Setem Besi shared Andi Silahhuddin's photo.
Rogol pelajar: Polis guna meriam air surai penunjuk perasaan...http://www.sinarharian.com.my/
NEW DELHI - Polis India menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berarak memprotes kejadian merogol seorang pelajar wanita dalam bas awal minggu ini.
Beribu-ribu penunjuk perasaan terdiri daripada pelajar kolej berarak menuju istana presiden dan keganasan mula tercetus sehingga mereka merempuh sekatan yang dibuat pihak polis.
Pelajar wanita itu masih kritikal dirawat di hospital.
Kerajaan India cuba mengawal kemarahan rakyat dengan mengumumkan siri langkah berjaga-jaga supaya kaum wanita berasa selamat.
Ini termasuk rondaan pihak polis pada waktu malam, pemeriksaan terhadap pemandu bas dan mengharamkan bas memasang langsir dan cermin gelap.
Tetapi penunjuk perasaan berdegil dan mengatakan langkah itu tidak cukup dan mendesak supaya hukuman mati dikenakan ke atas pesalah.
Menteri Dalam Negeri, RPN Singh merayu penunjuk perasaan supaya bertenang.
“Ini bukan cara untuk membantah. Melanggar penghadang polis bukan cara untuk memulakan dialog,” katanya semalam.
Polis berkata gadis malang itu dirogol selama sejam sebelum dicampak ke tepi jalan bersama teman lelakinya yang turut cedera dipukul geng yang merogol mangsa.
Ramli Mohamed and 3 other friends shared Kedah Kini's photo.
TERKINI ! BANDAR KUANTAN LUMPUH DILANDA BANJIR....SEBARKANBanjir kuantan hubungi :
Ustaz Sharudin Pengarah AMAL Negeri Pahang tinggal di Kuantan. 0139191721
Ust Fadli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan.
0199111163 -Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
lagi berita sini ===> http://pkrl.blogspot.com/2012/
Bandar Kuantan dilanda banjir kilat
24 Disember 2012
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.
Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.
Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik.
Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan keselamatan penumpang.- Bernama
Kelantan, Pahang dilanda banjir
24 Disember 2012
Johor juga masih dilanda banjir menyebabkan jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di keempat-empat negeri itu meningkat kepada 997 orang berbanding 430 orang pagi tadi.
Hujan lebat pagi tadi menyebabkan ibu negeri Pahang, Kuantan ditenggelami air sedalam 1.5 meter, yang merupakan kejadian terburuk sejak 2001.
Antara jalan yang ditenggelami air di kawasan itu ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu pula melaporkan jumlah mangsa banjir tertinggi ialah di negeri itu dengan 707 orang diikuti Pahang (440 orang), Kelantan (199 orang) dan Johor (16 orang).
Di Terengganu, enam dari tujuh daerah di negeri itu terbabit dengan bencana alam berkenaan kecuali daerah Kemaman dengan 18 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Dungun (7), Setiu (4), Besut (2) Hulu Terengganu (2), Marang (2) dan Kuala Terengganu (1).
Di Pahang, lapan pusat pemindahan dibuka iaitu enam di daerah Kuantan dan masing-masing satu di Pekan dan Rompin.
Di Kelantan pula, 10 pusat pemindahan dibuka di negeri itu termasuk tiga di Kota Baharu, satu di Machang dan masing-masing dua di jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Hanya satu pusat pemindahan dibuka di Batu Pahat, Johor. - Bernama
DI PAHANG
Banjir tenggelamkan Kelantan
24 Disember 2012
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri, mangsa di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah mula berpindah sejak tengah malam tadi.
Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila Kampung Telekong dinaiki air menyebabkan 31 keluarga melibatkan 122 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong.
Di Kota Bharu, 113 mangsa daripada 28 keluarga dari Kampung Tiong, Kampung Hutan Buloh dan Kampung Mulong dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tiong, Pejabat Penggawa Peringat dan SMK Mulong.
Di Tanah Merah, 119 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke Madrasah Becah Palas Lubuk Agor, SK Bukit Panau dan Dewan Padang Kijang apabila kediaman mereka di Kampung Lubuk Agor, Kampung Batu Karang, Kampung Cap Rimau dan Kampung Padang Kijang mula dinaiki air.
Di Pasir Puteh, jumlah mangsa dipindahkan adalah 58 orang melibatkan 14 keluarga apabila Kampung Tasek dan Pengkalan mula dinaiki air. Mangsa dipindahkan ke SK Bukit Awang dan SRK Kamil bermula malam kelmarin.
Di Pasir Mas, 49 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke Madrasah Haji Daud dan SK Baruh Pial apabila kediaman mereka dinaiki air.
Di Machang, empat orang dari satu keluarga terpaksa dipindahkan ke Madrasah Sungai Mas apabila kediaman mangsa di Kampung Sungai Mas dinaiki air malam kelmarin.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Roslee Mamat berkata, Sungai Golok di Jenob melepasi paras bahaya iaitu 24.64 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang, air kini pada tahap 9.25 meter (paras bahaya 9 meter), manakala sungai utama lain di paras amaran.
Beliau berkata, keadaan tengkujuh di Kelantan kini di peringkat jingga dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebooknya meminta rakyat berwaspada dengan keadaan tengkujuh dan menjaga keselamatan anggota keluarga, terutama kanak-kanak.
Beliau turut meminta agensi berkaitan dan wakil rakyat peka keperluan rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada mereka terbabit.
Matedom Mat Matedom Mat
perkataan :tenggelamkan kelantan" x tepat langsung..,sepatutnya;' melanda'..siapa penulisnya..?
Reply · Like · Follow Post · 44 seconds ago
24 Disember 2012
KOTA BAHRU - Banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa
meningkat kepada 102 orang di sebelah petang berbanding hanya 18 orang
di sebelah pagi.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu membabitkan 24 keluarga di empat jajahan iaitu Kota Baharu, Machang dan Pasir Mas selain Pasir Puteh yang mangsa berpindah sejak tengah malam tadi.
Di Kota Baharu, seramai 31 orang dipindahkan iaitu 27 orang di Sekolah Kebangsaan Tiong dan empat orang di Pejabat Penggawa Peringat.
Di Machang, empat orang ditempatkan di Madrasah Sungai Mas manakala di Pasir Mas, seramai 49 dipindahkan, 23 daripadanya ditempatkan di Madrasah Haji Daud, Kangkong dan 26 orang lagi di Sekolah Kebangsaan Baroh Pial.
Di Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 18 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang malam tadi.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Roslee Mamat berkata Sungai Golok di Jenob kini melepasi paras bahaya iaitu 24.64 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang, air kini pada tahap 9.25 meter (paras bahaya 9 meter), manakala sungai utama lain berada di paras amaran.
Beliau berkata keadaan tengkujuh di Kelantan kini di peringkat jingga dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Facebook meminta rakyat berwaspada dengan keadaan tengkujuh dan menjaga keselamatan anggota keluarga terutama kanak-kanak.
Beliau turut meminta semua agensi termasuk wakil rakyat agar sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terbabit.
Keadaan cuaca di Kelantan kini mendung dengan hujan lebat sekali sekala.
Sementara itu kira-kira 2,000 pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di sini tidak dapat meneruskan aktiviti harian ekoran kawasan kampus dinaiki air kira-kira satu meter.
Pegawai Perhubungan Awam UMK, Mohamad Naim Idris berkata kedudukan kampus yang terletak di kawasan rendah menyebabkan ia mudah dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
"Jika hujan lebat selama sehari, tempat ini senang dinaiki air," katanya.
Beliau berkata Sabtu lepas, UMK turut dinaiki air namun surut pada keesokan harinya dan aktiviti pembelajaran berjalan seperti biasa.
"Mungkin hujan terlalu lebat sehinggakan pam yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.
"Para pensyarah memutuskan untuk membatalkan kelas hari ini kerana bahagian blok bawah bangunan dinaiki air. Namun, kakitangan bukan akademik masih menjalankan tugas seperti biasa," katanya.
Tinjauan Bernama di sekitar kawasan tersebut mendapati kira- kira 50 kedai berhampiran turut ditutup berikutan air menggenangi kawasannya.
Selain tidak dapat berniaga, mereka juga bimbang kerana ada pihak yang mengambil kesempatan memecah masuk ke kedai mereka.
Pembantu kedai, Wardiana Ismail, 26, berkata kedai tempatnya bekerja hampir diceroboh masuk malam tadi apabila pintu kedai itu diumpil.
"Saya tiba ke kedai kira-kira 10 pagi tadi dan lihat pintu ada kesan diumpil. Bagaimanapun pencuri tak sempat melarikan barangan dalam kedai kerana pintu dihalang oleh sebuah almari," katanya.
Menurutnya kedai itu ditutup kira-kira 4 petang semalam. - Bernama
24 Disember 2012
BATU PAHAT – “Makcik tidak sangka dia akan pergi dahulu, ingatkan
makcik (yang akan pergi). Bila terkenang wajah cerianya ketika menjamah
sate kegemaran malam Khamis lalu, makcik terus sebak.”
Demikian luah ibu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di Kemaman, Terengganu, Amah Melan, 64, dalam nada sebak menahan kesedihan.
Menurut Amah, anaknya Halina Saif @ Saib, 40, ketika menikmati sate kegemarannya yang dibeli di Peserai, di sini, berhasrat membaiki bumbung rumah ibunya, namun kini hajat itu tidak kesampaian.
Biarpun begitu, Halina sempat membelikan ibunya mesin basuh baru memandangkan mesin basuh yang digunakan sebelum ini agak uzur.
“Sebelum kemalangan itu berlaku, arwah ada menghubungi saya bertanyakan hadiah yang diberikan (mesin basuh), dan kami tidak menyangka itulah kali terakhir kami sekeluarga mendengar suaranya.
“Arwah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ini sememangnya seorang yang bertanggungjawab kerana sering mengambil berat keadaan kami yang berada di kampung.
“Kehilangan arwah sememangnya cukup terasa kerana dia pantang ada cuti, sudah tentu akan pulang ke sini walaupun dia jauh berada di Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, di kediamannya di Jalan Johor, Simpang Lima, di sini semalam.
Sementara itu, adik mangsa, Hairul Anuar, 27, berkata, kakak dan abang iparnya, Sabirin Sulaiman, 45, tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, selain menyatakan makanan dimakan sedap berbanding selalu.
“Kami sekeluarga menerima semua ini sebagai satu dugaan dan juga ketentuan Ilahi. Walaupun agak berat, namun kami perlu menerimanya dengan reda,” katanya.
Manakala kakak tiri Sabirin, Samirah Abd Ghaffar, 54, berkata, adik bongsunya itu yang lebih dikenali sebagai Ucu di kalangan anak buahnya, cukup disenangi kerana dia tidak lokek dan sering membelikan buah tangan untuk mereka.
“Tiada yang pelik berlaku. Cuma beberapa hari sebelum kemalangan itu, saya ada bermimpi mendapat kasut kulit yang agak mahal, namun tidak lama kemudian ianya hilang,” katanya.
23 Disember 2012
KUANTAN - Tiga kereta milik penduduk rosak dengan satu daripadanya
dihempap tiang elektrik yang tumbang akibat kabel utamanya diheret
sebuah kenderaan berat dipercayai lori dalam kejadian di Lorong Galing
36, Taman Penisular, Jalan Haji Ahmad, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, bekalan elektrik turut terputus menyebabkan kira-kira 100 rumah di perumahan terbabit terpaksa bergelap.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat lori ‘tipper’ yang lalu di kawasan itu dengan bahagian muatan belakangnya terangkat sebelum tersangkut pada kabel.
Menurutnya, pemandu kenderaan terbabit mungkin tidak menyedari bahagian belakang yang terangkat itu tersangkut pada kabel lalu mengheretnya sehingga menyebabkan lima tiang elektrik tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Iswara milik penduduk yang diletakkan di tepi jalan.
“Dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis Produa Myvi terseret beberapa meter setelah bahagian bawahnya tersangkut pada kabel yang terjatuh ke tanah sebelum melanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berada di hadapan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Chon Siang berkata, penduduk menyedari kejadian itu selepas bekalan elektrik terputus dan mendengar bunyi dentuman agak kuat.
“Beberapa penduduk termasuk pemilik kereta keluar untuk meninjau sebelum ternampak lima tiang elektrik tumbang dan salah satunya menghempap sebuah kereta.
“Ketika itu lori yang dipercayai mengheret kabel tersebut sudah beredar melarikan diri,” katanya.
Beliau yang dihubungi penduduk segera ke lokasi kejadian dan mendapati tiga kereta yang terlibat masih belum dialihkan, manakala bekalan elektrik terputus.
“Saya menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melakukan kerja-kerja membaiki kabel supaya bekalan elektrik dapat disambung segera," katanya.
Sementara itu, pemilik Proton Iswara, The Siew Har, 54, berkata, dia terjaga selepas menyedari bekalan elektrik terputus sebelum didatangi jiran memaklumkan keretanya dihempap tiang elektrik.
“Saya beritahu suami tentang kejadian, sebelum keluar melihat kereta yang remuk bahagian cermin depan akibat dihempap salah satu tiang yang tumbang,” katanya.
Pemilik Toyota Vios yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 48, berkata, dia datang dari Melaka dan bermalam di salah sebuah rumah di taman tersebut.
“Saya hanya menyedari kejadian kira-kira jam 7 pagi bagaimanapun agak bernasib baik kerana kereta hanya rosak kecil," katanya.
24 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Sindiket pelacuran didapati memasukkan gambar wanita
tidak berdosa dalam laman Facebook bagi menarik pelanggan, kata Ketua
Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
Beliau berkata, sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.
Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.
Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.
"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya pada sidang akhbar tersebut.
Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan.
Beliau berkata, beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.
Tan berkata, beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas. - Bernama
23 Disember 2012
GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya
terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang lampu di dekat Jalan Lembah
Permai 3, Tanjung Bungah, di sini, kira-kira jam 3.38 petang semalam.
Mangsa yang berusia 48 tahun mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dada.
Menurut sumber polis, sebelum kejadian mangsa yang memandu dari kawasan Lembah Permai menuju Tanjung Bungah didapati gagal mengawal keretanya sebelum ia terbabas ke tepi jalan lalu merempuh tiang elektrik.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya. Dia dikatakan melanggar sebuah kereta, lalu cuba melarikan diri dengan memecut kereta yang dinaikinya.
Pemilik kenderaan dilanggar difahamkan membuat laporan polis, petang semalam, berdasarkan nombor plat kereta yang dipandu mangsa.
24 Disember 2012
ALOR SETAR - Seorang bomoh yang bergelar ‘ustaz’ kini diburu polis
kerana dipercayai telah merogol seorang murid perempuan tahun enam sejak
awal tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, lelaki terbabit telah melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu.
Katanya, polis sudah beberapa kali pergi ke rumah lelaki tersebut di Taman PKNK, di sini, untuk menangkapnya, tetapi dapati lelaki itu tiada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri.
“Lelaki itu kini dikehendaki polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan merogol,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang murid perempuan tahun enam di sini, trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila kanak-kanak itu dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.
Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.
Menurut ibunya, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.
23 Disember 2012
KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan nyaris menjadi mangsa penipuan
satu sindiket yang menyamar sebagai kakitangan dan Bank Negara.
Mangsa William Phang, 39, berkata, kejadian itu bermula apabila dia menerima panggilan dari kakitangan sebuah bank pada 20 Disember lalu kononnya dia mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM13,000.
Dia yang terkejut kemudiannya menafikan pernah memohon atau menggunakan kad kredit dari bank berkenaan.
“Kakitangan bank itu memberitahu jika perkara itu tidak benar, nama saya akan dihantar kepada Bank Negara untuk siasatan, selang lima minit kemudian telefon bimbit saya menerima dua nombor panggilan tidak dijawab, bila saya hubungi kembali nombor telefon saya dapat mendengar suara mesin operator Bank negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Biro Aduan Awam Gerakan semalam.
Kata William, selepas beberapa kali mencuba panggilan itu akhirnya dijawab seorang lelaki yang mengaku sebagai kakitangan Bank Negara.
“Paling meyakinkan apabila lelaki itu boleh membacakan maklumat peribadi termasuk alamat rumah, kad pengenalan dan meminta saya menunggu selama tiga hari untuk Bank Negara lakukan siasatan, namun saya mula curiga selepas suspek menegaskan supaya jangan beritahu sesiapa tentang siasatan yang sedang dilakukan,” katanya
Menurutnya, keadaan bertambah pelik selepas lelaki tersebut turut memintanya memberitahu baki wang dalam bank serta memberikan nombor akaun serta jumlah tunggakan kad kredit yang lain selain turut ditawarkan insurans khas yang kononnya dibiayai oleh Bank Negara
Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, mangsa kemudiannya menghubungi Bank Negara sebenar dan seperti sudah dijangka Bank Negara tidak menawarkan perkhidmatan itu serta insurans yang dimaksudkan.
Sementara itu seorang lagi mangsa, Phang Jing Fatt, 36, memberitahu dia menerima panggilan dari seseorang yang mengaku sebagai kakitangan Bank Negara yang memaklumkan baki tertunggak kad kredit milik sebuah bank yang perlu dijelaskan.
“Saya beritahu tidak pernah mempunyai kad kredit bank berkenaan namun lelaki itu tahu semua maklumat peribadi saya,” katanya yang turut menghubungi Bank Negara untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
Menurutnya, dia juga pelik bagaimana maklumat peribadinya boleh bocor ke tangan orang lain malah individu terbabit turut menggunakan nombor khas.
Sementara itu Pengerusi Biro Aduan Awam Gerakan, Wilson Lau berkata, pihaknya setakat menerima 18 aduan membabitkan individu yang menyamar sebagai kakitangan atau pegawai Bank Negara.
“Kebanyakan aduan kita terima melibatkan kononnya mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan hutang kad kredit tertunggak,” katanya.
23 Disember 2012
JOHOR BAHRU - Seramai 24 pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri dalam satu serbuan di
sebuah pusat hiburan, di sini, malam kelmarin.
Serbuan jam 10.30 malam itu menyaksikan 20 wanita warga China dan empat rakyat Vietnam berusia 20 hingga 43 tahun, ditahan dalam Ops Sayang kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II Johor, Mohd Zariman Mohamed berkata, serbuan dalam operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) itu disertai 14 anggota dan pegawai imigresen.
Beliau berkata, bertindak atas aduan awam, beberapa anggota dan pegawai juga telah pergi ke lokasi aduan terlebih dahulu dan menyamar sebagai pelanggan untuk memantau pergerakan warga asing ini.
“Selepas mendapat maklumat daripada anggota operasi, kami menyerbu premis dan memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen kepada orang wanita di kaunter.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, berlaku sedikit kekecohan di mana beberapa wanita warga asing cuba melarikan diri.
“Bagaimanapun, hasil daripada tindakan mengepung dan pemeriksaan dijalankan di setiap bilik kecil di premis ini, kami berjaya menahan 24 GRO rakyat Cina dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Zariman yang merupakan ketua operasi berkata, semua wanita terbabit didapati datang ke lokasi sekitar jam 5 petang dengan berpakaian seksi, menanti kehadiran pelanggan untuk dibawa ke pusat hiburan terbabit.
“Ketika di pusat hiburan ini, mereka akan masuk ke bilik-bilik untuk menawarkan diri sebagai teman berhibur dengan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan lelaki.
“Mereka akan berpindah masuk ke bilik-bilik lain bagi tujuan sama,” katanya.
Beliau berkata, dua daripada 24 GRO warga asing yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah.
23 Disember 2012
IPOH – Isu kelulusan 606 hektar kawasan pembalakan tanah kerajaan di
Mukim Belukar Semang di Pengkalan Hulu dilaporkan ke Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.
Laporan itu dibuat Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak, Salman Salleh di ibu pejabat SPRM, di sini pada jam 3 petang.
Salman berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak SPRM menjalankan siasatan kemungkinan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Kerajaan Negeri untuk seorang individu.
Beliau mendakwa, banyak keraguan timbul apabila kelulusan sebanyak 606 hektar tanah kawasan membalak tanah kerajaan kepada tiga syarikat milik seorang individu seperti yang didedahkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di
persidangan Dun baru-baru ini.
“Kelulusan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 30 November 2012 dan terdapat tiga kelulusan berlainan kepada tiga syarikat selain surat akuan tukul besi yang berturutan nombornya iaitu 6317, 6318 dan 6319 pada tarikh sama.
“Apa yang peliknya ketiga-tiga syarikat tersebut iaitu Dinamik Lafaz Sdn Bhd, Embun Kesuma Sdn Bhd dan Waja Kinrara Sdn Bhd dimiliki seorang pemilik iaitu Jonathan Chung Jun Fun sebagai pengarahnya yang baru berusia 28 tahun.
“Setiap syarikat telah diluluskan lebih kurang 202 hektar dalam tempoh enam bulan bagi menebang semua balak-balak yang berada di situ dan jumlah keseluruhannya sebanyak 606 hektar,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu pejabat SPRM, semalam.
Salman berkata, lebih mengejutkan apabila semakan dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat tersebut baru didaftarkan pada tahun ini iaitu pada 5 Januari 2012, 10 Januari 2012 dan 15 Februari 2012.
“Kita telah semak ketiga-tiga syarikat berkenaan didaftarkan di alamat yang sama iaitu di 47A, Jalan Chung Ah Ming, Pasir Puteh, Ipoh.
“Kami menggesa siasatan yang menyeluruh dan kemungkinan ada unsur-unsur salah guna kuasa selain berharap ianya berjalan dengan adil,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya turut akan mendedahkan kelulusan pada 1 Oktober 2012 di bekas Hutan Simpan Bikam, Mukim Changkat Jering, Sungkai Perak Selatan kepada tiga syarikat yang berkaitan.
Mangsa banjir di Kelantan bertambah
24 Disember 2012
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu membabitkan 24 keluarga di empat jajahan iaitu Kota Baharu, Machang dan Pasir Mas selain Pasir Puteh yang mangsa berpindah sejak tengah malam tadi.
Di Kota Baharu, seramai 31 orang dipindahkan iaitu 27 orang di Sekolah Kebangsaan Tiong dan empat orang di Pejabat Penggawa Peringat.
Di Machang, empat orang ditempatkan di Madrasah Sungai Mas manakala di Pasir Mas, seramai 49 dipindahkan, 23 daripadanya ditempatkan di Madrasah Haji Daud, Kangkong dan 26 orang lagi di Sekolah Kebangsaan Baroh Pial.
Di Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 18 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang malam tadi.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Roslee Mamat berkata Sungai Golok di Jenob kini melepasi paras bahaya iaitu 24.64 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang, air kini pada tahap 9.25 meter (paras bahaya 9 meter), manakala sungai utama lain berada di paras amaran.
Beliau berkata keadaan tengkujuh di Kelantan kini di peringkat jingga dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Facebook meminta rakyat berwaspada dengan keadaan tengkujuh dan menjaga keselamatan anggota keluarga terutama kanak-kanak.
Beliau turut meminta semua agensi termasuk wakil rakyat agar sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terbabit.
Keadaan cuaca di Kelantan kini mendung dengan hujan lebat sekali sekala.
Sementara itu kira-kira 2,000 pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di sini tidak dapat meneruskan aktiviti harian ekoran kawasan kampus dinaiki air kira-kira satu meter.
Pegawai Perhubungan Awam UMK, Mohamad Naim Idris berkata kedudukan kampus yang terletak di kawasan rendah menyebabkan ia mudah dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
"Jika hujan lebat selama sehari, tempat ini senang dinaiki air," katanya.
Beliau berkata Sabtu lepas, UMK turut dinaiki air namun surut pada keesokan harinya dan aktiviti pembelajaran berjalan seperti biasa.
"Mungkin hujan terlalu lebat sehinggakan pam yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.
"Para pensyarah memutuskan untuk membatalkan kelas hari ini kerana bahagian blok bawah bangunan dinaiki air. Namun, kakitangan bukan akademik masih menjalankan tugas seperti biasa," katanya.
Tinjauan Bernama di sekitar kawasan tersebut mendapati kira- kira 50 kedai berhampiran turut ditutup berikutan air menggenangi kawasannya.
Selain tidak dapat berniaga, mereka juga bimbang kerana ada pihak yang mengambil kesempatan memecah masuk ke kedai mereka.
Pembantu kedai, Wardiana Ismail, 26, berkata kedai tempatnya bekerja hampir diceroboh masuk malam tadi apabila pintu kedai itu diumpil.
"Saya tiba ke kedai kira-kira 10 pagi tadi dan lihat pintu ada kesan diumpil. Bagaimanapun pencuri tak sempat melarikan barangan dalam kedai kerana pintu dihalang oleh sebuah almari," katanya.
Menurutnya kedai itu ditutup kira-kira 4 petang semalam. - Bernama
Susulan Empat Beranak Rentung: 'Tidak sangka dia pergi dulu'
24 Disember 2012
Demikian luah ibu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di Kemaman, Terengganu, Amah Melan, 64, dalam nada sebak menahan kesedihan.
Menurut Amah, anaknya Halina Saif @ Saib, 40, ketika menikmati sate kegemarannya yang dibeli di Peserai, di sini, berhasrat membaiki bumbung rumah ibunya, namun kini hajat itu tidak kesampaian.
Biarpun begitu, Halina sempat membelikan ibunya mesin basuh baru memandangkan mesin basuh yang digunakan sebelum ini agak uzur.
“Sebelum kemalangan itu berlaku, arwah ada menghubungi saya bertanyakan hadiah yang diberikan (mesin basuh), dan kami tidak menyangka itulah kali terakhir kami sekeluarga mendengar suaranya.
“Arwah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ini sememangnya seorang yang bertanggungjawab kerana sering mengambil berat keadaan kami yang berada di kampung.
“Kehilangan arwah sememangnya cukup terasa kerana dia pantang ada cuti, sudah tentu akan pulang ke sini walaupun dia jauh berada di Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, di kediamannya di Jalan Johor, Simpang Lima, di sini semalam.
Sementara itu, adik mangsa, Hairul Anuar, 27, berkata, kakak dan abang iparnya, Sabirin Sulaiman, 45, tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, selain menyatakan makanan dimakan sedap berbanding selalu.
“Kami sekeluarga menerima semua ini sebagai satu dugaan dan juga ketentuan Ilahi. Walaupun agak berat, namun kami perlu menerimanya dengan reda,” katanya.
Manakala kakak tiri Sabirin, Samirah Abd Ghaffar, 54, berkata, adik bongsunya itu yang lebih dikenali sebagai Ucu di kalangan anak buahnya, cukup disenangi kerana dia tidak lokek dan sering membelikan buah tangan untuk mereka.
“Tiada yang pelik berlaku. Cuma beberapa hari sebelum kemalangan itu, saya ada bermimpi mendapat kasut kulit yang agak mahal, namun tidak lama kemudian ianya hilang,” katanya.
Kabel tersangkut lori
23 Disember 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, bekalan elektrik turut terputus menyebabkan kira-kira 100 rumah di perumahan terbabit terpaksa bergelap.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat lori ‘tipper’ yang lalu di kawasan itu dengan bahagian muatan belakangnya terangkat sebelum tersangkut pada kabel.
Menurutnya, pemandu kenderaan terbabit mungkin tidak menyedari bahagian belakang yang terangkat itu tersangkut pada kabel lalu mengheretnya sehingga menyebabkan lima tiang elektrik tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Iswara milik penduduk yang diletakkan di tepi jalan.
“Dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis Produa Myvi terseret beberapa meter setelah bahagian bawahnya tersangkut pada kabel yang terjatuh ke tanah sebelum melanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berada di hadapan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Chon Siang berkata, penduduk menyedari kejadian itu selepas bekalan elektrik terputus dan mendengar bunyi dentuman agak kuat.
“Beberapa penduduk termasuk pemilik kereta keluar untuk meninjau sebelum ternampak lima tiang elektrik tumbang dan salah satunya menghempap sebuah kereta.
“Ketika itu lori yang dipercayai mengheret kabel tersebut sudah beredar melarikan diri,” katanya.
Beliau yang dihubungi penduduk segera ke lokasi kejadian dan mendapati tiga kereta yang terlibat masih belum dialihkan, manakala bekalan elektrik terputus.
“Saya menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melakukan kerja-kerja membaiki kabel supaya bekalan elektrik dapat disambung segera," katanya.
Sementara itu, pemilik Proton Iswara, The Siew Har, 54, berkata, dia terjaga selepas menyedari bekalan elektrik terputus sebelum didatangi jiran memaklumkan keretanya dihempap tiang elektrik.
“Saya beritahu suami tentang kejadian, sebelum keluar melihat kereta yang remuk bahagian cermin depan akibat dihempap salah satu tiang yang tumbang,” katanya.
Pemilik Toyota Vios yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 48, berkata, dia datang dari Melaka dan bermalam di salah sebuah rumah di taman tersebut.
“Saya hanya menyedari kejadian kira-kira jam 7 pagi bagaimanapun agak bernasib baik kerana kereta hanya rosak kecil," katanya.
Foto wanita tidak berdosa dimuat di FB tarik pelanggan
24 Disember 2012
Beliau berkata, sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.
Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.
Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.
"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya pada sidang akhbar tersebut.
Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan.
Beliau berkata, beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.
Tan berkata, beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas. - Bernama
Maut rempuh tiang lampu
23 Disember 2012
Mangsa yang berusia 48 tahun mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dada.
Menurut sumber polis, sebelum kejadian mangsa yang memandu dari kawasan Lembah Permai menuju Tanjung Bungah didapati gagal mengawal keretanya sebelum ia terbabas ke tepi jalan lalu merempuh tiang elektrik.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya. Dia dikatakan melanggar sebuah kereta, lalu cuba melarikan diri dengan memecut kereta yang dinaikinya.
Pemilik kenderaan dilanggar difahamkan membuat laporan polis, petang semalam, berdasarkan nombor plat kereta yang dipandu mangsa.
Polis buru 'ustaz' dituduh merogol
24 Disember 2012
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, lelaki terbabit telah melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu.
Katanya, polis sudah beberapa kali pergi ke rumah lelaki tersebut di Taman PKNK, di sini, untuk menangkapnya, tetapi dapati lelaki itu tiada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri.
“Lelaki itu kini dikehendaki polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan merogol,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang murid perempuan tahun enam di sini, trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila kanak-kanak itu dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.
Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.
Menurut ibunya, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.
Tipu guna nama Bank Negara
23 Disember 2012
Mangsa William Phang, 39, berkata, kejadian itu bermula apabila dia menerima panggilan dari kakitangan sebuah bank pada 20 Disember lalu kononnya dia mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM13,000.
Dia yang terkejut kemudiannya menafikan pernah memohon atau menggunakan kad kredit dari bank berkenaan.
“Kakitangan bank itu memberitahu jika perkara itu tidak benar, nama saya akan dihantar kepada Bank Negara untuk siasatan, selang lima minit kemudian telefon bimbit saya menerima dua nombor panggilan tidak dijawab, bila saya hubungi kembali nombor telefon saya dapat mendengar suara mesin operator Bank negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Biro Aduan Awam Gerakan semalam.
Kata William, selepas beberapa kali mencuba panggilan itu akhirnya dijawab seorang lelaki yang mengaku sebagai kakitangan Bank Negara.
“Paling meyakinkan apabila lelaki itu boleh membacakan maklumat peribadi termasuk alamat rumah, kad pengenalan dan meminta saya menunggu selama tiga hari untuk Bank Negara lakukan siasatan, namun saya mula curiga selepas suspek menegaskan supaya jangan beritahu sesiapa tentang siasatan yang sedang dilakukan,” katanya
Menurutnya, keadaan bertambah pelik selepas lelaki tersebut turut memintanya memberitahu baki wang dalam bank serta memberikan nombor akaun serta jumlah tunggakan kad kredit yang lain selain turut ditawarkan insurans khas yang kononnya dibiayai oleh Bank Negara
Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, mangsa kemudiannya menghubungi Bank Negara sebenar dan seperti sudah dijangka Bank Negara tidak menawarkan perkhidmatan itu serta insurans yang dimaksudkan.
Sementara itu seorang lagi mangsa, Phang Jing Fatt, 36, memberitahu dia menerima panggilan dari seseorang yang mengaku sebagai kakitangan Bank Negara yang memaklumkan baki tertunggak kad kredit milik sebuah bank yang perlu dijelaskan.
“Saya beritahu tidak pernah mempunyai kad kredit bank berkenaan namun lelaki itu tahu semua maklumat peribadi saya,” katanya yang turut menghubungi Bank Negara untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
Menurutnya, dia juga pelik bagaimana maklumat peribadinya boleh bocor ke tangan orang lain malah individu terbabit turut menggunakan nombor khas.
Sementara itu Pengerusi Biro Aduan Awam Gerakan, Wilson Lau berkata, pihaknya setakat menerima 18 aduan membabitkan individu yang menyamar sebagai kakitangan atau pegawai Bank Negara.
“Kebanyakan aduan kita terima melibatkan kononnya mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan hutang kad kredit tertunggak,” katanya.
24 GRO warga asing ditahan penguatkuasa Imigresen
23 Disember 2012
Serbuan jam 10.30 malam itu menyaksikan 20 wanita warga China dan empat rakyat Vietnam berusia 20 hingga 43 tahun, ditahan dalam Ops Sayang kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II Johor, Mohd Zariman Mohamed berkata, serbuan dalam operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) itu disertai 14 anggota dan pegawai imigresen.
Beliau berkata, bertindak atas aduan awam, beberapa anggota dan pegawai juga telah pergi ke lokasi aduan terlebih dahulu dan menyamar sebagai pelanggan untuk memantau pergerakan warga asing ini.
“Selepas mendapat maklumat daripada anggota operasi, kami menyerbu premis dan memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen kepada orang wanita di kaunter.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, berlaku sedikit kekecohan di mana beberapa wanita warga asing cuba melarikan diri.
“Bagaimanapun, hasil daripada tindakan mengepung dan pemeriksaan dijalankan di setiap bilik kecil di premis ini, kami berjaya menahan 24 GRO rakyat Cina dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Zariman yang merupakan ketua operasi berkata, semua wanita terbabit didapati datang ke lokasi sekitar jam 5 petang dengan berpakaian seksi, menanti kehadiran pelanggan untuk dibawa ke pusat hiburan terbabit.
“Ketika di pusat hiburan ini, mereka akan masuk ke bilik-bilik untuk menawarkan diri sebagai teman berhibur dengan mengenakan sedikit bayaran kepada pelanggan lelaki.
“Mereka akan berpindah masuk ke bilik-bilik lain bagi tujuan sama,” katanya.
Beliau berkata, dua daripada 24 GRO warga asing yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah.
Minta SPRM siasat salah guna kuasa atau penyelewengan
23 Disember 2012
Laporan itu dibuat Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak, Salman Salleh di ibu pejabat SPRM, di sini pada jam 3 petang.
Salman berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak SPRM menjalankan siasatan kemungkinan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Kerajaan Negeri untuk seorang individu.
Beliau mendakwa, banyak keraguan timbul apabila kelulusan sebanyak 606 hektar tanah kawasan membalak tanah kerajaan kepada tiga syarikat milik seorang individu seperti yang didedahkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di
persidangan Dun baru-baru ini.
“Kelulusan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 30 November 2012 dan terdapat tiga kelulusan berlainan kepada tiga syarikat selain surat akuan tukul besi yang berturutan nombornya iaitu 6317, 6318 dan 6319 pada tarikh sama.
“Apa yang peliknya ketiga-tiga syarikat tersebut iaitu Dinamik Lafaz Sdn Bhd, Embun Kesuma Sdn Bhd dan Waja Kinrara Sdn Bhd dimiliki seorang pemilik iaitu Jonathan Chung Jun Fun sebagai pengarahnya yang baru berusia 28 tahun.
“Setiap syarikat telah diluluskan lebih kurang 202 hektar dalam tempoh enam bulan bagi menebang semua balak-balak yang berada di situ dan jumlah keseluruhannya sebanyak 606 hektar,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu pejabat SPRM, semalam.
Salman berkata, lebih mengejutkan apabila semakan dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat tersebut baru didaftarkan pada tahun ini iaitu pada 5 Januari 2012, 10 Januari 2012 dan 15 Februari 2012.
“Kita telah semak ketiga-tiga syarikat berkenaan didaftarkan di alamat yang sama iaitu di 47A, Jalan Chung Ah Ming, Pasir Puteh, Ipoh.
“Kami menggesa siasatan yang menyeluruh dan kemungkinan ada unsur-unsur salah guna kuasa selain berharap ianya berjalan dengan adil,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya turut akan mendedahkan kelulusan pada 1 Oktober 2012 di bekas Hutan Simpan Bikam, Mukim Changkat Jering, Sungkai Perak Selatan kepada tiga syarikat yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment