Wednesday, October 20, 2010

BERHATI2...SELAIN DOA DAN TAWAKAL

Lekat belakang treler

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

MAUT...anggota polis mengangkat mayat mangsa semalam.
MAUT...anggota polis mengangkat mayat mangsa semalam.
SEREMBAN: Seorang penyelenggara bangunan maut dalam keadaan mengerikan apabila motosikal ditunggangnya melekat pada bahagian belakang sebuah treler selepas melanggar kenderaan berat itu di Kilometer 259.2 Lebuhraya Utara-Selatan di susur keluar Port Dickson di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Syadidi Zikri Hairi, 26, dari Johor, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati treler itu diletakkan di bahu jalan kerana mengalami kerosakan

“Mangsa dalam perjalanan ke ibu kota menunggang motosikal Yamaha 125Z dipercayai gagal mengelak lalu melanggar belakang kenderaan berat itu,” katanya

Beliau berkata, pemandu treler berusia lingkungan 30-an sudah membuat laporan polis.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, untuk bedah siasat.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, pemandu treler dikenali sebagai Badrul Hisham, 30-an, berkata, ketika kejadian dia berada di hadapan trelernya sebelum dikejutkan dengan satu dentuman kuat di bahagian belakang.

Menurutnya, dia bergegas memeriksa sebelum melihat sebuah motosikal melanggar bahagian belakang kanan trelernya menyebabkan penunggangnya mati di tempat kejadian.

Sebelum itu, katanya, dia terpaksa memberhentikan treler dipandunya di bahu jalan kerana mengalami masalah brek kira-kira jam 6.30 pagi untuk dibaiki.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Taufiq Abd Samad di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran.


Mangsa langgar lari terlantar


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RAWAT...Syaril Amirul dirawat 

di ICU HTAR selepas patah tulang rusuk dan tulang belakang.
RAWAT...Syaril Amirul dirawat di ICU HTAR selepas patah tulang rusuk dan tulang belakang.
KLANG: “Sudah 10 hari anak saya berada di sini. Harap dia cepat sembuh,” kata Rosidah Yaakub, 37, ibu kepada Muhammad Syaril Amirul Che Hamid, 17, yang menjadi mangsa langgar lari, kira-kira satu kilometer dari Tol Bukit Raja, 10 Oktober lalu.
Mangsa menunggang motosikal Honda EX5 hitam bersama rakan kritikal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini selepas cedera dalaman yang teruk, termasuk patah tulang rusuk dan tulang belakang.

Bagaimanapun rakannya cedera ringan.


Dalam kemalangan jam 12.50 tengah hari, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Selayang Baru, Batu Caves, itu menunggang motosikal bersama rakan sekolahnya ke Telok Gong untuk menghadiri majlis perkahwinan ibu saudara rakan sebelum dilanggar Proton Waja berwarna kuning.


Rosidah berkata, anak sulungnya daripada empat beradik dijangka menjalani rawatan susulan, pembedahan tulang belakang membabitkan kos RM10,000.

“Saya harap orang ramai yang melihat kemalangan itu tampil membantu bagi membela nasib anak saya.

“SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) cuma beberapa hari lagi, tapi keadaannya macam ini,” katanya.

Menceritakan kejadian yang berlaku, Rosidah sejurus kejadian dia dihubungi oleh seorang saksi jam 1.15 petang memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

“Tetapi dia (pemanggil) tak sempat mencatat nombor plat kenderaan itu kerana panik dan kejadian berlaku pantas.

“Selepas kemalangan, anak saya tidak sedarkan diri sebelum dia dikejarkan ke HTAR,” katanya.

Dia turut membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 13 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment