Wednesday, October 20, 2010

ADAKAH INI ADA KENA MENGENA DENGAN SEKOLAH HARAPAN...

Melaka dilanda jerebu teruk


BANDARAYA MELAKA – Persekitaran Melaka semalam, dilanda jerebu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras 74 di sekitar Bandaraya Melaka setakat jam 5 petang.

Sementara di kawasan Bukit Rambai, IPU mencatat bacaan 73.

Paras berkenaan meletakkan indeks udara berada di paras sederhana dan agak tidak baik untuk mereka yang mengalami penyakit berkaitan pernafasan, warga tua serta kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd Hafiz A Samad ketika dihubungi berkata, keadaan berjerebu disebabkan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

“Keadaan cuaca kering dan tidak terdapat hujan juga menyumbang kepada peningkatan IPU.

“Setakat ini kawasan Johor terutama di Muar juga terjejas teruk apabila bacaan IPU mencecah paras 122 iaitu di paras ‘tidak sihat’, katanya.

Menurutnya, jika kebakaran hutan di seberang tidak dikawal, maka keadaan itu akan berlarutan hingga hujung bulan jika Melaka tidak menerima hujan.

“Cuaca kering yang terjadi di kebanyakan negeri di Malaysia disebabkan kuasa yang menyedut air dan wap ke kawasan berlakunya taufan ‘megi’ di Filipina ketika ini.

“Oleh yang demikian, negara kita termasuk Melaka kekurangan hujan dan dengan kejadian jerebu ini, kemungkinan IPU akan kekal atau naik bergantung juga kepada keadaan angin,” katanya.

Semalam, keseluruhan negeri ini diselubungi jerebu teruk sehingga mencatat kadar pemandangan sehingga enam hingga tujuh kilometer, sekali gus kepada mereka yang berisiko diminta mengurangkan aktiviti di luar rumah


NEGARA


Jerebu di Muar capai paras bahaya

KUALA LUMPUR - Tahap jerebu di Muar semalam memasuki paras berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencecah 432.
Serentak dengan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan agar sesi persekolahan di daerah itu dihentikan buat sementara jika keadaan tersebut berterusan.
"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup sehingga situasi kembali baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini semalam.
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke Muar selain bekalan air mineral untuk diagihkan kepada penduduk.
Muhyiddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.
Selain Muar, beberapa kawasan di Melaka turut terjejas dengan bacaan IPU 106 semalam.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd. Hapiz A. Samad berkata, bacaan IPU meningkat daripada 106 pada pukul 7 pagi semalam kepada 111 menjelang tengah hari.
Beliau menasihatkan penduduk supaya berwaspada kerana keadaan itu yang bermula Jumaat lalu dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini

No comments:

Post a Comment