Kereta rentung langgar bas ekspres
Oleh Rosli Ilham
Kemalangan menyayat hati itu itu meragut nyawa seorang guru, Sabirin Sulaiman, 45, dan isterinya, Halina Saif @ Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.
Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, empat beranak itu terperangkap di dalam kenderaan selepas kereta Kia Sephia yang mereka naiki bertembung dengan bas Ekspres Budaya, kira-kira jam 1.30 pagi sebelum kenderaan mereka terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum memasuki laluan kanan jalan.
Berikutan itu katanya, kereta terbabit dikatakan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta itu diseret bas terbabit kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.
Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta dinaiki keluarga malang terbabit terbakar sebelum api itu menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka.
Menurutnya, jalan di lokasi kemalangan bukanlah disenaraikan sebagai laluan berbahaya dan kereta terbabit dipercayai memasuki laluan bertentangan berikutan cuaca ketika itu hujan renyai.
"Saya menasihati kepada semua pemandu supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam keadaan cuaca yang sering hujan lebat menyebabkan air bertakung di atas jalan," katanya sambil memberitahu kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rozlan Seman berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh serta Kemaman bersama tiga jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum melancarkan operasi memadam kebakaran kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.
Katanya, bomba terpaksa memadam keseluruhan kedua-dua kenderaan terbabit sebelum melancarkan kerja-kerja mengeluarkan kesemua mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit.
Penunggang desak Mazidul, Majalah 3 mohon maaf
Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.
Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.
Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.
Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.
Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.
“Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul,” katanya.
Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.
Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka “syaitan jalanan”.
“Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu,” katanya lagi.
Malaysiakini
Daging mangsa seorang askar bertaburan
ALOR GAJAH: “Dia (arwah) menyatakan hasrat mengubah suai rumah ibu bapanya menggunakan duit bonus, namun tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan.”Begitu kata Mohd Fadli Shafie, 22, rakan kepada seorang anggota tentera, Saiful Ramli, 22, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 203.8 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, tengah malam kelmarin.
Menurut Mohd Fadli, dia menyedari perubahan sikap rakan baiknya yang menjadi pendiam beberapa jam sebelum kemalangan itu.
“Ketika menghantarnya pulang semalam (kelmarin), dia tidak seperti kebiasaan yang gemar berlawak dengan rakan tetapi lebih banyak berdiam diri dan hanya bersuara sepatah dua apabila ditanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.
Harian Metro
Bomoh rogol murid tahun enam
ALOR SETAR – Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.
Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.
“Masa itu saya nak buat rawatan kepada mak sebab badan dia sering gatal. Selepas dapatkan rawatan, penyakit mak pulih. Pada masa sama, lelaki itu turut memberitahu anak saya alami sejenis penyakit dalam badan dan perlu rawatan secepat mungkin.
“Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.
“Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, ‘ustaz’ itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.
“Pada suatu hari, dia sekali lagi minta saya hantar anak ke rumahnya untuk selesaikan rawatan sepenuhnya. Kemudian, saya hantar anak ke rumah lelaki itu sambil ditemani sepupunya, namun lelaki itu menghalau kami pulang kerana membawa teman. Dakwanya kalau bawa teman rawatan tidak boleh dilakukan.
“Bagaimanapun, selang dua minggu kemudian, lelaki itu menghubungi saya dan meminta anak saya datang ke rumah itu secepat mungkin untuk menyelesaikan penyakitnya dan dibenarkan bawa teman. Saya pun tinggalkan anak dan anak saudara yang berumur 16 tahun di rumah itu sebelum menjemput mereka pada waktu tengah hari selepas selesai waktu bekerja,” katanya.
Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.
“Selepas mengetahui perkara itu, saya bawa anak dan anak saudara ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Doktor yang merawat turut mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.
“Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.
Asmah turut merayu polis bertindak segera kerana laporan sudah dibuat sejak tahun lalu.
Sinar
Luahan Cinta Zain Saidin Kepada Rozita Bersifat Peribadi
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu adalah bersifat peribadi dan enggan mengulas panjang mengenai perkara itu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, paparan wajah Rozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan kepada wanita itu sahaja.
“Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya foto dan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari saya untuk dia (Rozita).
Baru-baru ini, Zain telah memuatkan foto Rozita dengan selitan mesej romantis Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. menerusi Instagra .
Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain.
Beritahu Zain lagi, apa yang dilihat menerusi laman sosial itu juga telah menjelaskan semuanya mengenai erti hubungan yang dijalinkan antara dia dengan Rozita.
Sebelum ini, Zain berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.
Malah adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu turut mengakui hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.
Gadis berbogel bantah syariah Islam di Mesir
ALIAA Magda Elmahdy, 22 buat heboh dengan berbogel lagi selepas membuat kerja laknat dengan berbogel di internet tahun lalu. Semakin hampir referendum perlembagaan Mesir yang sedianya dilaksanakan Sabtu (22/12/2012) hari ini, dia nekad melakukan protes dengan tanpa mengenakan apa-apa untuk menutup tubuhnya.Dia sepenuhnya telanjang dan dia menulis slogan-slogan menolak syariah di tubuhnya, seperti “Kiamat Itu Adalah Mursi”, “Tak Ada Agama”, “Agama Itu Perhambaan”, dan lain-lain lagi.
Magda Elmahdy melakukannya di Kedutaan Besar Kaherah di Stockholm, Sweden pada hari Khamis (20/12/2012). Padahal ketika itu, suhu di Stockholm sedang berada di bawah darjah sifar.
Magda Elmahdy sendiri tidak bersendirian. Dia ditemani oleh dua orang perempuan ahli organisasi feninis Sweden, Femen. Femen sendiri sudah dikenali sebagai aktivis perempuan telanjang dada dan penggunaan seks sebagai citra rasa mereka, demikian menurut Gulf News.
Jelas sekali, semua slogan yang dibawa oleh Magda Elmahdu menyerang Presiden Mesir Muhammad Mursi dan Islam.
Ini sebenarnya bukan pertama kali Elmahdy berbogel. Mahasiswi di American University of Cairo ini sebelumnya pada bulan Oktober 2011 mencatat gambar bogel dirinya di blognya untuk memprotes kebebasan bersuara di Mesir.
Detik Islam
Murid tahun 5 maut dibaham buaya
MIRI – Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iran Suai maut selepas diserang seekor buaya dalam kejadian di Sungai Suai dekat sini pagi semalam.Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Jerry Apat Angsa, 11, berasal dari Rumah Panjang Sulang Suai difahamkan turun ke sungai berkenaan bersama dua lagi rakannya untuk mandi.
Menurut sumber, berdasarkan keterangan rakan yang enggan dikenali, Jerry sempat membasuh bajunya di jeti sebelum diserang oleh reptilia ganas itu.
“Rakannya yang tergamam melihat badan mangsa dilambung dan ditarik buaya ke tengah sungai terus menyelamatkan diri dan berlari pulang ke kampung untuk memaklumkan kejadian kepada keluarga Jerry.
“Selepas menerima berita itu, bapa mangsa, Angsa Ludang, 45, bersama penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian namun kelibat buaya ganas tersebut sudah tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo
Bayi rentung disyaki mangsa dera
Kosmo! difahamkan siasatan awal polis mendapati mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu didera berdasarkan kesan lebam pada dahi dan lehernya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, ekoran kejadian itu pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat secara menyeluruh termasuk motif sebenar kejadian.
“Kita juga menolak kemungkinan mangsa adalah anak luar nikah yang dibuang oleh ibu bapanya memandangkan umurnya sudah setahun,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo
No comments:
Post a Comment