Tuesday, October 19, 2010

KISAH PELIK DUNIA...JUGA SEMUA DALAM TADBIR ALLAH SWT

DUNIA


Guru di AS dipecat kerana bermain cinta di Facebook


CHADWIN REYNOLDS


NEW YORK - Sekurang-kurangnya tiga orang guru di sekolah tinggi awam di New York telah dipecat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini kerana mempunyai hubungan kurang sesuai dengan pelajar menerusi laman sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Salah seorang daripada mereka ialah bekas guru seni di sekolah tinggi Fordham di Bronx, Chadwin Reynolds, 37, yang 'berkawan' dengan ramai pelajar perempuan.
Menurut akhbar New York Post, dia pernah menulis komen-komen berbaur seks di bawah beberapa gambar di Facebook.
Menurut satu suruhanjaya siasatan khas sekolah-sekolah di New York, Reynolds juga didakwa cuba memujuk seorang remaja agar keluar bersamanya dengan cara mendapatkan nombor telefon, menghantar bunga, gula-gula dan patung beruang.
Dia bagaimanapun menegaskan bahawa kesnya ditutup setelah Jabatan Pendidikan (DOE) mendapati dakwaan-dakwaan ke atasnya adalah tidak sah.
Namun, DOE mengesahkan Reynolds dipecat kerana skandal tersebut.
Seorang bekas pekerja DOE, Laurie Hirsch pula dipecat pada Mei lalu kerana menjalin hubungan dengan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun.
Dia meletakkan gambarnya bercium dengan pelajar terbabit yang menyebabkan siasatan dilakukan.
Pelajar itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks sebanyak 10 kali di pangsapuri Hirsch pada tahun lalu. Rekod menunjukkan terdapat 2,700 panggilan telefon dibuat dalam tempoh enam bulan.
Seorang guru lelaki gantian di Manhattan, Stephen D'Andrilli juga didapati 'berkawan' dengan beberapa pelajar perempuan di Akademi Essex Street dan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya.
D'Andrilli pernah menghantar mesej kepada seorang pelajarnya bahawa teman lelakinya itu tidak berhak memiliki perempuan yang secantiknya.
Sementara itu, seorang guru di sekolah tinggi La Guardia dikatakan memberi markah lebih kepada pelajar yang 'berkawan' dengannya di Facebook.
Dia bagaimanapun tidak dikenakan tindakan. - Agensi


DUNIA


Hakim putuskan suami boleh pukul isteri

ABU DHABI - Mahkamah tertinggi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyatakan seorang lelaki boleh memukul isteri dan anak kecilnya asalkan pukulan itu tidak meninggalkan tanda fizikal pada tubuh mereka.
Keputusan Mahkamah Agung Persekutuan tersebut menunjukkan pengaruh kuat undang-undang Islam di UAE selain tarikannya dalam kalangan komuniti antarabangsa ekoran bilangan rakyat asing jauh melebihi penduduk tempatan di negara berkenaan.
Mahkamah berkenaan membuat keputusan itu pada awal bulan ini dalam kes seorang lelaki yang memukul isteri dan anak perempuannya yang telah dewasa sehingga tubuh mereka luka dan berparut.
Ia memutuskan bahawa lelaki itu bersalah kerana mencederakan kedua-dua wanita terbabit tetapi menyatakan, undang-undang Islam membenarkannya untuk tujuan mendisiplin selagi pukulan itu tidak meninggalkan tanda atau parut.
Hakim mahkamah itu turut melarang kanak-kanak yang mencapai usia akil baligh daripada dipukul.
Keputusan itu dilaporkan semalam dalam akhbar The National. - AP




Bunuh 2 anak guna pedang samurai



GAMBAR menunjukkan polis di luar rumah pangsa yang didiami Monica dan anaknya.
GAMBAR menunjukkan polis di luar rumah pangsa yang didiami Monica dan anaknya.
MONICA.
MONICA.
FAIRFIELD (California): Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai.
Penyiasat yang mendedahkan butir pembunuhan dan cubaan membunuh diri itu berkata, Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.

Anggota bomba menemui mayat kedua-dua mangsa, Lily dan Tory selepas menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah pangsa tempat keluarga itu menginap.

Wanita berusia 28 tahun itu ditemui berhampiran mayat kedua-dua kembar itu dengan kesan luka pada lehernya.

Dia akan menghadapi tuduhan membunuh apabila keluar dari hospital

Menurut penyiasat, kepala seorang kanak-kanak itu hampir putus sementara seorang lagi mempunyai beberapa kesan tikaman di perut.

Monica kemudian membakar rumah pangsa yang didiaminya dan menempatkan mayat itu di di pintu masuk sebelum cuba membunuh diri.

Beberapa jiran cuba memasuki rumah berkenaan selepas melihat asap keluar dari pintu depan dan penggera amaran asap berbunyi.

Seorang daripada mereka, Andre Douglas berjaya memasuki rumah di tingkat tiga itu menerusi tingkap dan melihat senjata yang digunakan untuk membunuh itu dilantai.

Polis belum dapat memastikan motif pembunuhan itu dan kini berusaha menjejaki bapa kanak-kanak kembar berkenaan, Michael Ball, 38.

Laporan polis menunjukkan Monica pernah ditangkap sebelum ini kerana kesalahan dadah.
Dia juga pernah ditangkap kerana satu kes keganasan rumah tangga di San Diego.

Satu laporan mendakwa wanita itu menelefon tunangnya ketika penggera amaran berbunyi.

Tunangnya dikatakan menelefon ibunya dan memberitahu Monica sudah ‘hilang akal.’ Jurucakap polis, berkata, pihaknya tidak mempunyai bukti menunjukkan ada orang lain terbabit dalam pembunuhan berkenaan. — Agensi


Mati selepas kena bola golf



CHINO: Seorang lelaki mati semalam selepas kepalanya terkena bola golf di sini sembilan hari lalu.
Pejabat koroner di San Bernardino County, dalam kenyataan menerusi laman webnya berkata, lelaki berusia 69 tahun itu, Hiroshi Tango mati di hospital.

Mangsa dikatakan bermain golf di Los Serranos Country Club pada 7 Oktober lalu apabila sebiji bola golf terkena kepalanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment