Sunday, December 23, 2012

YANG LAGI TERUK PADA ALLAH PUN MEREKA DEGIL

Seorang maut, bantah kejadian rogol di India

BEBERAPA penunjuk perasaan menolak sebuah kereta dalam tunjuk perasaan membantah seorang pelajar wanita dirogol di New Delhi semalam.


NEW DELHI - Satu tunjuk perasaan yang membantah kejadian rogol dan pencabulan bertukar menjadi ganas di sini semalam apabila polis tertembak mati seorang wartawan semalam.
Sebelum ini seorang wanita yang berusia 23 tahun yang dirogol dalam sebuah bas pada 16 Disember lalu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.
Dia dicampak dari sebuah bas selepas dirogol oleh enam lelaki.
Polis menyatakan, enam lelaki yang dipercayai melakukan kejadian tersebut telah ditangkap.
Bagaimanapun, ribuan orang, kebanyakannya pelajar, mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu manakala parti Kongres yang memerintah berjanji akan bertindak dengan segera terhadap kumpulan perogol itu.
Jalan-jalan raya menuju ke Istana Presiden dan ibu pejabat kerajaan disekat namun, kumpulan penunjuk perasaan cuba untuk merempuh sehingga mengakibatkan pertempuran dengan anggota polis berlaku dengan menyebabkan sejumlah orang cedera, lapor agensi berita IANS.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ketika para penunjuk perasaan mendekati sekatan yang dibuat anggota-anggota pihak berkuasa.
"Beberapa samseng mengetuai penunjuk perasaan untuk supaya melanggar undang-undang. Kami merayu kepada para penunjuk perasaan untuk tidak bersatu dengan mereka (samseng-samseng itu) dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman," kata seorang pegawai polis Delhi, Dharmendra Kumar.
Menurutnya, semua permintaan para penunjuk perasaan sudah dipenuhi pemerintah.
"Mereka (para penunjuk perasaan) sepatutnya membenarkan kami untuk melakukan tugas kami," tambahnya.
Sebelum ini, pihak pemerintah menyatakan perbicaraan kes rogol akan dipercepatkan mulai 2 Januari depan manakala kawalan polis dipertingkatkan bagi melindungi keselamatan wanita.
Pihak pemerintah juga menyatakan ia akan mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan hukuman yang lebih tegas terhadap pesalah rogol.
Kebanyakan penduduk menuntut hukuman mati terhadap pesalah rogol.
Ketika ini hukuman kesalahan merogol ialah hukuman maksimum penjara seumur hidup.
Presiden Kongres Kebangsaan India, Sonia Gandhi yang mengetuai perikatan parti yang memerintah India menemui sekumpulan penunjuk perasaan dan berjanji akan mempercepatkan hukuman terhadap pesalah yang merogol wanita tersebut.
Menurut data polis, sebanyak 661 kes rogol dilaporkan di New Delhi sejak Januari lalu.
Para aktivis menyatakan, sekurang-kurangnya 40,000 kes sedang menunggu untuk diselesaikan di mahkamah.
Sementara itu, Wartawan penyiaran itu tertembak selepas polis melepaskan tembakan dalam tunjuk perasaan yang diadakan di Imphal, timur laut India.
Jurucakap polis berkata, wartawan tersebut membuat liputan tentang tunjuk perasaan bagi meminta pencabul seorang aktres India ditangkap. - Agensi

CIA bidas filem Osama Laden


GAMBAR fail menunjukkan Bigelow (kanan) di set penggambaran filem Zero Dark Thirty di Chandigarh, India.


WASHINGTON - Pemangku Pengarah Agensi Penyiasatan Pusat (CIA), Michael Morell menyatakan, filem tentang kisah hidup bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden memperbesar-besarkan teknik lemas untuk mendapatkan maklumat oleh para penyiasat.
Filem itu berjudul Zero Dark Thirty yang diarahkan Kathryn Bigelow mengisahkan kisah tentang pemburuan Osama selama sedekad selepas kejadian pengganas pada 11 September 2011 berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Dalam filem itu, para penyiasat AS didapati menggunakan teknik keras seperti melemaskan muka para tahanan yang dianggap pelbagai pihak sebagai satu bentuk penderaan.
Menurut Morell, terdapat teknik lain digunakan oleh para penyiasat untuk mendapatkan maklumat daripada para tahanan yang disyaki pengganas.
Teknik yang menjadi kontroversi itu telah diharamkan oleh Presiden AS, Barack Obama.
Morell merupakan antara calon yang bakal menjadi ketua CIA selepas peletakan jawatan David Petreaus.
Petreaus meletakkan jawatan selepas dia terlibat dalam skandal dengan seorang penulis wanita.
Penulis wanita itu menghasilkan buku tentang riwayat hidupnya.
Filem tentang pemburuan Osama itu bakal menjadi calon untuk memenangi anugerah Oscar.
Osama meninggal dunia selepas mati ditembak dalam satu operasi memburunya oleh anggota-anggota komando tentera laut AS di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2011. - Agensi

Harta milik bekas Presiden Tunisia dilelong


SEBAHAGIAN barang milik isteri Ben Ali yang menunggu pembeli dalam acara lelongan dipamerkan di Gammarth,Tunisia kelmarin.


TUNIS - Pihak berkuasa Tunisia melelong harta rampasan milik bekas Presiden negara ini, Zine El Abidine Ben Ali.
Antara yang dilelong itu ialah sepasang patung emas berkepala singa, sebatang pen yang diselaputi berlian dan 39 buah kereta mewah.
Sebahagian barang itu dipamerkan di Gammarth dan Tunis.
Beberapa pegawai berharap, lelongan itu akan memperoleh sebanyak AS$12.9 juta (RM39.48 juta).
Antara yang dilelong ialah sebuah kereta Mercedes milik anak saudara Ben Ali.
Menurut seornag ahli jawatankuasa rampasan itu, Mohammed Lassad Hamayed, kereta tersebut buatan tangan yang melibatkan kos AS$2.6 juta (RM7.95 juta).
Beliau berkata, hanya pemerintah Maghribi, Raja Mohamed VI yang memiliki salah sebuah kereta tersebut.
Ben Ali yang dianggap pemerintah yang korup meletakkan jawatan pada Januari 2011 selepas tunjuk perasaan menentang pemerintahannya dilancarkan penduduk tempatan.
Beliau kemudian hidup dalam buangan bersama isterinya, Leila Ben Ali. - Agensi

Serpihan limbungan dari Jepun ditemui di pantai timur AS


SERPIHAN limbungan terapung dari Jepun dihanyutkan di sebuah pantai di dekat Forks, Washington pada Selasa lalu.


FORKS, Washington - Serpihan limbungan terapung yang hanyut akibat kejadian tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu ditemui di sebuah pantai di negeri Washington, timur Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu.
Seorang pegawai menyatakan, terdapat tulisan Jepun ditemui pada struktur itu.
Satu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar serpihan tsunami kini cuba mengesahkan sama ada ia berasal dari Jepun.
Jurucakap Jabatan Ekologi, Washington, Kim Schmanke berkata, tulisan-tulisan pada limbungan itu dan gambar-gambarnya turut dikaji oleh kakitangan pejabat konsulat Jepun bagi mengesahkan ia merupakan serpihan dari Jepun.
Pasukan pakar-pakar tersebut mengambil lima sampel bagi menentukan sama ada terdapat bahan radioaktif kerana sebuah loji nuklear di timur laut Jepun pernah mengalami kerosakan akibat tsunami itu.
Serpihan limbungan itu ditemui pada Selasa lalu oleh Pasukan Pengawal Pantai AS.
Sebelum ini, serpihan sebuah lagi limbungan terapung dari Jepun turut ditemui di Newport, Oregon, AS, pada Jun lalu.
Bencana tsunami itu menyebabkan hampir 16,000 orang terbunuh di timur laut Jepun. - Agensi

Ubi kentang diuji ganti penumpang pesawat


GUNI mengandungi ubi kentang diletakkan di tempat duduk sebuah pesawat Boeing untuk menggantikan manusia dalam ujian pengesanan isyarat tanpa wayar.


CHICAGO - Para jurutera sebuah syarikat yang membina pesawat Boeing di sini menggunakan guni yang mengandungi sejumlah ubi kentang untuk menggantikan penumpang bagi menguji pengesanan gelombang bagi gajet tanpa wayar.
Guni itu diletakkan di tempat duduk penumpang dan ia kelihatan seperti manusia semasa ujian tersebut dilakukan.
Ujian tersebut dilakukan melibatkan masa selama beberapa hari menyebabkan guni mengandungi ubi kentang digunakan bagi menggantikan manusia.
Menurut jurucakap Boeing, Adam Tischler, ubi kentang mengandungi kandungan air dan menyerap serta memancarkan isyarat gelombang radio sama seperti tubuh manusia.
Beliau berkata, ia membolehkan ubi kentang sesuai untuk menggantikan manusia dalam ujian tersebut.
Pihak syarikat Boeing membeli sebanyak 9,000 kilogram ubi kentang untuk ujian itu.
Hasil ujian tersebut, para jurutera syarikat berkenaan mewujudkan sistem proprietari untuk pelarasan isyarat internet.
Menurut Boeing, sistem itu memastikan gelombang isyarat tanpa wayar tidak akan mengganggu peralatan komunikasi dan peralatan penerbangan yang sensitif.
Syarikat itu menyatakan, isyarat tanpa wayar kini boleh diperoleh dalam pesawat Boeing 777, 747-8 dan 787 Dreamliner. - Agensi

Tiga maut kereta rempuh lori


KEADAAN kereta Perodua Viva yang mengorbankan tiga mangsa selepas merempuh lori di Kilometer 25, Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Changkat Chermin dekat Sitiawan semalam.


SETIAWAN - Tiga maut manakala dua cedera parah selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 25, Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Changkat Chermin dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang, tiga mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta, Mohd. Ramli Abdul Wahab, 27, dan dua anak kenalannya, Nur Aleeya Maisara Muhammad Syakir, 6, dan Harith, 5.
Ibu kepada dua kanak-kanak malang itu, Zalikha Kamarulzaman, 26, dan adiknya, Mohamad Syarifuddin, 18, cedera parah di kaki dan kepala.
Tiga lagi beradik iaitu Faizatul Adawiyah Hamdan, 12, Shamil, 11, dan Sofia Amira, 8, yang menumpang kereta tersebut cedera ringan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mad Isa berkata, semasa kemalangan, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menghadiri Hari Keluarga Rela di Teluk Senangin, Lumut.

Anak Yusof Haslam bertunang


SYAFIQ (kanan) dan Aeisyah pada majlis pertunangan mereka di Gombak semalam.


KUALA LUMPUR - Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.
Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.
Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Syafiq yang mengarahkan filem berjudul Sam berkata, dia dan tunangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun hingga dua tahun dari tarikh pertunangan mereka.
"Syukur kerana majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Saya harap agar pertunangan ini sampai ke jenjang pelamin.
"Insya Allah sama ada hujung tahun depan atau 2014 kami akan berkahwin," ujarnya gembira ketika dihubungi Kosmo! semalam.

4 beranak rentung selepas cuti


JAMSHAH (tiga dari kiri) melihat keadaan bas dan kereta yang terbabit kemalangan sehingga mengorbankan empat beranak semalam.


KEMAMAN - Kegembiraan empat sekeluarga bercuti di kampung berakhir dengan kesemua mangsa mati dalam keadaan rentung apabila kereta yang dinaiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini semalam.
Kejadian pada pukul 1.30 pagi itu berlaku ketika kereta jenis Kia Sephia yang dinaiki empat keluarga guru bahasa Jepun itu dalam perjalanan dari kampung di Batu Pahat, Johor menuju ke Dungun yang terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres.
Bas yang membawa sembilan penumpang dan dua pemandu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Melaka.
Pertembungan tersebut menyebabkan bahagian depan kereta itu terperosok ke bawah bas sebelah kanan dan diseret sejauh kira-kira 30 meter.

Pantai Timur mula dilanda banjir


MOHD. FARA MOHD ARIF (kanan) bersama Mohd. Iskandar (kiri) dan Mohd. Amir Ridzuan Zawawi menyelamatkan motosikal yang ditenggelami banjir di Kampung Alor Rekam, Pulau Serai, Dungun semalam.


DUNGUN - Seramai 144 mangsa banjir melibatkan 26 keluarga dari lima buah kampung di daerah ini ditempatkan di tiga pusat penempatan sementara berikutan banjir yang mula melanda kawasan kediaman mereka pagi semalam.
Sehingga petang semalam, seramai 40 penduduk daripada tujuh keluarga yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Bukit Gedut, Pulau Serai dipindahkan kira-kira pukul 9 malam kelmarin. Mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai di sini.
Seramai 34 mangsa melibatkan tujuh keluarga dari Kampung Tanjung Pagar pula dipindahkan ke balai raya kampung itu, manakala tiga keluarga dari Kampung Seberang Pintasan dipindahkan ke Dewan Sivik Seberang Pintasan.

Bayar RM1j selamatkan mangsa culik

KUALA LUMPUR – Saat getir selama tiga hari seorang ahli perniagaan diculik empat lelaki bersenjatakan pistol di Muar, Johor pada Jumaat lalu berakhir semalam apabila lelaki itu dibebaskan di kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Besar, Selangor semalam.
Mangsa berumur 56 tahun itu dibebaskan selepas keluarga ahli perniagaan itu membayar wang tebusan dikatakan berjumlah RM1 juta kepada kumpulan penculik itu.
Satu sumber berkata, mangsa diculik pada pukul 10 malam, 21 Disember lalu sewaktu dia dan ahli sekeluarganya baru tiba di rumah selepas keluar makan malam.
Difahamkan, sejurus mangsa dan ahli keluarganya masuk ke dalam rumah, empat lelaki bersenjatakan pistol turut meluru ke dalam rumah itu dan melarikan mangsa.
Ahli keluarga mangsa tidak dicederakan.
Sumber itu memberitahu, jiran mangsa yang melihat kekecohan tersebut menghubungi polis tetapi mangsa yang dilarikan gagal dikesan.

Peniaga degil bakal kena kompaun lebih tinggi

ROHANI bersama Iskandar (kiri) memeriksa harga ayam di pasar raya BIG di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersedia menyemak semula nilai kompaun minimum yang boleh dikenakan ke atas peniaga yang sering melanggar peraturan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan peniaga terbabit mematuhi ketetapan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan oleh kerajaan dalam mengurangkan beban pengguna semasa menyambut sesuatu perayaan.
“Kita bersedia menyemak dan mengenakan kompaun minimum yang lebih tinggi terhadap ‘peniaga degil’ yang berulang kali melanggar ketetapan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan selepas ini.
“Langkah ini bukan bertujuan menghukum, sebaliknya mendidik mereka supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mengulangi kesalahan,” katanya selepas meninjau operasi penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2012 di Ben’s Independent Grocer (BIG) di Jalan Dutamas 1, di sini semalam.

No comments:

Post a Comment