sport hibrid untuk memenuhi cita rasa peminat kereta berkelajuan tinggi dan pada masa yang sama, peka terhadap penjagaan alam sekitar dalam tempoh beberapa bulan lagi.
"Kami sedang berusaha mengurangkan pengunaan tenaga tanpa menjejaskan prestasi Ferrari," kata ketua pembangunan kereta berkenaan, Matteo Lanzavecchia di sini.
"Kami juga berjaya meningkatkan kuasa kuda kereta Ferrari serta mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida sebanyak 30 peratus," katanya.
Model California 30 yang berharga AS$239,000 (RM731,340) keluaran Ferrari kini lebih berkuasa dan dilengkapi teknologi terbaharu tetapi beratnya telah dikurangkan sebanyak 30 kilogram berbanding versi sebelum ini.
Pada tahun lalu, sebanyak 7,200 kereta Ferarri telah dijual di seluruh dunia, meningkat 10 peratus berbanding 2010.
Pengarah Komersial Ferrari, Enrico Galliera berkata, pihaknya turut meminati pasaran di Malaysia.
"Terdapat banyak peluang di serata dunia. Ya, pastinya kami amat berhati-hati dengan beberapa pasaran seperti Eropah tetapi terdapat ekonomi lain yang sedang berkembang iaitu China, Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat," katanya. - AFP
Bekas ibu pejabat syarikat Hainan diruntuhkan
HAIKOU, China - Sebuah bangunan yang pernah menjadi ibu pejabat syarikat penerbangan Hainan Airlines diruntuhkan di sini semalam.
Bangunan yang dibina pada tahun 1996 itu diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan.
Pihak syarikat penerbangan itu memutuskan untuk meruntuhkan bangunan berkenaan selepas ibu pejabat baharu Hainan Airlines siap dibina pada tahun lalu. - Reuters
Aktivis main gitar di tengah-tengah jalan raya
NEW DELHI - Seorang pengarah muzik dan aktivis sosial, Kishor Giri duduk di tengah-tengah jalan raya dan bermain gitar di Gauhati di sini semalam.
Giri membawa kain yang mengandungi mesejnya yang menentang kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang wanita yang belajar di sebuah universiti di sini.
Dia merupakan antara sejumlah besar penduduk yang membantah kejadian rogol beramai-ramai ke atas wanita berusia 23 tahun itu.
Kejadian itu berlaku pada 16 Disember lalu apabila pelajar berkenaan dirogol di dalam sebuah bas sebelum dicampak keluar.
Pelajar itu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital selepas dia dipukul dengan batang besi dan mengalami kecederaan di bahagian usus.
Semua penyerangnya kini telah ditahan.
Kejadian itu juga telah mencetuskan bantahan ganas dalam kalangan penduduk di sini sejak Ahad lalu hingga kelmarin.
Para penunjuk perasaan tersebut menuntut perlindungan keselamatan terhadap wanita selepas kejadian kejam itu berlaku. - Agensi
Pesawat terhempas di timur Myanmar
YANGON – Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan Air Bagan yang membawa ramai pelancong asing terhempas dan terbakar menyebabkan dua orang terbunuh serta mencederakan 11 yang lain di negeri Shan, timur Myanmar, kata beberapa pegawai semalam.
Pesawat Fokker-100 itu terhempas ketika ia cuba mendarat di sebuah kawasan sawah padi berhampiran sebuah lapangan terbang di Heho semasa cuaca berkabus.
Menurut Kementerian Penerangan, mangsa yang terbunuh merupakan seorang kanak-kanak Myanmar berusia 11 tahun dan seorang penunggang motosikal.
Seramai 63 orang menaiki pesawat itu termasuk 51 warga asing dan enam kru.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Yangon ke Mandalay.
Pesawat itu putus pada bahagian ekor dan terbakar, menurut kementerian berkenaan.
Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital.
Menurut seorang jurucakap syarikat tersebut, Ye Min Oo, hanya juruterbang yang mengetahui punca nahas itu.
Dia berkata, pihaknya masih belum menghubungi dua juruterbang tersebut bagi mengetahui punca sebenar nahas kerana mereka telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pesawat model Fokker itu tidak lagi dikeluarkan.
Syarikat itu dimiliki oleh taikun Tay Za yang disenarai hitam oleh Amerika Syarikat (AS) kerana aktivitinya dengan bekas ketua rejim tentera Myanmar, Than Shwe.
Kepimpinan Shwe sebagai ketua negara dikritik kerana keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia.
Beliau meletakkan jawatan sebagai ketua negara Myanmar pada tahun lalu. – Agensi
No comments:
Post a Comment