Tuesday, December 25, 2012

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan 3



Surah Ar-Rahman
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. (10) Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. (11) Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. (12) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (13) Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14) Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. (15) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (16) (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (17) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (18) Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. (20) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (21) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. (22) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (23) Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang. (24) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (25) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (27) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (28) Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (29) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (30) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (31) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (32) Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (33) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (34) Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). (35) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (36) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak. (37) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? (38) Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya). (39) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (40) Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka). (41) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (42) (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya. (43) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (44) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (45) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (46) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (47) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. (48) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (49) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir. (50) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (51) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (52) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (53) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (56) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (57) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (58) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (59) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (60) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (61) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua). (62) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (63) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. (64) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (65) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. (66) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (67) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. (68) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (69) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (70) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (71) Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (72) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (73) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (74) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (75) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (76) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (77) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. / (78) 


Sejarah Nuzul al-Quran

Posted on the August 17th, 2011 under Agama by admin

Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, golongan yang banyak membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya.
Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan.

KEBANGKITAN SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN
Kehidupan Rasulullah s.a.w dalam masyarakat sekeliling yang dibelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat-adat yang sesat. Masyarakat arab sudah lama terpisah dengan zaman kenabian menyebabkan mereka terus hanyut dalam gelora lautan kesesatan yang mengganas. Namun begitu keadaan nabi tetap dijaga dan dikawal oleh Allah agar tidak turut sama terheret dengan amalan hidup yang sesat ini. Keadaan yang semakin hari semakin terhimpit dengan tekanan jahiliyah dan kesesatan ini telah menyebabkan nabi mengambil tindakan untuk bermunajat kepada Allah dengan berkhalwat di Gua Hira’. Baginda bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : “Bacalah”, baginda menjawab : ” Saya tidak tahu baca”.
Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :”…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :” Bacalah” lalu saya menjawab :”Saya tidak tahu membaca”. Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :” Bacalah”, saya tetap menjawab :” Saya tidak tahu membaca”. Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-’Alaq yang bermaksud:
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.
Keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya.
PERANAN SITI KHADIJAH
Setelah melalui peristiwa yang tidak pernah terfikir dan diketahui olehnya memandangkan umat arab telah begitu lama terpisah dengan kenabian maka nabi terus pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba di rumah lalu baginda meminta agar diselimutkannya. Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang cinta dan taat kepada suaminya terus menyelimutkan baginda tanpa banyak bertanya. Setelah keadaan nabi tenang barulah disoal mengenai peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan nabi ketakutan.Siti Khadijah sememangnya seorang wanita yang cerdik dan pernah mendengar tentang kenabian, para nabi dan malaikat melalui sepupunya Waraqah bin Naufal yang menganut agama Nasrani. Disamping itu dia juga mengenali nabi sebagai seorang yang baik dan elok akhlaknya serta disayangi oleh orang ramai. Oleh itu dia terlalu yakin bahawa nabi bukan terkena godaan syaitan atau jin sebaliknya merupakan makhluk pilihan Allah. Dengan suara yang lembut dan penuh hikmat lalu dia memberi semangat kepada nabi dengan katanya : “Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, melayan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yag berhak”.
Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadihah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi.
BERTEMU WARAQAH BIN NAUFAL
Siti Khadijah membawa nabi untuk bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal bagi mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan apa yang telah berlaku ke atas nabi itu. Setelah mendengar penjelasan daripada nabi tentang apa yang telah berlaku kepada Waraqah lalu beliau mengatakan : ” Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi”.
Ucapan Waraqah yang mengatakan :” Engkau kelak akan mereka usir” itu sungguh memeranjatkan Rasulullah s.a.w, kerana pada pengetahuan baginda bahawa dirinya mendapat penghargaan di sisi kaum Quraisy sehingga mendapat gelaran ” As-Siddiq” dan “Al-Amin”, lalu kata baginda dengan kehairanan : “Apakah mungkin mereka akan mengusir saya?”.
Waraqah dengan tegas menjawab :” Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya”. Namun begitu setelah bermulanya dakwah Rasulullah s.a.w, Waraqah terlebih dahulu pergi menemui Allah di alam baqa.
Rujukan
1. Sirah an-Nabawiyah 1,Syeikh Hassan Ali Nadawi al-Husaini,Pustaka Reka,1997

Alunan zikir dorong peluk Islam

Posted on the August 23rd, 2012 under Agama,Tempatan by admin
Ahmad akan membaca al-Quran apabila berasa tertekan.
POKOK SENA – Kemerduan laungan azan dan zikir menimbulkan rasa tenang kepada seorang banduan sehingga membuatkan dia mengambil keputusan memeluk Islam.
Banduan yang mahu dikenali dengan Ahmad, 25, merupakan seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk Islam pada 10 Oktober tahun lalu.

Ahmad berkata, tindakannya memeluk Islam ketika berada dalam tahanan reman di Penjara Alor Setar langsung tidak dipengaruhi atau dipaksa sesiapa.
Menurutnya, keinginan memeluk Islam pernah dirasai sebelum menjadi penghuni tirai besi itu, namun pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi sehingga hasratnya itu terpaksa dilupakan.
“Sebelum ini hati saya sering memberontak dan ada sahaja yang tidak kena, namun apabila terdengar alunan zikir yang dipasang, saya akan berasa lebih tenang untuk menjalani kehidupan sebagai banduan.
“Saya juga memberitahu kepada keluarga yang saya memeluk Islam dan mereka menerimanya dengan hati terbuka namun, ayah saya masih belum dapat menerima keputusan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad yang berasal dari Alor Setar terpaksa menjadi penghuni tirai besi di Penjara Pokok Sena selama dua tahun sepuluh bulan atas kesalahan mengedar dadah.
Menurutnya, sepanjang berada dalam penjara banyak ilmu mengenai agama Islam dipelajari nya termasuklah solat, mengaji al-Quran, berpuasa dan lain-lain.
“Zikir, al-Quran dan munajat kini menjadi ‘teman’ kepada diri setiap kali dia berasa sunyi atau tertekan. Sepanjang Ramadan yang lalu, dia juga berpuasa seperti umat Islam yang lain dan bersyukur kerana mampu menghabiskan puasa selama sebulan dengan penuh sabar,” katanya.
Ahmad berkata, sebagai persediaan, dia juga berlatih untuk berpuasa sunat selama tiga minggu sebelum tiba Ramadan supaya lebih mudah baginya berdepan dengan puasa yang sebenar.
“Selain berpuasa, saya juga membayar zakat fitrah dengan menggunakan gaji saya sebagai banduan yang memakai baju kolar hijau sebanyak 60 sen sehari,” katanya.
Ahmad berkata, perasaan sebak timbul apabila dia membayar zakat kerana dengan cara itu dia melakukan kebaikan dengan membantu golongan susah selain mendapat ganjaran pahala.
Menurutnya, setelah dibebaskan nanti, dia menyimpan hasrat untuk berdaftar dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) untuk mendalami ilmu Islam agar dirinya tidak mudah terpengaruh dengan cabaran dunia luar.
Sinar

10 Manfaat Lapar

Posted on the August 15th, 2011 under Agama by admin

Berikut adalah 10 manfaat kita berlapar pada bulan Ramadhan ini.
  1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati.
  2. Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi.
  3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah.
  4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar.
  5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan.
  6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat.
  7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan.
  8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan.
  9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan.
  10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri melalui sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain.

Sebenarnya kelebihan berpuasa bukan sahaja telah diakui oleh agama Islam yang suci, malah dari segi perubatan telah memperakui tentang fakta puasa boleh menjadikan seseorang itu sihat.
Contoh bagi diri saya sendiri. Saya kadang-kadang ada temujanji bersama doktor. Sebelum mengambil darah untuk ujian,pasti doktor akan menyruh saya berpuasa. Ini menunjukkan puasa memberikan kesan kepada tubuh badan orang yang berpuasa.

Nekad peluk Islam selepas bermimpi

Posted on the June 26th, 2012 under Tempatan by admin
Kalsom Chin menunjukkan kad dia memeluk Islam ketika berusia 16 tahun.
ALOR SETAR – “Seorang lelaki berjanggut putih dengan berpakaian jubah putih datang kepada saya dengan menghulurkan kain putih,” itu mimpi yang pernah dilalui seorang saudara baru, Kalsom Chin Abdullah kira-kira 30 tahun lalu sebelum dia nekad memeluk Islam.
Kalsom Chin yang berasal dari Sungai Tiang, Pendang dan berketurunan Siam memeluk Islam seorang diri ketika dia masih berusia 16 tahun.

Biarpun usianya pada ketika itu masih remaja namun keinginan untuk memeluk Islam hadir sejak kecil apabila melihat keindahan yang ada pada agama Islam.
Menurutnya, salah satu yang menarik perhatian Kalsom Chin terhadap Islam termasuklah ketika mendengar alunan azan yang membuatkan dia berasa tenang.
“Banyak perkara mengenai Islam yang membuatkan jiwa ini tenang namun, saya menganggap apa yang berlaku adalah hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT.
“Setelah mendapat petunjuk termasuklah mimpi itu, saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada 3 Februari 1981,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Nyonya.
Selepas memeluk Islam Kalsom Chin tinggal di rumah saudara baru di Sungai Petani selama enam bulan sebelum mempelajari ilmu mengenai Islam dengan lebih mendalam di Pondok Jeneri, Sik.
Kalsom Chin berkata, sepanjang berada di rumah baru dia dapat berkongsi pengalaman bersama rakan saudara baru lain yang berasal daripada pelbagai agama sebelum memeluk Islam.
Menurutnya, ketika mengikuti pengajian di pondok pula dia belajar membaca al-Quran, hukum tajwid dan Sifat 20.
Enam tahun rahsia peluk Islam
IBU kepada Mohamad Shawal Ahmad, 12 dan Nur Sakinah, 8, merahsiakan keputusan memeluk Islam daripada pengetahuan ibu bapanya selama enam tahun kerana bimbang dimarahi.
Biarpun merahsiakan status agamanya sekian lama, Kalsom Chin bersyukur apabila ibu bapanya menerima keputusan yang dibuat dengan hati terbuka.
Menurutnya, walaupun ibu bapanya boleh menerima keputusan itu namun anak sulung daripada enam beradik itu masih mendapat tentangan daripada lima adiknya.
“Saya masih ingat nasihat bapa, dia kata, jika saya sudah memeluk agama Islam, saya tidak boleh lagi berpatah balik kepada agama asal. “Hubungan saya dengan ibu sehingga kini masih akrab seperti dahulu namun tidak dengan adik-adik yang masih belum dapat menerima keputusan yang saya lakukan,” katanya.
Kalsom Chin berkata, dia menganggap kehidupannya kini yang seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebagai dugaan daripada ALLAH SWT untuk menguji tahap kesabaran dan keutuhan dirinya terhadap agama Islam.
Menurutnya, dia tidak pernah terlintas di hatinya walau sedikit untuk dia kembali ke agama asal disebabkan kemiskinan hidup.
“Bagi saya biarlah saya susah di dunia ini tetapi senang di akhirat kerana sedar ini adalah salah satu ujian dari-Nya. “Saya juga tahu Islam sentiasa mengajar umatnya untuk bersabar dengan ujian yang diberikan sebab itulah saya sentiasa berfikiran positif,” katanya.
Kalsom Chin berkata, ilmu agama terutama bab solat yang merupakan tiang agama sering dititik beratkan terhadap Mohamad Shawal dan Nur Sakinah.
Dia juga bersyukur kerana suaminya, Ahmad Abd Rahim, 48, sentiasa membantu dalam mendidik ilmu agama kepada anak mereka.
Kalsom Chin turut bercadang untuk menghantar Mohamad Shawal ke pengajian di pondok bagi memastikan anak sulungnya itu mendapat ilmu agama secukupnya.
Sinar

Artis Terkenal Filipina Peluk Islam

Posted on the November 25th, 2011 under Luar Negara by admin

Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yang mendamaikan hidup dan batin kata nya.
“Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya,” tambahnya lagi. Sebagaimana yang dilaporkan abs-cbnnews, 22/11.

Queenie Padilla juga berkata, ayahnya antara orang yang paling sabar dan gembira dengan keputusan yang dibuatnya. Beliau juga berkata “Dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.
Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, “Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat,” katanya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.
Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.
Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. “Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam,” tegasnya. Alhamdulillah.

 


Siasahkini


Selebriti Filipina pergi ke Mekah selepas memeluk Islam

Posted on the December 7th, 2011 under Luar Negara by admin
Dia digelar “wanita masa depan industri hiburan” dalam perjalanan untuk kemasyhuran sebelum dia kelahiran semula rohani.
Queenie Padilla membintangi dalam TV menunjukkan waktu penting dan akan menyanyi dan menari dalam jumlah pengeluaran pada menunjukkan pelbagai popular di Filipina. Dia separuh lagi berpasangan romantis (“cinta pasukan” dalam percakapan biasa showbiz tempatan) yang bertujuan untuk menetapkan hati yg berdebar. Pada 20, dia tinggal impiannya – atau supaya dia berfikir.

“Ia adalah satu impian yang menipu,” Queenie memberitahu Arab News sambil duduk memakai Abaya dan tudung di atas kepalanya. Tanpa solek, mukanya seperti malaikat dan lebih indah daripada ketika dia dolled untuk penampilan dan menunjukkan tetamu.
Media Saudi baru-baru ini dikesan pada cerita selebriti Filipina yang pergi ke Mekah dan kembali dengan Islam reignited dalam dirinya. Selepas menunaikan haji untuk kali pertama, beliau mengisytiharkan kepada semua bahawa industri hiburan kini di belakangnya. Video YouTube di mana dia dengan suara sedih berkongsi pengalaman haji mengubah hidup mendapat ‘view’  sangat tinggi dan dikongsi bersama  di kalangan orang Islam. “Inspiring” adalah kata sepakat.
Apa yang mencetuskan satu pusingan 180 darjah untuk wanita muda yang mati pada mengejar kerjaya showbiz hanya empat tahun yang lalu? Bagaimana keputusan itu dikira? Dan, bagaimana reaksi peminat-peminat beliau?
Queenie berkata dia berasa amat bimbang apa yang pengarah, pengurus, dan terutamanya, peminat akan berfikir. Setiap orang mempunyai harapan dia dan dia rasa tekanan. Beliau telah bertanya kepada dirinya: “Adakah saya akan hidup hidup saya mengingkari Allah atau saya akan membuat keputusan muktamad dalam hidup saya sebagai seorang Muslim yang baik dan benar-benar mengamalkan Islam dengan cara yang betul? Terdapat perjuangan tetapi saya terpaksa membuat pilihan. Jadi saya membuat pilihan itu. Saya berhenti. ”
Queenie memanggil dirinya satu kembali kepada Islam kerana ia adalah hanya lapan bulan yang lalu bahawa dia memeluk kepercayaan sepenuh hati selepas melawat ibunya di Australia, di mana dia membesar nominal Islam dengan dua adik-beradik beliau dan saudara mereka bongsu.
Robin bapanya, yang berasal dari showbiz, terkenal berkahwin dengan ibu Queenie dalam upacara Islam di dalam penjara kerana beliau menjalani hukuman penjara 21 tahun kerana memiliki senjata api secara haram dalam awal 90-an. Beliau telah diampunkan oleh presiden ketika itu, dan dia meninggalkan penjara pada tahun 1998 tidak kurang terkenal daripada apabila dia masuk. Dia tetap menjadi salah satu filem tindakan Filipina paling Bankable dan bintang TV sehingga kini.
Kehidupan yang sibuk selebriti tidak meninggalkan banyak masa untuk Robin untuk mendidik keluarganya tentang Islam seberapa banyak yang dia mahu, tetapi Queenie kredit dia tetap, kerana jika tidak kerana dia, mereka tidak akan Islam.
“Apabila saya pergi ke Filipina, ayah saya memberitahu saya untuk memakai hijab dan berdoa. Tetapi saya tidak tahu mengapa saya berdoa. Saya jahil tentang Islam dan menjadi seorang Muslim. Pada masa itu, saya tidak lagi merasai kemanisan iman. Saya fikir itulah sebabnya saya adalah sesat. ”
Ibu mereka mula mengamalkan Islam sendiri hanya dua bulan sebelum Queenie tidak, dan dia membiarkan anaknya sulung tahu keinginan untuk anak-anaknya untuk menjadi baik, mengamalkan Islam. Queenie mengatakan bahawa apabila dia mula-mula melihat ibunya selepas kedua yang ditemui semula Islam, beliau berasa “terkejut.”
“Saya melihat cahaya di dalamnya ini bahawa saya tidak pernah dilihat membesar sebagai seorang kanak-kanak. Semua yang keluar dari mulutnya adalah semua mengenai Islam dan Allah. Dan dia sedang membaca al-Quran sentiasa dan mendengar ceramah-ceramah dan dia memakai tudung. Saya bertanya kepadanya jika dia takut memakai hijab dalam masyarakat ini. Beliau berkata dia bukan kerana dia telah takwa, dan bahawa semua perkara-perkara itu. ”
Semasa makan malam, mereka akan mempunyai perbualan mengenai akhirat dan sama ada atau tidak mereka taat kepada Allah dengan perbuatan-perbuatan dan tindakan mereka.
“Ia membuat saya berfikir,” katanya. “Saya mula menilai dan bertanya kepada diri saya sendiri jika saya benar-benar gembira dengan tugas saya, dan saya menyedari bahawa ada sesuatu yang hilang dalam hidup saya. Terdapat kekosongan di dalam. Saya mahu rasa apa yang ibu saya rasa kerana dia begitu gembira dan kandungan dan damai. Saya memberitahunya, ‘Oh please, saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang Islam. ”
Dan dia. Sambil belajar lebih lanjut mengenai Islam, dia tahu dia telah menemui apa yang akan mengisi kekosongan yang dia rasa: semangat keagamaan diperbaharui.
“Ia adalah satu perasaan yang menakjubkan. Saya rasa ia adalah panggilan dari Allah. Lebih banyak saya belajar tentang Islam, semakin ia menjadi minat saya. Dan setiap hari, apabila saya mendapat pengetahuan yang lebih banyak dan lebih, bahagian-bahagian yang hilang diri saya mula berkembang. Kekosongan secara beransur-ansur pergi terlalu jauh, “katanya.
Queenie pergi kepada Makkah semata-mata sebagai jemaah haji dan bukan pelakon, walaupun dia telah bertemu dengan masyarakat Filipina yang sama saja. Dia melawat Sekolah Antarabangsa Filipina di Jeddah dan lain-lain sekolah swasta di mana penerimaan pelajar sangat hebat.
Pengalaman beliau yang paling tidak dapat dilupakan dalam singkat dua minggu di sini, bagaimanapun, mengambil tempat di sebuah hospital di mana beliau melawat seorang wanita Filipina berusia 30 tahun dengan bentuk yang jarang berlaku kanser. Queenie berdoa bagi pesakit yang bermimpi pergi ke Kaabah. Lama selepas itu, perempuan itu kembali kepada Islam dan mengisytiharkan formula iman dalam Islam, membuat Queenie “orang yang paling gembira hidup.”
“Pesakit membangunkan saya dengan cara yang beliau mengingatkan saya bahawa penyakit atau kematian boleh mencecah kami pada bila-bila masa. Tiap-tiap hari sebagai orang Islam, kita perlu bersedia, “kata Queenie.
Ibu bapa Queenie, kini berkahwin dengan orang yang berbeza, amat gembira atas keputusan untuk mengamalkan agamanya sepenuhnya. Misi berikutnya adalah untuk berkongsi lebih lanjut mengenai Islam dengan Kylie kakaknya. Queenie juga merancang dalam perniagaan, dan pada masa yang sama, mengambil pengajian Islam.
Hari ini, Queenie bercakap dengan disabitkan tidak sebelum ini dilihat dalam beberapa wawancara TV beliau, di mana dia muncul terpelihara dan walaupun agak gugup sedikit. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang menyampaikan mesej Islam kepada orang-orang yang mempunyai keberanian dan keyakinan, walaupun dia mengaku pengetahuan beliau adalah masih terhad.
Queenie – atau Khadijah, nama Islam beliau baru-baru ini menerima pakai – pasti kehilangan peminat sebaik sahaja dia meninggalkan dunia hiburan sepenuhnya, tetapi dia kelihatan telah mendapat yang baru dalam perjalanan beliau mengisytiharkan kepercayaan beliau.

 

 Arab News


Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

Posted on the February 19th, 2012 under Agama by admin
Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.
Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat nmenjadi baik.
Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’ mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.

Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus Istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah menjadi ‘malaikat’.
Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung, jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada, termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.
Justeru, Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula sehari dua ini sangat-sangat dialukan. Kempen bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat” mesti disokong sepenuhnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat seluruhnya.
Harakahdaily melaporkan Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.
Sebagaimana laporan, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan dalam Islam. Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu tertentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat. Tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.
Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam, tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.
“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya. Ia juga akan melibatkan agensi media, kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional, badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.
Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam.
Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.
“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.
Para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW “Dua golongan dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta”.
Oleh: ustaznik


Top Super Model Australia bertudung untuk mendalami Islam

Posted on the May 27th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Ini bukan keputusan yang mudah bagi setiap orang untuk menempatkan dirinya pada kedudukan seseorang yang berlainan agama dan kepercayaan yang berbeza.
Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan ‘zon keselesaan’ (comfort zone) nya masing-masing, yang pada gilirannya akan menumbuhkan perasaan pasif mereka terhadap “orang lain” di sekitarnya.

Tetapi, selalu ada pengecualian!
Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari ‘comfort zone’ adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia.
Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat. Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang muslim secara langsung.
Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial ‘kebiasaanya’ dimana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.
Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.
“Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain ‘jika kamu (orang muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ‘, “kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.
Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, “Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan dengan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media_red) tidak terlalu benar,” katanya.
“Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama.” ceritanya.
“Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu,” ulasnya.
Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka.

 


Halim Islam Online


Anti Islam di Itali kini menyokong penggunaan tudung bagi wanita Islam

Posted on the March 27th, 2012 under Luar Negara by admin

Menteri Dalam Negara Itali Roberto Maroni yang dikenali sebagai ahli politik anti-pendatang dari Parti Liga Utara di Itali. Sejak lama ia dikenali menentang segala hal berbau Islam, malah dia pernah mengajukan proposal larangan pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah di Itali.
Namun, berita menarik berkaitan Roberto Maroni datang dari laman Islam milik Dr Zakir Naik. Di blog Islamic Research Foundation disebutkan, bahawa Roberto Maroni menyokong penggunaan hijab / jilbab, dan Maroni tidak akan melarang penggunaan tudung.
Mengutip kata-kata Maroni yang dinyatakan di blog Islamic Research Foundation, “Jika paderi wanita biasa ditampilkan menggunakan tudung di setiap gambar-gambarnya, bagaimana mungkin anda akan meminta saya bersetuju larangan hijab?”

Perawan Maria adalah peribadi yang dikenali dalam dunia Kristian. Dalam berbagai gambar yang biasa dipaparkan, Maria kelihatan menggunakan tudung. Jadi di negara Itali yang majoriti warganya memeluk Katolik / Kristian, dan salah satu tokoh terpenting dalam agama mereka biasa digambarkan menggunakan tudung, bagaimana mungkin negara ini akan melarang penggunaan tudung bagi Muslimah disana.
Halim Islam Online

Dua wanita Saudi dikecam sebab pakai purdah

Posted on the April 12th, 2012 under Luar Negara by admin

Polis melakukan penyelidikan, selepas dua wanita asal Arab Saudi dikecam secara perkauman di Norwich England, kerana mengenakan tudung dan purdah.
Wanita Arab itu sedang belajar di kelas bahasa Inggeris di sebuah sekolah bahasa di Tombland. Mereka mengatakan sekarang sangat takut untuk berjalan-jalan di bandar akibat serangan perkauman itu.
Sementara itu, pengarah sekolah Roni Snell mengaku “terkejut” atas insiden yang berlaku di pusat bandar Debenham bulan lalu.

“Saya terkejut dan malu. Kami mempunyai ramai warga Arab Saudi yang datang untuk belajar bersama kami. Kerajaan Saudi membiayai pengajian mereka, dan banyak mahasiswa yang tinggal bersama 250 keluarga yang lain. Ini mamat menakutkan bagi sebahagian minoriti, kerana wanita-wanita mereka telah didera.”
“Padahal ekonomi Norwich mendapat keuntungan besar atas datangnya para pelajar asing tersebut, dan kami seharusnya melayan mereka sebagai tetamu,” tambah Roni Snell.
Salah satu wanita, Ameera Al Busafar 28 mengatakan: “Kami sedang pergi bersama untuk makan tengah hari di Debenham. Kemudian ada lelaki tua yang menuding jari ke wajahku dan bertanya mengapa saya mengenakan jilbab saya. Lalu dia berkata, ‘anda sekarang berada di England, sekarang lepaskan jilbab anda.’”
Wanita lain, Amal Albuliaihi 26 yang memiliki dua anak berusia empat dan satu tahun menambahkan, selain lelaki tua itu ada juga seorang wanita yang berteriak “BOM” kepadanya.
Sementara itu, seorang jurucakap pentadbiran di Norfolk menegaskan bahwa kejahatan perkauman itu telah dilaporkan kepada mereka, dan insiden itu terjadi pada tanggal 20 – 21 Februari lalu.
Jurucakap pentadbiran menyatakan: “Dua wanita telah dikecam secara teruk ketika mereka berjalan melalui London Street di kota.
Halim Islam Online

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik

Posted on the July 8th, 2012 under Luar Negara by admin
Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.
“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.
Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”
Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.
Sumber: Halim Islam Online


VIDEO: Penzina dihukum rejam sampai mati

Posted on the April 14th, 2012 under Luar Negara by admin

Hukuman Bagi Pelaku Zina yang Belum Pernah Menikah
Para ahli fiqih telah sepakat bahawa orang merdeka yang belum berkahwin jika melakukan zina maka disebat 100 kali baik laki-laki mahupun perempuan, kerana Azza wa Jalla berfirman:
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. “(QS. An-Nur: 2)
Para ahli fiqih telah sepakat atas hukuman rejam sampai mati bagi (pelaku zina yang) Muhshin (berakal, baligh dan merdeka yang telah berkahwin dengan pernikahan yang benar dan telah menyetubuhi isterinya meskipun air maninya tidak keluar) demikian pula seorang janda atau duda berdasarkan hadis yang telah lalu dan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

“Seseorang didatangkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Rasulullah saw berada di masjid maka dia memanggil Rasulullah saw dan berkata,” Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah berzina. “Maka Rasulullah berpaling darinya sehingga orang itu mendatangi Rasulullah saw hingga 4 kali. Maka apabila dia telah mempersaksikan dirinya sebanyak 4 kali Nabi saw memanggilnya dan bertanya, “Apakah kamu punya penyakit gila?” Dia menjawab, “Tidak.” Rasulullah saw bertanya lagi, “Apakah kamu telah berkahwin?” Diam menjawab , “Iya.” Maka Nabi saw berkata, “Bawalah dia pergi dan jatuhkanlah hukuman rejamlah.” (Disepakati oleh Bukhari dan Muslim)
Jadi kenapa pula Taliban menghukum rejam kepada pasangan kekasih yang berzina ini. Sedangkan mereka masih belum bernikah? Wallahuaklam!

 

Halim Islam Online


Mati melekat kedua-dua badan selepas melakukan zina

Posted on the November 5th, 2012 under Luar Negara by admin

Karawang Raka, Indonesia – Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang.
Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, nampak dua jasad tengah berpelukan. Di gambar itu kelihatan, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu.
Kedua-dua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Nampak juga dua orang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini.

Nampaknya, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat. Salah seorang warga Karawang, Wahyudi berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia. Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas. Katanya yang lelaki sempat menelefon temannya yang pegawai keselamatan, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya “ujarnya.
Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. “Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya,” katanya
Halim Islam

Haiwan Ternakan Tunduk Pasrah Apabila Dengar Basmalah & Takbir

Posted on the March 27th, 2012 under Agama,Luar Negara by admin

Malu apabila melihat video ini!!! Kambing-kambing ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka. Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2 mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama bermuhasabah.
Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.
Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)
وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)
Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.
Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Saksikan video-video berikut:

 

 

 


Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam video ini:
“Mereka tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri mereka untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH. Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”
Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.
Jika dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan sahaja mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira perasaan haiwan, malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih. Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia dan diambil pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah dengan ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya. Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.
“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.
Shahmuzir Nordzahir


Pemandu Teksi Islam dipecat sebab tolak penumpang bawa sebotol arak

Posted on the April 18th, 2012 under Luar Negara by admin

Satu pergaduhan bermula lagi di Britain setelah seorang pemandu teksi Muslim menolak memberikan tumpangan untuk keluarga yang membawa sebotol wain, The Daily Mail melaporkan pada hari Ahad, 15 April.
“Kami semua masuk ke dalam kereta dan pemandu teksi berkata: Adakah itu alkohol?” Adrian Cartwright, 46 tahun, menulis di laman Facebook-nya,apabila mengingati kejadian itu.
“Ketika saya berkata ‘ya’ jawabnya: Saya minta maaf tapi saya tidak boleh membiarkan alkohol itu di teksi saya, itu melanggar agama saya.”

Cartwright, yang pergi bersama keluarganya untuk makan malam di sebuah restoran India dekat Oldham, Manchester, meninggalkan teksi bersama keluarganya.
“Saya tahu bukan waktuya untuk bergaduh sehingga kami harus keluar.”
Dia kemudian melaporkan tindakan pemandu teksi yang baik tersebut kepada syarikat Borough Taxi di mana pemandu teksi itu bekerja. Syarikat teksi itu mempunyai kira-kira 70 pemandu Muslim. Sebagai tindakan lanjut, sang majikan telah memecat pemandu Muslim tersebut.
“Saya berharap sesiapa pun yang menawarkan perkhidmatan masyarakat untuk melakukan hal yang sama, dan akan menghubungi jabatan lesen untuk menunjukkan bahawa pemandu dengan sopan diminta untuk melakukannya, atau menyerahkan lesennya kembali.”
Syarikat teksi telah meminta maaf kepada keluarga Cartwright.
“Kami ingin meminta maaf kepada Mr. Cartwright dan keluarganya untuk apa yang pemandu teksi tersebut telah lakukan terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan.
“Dengan segera setelah pengarah mendengar kejadian ini, satu perjumpaan telah diadakan dan pemandu yang malang itu diberhentikan kerja dengan segera dalam masa 30 minit selepas kejadian itu berlaku.
Namun sayang, tindakan pemandu yang baik tersebut bukan sahaja myebabkan pemecatan baginya,bahkan pemandu-pemandu lain yang beragama Islam.

Sejuta hijab sokong Shaima

Posted on the April 6th, 2012 under Luar Negara by admin

LOS ANGELES: Jean Younis tidak akan memakai topi Easter di gereja Ahad ini. Sebaliknya pengurus pejabat di Gereja Adventist Lembah Bonita di bandar raya National di California itu akan mengenakan tudung wanita Muslim untuk menyokong keluarga dan teman Shaima Alawadi, imigran Iraq serta ibu lima anak yang mati pada 24 Mac lalu, tiga hari selepas dibelasah di kediamannya di El Cajon, California.
“Saya jangka akan mendapat reaksi, tetapi memang itu tujuan saya. Ia perlu dibincangkan,” kata Jean, 59, yang meramalkan kebanyakan anggota gereja akan menyokong atau menghormati tindakannya.
Dia adalah antara ramai wanita bukan Islam yang memuat naik gambar mereka memakai tudung pada “Satu Juta Hijab untuk Shaima Alawadi”, laman Facebook yang baru direka dan mempunyai hampir 10,000 pengikut Isnin lalu dan ratusan foto.

Pengikut lain yang menghantar mesej di laman itu mengenalkan diri mereka sebagai penganut Katolik, Quaker, Mennonite, Yahudi, Pagan dan ateis.
Shaima, 32, melarikan diri dari Iraq pada 1993 dan menetap di Dearbon, Michigan sebelum berpindah ke California di mana dia dan suaminya bekerja untuk tentera AS menawarkan latihan kebudayaan.
Penyokongnya bimbang kerana sentimen anti-Muslim di AS, pembunuhan Shaima yang dipercayai ramai berpunca daripada kebencingan terhadap wanita Islam bertudung, tidak akan dihiraukan. – DM

Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat dilancar

Posted on the February 18th, 2012 under Agama,Tempatan by admin
KUALA LUMPUR, 17 Feb: Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) melancarkan Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat bermula hari ini.
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, kempen bertema “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat” bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam akan kewajipan semua kaum Muslimin sama ada wanita mahupun lelaki agar menjaga aurat mereka dalam berpakaian seperti yang diwajibkan oleh ajaran agama Islam.
“Kempen ini akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, akibat pelbagai asakkan pengaruh Barat dan budaya asing, umat Islam kini menghadapi kesan keruntuhan identiti dan penghakisan nilai sahsiah Islam yang amat kencang.
Lantaran itu, ujarnya timbul faham yang keliru terhadap kewajipan menjaga pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.
Tambahnya, timbul suara dan pandangan serong terhadap pakaian menjaga aurat sehingga dianggap bertentangan dengan hak kebebasan invidu dalam masyarakat.
Katanya, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan oleh agama Islam.
Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu terrtentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadhah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat.
Katanya lagi, tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai tren semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.
Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam akan tetapi kerana ia dilihat sebagai tren.
“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya.
“Ia juga akan melibatkan agensi media, kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional, badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.
Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstarsi tatacara berpakaian dalam Islam.
Sehingga kini, katanya sebanyak 100 NGO di negeri Kedah telah bersama dalam Wehdah untuk bersama dalam kempen itu.
Menurutnya beliau lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.
Katanya, kempen juga akan mengadakan aktiviti dialog dan penerangan kepada badan-badan bukan Islam supaya masyarakat bukan Islam dapat memahami kenapa mereka harus mengharmoti kewajipan orang Islam menjaga aurat dalam semua aspek kehidupan sosio-budaya-ekonomi mereka.
“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.
“Sekretariat kempen ini membuka pendaftaran kepada 100 orang sukarelwan untuk menyumbang tenaga,” ujarnya.
Harakahdaily.net

Banduan minta izin pakai tudung di penjara

Posted on the October 29th, 2011 under Luar Negara by admin
AMINA FARAH ALI (kanan) dan Hawo Mohamed Hassan berjalanmeninggalkan sebuah mahkamah daerah di Minnesota selepas menghadiri perbicaraan pada Ogos tahun lalu. - AP
MINNEAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) – Majlis Berkaitan Hubungan Islam-Amerika di Minnesota meminta Jabatan Syerif memberi kemudahan kepada banduan untuk memakai tudung selepas seorang wanita Islam yang didapati bersalah berhubung dakwaan keganasan terpaksa membuka tudungnya semasa berada dalam tahanan.
Tertuduh, Amina Farah Ali, 35, dan rakannya, Hawo Mohamed Hassan didapati bersalah pada minggu lalu kerana menyalurkan wang kepada kumpulan pengganas Al-Shabab di Somalia.

Peguam wanita itu, Dan Scott berkata, anak guamnya mahu memakai tudung kerana mematuhi ajaran Islam. Menurutnya, Amina perlu menutup aurat apabila berada di sisi lelaki yang bukan muhrim.
“Dia mahu memakai pakaian tradisinya (tudung). Ia amat penting baginya,” kata Scott.
“Dia kini dipenjara. Justeru, apa yang dia mahu tidak semestinya dia dapat. Tetapi dia berhak mengamalkan ajaran agamanya,” tambah peguam itu.
Mengulas isu tersebut, Syerif Daerah Sherburne, Joel Brott berkata, Amina tidak boleh memakai tudung di penjara atas faktor keselamatan.
Pakaian awam termasuk tudung katanya, tidak dibenarkan dipakai di penjara kerana ia mungkin digunakan sebagai senjata atau menyembunyikan identiti banduan.
Namun, ujar Brott, pihaknya sedang berunding dengan pihak berkuasa persekutuan sama ada untuk memberikan pengecualian kepada Amina atau sebaliknya. – AP

Gabenor Di Sulawesi Arah Pekerja Wanita Muslim Pakai Tudung

Posted on the March 6th, 2012 under Luar Negara by admin
JAKARTA – Gabenor Gorontalo, Bapak Rusli Habibie, telah menguatkuasakan secara rasmi dasar memakai tudung kepada semua pekerja wanita beragama Islam yang bertugas di pejabat pentadbiran wilayah berkenaan mulai Khamis lalu.
Peraturan baru itu mewajibkan mereka menutup aurat menurut Syariah, selain menunjukkan perilaku mengikut ajaran Islam sepanjang waktu kerja.
Berpuluh-puluh kakitangan wanita dilihat sudah pun memakai tudung di pejabat pentadbiran Gorontalo berikutan pelaksanaan dasar itu.

‘Bukan hanya tudung malah semua pekerja Islam perlu meninggalkan kerja sebaik mendengar azan. Semua orang, kecuali pekerja wanita yang uzur, perlu ke masjid untuk bersolat,’ Kata Bapak Rusli dipetik oleh agensi berita di sini.
Dasar itu adalah yang kedua dilaksanakan Encik Rusli sejak memenangi pilihan raya tempatan Gorontalo, Disember tahun lalu, yang disokong oleh Parti Golkar.
Baru-baru ini, Bapak Rusli melaksanakan dasar yang mewajibkan gaji kakitangan lelaki dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing, yang dikatakan penting bagi mempromosikan sikap keterbukaan antara pegawai dengan isteri mereka serta mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.
Gorontalo terletak di utara Sulawesi. Ia membentuk pentadbiran sendiri mulai Disember 2000 selepas berpecah dengan wilayah Sumatera Utara. — Agensi.

No comments:

Post a Comment