Saturday, December 29, 2012

MANA PUSAT ZAKAT...SAMPAI MINUM AIR KOSONG....KUTIPAN JUTA2...AURAT ISTERI KENA JAGA

Sah suami isteri sekali lafaz



caption image
caption image
TUMPAT: Penjaga gawang kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, dalam satu majlis pernikahan yang dilangsungkan di rumah keluarga pengantin wanita di Pasir Pekan di sini, semalam.
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek sah menjadi suami kepada usahawan butik pengantin yang lebih dikenali sebagai Leuniey dengan sekali lafaz di hadapan jurunikah iaitu imam Masjid Mukim Pasir Pekan, Abd Ghani Abd Mutalib, pada jam 10.45 pagi.
Khairul Fahmi yang tiba dengan pakaian serba kuning emas dengan kereta jenis Bentley pada jam 10 pagi menyediakan hantaran RM19,000 sempena dengan nombor jersi yang dipakainya dengan pasukan The Red Warriors selain tujuh dulang hantaran manakala Lueiney membalas tujuh dulang hantaran dari pihak perempuan.

Bagaimanapun, bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad tidak dapat hadir pada majlis berkenaan walaupun sudah menerima jemputan.

Hadir sama dalam majlis itu bapa dan ibu Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bedah Ibrahim, 55, serta lebih 2000 tetamu hadir dalam majlis berkenaan.

Khairul Fahmi ketika ditemui dalam sidang medianya berkata dia bersyukur daapt menamatkan zamannya dengan gadis pilihannya yang dikenali sejak 10 bulan lalu ketika digandingkan dalam sebagai model dalam iklan minyak wangi Simply Ct milik Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Katanya, walaupun gementar ketika diakad nikah, dia bersyukur semuanya berjalan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Leuniey.

"Ini perkahwinan pertama kami berdua, jadi saya tidak menafikan rasa gementar itu ada tetapi saya bersyukur segalanya selesai dan majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

"Rasa gemuruh ketika diijabkabulkan berbeza dengan aksinya menjaga gawang gol kebangsaan dan Kelantan. Saya akan berusaha suami yang baik dan kini mengalas sebagai 'Kapten' dalam rumah tangga," katanya.

Khairul Fahmi yang berasal dari Kampung Cherang, Kota Bharu berkata perkahwinannya tidak menjejaskan tumpuannya bersama The Red Warriors malah dia lebih bersemangat kerana mendapat sokongan berterusan dari isteri dan keluarga.

Sementara itu, Leuniey gembira dengan pernikahannya dengan Apek akhirnya menjadi kenyataan selepas dilanda pelbagai kontroversi.

Katanya, dia sudah bersedia untuk hidup bersama Apek walaupun lelaki itu mempunyai ramai peminat dan sering dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini.

"Walaupun pada usia yang masih muda, dia seorang yang matang dan romantik serta serta seorang yang cukup memahami.

"Saya yakin dia mampu menjadi seorang yang bertanggungjawab sebagai suami untuk membimbing saya sebagai isterinya," katanya.

Lenyap ditimbus tanah

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

pix_middle
SUNGAI PETANI: “Saya sempat melihat Mogan melambai tangan sambil menjerit meminta tolong sebelum dia dan Saravanan lenyap ditimbus tanah runtuh dalam lubang itu.
“Saya sedih kerana tak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka disebabkan kejadian berlaku begitu pantas.”


Demikian kata Ming Wei Yoh, 51, seorang daripada dua pekerja yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan di Amanjaya, dekat Sungai Lalang, di sini, yang meragut dua nyawa pekerja warga tempatan, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi ketika empat pekerja sibuk memasang saluran paip dalam sebuah lubang kumbahan bawah tanah sedalam hampir 10 meter.

Secara tiba-tiba, bahagian tengah antara dua lubang itu yang tidak dikorek runtuh lalu menimbus dua mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu, S Saravanan, 25, dan P Mogan, 39.

Agih tilam, bantal

Oleh Asrol Awang
am@hmetro.com.my

HULUR BANTUAN...mangsa banjir mengambil tilam dan bantal yang diagihkan.
HULUR BANTUAN...mangsa banjir mengambil tilam dan bantal yang diagihkan.
KUANTAN: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum mengedarkan 60 tilam dan bantal kepada mangsa banjir di Kampung Galing di sini, yang terjejas teruk apabila kediaman masing-masing dimasuki air sehingga dua meter, Isnin lalu.
Nasharuddin Mohd Nor, 61, berkata, walaupun keluarganya hanya mendapat satu set tilam dan bantal, tetapi ia sudah cukup untuk meringankan beban yang ditanggung akibat bencana alam itu.

“Memang tidak cukup, tetapi sumbangan ini sudah cukup meringankan beban. Banjir menyebabkan saya kerugian RM12,000.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana keluarga selamat,” kata pesara kerajaan itu ketika ditemui selepas menerima bantuan berkenaan.

Pusat Khidmat Rakyat DUN Teruntum menyediakan peruntukan RM4,000 untuk program terbabit dan sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Datuk Chang Hong Seong.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Abdul Hamid Mohd Nazahar.
Sementara itu, Chang berkata, pemberian tilam dan bantal itu untuk kegunaan mangsa banjir selepas mereka dibenarkan pulang nanti.

“Bukan saja tilam dan bantal, tetapi kami akan berusaha membekalkan dapur serta gas memasak kerana mereka tidak boleh menyediakan makanan dan minuman disebabkan peralatan dapur sedia ada sudah rosak akibat banjir.
“Menyedihkan apabila mereka tidak boleh tidur dalam keadaan selesa apabila pulang ke rumah masing-masing kerana tilam dan bantal rosak terkena air,” katanya.

Nafkah air kosong

Oleh Fazurawati Che Lah
fazurawati@hmetro.com.my

TAK MAMPU...Salmiah dan keluarga  menyewa bilik di Flat Pandan Jaya.
TAK MAMPU...Salmiah dan keluarga menyewa bilik di Flat Pandan Jaya.
KUALA LUMPUR: Kegagalan seorang bapa memberi nafkah kepada anak selepas berlaku perceraian menyebabkan enam beradik kini hidup terabai dan serba kekurangan di dalam jagaan ibu mereka sehingga terpaksa sekadar minum air kosong untuk mengalas perut.
“Bagi mengelak berfikir mengenai makan, kami keluar bermain bersama rakan dan hanya akan balik ke rumah untuk minum air saja. Masuk hari ini, sudah dua hari kami tak makan,” kata seorang daripada adik-beradik terbabit, Mohd Shahmin Azli Zul, 9.
Mohd Shahmin bersama ibu, Salmiah Md Salleh, 40, lima beradik kandung dan seorang adik angkat kini tinggal dalam sebuah bilik kecil yang disewa di Flat Pandan Jaya, di sini.

Salmiah berkata, kedaifan hidup selepas dia dan suaminya berpisah pada 2008 menyebabkan dirinya tidak mampu menyediakan keperluan yang sempurna untuk enam anak kandung dan seorang anak tirinya yang berusia tiga hingga 16 tahun.

Menurutnya, hasil perkahwinan dia dan suami dikurniakan lapan anak, namun selepas perceraian, suami mengambil dua daripada anak untuk dijaga manakala enam lagi di bawah tanggungannya, selain seorang anak angkat.

No comments:

Post a Comment