Monday, December 24, 2012

HIDAYAH HAQ ALLAH...BANYAK KITAB2 AGAMA LAIN...TAPI ALQURAN MENJADI SASARAN...SEBAB ALQURAN DARI ALLAH

Daging melekat kereta

Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

MUSNAH...bas ekspres dan kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
MUSNAH...bas ekspres dan kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
CHUKAI: “Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta,” kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam.
Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan.
“Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup,” katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya.

Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu.

Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya.

Api kereta sambar bas



CHUKAI: Empat beranak rentung selepas kereta mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Kia Sephia, Sabirin Sulaiman, 45, seorang guru, isterinya, Halina Saif@Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, semua mangsa terperangkap selepas kenderaan itu bertembung bas Ekspres Budaya sebelum terbakar bersama-sama bas berkenaan yang dinaiki lapan penumpang.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki keluarga berkenaan dari Kemaman menuju Dungun gagal dikawal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung bas ekspres itu yang kemudian menyeret kereta terbabit kira-kira 30 meter hingga ke kaki lima jalan.

Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta mangsa terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka.

“Ketika kejadian, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Dungun selepas menyaksikan pertandingan catur disertai Siti Aisyah di ibu negara.
“Sabirin yang juga guru bahasa Jepun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun dan keluarganya tinggal di Jalan Tok Mudim, Batu 5, Dungun,” katanya ditemui di tempat kejadian.
4 rentung kemalangan bas-kereta di Kemaman
RAIHAM SANUSI
23 Disember 2012
4 rentung kemalangan bas-kereta di Kemaman
Empat sekeluarga (dari kiri) Sabirin Sulaiman, 50, Halina Saif @ Saib, 40, Siti Aisyah Sabirin, 14, dan Siti Khadijah Sabirin, 12, maut dalam kemalangan jalan raya.
4 rentung kemalangan bas-kereta di Kemaman
Pihak polis menjalankan pemeriksa di kawasan kemalangan membabitkan bas dan kereta di Kemasik.
Keadaan bas ekspres yang hangus terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta. - Foto Bernama
Keadaan bas ekspres yang hangus terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta. - Foto Bernama
[DIEMAS KINI 1.45 PETANG] KEMAMAN - Empat mangsa dari satu keluarga rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di depan IKBN Kemasik di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.
Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya.
Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah.
Mohd Sabiren merupakan seorang guru.
Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dipetik Bernama berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.
Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan.
Beliau berkata, kereta itu bertembung dengan bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan menuju ke Melaka sebelum kereta itu diseret
bas ekspres kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.
"Pertembungan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki keluarga malang itu terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai pertandingan catur.
Beliau berkata Mohd Sabirin merupakan seorang guru bahasa Jepun dan mengajar di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun dan keluarga itu tinggal di Jalan Tok Mudim, Batu 5 Dungun.
"Ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mungkin jalan licin menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan. Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.
"Saya mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu di musim hujan ini berikutan jalan licin dan jalan berlopak. Ini kerana dalam tempoh dua minggu ini, dua hingga tiga kes maut dicatatkan disebabkan faktor itu," katanya.
Mayat Mohd Sabiren yang pertama dibawa keluar disusuli Siti Aisyah yang rentung keseluruhan badan, diikuti Halina yang rentung sehingga ke paras pinggang dan yang terakhir Siti Khatijah yang rentung keseluruhan badannya.
Sementara itu, pemandu serta lapan penumpang bas ekspres itu mengalami cedera ringan termasuk seorang yang patah kaki ketika cuba menyelamatkan diri sebelum bas tersebut terbakar.
Seorang penumpang Wan Mohd Al-hakim Wan Yusoff, 27, berkata semasa kejadian dia baru sahaja hendak tidur selepas berbalas khidmat pesanan ringkas bersama rakannya.
Namun tiba-tiba dia terasa bas terbabas ke kiri jalan dan terdengar dentuman kuat serta jeritan meminta tolong dari luar bas.
"Saya terjaga dan nampak kereta telah melanggar bas yang saya naiki selain itu saya turut mendengar jeritan dari luar bas namun saya tidak berani nak tengok dan lihat api dari depan bas.
"Masa itu hanya fikir nak selamatkan anak saya Wan Mohd Adam Al-Haqq dan saya mencari anak yang jatuh dari tempat duduk dan terlihat kepulan asap di dalam bas," katanya.
Wan Mohd Al-hakim berkata kesemua penumpang cuba menyelamatkan diri namun gagal kerana pintu berkunci sebelum seorang daripada penumpang memecahkan pintu utama untuk membolehkan mereka keluar.
Akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan punggung manakala seorang lagi penumpang Mohd Faiz Sulihan, 23, patah kaki kiri dan menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Mangsa kedua buaya

Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my

MAUT...mayat budak lelaki yang diserang buaya di Sungai Suai dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.
MAUT...mayat budak lelaki yang diserang buaya di Sungai Suai dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.
MIRI: Tragedi menimpa seorang murid tahun lima yang maut selepas dibaham buaya di Sungai Suai, pagi kelmarin, bagaikan mengiyakan keresahan lebih 100 penduduk berikutan reptilia berkenaan kerap muncul di permukaan air sebelum ini.
Jerry Apat Ansa menjadi mangsa kedua selepas seorang warga Indonesia maut dibaham buaya ketika mandi di sungai itu pada 2010 dan kejadian berlaku di tempat sama.
Penduduk Umbang Lang, 37, berkata, kejadian menimpa menyebabkan penduduk takut ke sungai untuk mandi atau mengambil air bagi kegunaan harian.

“Kebanyakan kami penghuni rumah panjang di Kampung Iran Suai bergantung sepenuhnya kepada air sungai dan hujan berikutan tiada bekalan air paip bersih di kawasan kami. Setiap hari, kami terpaksa ke sungai sama ada mandi atau membasuh pakaian.

“Memang takut kerana sering terserempak buaya timbul di sungai berkenaan, namun kami tiada pilihan dan terpaksa bergantung hidup dengan sumber air sungai itu meneruskan kegiatan harian kami.

Dah biasa bah

Oleh Norrasyidah Arshad dan Ahmad Fadzly Esa
am@hmetro.com.my

PERIKSA...Dr Mohd Tahir (kiri) memantau kerja menambak benteng penghadang banjir di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga.
PERIKSA...Dr Mohd Tahir (kiri) memantau kerja menambak benteng penghadang banjir di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga.
SHAH ALAM: Bencana banjir seolah-olah sinonim dengan penduduk Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, di sini, berikutan kerap dilanda bencana itu sejak 20 tahun lalu termasuk banjir besar pada tahun 2000 dan 2006 hingga kampung berkenaan dinaiki air lebih satu meter.
Bencana itu berulang lagi malam Jumaat lalu apabila hujan lebat lebih empat jam mengakibatkan kampung berkenaan dinaiki air sedalam hampir satu meter apabila benteng Sungai Damansara berhampiran kampung itu pecah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 70 penduduk terpaksa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Batu Tiga yang berhampiran. Penduduk, Mohamad Awang Kechil berkata, hujan lebat luar biasa tanpa henti lebih empat jam mengakibatkan rumah penduduk dinaiki air separas lutut.
Katanya, air mula naik kira-kira jam 10 malam Jumaat lalu dan hanya surut selepas jam 6 pagi keesokannya.

“Saya percaya, banjir ini berlaku kerana sistem perparitan yang tidak sistematik serta faktor benteng Sungai Damansara pecah,” katanya.

Penduduk lain yang dikenali sebagai Fatimah berkata, banjir kilat itu turut mengakibatkan barangan perabot dan peralatan elektrik di rumahnya rosak.
“Kerugian yang dialami belum diketahui. Sekarang bukan televisyen saja yang tidak berfungsi, malah perabot juga turut mengalami kerosakan,” katanya.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati semua penduduk yang dipindahkan itu sudah kembali ke rumah masing-masing pagi semalam selepas air mulai surut.
Ketua Kampung berkenaan, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman berkata, bencana berkenaan adalah yang kedua terburuk sejak 2006 lalu.

“Saya difahamkan pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran(JPS), kerja penambakan hanyalah sementara dan dijangka siap dalam tempoh terdekat,” katanya.

Wanita Arab-Israel meninggal dunia pada usia 124 tahun

MARIAM menunjukkan dokumen pengenalan dirinya beberapa tahun lalu.
MARIAM menunjukkan dokumen pengenalan dirinya beberapa tahun lalu.
TEL AVIV: Seorang wanita Arab warga Israel dilaporkan meninggal dunia pada usia 124 tahun.
Sekiranya disahkan, ia bermakna wanita itu dalah wanita paling lama hidup, lapor media Israel.
Mariam Amash dari Kampung Arab di Jisr al-Zarqa, kira-kira 400 kilometer dari utara Tel Aviv, meninggalkan 10 anak dan kira-kira 300 cucu dan cicit, menurut ynet, versi internet akhbar terlaris Israel, Yedioth Ahronot.

Kad pengenalan Israelnya menunjukkan dia dilahirkan pada 1888.

Buat masa ini, orang tertua yang pernah disahkan dan didokumenkan ialah Jeanne Calment dari Perancis (1875-1997) yang meninggal dunia ketika berusia 122 tahun.

Beberapa bulan lalu, Mariam memberitahu ynet bahawa dia memang berusia 124 tahun dan dia masih ingat tahun dia dilahirkan tetapi tidak tarikh tepatnya.

Maka, kerani yang mengeluarkan kad pengenalannya berpuluh-puluh tahun lalu meletakkan 00.00.1888 sebagai tarikh dia dilahirkan dalam dokumen pengenalan itu.

“Jadi, keluarga saya akan mengadakan majlis keraian dan memberi hadiah pada setiap akhir tahun,” katanya.

Berita mengenai Mariam ini diketahui selang seminggu selepas Buku Rekod Guinness mengesahkan Jiroemon Kumura, lelaki berusia 115 tahun dari Jepun sebagai lelaki tertua hidup di dunia selepas wanita dari Amerika Syarikat, meninggal dunia pada usia 115 tahun. - Agensi

Muslihat bomoh buang batu dari alat sulit

ALOR SETAR: Dua bersaudara melalui detik hitam apabila seorang daripada mereka dirogol, manakala sepupunya dicabul seorang pengamal perubatan ketika mendapatkan rawatan tradisional membuang sihir di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, di sini.
Dalam kejadian jam 6 petang, pada 11 November tahun lalu, mangsa yang berusia 12 tahun mendakwa dirogol beberapa kali oleh pengamal perubatan yang dikenali sebagai Walid berusia 64 tahun ketika mendapatkan rawatan membuang batu dari kemaluan mangsa.

Difahamkan, bomoh terbabit dipercayai memberikan mangsa pil khayal sebelum merogolnya.
Ibu mangsa yang dikenali sebagai Senah, 47, berkata dia mula menghantar anak perempuannya itu untuk rawatan rutin dengan lelaki terbabit sejak September tahun lalu.

Menurutnya, dia telah diperkenalkan kepada bomoh itu oleh seorang rakan apabila dia mencari seorang pengamal perubatan tradisional untuk mengubati penyakit kulit ibunya yang mengalami masalah gatal-gatal.

“Pertama kali ketika membawa ibu saya berjumpa dengan bomoh terbabit, saya turut membawa anak perempuan saya ke rumah sewa lelaki terbabit di Taman PKNK, di sini, sejak September lalu.
“Ketika ibu saya mendapatkan rawatan, Walid ada beritahu anak perempuan saya seperti terkena sihir dan perlu membuang batu dalam badan melalui kemaluan mangsa.

“Walid beritahu penyakit anak saya perlu dirawat segera sebelum keadaannya bertambah teruk,” katanya, semalam.
Senah yang juga ibu tunggal berkata, dia yang bimbangkan keadaan anaknya itu bersetuju menerima tawaran bomoh terbabit untuk mengubati penyakit anaknya.

“Sejak mula berubat dengan Walid, boleh dikatakan setiap minggu saya dan anak mengunjungi Walid di rumah sewanya.

“Setiap kali rawatan, Walid minta anak perempuan saya berada dalam bilik bersamanya, manakala saya diminta menunggu di luar.

“Selepas sejam mendapatkan rawatan itu, Walid akan menunjukkan batu kecil yang didakwa dikeluarkan dari kemaluan anak saya,” katanya.

Beliau berkata, namun pada 11 November tahun lalu, bomoh terbabit mengarahkan dia supaya meletakkan anak perempuan di bawah jagaannya kerana mahu mengambil masa yang lama untuk merawat mangsa.

“Saya tidak sedap hati lalu meminta anak saudara perempuan saya yang berusia 16 tahun menemani anak saya untuk berubat.

“Saya terkejut apabila diberitahu anak saudara saya yang dia turut mengalami nasib sama apabila bomoh terbabit mencabulnya dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.

“Beberapa hari selepas kejadian itu barulah anak saya menceritakan perkara sebenar yang dia dirogol bomoh berkenaan,” katanya.

Senah berkata, dia terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anaknya.

“Sejurus mendapatkan rawatan di HSB, saya terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, pada 29 Februari lalu berhubung kejadian itu.

“Selepas mengetahui kegiatannya dikesan pihak berkuasa, bomoh terbabit terus melarikan diri dan gagal dikesan sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, pihaknya menerima lebih 20 aduan daripada mangsa yang mendakwa dicabul dan dirogol ketika mendapatkan rawatan daripada bomoh berkenaan.

“Kebanyakan mangsa tidak membuat laporan polis kerana malu disindir masyarakat. Saya minta mereka yang pernah mendapatkan rawatan dengan bomoh terbabit sehingga mencemarkan maruah mereka supaya tampil membuat laporan.

“Kita jangan biarkan lelaki itu bebas dan kami bimbang dia buat perkara sama ke atas orang lain,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya berusaha menjejaki suspek terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya.

Mangsa simbah asid jadi ‘jutawan’



NEW DELHI: Mangsa yang selamat daripada serangan asid ketika masih remaja, memenangi tempat pertama, sekali gus menjadi jutawan, dalam rancangan kuiz televisyen paling popular di India.
Sonali Mukherjee, melecur teruk di muka disebabkan serangan itu yang berlaku ketika dia berusia 17 tahun dan keluarganya menggunakan semua wang mereka untuk rawatannya.

Namun wanita berusia 27 tahun dari New Delhi ini mungkin akan dapat membayar kos rawatan pembedahan plastik apabila memenangi kuiz Who Wants to be a Milionaire versi India.

Sonali yang diserang oleh lelaki yang meminatinya, memenangi Rs25 lakhs (RM148,444), tampil di rancangan itu bersama aktres Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Lara Dutta.

Hos rancangan itu, Amitabh Bachchan memuji Sonali kerana berani tampil di rancangan itu.

Katanya: “Haknya untuk keadilan dinafikan, malah dia merayu supaya nyawanya diambil. Itu juga dinafikan kerana eutanasia diharamkkan di negara ini.

“Dia membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan menderita sendirian.

“Kisahnya adalah kisah keberanian yang tinggi. Negara ini memuji dia dan begitu juga kami.

Sonali yang telah melalui pembedahan sebanyak 22 kali sejak serangan pada 2003 berkata, kemenangannya itu bertepatan untuk rawatan yang akan dilaluinya selepas ini.

Dia adalah pelajar cemerlang di Dhanbad, di wilayah Jharkhad ketika diserang dengan bahan kimia dikenali sebagai Tezaab, yang biasanya digunakan untuk membersihkan peralatan berkarat.

Penyerangnya memecah masuk rumahnya dan menyimbah asid ke mukanya ketika dia tidur.

Sonali kini separuh buta dan pekak disebabkan kecederaannya.

Sejak serangan itu, dia tidak langsung menerima dana untuk rawatan dan awal tahun ini dia menulis surat kepada kerajaan India, mengugut untuk membunuh diri sekiranya tidak mendapat bantuan kerajaan.

Penyerangnya kini diikat jamin selepas dipenjara hanya empat bulan dan mereka tidak didakwa dengan betul atas jenayah yang dilakukan. - DM

Pesta liar di tepi pantai

Posted on the December 24th, 2012 under Tempatan by admin
Gambar Hiasan
Port Dickson: Lebih 30 lelaki dan wanita berusia 20-an dikesan menghadiri pesta liar dengan berpakaian seksi di tepi pantai berhampiran sebuah hotel empat bintang terkenal di sini, malam kelmarin.
Mereka berpesta dengan meneguk minuman keras sambil menari mengikut rentak persembahan kumpulan muzik di depan pentas dan sesetengah peserta melakukan aksi tidak senonoh antara lelaki dan wanita.
Kumpulan itu termasuk beberapa wanita Melayu yang hanya memakai bikini bagaimanapun beredar dari kawasan itu apabila menyedari kehadiran polis yang membuat rondaan selepas mendapat maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata pihaknya menerima aduan mengenai aktiviti tidak bermoral di pantai yang kedudukannya agak tersorok itu dan menghantar anggota untuk memeriksa.
“Bagaimanapun, kebanyakan mereka beredar apabila menyedari kehadiran polis. Kita tidak membuat tangkapan, namun akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya,” katanya kepada BH di sini, semalam.
Difahamkan, sesetengah peserta parti itu bertindak luar kawalan dengan ada antara mereka berbaring di atas pantai sambil berpeluk dan berciuman dengan ghairah.
Parti pantai itu dianjurkan sebuah syarikat pengurusan acara kononnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014 dengan mengenakan bayaran RM165 bagi setiap peserta.
Penganjur menyediakan makan malam dan minuman beralkohol percuma tanpa had selain mengenakan syarat peserta lelaki perlu memakai seluar pendek dan wanita memakai bikini, pario atau pakaian pantai yang seksi.
Bharian

Seorang yahudi ekstrim akhirnya memeluk Islam

Posted on the December 24th, 2012 under Agama by admin

Mikhail Chernovska adalah seorang Yahudi Ekstrimis yang menyatakan keislamannya, mendedahkan semangatnya ingin melihat Khilafah islamiyyah tegak dengan Al-Quds sebagai ibukotanya. “Sungguh aku telah mendapat petunjuk. Sebabnya hanya satu, kerana aku ingin mencari kebenaran “ungkap Mikhail.Hal ini dismapaikan oleh laman harakatut tauhid Al-islamy selasa 8 November 2011.
Mikhail mempunyai nama hijrah Muhammad Al-Mahdi mirip dengan nama seorang imam yang dijanjikan Rasulullah SAW di akhir zaman yang akan membawa keadilan dan menegakkan Dinullah dimuka bumi. Mahdi adalah seorang Yahudi yang berasal dari Azerberijan yang kemudian berhijrah ke Palestin setelah masuk Islam.
Tempat tinggal Mahdi sekarang tepat di kota Hebron tepi barat. Ia lahir di baku, Azerbeijan 37 tahun yang lalu. Lelaki asal Azerbeijan ini hidup di tengah-tengah keluarga yang ektrim. Ia hijrah ke Israel pada awal 90an.

Hebron adalah tempat pembunuhan seorang Yahudi radikal, Baruch Goldstein, di gua para leluhur. Pada saat itu ada sekitar 29 muslim yang merasakan pengaruh dari pembunuhan tersebut. maka bersamaanitu Mahdi memutuskan untuk pindah ke pemukiman Kiryat Arba, di mana dia tinggal bersama pahlawan dalam pandangannya pada waktu itu, Goldstein, dan bergabung dengan penduduk ekstremis.
Dia menambah bahawa perbincangan agama dan falsafah dengan seorang Palestin yang mempunyai Kraja, untuk memperbaiki kereta di Hebron, membuatnya meninjau pandanganya secara berperingkat, sehingga masuk Islam dan kembali ke Baku dalam rangka menikahi seorang Muslimah. Mahdi mendedahkan bahawa ia mendapat sambutan yang hangat dari jirannya yang baru di Hebron, walaupun darahnya Yahudi.
Ia mendedahkan kepada wartawan AFP apabila mengunjunginya di rumah “Aku dulu penduduk ekstrimis dan bermusuhan dengan mereka, tapi mereka melayan aku seperti seorang kakak bagi saya dan menawarkan bantuan” kenang Muhammad Al-Mahdi. Fakta yang merujuk pada kehidupan Mahdi, di Kiryat arba, seolah-olah tidak mungkin, setelah ia masuk Islam dan berkahwin dengan Sabina muslimah. Yang mempunyai 4 anak setelah hidup bersamanya. “Parta penduduk menyerang saya beberapa kali, dan melemparkan batu di rumah saya, dan menulis slogan-slogan di dinding mengundang saya untuk meninggalkan tempat itu” ujar lelaki berusia 37 tahun itu.
Dia menambah “Kemanapun kita pergi kita mengalami gangguan, kerana isteri saya mengenakan tudung, dan berulang kali dipersoalkan oleh pasukan keselamatan, tapi yang aku peduli adalah bahawa anak-anakku hari ini adalah Muslim, dan mengikuti agama yang telah aku pilih”. Ia sangat bersemangat untuk melihat Khilafah Islamiyyah tegak dengan Al-Qus sebagi ibukotanya.
Ia menegaskan: “Saya menyedari bahawa agama Yahudi ada banyak yang percanggahan, dan bahawa Islam adalah agama kebijaksanaan dan kebenaran, saya telah mendapat petunjuk kerana saya mencari kebenaran, itulah satu-satunya penyebab keislamanku” tandas Al-Mahdi seraya mengakui kebaikan temanya Zalloum, pemilik karaj, yang telah menjadi sebab ia mendapatkan hidayah.
Zalloum mengakui bahawa sejak awal mengnal Mikhail yang muncul dalam [persepsinya adalahMikhail orang yang baik tidak seperti penduduk kebanyakan di Kiryat Arba. Ia sering berdialog masalah agama dan falsafah dengan Mikhail sampai suatu saat ia berkata pada Mikhail: “Kalau tidak aku menjadi Yahudi melalui kamu, kamu yang masul Islam melalui aku, setelah enam bulan perbincangan, akhirnya ia mendapatkan hidayah masuk Islam” ungkap Zalloum.
Zalloum menambah: “Memang benar bahawa Michael menjadi Muhammad al-Mahdi, namun ia tidak boleh melepaskan semua Budaya Yahudi, Fushm Bintang Daud di salah satu tangannya akan mengingatkan bahawa dia adalah seorang Yahudi, walaupun ia meneruskan hari pada prestasi dari solat wajib tepat waktu dan membaca Al-Quran “. (Yy / khabarislam.wordpress.com / voa-islam)

4 ribu rakyat Perancis masuk Islam setiap tahun

Posted on the December 24th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Badan Statistik rasmi di Perancis mendedahkan bahawa dalam satu tahun, ia mencatatkan ada empat ribu warga Perancis yang masuk Islam. Hal ini sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh kajian kementerian dalam Negeri Perancis.
Diumukan pula oleh para ahli Agama di Perancis, sejauh ini terdapat tujuh puluh ribu warga Perancis yang berpindah Agama menjadi Agama Islam. Hal ini membuat Agama Islam menjadi pertama yang dijadikan pilihan sebagai pegangan hidupnya, diikuti oleh Kristian Katolik dengan penganut setiap tahun berjumlah 2900 orang dan Yahudi 300 orang.
Menurut para ahli sosiologi Perancis, sebelum usia 15 – 20 tahun merupakan alasan utama yang membuat mereka yakin untuk masuk Islam, dengan alasan pencarian rohani mereka. Tapi sekarang berbeza, alasan utama mereka memeluk Islam adalah iklim sosial, sebagaimana disampaikan oleh Al-Alokah.

Meskipun sejak dahulu Muslim sudah ada di Perancis, baik Perancis daratan mahupun wilayah kependudukannya di luar Eropah, imigresen massa Muslim ke Perancis di abad 20 dan 21telah membuat negara ini menjadi salah satu negara dengan komuniti muslim terbesar di Eropah.
Detik Islam

Lelaki hina Al-Quran dibakar hidup-hidup

Posted on the December 24th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

HYDERABAD – Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.
Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.
Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.

“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.
Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai. – Reuters

No comments:

Post a Comment