Tuesday, October 19, 2010

BERSENI ATAU JADI ARTIS HINGGA TAK PENDULI DOSA...KENAPA IATIDAK DITEGUR OLEH PIHAK BERKUASA SEPERTI MUFTI ,JAKIM DAN SEBAGAINYA,.....

Kerana Terluka diberi nafas baru

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

pix_middle
TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya.
TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya.
RAMAI wartawan me�ngenali Noorul Huda Abdul Wahab atau Nurul sebagai seorang yang bersikap terbuka untuk membicarakan apa saja termasuk topik peribadi.
Baginya, kalau benar dilamun cinta tidak salah berkongsi kebahagiaan itu kepada umum daripada berdolak-dalih dan menyembunyikan kebenaran.

Namun kata pemegang status janda ini, dia ingin juga lebih cerita mengenai kerjaya seninya diketengahkan kerana ia berkaitan dengan periuk nasinya.

“Kalau sah saya ada hubungan yang serius dengan sesiapa, saya tidak keberatan untuk bercerita kepada wartawan, tapi sekarang saya memang mahu elak daripada memperkatakan sangat me�ngenai kisah peribadi kerana belajar daripada pengalaman lalu.

“Terus-terang, sikap keterbukaan saya ini adakalanya menyebabkan kisah kerjaya saya jarang diberikan fokus. Sebagai individu yang mencari rezeki dalam bidang seni, pencapaian karier saya tentulah perkara utama yang perlu diketahui umum. Kalau balik-balik cerita mengenai teman lelaki dan status, orang juga akan nak muak,” katanya.

Seperti seadanya, Nurul berkata, dia mahu berfikiran positif dan sedang rancak merangka promosi untuk lagu Kerana Terluka.

Lagu inilah yang mula-mula sekali memperkenalkan namanya di persada seni suara kira-kira 15 tahun lalu.

“Sejak dulu lagu ini tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album kompilasi selain album solo pertama saya. Saya merakamkan semula lagu ini atas permintaan peminat.

“Kebetulan saya sudah saja melantik pengurus baru dalam NHW Productions bersama kakitangan baru, justeru, kemunculan single Kerana Terluka pada saat ini memang tepat pada masa�nya,” kata Nurul.

Menyambung perbualan, susunan Kerana Terluka sudah itu disuntik nafas baru dengan memasukkan elemen orkestra, sekali gus menjadikannya lebih hebat.
Pendek kata, dari segi muzik dan vokal, Kerana Terluka versi terbaru ini lebih baik.

“Maklum sajalah, masa pertama kali saya merakam�kan lagu ini saya belum berpengalaman luas dalam aspek nyanyian. Tapi sejak beberapa tahun lalu saya mula mengikuti kelas vokal dan tambah seronok apabila dapat memanfaatkan teknik yang dipelajari itu ke dalam nyanyian sebenar.

“Ia lebih memberi kepuasan selain kita boleh mengekal�kan stamina ketika menjayakan persembahan yang panjang. Susunan untuk versi 2010 lebih menarik. Bukan bererti versi yang dulu tidak bagus, cuma yang sekarang lebih sesuai dengan masa kini.

“Jadi dalam menampilkan semula Kerana Terluka, Nurul mahukan sentuhan lebih segar dan memasukkan elemen orkestra untuk menjadikannya lebih ‘grand’,” katanya.

Selain Kerana Terluka, dua lagi lagu baru yang sudah dalam koleksi penyanyi hitam manis ini adalah Andai Ku Kenali Ku ciptaan Eena Houzyama dan Duniaku (Julfekar).

Nurul menyifatkan bekerjasama dengan dua nama berkenaan membawa pengalaman yang berbeza.

Walaupun Eena boleh dianggap komposer baru namun isteri kepada pe�nyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman itu mempunyai idea cukup unik. Manakala, Julfekar pula menghasilkan sebuah lagu ‘ketuhanan’ yang cukup indah.

Beralih pada rahsia kejayaan yang mampu membuat�wkannya bertahan selama 15 tahun, ibu kepada Ayu Nazirah, 12, ini percaya pada keikhlasan, kejujuran, kerja keras dan sentiasa mengikuti perkembangan adalah perkara yang harus dititik beratkan.

“Selain semua itu, Nurul juga percaya berdamping dengan peminat mampu membuatkan seorang artis bertahan lama.

“Laman sosial seperti facebook banyak membantu Nurul berhubung dengan peminat sama ada mereka yang ‘die hard fan’ mahupun yang baru.

“Misalnya baru-baru ini 20 peminat Nurul diajak menonton filem Magika di Pavilion. Sebenarnya aktiviti seperti ini adalah yang ketiga Nurul anjurkan.

“Kali pertama hanya membabitkan enam orang dan mereka ini memang peminat Nurul sejak dulu manakala yang kedua meningkat kepada 10 orang,” katanya yang bakal muncul dengan filem Tolong Awek Aku Pontianak.


PROFIL
NAMA: Noorul Huda Abdul Wahab
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977
USIA: 31 tahun
ASAL: Tasek Gelugor, Seberang Prai, Pulau Pinang
STATUS: Ibu tunggal
HOBI: Membaca, melancong dan menunggang kuda
ALBUM SOLO: Nurul (1995), Ikhlasnya Cinta Ku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita Dan Cinta (2000) dan Tika Cinta (2009)
FILEM: Sate dan Tolong Awek Aku Pontianak
PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik AIM 1997, Lagu Paling Popular Pujaan 10 Nescafe 1995 (Kerana Terluka) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta)


 ADAKAH JAKIM TAK DE KUASA PERKARA2 BEGINI...INI JUGA DE HUBUNGAN DGN ISLAM...TENTU ADA REMAJA ISLAM TERLIBAT...DALAM KONSERT NI

HIBURAN


Homoseksual, Adam jaga susila di Malaysia


BIAR namanya dikira masih baru, namun kunjungan Adam Lambert buat pertama kali di Malaysia berjaya mengumpul 10,000 penonton.



SATU ciuman pada acara awam telah mencalar imejnya. Ditambah dengan pengakuan bahawa dirinya merupakan homosekual, Adam Lambert berani walaupun tahu pendedahan itu barangkali akan memusnahkan kariernya. Nasib menyebelahinya kerana bakat Adam mampu mengatasi kehangatan berita negatif itu.
Malah, Adam yang merupakan naib juara program realiti paling popular di Amerika Syarikat (AS), American Idol musim kelapan boleh dikatakan lebih menyinar berbanding juaranya, Kris Allen. Buktinya, Adam telah memulakan konsert jelajahnya, Glam Nation Tour pada 4 Jun lalu yang dijangka berakhir pada 16 Disember nanti.
Dalam jangka masa itu, Adam dijadualkan untuk melawat 112 tempat di AS, Eropah, Australia dan 10 negara Asia. Malaysia tidak terkecuali dalam senarainya. Namun, seperti yang diketahui ramai, kedatangan Adam tidak selancar artis luar negara yang lain.
Walaupun telah berjanji untuk mematuhi undang-undang serta menghormati budaya tempatan dengan tidak berkelakuan liar atau lucah di atas pentas, kedatangannya masih diprotes. Kata Adam pada sidang media sebelum menghiburkan peminat tempatan: "Ia adalah sesuatu yang saya akan patuhi kerana saya menghormati budaya Malaysia.
"Lagipun hanya ciuman yang tidak dibenarkan. Saya tidak suka bertolak-ansur tetapi ia lebih penting buat saya untuk menghadiahkan persembahan saya untuk peminat Malaysia. Persembahan saya masih akan mengekalkan konsepnya.
"Menghapuskan ciuman itu tidak akan menjejaskan keseluruhan persembahan. Apa yang utama tujuan saya berada di sini adalah untuk menghiburkan mereka dan membuatkan mereka ketawa. Bukannya untuk membuatkan mereka berasa tidak selesa dengan persembahan saya."
Menepati janjinya, Adam telah menarik lebih 10,000 peminat mengisi ruangan Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu. Walaupun di luar stadium, hampir 100 ahli parti pembangkang, Pas membuat demonstrasi dengan mengedarkan risalah menyelar penyanyi itu, konsertnya bagaimanapun boleh disifatkan berlangsung dengan sempurna.
Bermula agak lewat pada pukul 9.10 malam, penyanyi berusia 28 tahun itu yang terkenal dengan imej memakai celak dan pakaian kulit serta bulu tampil dengan lagu Voodoo sebagai pembukaan konsert. Diikuti dengan lagu For Your Entertainment dan Down the Rabbit Hole, vokal Adam sahaja sudah cukup memukau.
"Berada di atas pentas, saya tidak mungkin boleh berpakaian hanya kemeja-T atau seluar jean sahaja. Jadi seperti biasa anda akan melihat kepelbagaian warna seperti hitam, merah, ungu dan biru. Tidak dilupakan juga bulu dan manik," katanya.
Disertai dengan latar belakang, tarian serta penata cahaya dan bunyi, Adam yang tidak banyak berkomunikasi memberitahu dia mahu menyebarkan cinta menerusi persembahannya. "Konsert saya mempromosikan cinta tanpa mengira sempadan usia, bangsa atau agama."
Menyifatkan dirinya agak bertuah, dia tidak kisah dirinya berada pada kedudukan kedua dalam program American Idol. Katanya, apa yang penting bukan kejuaraan yang dipegang tetapi karier yang dibina selepas menyertai program tersebut.


PENAMPILAN glamor Adam dengan bantuan solekan yang memukau.


Turut menyampaikan lagu Fever yang merupakan kerjasama dengan Lady Gaga, Adam juga menyukai Katy Perry. Baginya, mereka berdua telah banyak memberi inspirasi kepada muziknya. Mungkin berimej sedikit ekstrem dan pelik, Adam bagaimanapun sentiasa mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
"Kawan rapat dan keluarga telah membantu saya untuk hidup normal. Saya juga mahu keluar dan makan bersama kawan, menonton filem, membeli-belah atau bersiar-siar," katanya pada sidang media tersebut.
Memberitahu dirinya mungkin akan menceburi bidang psikologi jika tidak menjadi penyanyi, Adam sendiri yang pernah mencipta kontroversi gara-gara dikatakan menumbuk seorang paparazi bagaimanapun memberi nasihat kepada remaja untuk tidak terlibat gejala sosial seperti membunuh diri.
"Mesej saya kepada remaja di seluruh dunia, anda perlu bangga dengan diri anda. Saya tahu ia agak sukar dan seperti saya yang berjaya, saya masih dibuli oleh sesetengah pihak. Namun, saya tidak fokus kepada kebencian.
"Setiap kali saya membaca berita atau laporan mengenai diri saya, saya cuba mencari sisi positif. Jika tidak, mereka (yang menulis) akan menang. Saya enggan membiarkan ia berlaku," tambahnya.
Nilai positif Adam disalurkan sepenuhnya dalam persembahannya. Lagu 'temanya Whataya Want from Me didendangkan selepas Sleepwalker. Diteruskan dengan Soaked, Aftermath, Sure Fire Winners dan Strut, rata-rata peminatnya menari sepanjang persembahan idola mereka.
Tanpa mempedulikan status dirinya, mereka menghayati muzik dan vokal Adam. Sokongan lebih padu diberikan apabila figura berusia 28 tahun itu menyampaikan seleksi lagu Music Again, Broken Open dan If I Had You.
Mengakhiri konsert dengan lagu Mad World, Whole Lotta Love dan 20th Century Boy, tirai milik Adam ditutup sekitar 10.25 malam. Agak pendek buat peminatnya, namun, perlu diingatkan Adam hanya memiliki sebuah album setakat ini. Sungguhpun pendek, persembahan mantap serta berkualiti sudah cukup memadai.


TAK TAHU ATAU  BUAT TAK TAU


HIBURAN


Urus keluarga sendiri





ADA keterujaan yang tidak dapat ditahan-tahan oleh pelakon cantik Sari Yanti saat berbicara tentang kehidupan barunya sebagai isteri kepada Mohd. Eddy Casmady Che Hussin atau Eddy dan ibu buat anak yang diberi nama Barr Al Aliy.
Keterujaan tersebut bukan dibuat-buat, walau pada awalnya dia sendiri tidak begitu yakin mampukah menguruskan rumah tangga sendirian dan menjaga anak sulungnya itu tanpa bantuan sesiapa.
Namun selepas tiga bulan menjaga Barr sendirian, hatinya semakin berat untuk meninggalkan bayi lelaki yang lahir pada Julai lalu itu. Sebaliknya dia semakin teruja apabila dapat menjadi saksi perkembangan Barr di depan mata.

SARI YANTI tidak kesal bentuk tubuhnya berubah selepas melahirkan Barr.



Lebih memberi erti, biar pernah putus asa kerana berasa tidak mempunyai susu badan yang mencukupi untuk anaknya itu, sebaliknya Tuhan memberi rezeki dengan melimpahkan jumlah susu badannya.
Kini, sejak lahir, sudah tiga bulan Barr hanya menikmati susu badannya. Bukan bergantung kepada susu formula dan dia sendiri terbiasa untuk memenuhi kehendak Barr yang kerap menyusu.
"Saya akui, pada mula melahirkan Barr dulu, saya kurang positif. Mungkin kerana ia pengalaman pertama kali, terutama tentang memberi susu badan dan kemampuan saya untuk menguruskan Barr sendirian.
"Namun atas sokongan semua, Alhamdulillah, saya mendapat energi positif dan sehingga hari ini, selepas tiga bulan saya tidak menghadapi masalah untuk menguruskan Barr sendirian tanpa bantuan pembantu.
"Walaupun sedikit penat, tetapi pengalaman membesarkan anak di hadapan mata sendiri adalah satu perasaan yang sukar digambarkan.
"Lebih-lebih lagi apabila saya mampu melihat senyuman pertamanya, keletah pertamanya dan banyak hal yang menjadikan saya saksi pertama pada setiap peringkat tumbesaran anak saya," kata Sari panjang lebar.


SARI YANTI dan suami memilih nama anak mereka ini mengikut sunnah Nabi.


Mengadakan majlis cukur jambul sebagai tanda kesyukuran anak sulungnya pada hujung minggu lalu, Sari juga menambah, buat masa ini dia masih belum memerlukan khidmat pembantu untuk menjaga atau menguruskan Barr.
"Selagi saya mampu melakukannya sendiri, saya tidak akan memerlukan pembantu. Lagipun Eddy juga rajin membantu dan kami banyak melalui pengalaman baru sebagai ibu bapa buat pertama kali.
"Kecuali nanti misalnya keluarga saya sudah semakin membesar, mungkin pada waktu itu saya akan mengambil pembantu untuk membantu saya," katanya yang memberitahu tidak mempunyai masalah untuk mempercayai orang menjaga anaknya, tetapi selagi termampu dia suka untuk melakukannya sendiri.
Di sebalik Barr Al Aliy
Bercakap mengenai nama unik anaknya, Barr Al Aliy, Sari memberitahu ia mempunyai cerita tersendiri di sebalik pemilihan nama tersebut.
Akuinya, nama tersebut diperoleh pada saat akhir sebelum dia melahirkan. Ia terjadi secara tidak sengaja apabila suaminya mengemas sebuah bilik di kediaman mereka dan terjumpa buku milik bapa Sari yang dipinjamkan kepadanya. Sari menganggapnya sebagai satu tuah.

DYNAS dan anaknya, Khyra Khalyssa turut mengunjungi majlis cukur jambul anak sulung Sari Yanti, Barr.



"Itu buku mengenai 99 nama Allah yang saya pinjam daripada bapa. Sebenarnya saya sudah terlupa saya letakkan buku itu di mana sehingga Eddy terjumpa dan kami membaca buku itu bersama sehingga terjumpa nama unik itu," katanya.
Cerita Sari lagi, dia dan suami sengaja untuk tidak memilih nama anak mereka terlalu awal untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun selepas membaca buku tersebut, dia mula menyukai nama Al Barr. Sementara suaminya pula jatuh cinta dengan nama Al Aliy.
Mencapai kata sepakat, mereka akhirnya menggabungkan dua nama yang mereka suka itu menjadi Barr Al Aliy.
"Barr menurut buku ada yang bermaksud dermawan dan bagus. Sementara Al Aliy pula lebih kepada martabat yang tinggi. Maksud yang bagus jadi kami gabungkannya," kata Sari yang memanggil anaknya dengan panggilan Barr sementara Eddy memanggil anaknya dengan nama penuh



Nasha Aziz Tak Jadi Kahwin, Umrah

PETALING JAYA: Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan.
Kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.
Ketika menemui Nasha pada majlis sidang media sempena tajaan Rafflesia untuk Festival Filem Malaysia ke-23, di Hotel Park Royal, Selasa, dia agak sukar untuk membicarakan berkenaan dengan hal peribadinya kepada pihak media.
Bagaimanapun, selepas dipujuk untuk meminta dirinya berkongsi cerita mengenai status hubungan mereka, kata Nasha, mereka masih lagi pasangan kekasih.
"Alhamdulillah, hubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar. Saya memerlukan seseorang untuk menyokong saya dalm segala hal. Dia (Iman) membuatkan saya seorang manusia tahu memilih yang baik dan buruknya.
"Saya rasa Allah S.W.T sentiasa bersama saya dan saya sabar menunggu deminya (Iman).
"Tahun depan, umur saya dah nak masuk 40 tahun. Siapa yang tak nak kahwin. Mungkin anugerah itu (kahwin) saya belum terima lagi daripada Allah S.W.T.
"Andaikan satu hari nanti saya perlu berhenti daripada karier demi seseorang, saya akan buat. Saya sanggup berkorban demi suami," katanya.
Mengenai perancangan menunaikan Umrah, kata Nasha, kekasihnya itu mungkin belum lagi bersedia dan dia sedia menanti untuk Iman benar-benar bersedia untuk mengerjakan umrah.
"Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah). tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan.
"Saya memang ingin membantu kepada orang yang ingin tahu tentang Islam. tapi kalau belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Ia akan hadir sendiri jika sudah bersedia.
"Pada awal tahun depan saya akan menunaikan umrah dan jika dia mahu ikut, terpulang. Sesiapa sahaja yang nak ikut pun boleh.
"Hal-hal agama, terpulang pada orang. Saya boleh memberi sokongan, tetapi bukan memaksa.
"Saya pun tak mahu terlalu merancang, takut tak menjadi pula. Untuk perancangan umrah nantii, saya memilih Visa Ziarah," katanya yang kini banyak aktiviti peragaan di Shah Hai, China


Farahdhiya Jauh Hati Dengan Zizie Izette?

PETALING JAYA:Pelakon jelita, Farahdhiya (gambar) mengakui sudah lama tidak berhubung dengan rakan baiknya pelakon Zizie Izette sejak pelakon itu mendirikan rumah tangga.
Menurut Farahdhiya, dia tidak tahu dimana silapnya sehingga persahabatan baik mereka tiba-tiba renggang tanpa sebarang khabar berita.
"Kami memang kawan rapat, masa awal-awal pembabitan saya dalam dunia lakonan dia orang pertama yang beri sokongan. Watak-watak yang sukar saya akan rujuk dan minta pendapata darinya terlebih dahulu.
"Tapi sejak kebelakangan ini selepas dia berkahwin kami seperti terputus hubungan. Saya sendiri tidak tahu dimana silapnya sehingga kami dua-dua seperti mencari jalan masing-masing. Kami tidak pernah bergaduh atau berselisihan faham," katanya.
Jelas Farah, kali terakhir dia berhubung dengan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu ketika rumah terbuka yang dianjurkan pasangan suami isteri tersebut pada 25 September lalu.
"Lama kami tidak berhubung, tapi semasa majlis rumah terbuka mereka September lalu dia ada mengirim Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menjemput saya hadir. saya tidak pergi sebab ketika itu saya sudah ada program lain," jelasnya.
Farah akui sebagai seoarng rapat baik dia rindu terhadap persahabatan mereka, namun dia faham tanggungjawab Zizie kini lebih tertumpu kepada keluarga yang baru dibinanya.
"Jauh di sudut hati saya memang saya rindukan dia. Tapi saya faham dia mempunyai tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarganya," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungannya dengan pelakon Norish Karman yang sebelum ini dikatakan dingin kerana kurang senang dengan gosip percintaan antara pelakon tersebut dengan abangnya Mohamed Luqman.
"Saya tidak ada masalah dengan Norish, saya tahu dia berkawan dengan abang saya. Itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak masuk campur.
"Memang dahulu kami ada perselisihan faham tapi bukan disebabkan saya tidak senang dia berkawan dengan abang saya. Tapi sekarang kami sudah berbaik dan sering ke majlis-majlis hiburan bersama," katanya


Zizie Izette Sibuk Berniaga Di Perhimpunan Agung Umno
KUALA LUMPUR: Meskipun berstatus selebriti serta isteri kepada Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, ia tidak menghalang kepada pelakon terkenal Zizie Izette A. Samad (gambar) untuk turut berniaga di Perhimpunan Agung Umno 2010.
Gerai di Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kelihatan dikerumuni ramai pengunjung termasuk peminat yang mahu bergambar bersama Zizie selain membeli barangan jualannya antara lain seperti busana muslimah, gaun serta aksesori wanita.
Zizie berkata idea untuk berniaga pada perhimpunan agung Umno kali ini timbul kerana minatnya yang suka berniaga di samping mendapat sokongan penuh daripada suami tersayang.
"Kakak ipar saya berniaga di Uptown. Rakan perniagaan dia (kakak ipar) pernah terlibat dengan buka gerai jualan di perhimpunan Umno. Dia tanya saya tak mahu buka gerai di sini ke (PWTC) dan apabila tanya suami, beliau beri sepenuhsokongan, itu yang timbulnya idea untuk berniaga di sini.
Zizie menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang layanan istimewa untuk mendapat unit ruang niaga berkenaan. Terdapat sebanyak 320 tapak ruang niaga disediakan sempena perhimpunan agung kali ini.
"Ingin saya tegaskan yang saya dapat ruang niaga ini sama seperti orang lain dan tidak timbul menggunakan jalan mudah (Bung Mokhtar) untuk dapatkan ruang niaga ini," katanya.
Zizie berkata setiap hari beliau akan turun padang dan memantau hasil jualannya, sekaligus mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan dengan peminat.
"Saya akan sentiasa berada di situ dan kalau tiada pun mungkin saya pergi makan atau ada janji temu tetapi saya akan berada di situ setiap hari sehinggalah habis perhimpunan Umno ini dari pagi hingga malam," katanya.
Jika sambutan jualannya pada perhimpunan kali ini memberangsangkan, beliau berminat untuk terus berniaga pada perhimpunan Umno yang akan datang. - BERNAMA


MUNGKIN JADI IKUTAN REMAJA ISLAM....






Minka Kelly Terpilih Sebagai Wanita Terseksi Di Dunia
PELAKON Minka Kelly (gambar) terpilih sebagai wanita terseksi di dunia oleh majalah Esquire mengalahkan nama-nama besar Hollywood yang terkenal dengan imej seksi seperti Jassica Bell atau Scarlett Johansson.
Ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut memandangkan nama artis drama siri Friday Night Light itu tidak sehebat Megan Fox atau Kim Kardashian yang selama ini disebut-sebut bakal terpilih.
Malah Kelly sendiri terkejut dengan keputusan itu kerana selama ini dia tidak pernah menyangka akan mendapat gelaran yang semamngnya diimpikan oleh seluruh wanita di Hollywood itu.
"Saya rasa bangga dengan gelaran tersebut lantas melupakan segala kekurangan yang ada pada tubuh saya. Saya rasa seperti wanita paling sempurna," katanya.
Wanita ini juga mengakui apa yang terdapat pada tubuhnya meyakinkan dia layak memenangi gelaran tersebut. Dia juga mengakui mempunyai kulit yang cantik
BAGAIMANA TANGGUNG JAWAB KITA DENGAN ALLAH...



Lan Tidak Abaikan Kristal

Lan bersama ahli kumpulan Kristal
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Kristal, Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau Lan menafikan dakwaan bahawa dia mengabaikan tanggungjawab sebagai penyanyi kumpulan tersebut setelah tidak menyertai beberapa persembahan pentas bersama Kristal baru-baru ini.
Katanya, perkara tersebut timbul pada satu majlis yang mana dia tidak dapat hadir bersama Kristal kerana terikat dengan sebuah majlis lain.
"Saya tidak pernah mengabaikan Kristal, cuma beberapa minggu lalu, saya tidak dapat bersama Kristal kerana kami mendapat dua undangan nyanyian pada tarikh yang sama.
"Kedua-dua majlis tersebut mengharapkan kami untuk buat persembahan, jadi saya terpaksa ambil keputusan yang tidak menghampakan mereka. Kami terpaksa berpecah. Lagi pula, majlis lagi satu itu mempunyai ramai penyanyi dan hanya memerlukan muzik latar dari Kristal," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Lan turut menafikan dakwaan bahawa campur tangan isterinya, Nur Sheila Hassim yang tidak membenarkan dia untuk bergiat aktif dalam bidang muzik.
"Isteri saya tidak pernah melarang saya untuk terus menyanyi, malah dialah yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Ini ialah punca pendapatan utama saya untuk menyara keluarga," ujarnya.
Selain itu, Lan yang baru dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 3 bulan, mengakui rezekinya semakin murah. Dia telah ditawarkan menjadi jurucakap kepada perniagaan AC Konsertium milik penyanyi, pelakon dan pengacara AC Mizal bersama beberapa artis lain seperti Khai dan Rosma.
"Alhamdulilah, sejak dikurniakan cahaya mata rezeki saya semakin murah. Saya mula aktif dengan perniagaan milik AC Mizal. Memang kini ia menampakkan hasil biarpun baru tiga bulan menyertainya.
"Dari hari Isnin hingga Jumaat saya akan sibuk dengan bisnes ini, manakala hujung minggu saya akan tetap ikut Kristal buat persembahan. Setakat ini, Insya-Allah tiada masalah dengan jadual Kristal," jelasnya.
Sementara itu, album terbaru Kristal sudah siap sepenuhnya dan bersedia untuk berada di pasaran pada bulan hadapan.Album yang berjudul Satu Untukmu memuatkan 10 buah lagu yang terdiri daripada beberapa lagu baru dan kompilasi dari single terdahulu



No comments:

Post a Comment