Sunday, May 27, 2012

63 TAHUN MASIH MELACUR@BERZINA...REMAJA2 DAH BERZINA...LACUR@BERZINA BIASA AJE...ADAKAH KITA NAK BELA ORANG NI...DENGAN TAK NAK LAKSANAKAN UNDANG2 ALLAH SWT...MUFTI2 APA KOMEN.....IMAM YANG YANG 4 PUN ADA MENOLAK JAWATAN MUFTI...DAN MILIH PENJARA...

Kes bayi dua bulan maut dalam periuk selesai



BATU PAHAT: Kes berkaitan kematian Asyraful Iskandar Mohd Noor, bayi lelaki berusia dua bulan yang ditemui meninggal dunia di dalam periuk di bawah kabinet dapur kediaman keluarganya di Kampung Seri Ladang, Rengit di sini, kelmarin, dianggap selesai.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian Iskandar.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kami sudah merekodkan keterangan daripada keluarga mangsa. Ia kini dianggap selesai,” katanya, semalam.
Dalam kejadian kelmarin, Iskandar dikatakan hilang daripada buaian di kediamannya sebelum ditemui di dalam periuk oleh polis yang melakukan siasatan di sana.

Sebelum itu, bapa mangsa, Mohd Noor Salleh, 58, mendakwa pada hari kejadian iaitu jam 8 pagi, dia ke Klinik Kesihatan Seri Merlong dan kembali semula sejam kemudian dan mendapati isterinya, Zarinah Dahalan, 42, berada di muka pintu dan memaklumkan Iskandar hilang daripada buaian.

Menurut Noor, mereka bersama jiran berusaha mengesan Iskandar namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Rengit.

Iskandar bagaimanapun ditemui di dalam periuk dan disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar di Hospital Batu Pahat akibat kegagalan fungsi otak.

‘Biar aku mati’

Laporan dan foto ROSLI ILHAM
am@hmetro.com.my

ANGKAT... anggota polis membawa mayat mangsa yang ditemui terdampar di Pantai Teluk Lipat ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
ANGKAT... anggota polis membawa mayat mangsa yang ditemui terdampar di Pantai Teluk Lipat ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
DUNGUN: “Kalau begini, biar aku mati.” Itu kata-kata terakhir Mohd Arafi Che Hayusof, 22, sebelum ditemui lemas ketika mandi di kawasan air terjun berhampiran Tasik Bukit Besi, di sini, kelmarin.
Mangsa yang bekerja sebagai tukang sapu dengan kontraktor pembersihan Majlis Perbandaran Dungun didakwa mengucapkan kata-kata itu selepas rakannya melarang dia mandi kerana tidak pandai berenang.

Dia tidak timbul selepas terjun ke dalam kawasan air terjun, jam 4 petang.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik bersama 20 pekerja syarikat terbabit bercuti di kawasan peranginan itu sebelum memaklumkan rakannya untuk mandi di situ.

Bagaimanapun, beberapa rakan mangsa melarangnya mandi berikutan dia tidak tahu berenang. Namun, mangsa tidak mengendahkan apabila menukar pakaian mandi lalu terjun.

Apabila mangsa tidak timbul, seorang rakannya terjun untuk mencari tetapi gagal sebelum memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Bukit Besi.

Sebaik menerima laporan itu, sepasukan anggota polis dan bomba dan penyelamat Al-Muktaffi Billah Shah bergegas ke lokasi kejadian sebelum melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Jenazah mangsa berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar tasik terbabit, jam 6 petang dan dibawa ke Hospital Dungun (HD) untuk bedah siasat.
Sementara itu, kakak mangsa, Norhayati ,28, berkata arwah adiknya yang gemar berjalan-jalan tidak pernah membantah atau melawan kata-katanya, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

“Sehari sebelum kejadian itu, saya memarahinya kerana lewat pulang ke rumah berikutan dia perlu bekerja pada keesokan harinya. Namun, teguran saya membuatkan arwah marah dan meminta saya tidak mencampuri urusannya.

“Ketika itu, saya terkejut apabila mendengar kata-kata arwah dan sama sekali tidak menyangka itu kata-katanya yang terakhir sebelum dia meninggal dunia.

“Malah, pada pagi kejadian, arwah turut bersikap pelik apabila menyimpan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg sebelum menyertai perkelahan itu, sedangkan sebelum itu arwah memaklumkan tidak sihat dan mahu tidur,” katanya yang menggalas cabaran sebagai ketua keluarga selepas kematian bapa mereka akibat kemalangan tahun lalu.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemancing tidak menyangka objek pelik yang disangka tunggul kayu adalah mayat seorang lelaki yang terdampar di Pantai Teluk Lipat di sini, semalam.

Mayat lelaki dipercayai berbangsa Melayu itu ditemui pemancing terbabit dalam keadaan berbogel sebelum menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang dihubungi di sini semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kedua-dua kejadian.

Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Bilik Forensik HD untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Bapa ayam guna laman web cari pelanggan



KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran di negara ini seolah-olah peka dengan perkembangan di luar negara apabila turut menggunakan kemudahan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel dan laman web bagi menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan, selain menyukarkan pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka.
Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, pihaknya menyedari kegiatan sindiket pelacuran yang menggunakan laman web sebagai perantara untuk mencari pelanggan.

“Di luar negara, sindiket pelacuran menggunakan Internet untuk mempromosi kegiatan berkenaan sudah lama berlaku. Di Malaysia, ia makin bertambah mungkin kerana permintaannya memberangsangkan dan kurangnya laporan polis dilakukan pengguna Internet.
“Bagaimanapun, kami ada cara tersendiri untuk mengesan sindiket terbabit. Polis juga menjalankan kerjasama dengan agensi lain, terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras jenayah seperti ini,” katanya.

Menurut Victor, orang ramai yang tahu kewujudan pelbagai laman web seperti itu harus membuat laporan polis dalam usaha menangani masalah terbabit.

“Mengikut Seksyen 233 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) iaitu kanun salah guna rangkaian, mana-mana kandungan yang membuatkan individu atau syarikat berasa tersinggung, malu, aib atau fitnah menerusi kandungan daripada sesuatu laman web boleh membuat laporan polis.

“Saya sarankan orang ramai yang tahu kewujudan laman web seperti ini segera memberitahu polis atau SKMM bagi membantu menangani masalah ini.

“Selain polis, SKMM bertanggungjawab menyekat sesuatu laman web daripada diakses dan jika mendatangkan aktiviti tidak sihat, polis akan meminta ia disekat serta-merta dan mengesan di mana mereka beroperasi bagi membolehkan serbuan dijalankan,” katanya.

Tawaran istimewa ‘awek cun’



KUALA LUMPUR: “Kalau you (kamu) mahu awek cun... saya offer (tawar) you ambil model, tapi you kena bayar lebih.”
Itulah tawaran diterima wartawan Metro Ahad ketika berhubung dengan individu yang mengendalikan laman web memaparkan gadis seksi dan berahi sebagai ‘teman pengiring’.

Siasatan dibuat selepas mendapat maklumat daripada pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai Razmi, 30, yang tidak tahan menerima puluhan e-mel dihantar secara rawak menawarkan gadis pelbagai kategori untuk teman asmara atau sekadar bersosial.

Individu berkenaan menawarkan teman pengiring yang didakwa sebagai model dengan bayaran RM450 untuk sejam, RM650 untuk tiga jam berikutnya dan RM1,200 selama enam jam seterusnya.


“Kalau you mahu (ditemani) setengah hari... you bayar RM2,000. Kami bagi special offer (tawaran istimewa).

Penyamun tak sempat berjoli



GERIK: Empat penyamun dariLombok bukan saja tidak sempat berjoli hasil rompakan, malah ditangkap polis enam jam selepas menyamun pasangan suami isteri warga emas di sini, awal pagi kelmarin.
Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditangkap sepasukan polis sejurus turun dari bas di Stesen Bas Lenggong, jam 8.30 pagi kelmarin bersama barang kemas yang dicuri selain wang tunai 60,000 rupiah (RM20) dan telefon bimbit. Dalam kejadian jam 3 pagi di Kampung Pecah Batu, Bongor itu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 69 dan 83 tahun berdepan saat mencemaskan apabila diacu parang di leher oleh tiga perompak yang memecah masuk kediaman mereka sebelum melarikan wang tunai RM300 dan barangan kemas bernilai lebih RM20,000.

Difahamkan, sejurus rompakan, tiga daripada perompak itu bersembunyi di rumah rakan mereka di sebuah ladang kelapa sawit, 500 meter dari rumah mangsa.
Sejurus mengagihkan hasil rompakan, tiga suspek berkenaan bersama seorang rakan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal ke Lawin, di sini, sebelum menaiki bas awam ke Lenggong.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum berkata, pihaknya menghantar satu pasukan untuk menjejaki suspek sebaik menerima laporan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menjejaki semua suspek sebelum menahan mereka sebaik turun dari sebuah bas di stesen bas berkenaan.

Konon cari sampah

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwanmetro.com.my

MELAKA: “Saya tersentak bila lelaki itu merentap beg tangan dipegang di tangan kiri dan tidak melepasnya lalu berlaku tarik-menarik. Saya menjerit sekuat hati minta tolong sebelum lelaki itu menghayun penumbuk tepat ke muka saya,” kata mangsa samun, Siti Sarah Abu Bakar, 29, yang juga petugas di Kaunter Khidmat Pelanggan sebuah bank di Jalan Bendahara, di sini, yang menjadi mangsa samun, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, suspek dipercayai berpura-pura mencari sampah sebelum menyamun beg tangan mangsa selepas mendapati tiada orang di tempat kejadian.

Menurut Siti Sarah, ketika kejadian dia menuju ke arah tempat letak kereta di Jalan Bendahara bersebelahan sebuah medan selera di situ.
Katanya, keadaan di situ lengang dan dia tidak perasan dari mana penjenayah itu datang.

“Saya tak nampak sesiapa yang mencurigakan ketika keluar dari pejabat, tapi memang saya dengar bunyi motosikal ditunggang seorang lelaki menuju ke arah tong sampah.

“Saya tak syak apa-apa kerana menyangka dia hendak mengutip sampah dan berjalan seperti biasa sambil memegang beg tangan yang tidak bertali.

“Tiba-tiba lelaki itu muncul di belakang ketika saya membuka pintu kereta dan terus merampas beg tangan. Saya memegang kuat beg dengan kedua-dua tangan dan dapat melihat wajah lelaki itu yang memakai topi keledar dalam keadaan bengis dan menjegilkan mata kepada saya.

“Biarpun menjerit sekuat hati, tiada orang datang menolong sebelum lelaki itu menumbuk muka, menyebabkan saya sakit dan melepaskan beg tangan itu selepas tarik-menarik dua hingga tiga minit,” katanya ketika ditemui di Taman Semabok Perdana, di sini.
Menurut Siti Sarah yang membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah di Jalan Banda Kaba, jam 5.45 petang, dia cuba mengejar lelaki itu yang melarikan diri menaiki motosikal ke arah Jalan Bendahara.

“Saya sempat mengecam nombor pendaftaran motosikal itu dan saya anggarkan lelaki itu berusia lingkungan 30-an dan berbadan tegap.

“Beg tangan saya mengandungi lesen memandu, kad pengenalan, kad mesin juruwang (ATM) dan wang tunai RM50,” katanya yang trauma dengan kejadian itu.

Siti Sarah berkata, dia difahamkan sebelum ini kejadian ragut sering berlaku di kawasan itu, termasuk membabitkan pelanggan bank, dan polis juga kerap membuat rondaan cegah jenayah.

Dalam perkembangan sama, mangsa berkata, dia kesal dengan sikap anggota polis yang menerima laporan kerana mempersendakan kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Saya kesal kerana anggota polis di kaunter itu meminta saya tidak memperbesarkan kes hanya disebabkan kerugian RM50 dan berkata tidak perlu memasukkan fakta saya ditumbuk penjenayah itu.

“Anggota terbabit mengatakan jika saya memasukkan fakta itu, mereka perlu membuat siasat panjang, tapi saya berkeras supaya ia ditulis dalam laporan saya,” katanya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi bagi mengulas insiden itu, turut kesal dengan sikap anggota terbabit dan berjanji akan menyiasat perkara itu.

‘Nenek’ masih melacur



SEREMBAN: Seramai 25 wanita tempatan dan warga asing disyaki pelacur yang dipercayai asyik melayan pelanggan di tiga hotel bajet berasingan di sekitar bandar ini, tergamam apabila digempur pihak berkuasa, petang kelmarin.
Lebih memalukan apabila ada daripada mereka dikatakan turut membabitkan warga emas yang mencecah penghujung usia dan layak digelar nenek.

Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, bermula jam 3.20 petang.
Ketika serbuan, seramai 14 pelanggan termasuk warga emas dan warga asing turut berada di dalam ketiga-tiga premis berkenaan dan ditahan untuk tindakan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, operasi lebih sejam itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti pelacuran di semua premis terbabit.

“Dalam serbuan di dua hotel berasingan, kita menahan 16 wanita masing-masing lapan warga tempatan dan Indonesia yang disyaki pelacur.

“Bagi serbuan terakhir di sebuah hotel berdekatan, sembilan wanita warga tempatan turut dicekup termasuk menemui beberapa kondom dan gulungan tisu yang sudah digunakan,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, selain semua wanita berusia 19 hingga 63 tahun itu, pihaknya menahan tiga individu berusia 39 hingga 43 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan bagi membantu siasatan.

Kaji fatwa



KANGAR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji semula fatwa melarang anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan dinasab (dibin) kepada bapanya.
Beliau berkata, fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan itu yang menjadi sandaran kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam pengeluaran sijil lahir, menimbulkan pelbagai masalah.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam selepas menerima kunjungan seorang ejen hartanah yang mendakwa JPN enggan menasab anak sulungnya kepadanya dengan alasan kelahiran itu kurang enam bulan dari tarikh perkahwinan, Dr Juanda berkata, kes seumpama itu sering dimaklumkan kepadanya.
“Ini merugikan masa depan anak-anak itu sendiri dan mereka akan menghadapi tekanan apabila dewasa kelak,” katanya.

Juanda berkata, Jawatankuasa Fatwa Perlis mengeluarkan fatwa pada 2009 bahawa anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan boleh dinasab kepada bapanya.

Sementara itu, ejen hartanah berusia 27 tahun itu berkata, JPN Perlis menolak surat Jabatan Mufti Perlis semasa urusan pendaftaran anak lelakinya yang berusia 42 hari.

Pengarah JPN Perlis, Bakhtiar Effendy Khalid berkata, pihaknya hanya mematuhi peraturan yang diguna pakai di seluruh negara berasaskan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. — Bernama


Kenapa Iman-Iman Besar Menolak Jawatan Mufti.

Sejarah menceritakan bagaimana Iman-Iman Besar yang terdahulu telah menolak jawatan sebagai Kadi Besar oleh Khalifah Islam. Adakah kerana gaji tidak cukup atau pun tidak dapat banglo mewah ataupun kerana tidak mendapat gelaran Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Panglima, Tan Sri ,Tun, Sir ataupun Lord. Maka mereka menolaknya. Sedangkan kehidupan mereka pun ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan mereka dipelawa pula menjadi Kadi Besar yang dikatakan satu jawatan besar lagi penting. Kenapa mereka menolaknya, sedangkan ia dapat membantu taraf kehidupan mereka. Iman-Iman Besar juga sanggup dipenjarakan kerana menolak jawatan yang diberikan kepada mereka oleh Khalifah. mereka sanggup dipenjara daripada memegang jawatan tersebut. Sedangkan sebagai Iman Besar mazhab masing-masing seperti Iman Hanifa, Iman Malik, Iman Hambali, Iman Syafei dan beberapa lagi nama Iman-Iman Besar yang lain. Mereka boleh memertabatkan Islam sekiranya mereka mengambil jawatan tersebut, tetapi mereka tetap menolaknya.
 
Walaupun dikatakan menderhaka kepada Khalifah, mereka tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka. Andainya kita ditawarkan seperti mana yang ditawarkan kepada Iman-Iman Besar tersebut, pasti kita tidak menolaknya. Contohnya........ sekarang aku bagi kamu pilihan, kamu nak terima atau tidak jawatan yang aku berikan. Kalau kamu terima aku bagi kat kamu gaji besar, elaun rumah, elaun makan minum, elaun pakaian, elaun keramaian,, elaun berak dan kencing pun aku bagi, lesen pistol, kereta besar, banglo besar, tiap-tiap tahun kamu boleh pergi melancong keluar negeri bersama dengan keluarga kamu. Tapi kalau kamu tolak, aku ISA kan kamu. Mana kamu nak..... kalau aku orang nak bagi macam itu, ibarat orang mengantuk disurungkan bantal. Siapa tak nak. Tetapi kenapa Iman-Iman Besar itu menolak jawatan yang sebegitu penting sekali. Kerana mereka takutkan Allah s.w.t. dalam memegang amanah yang diberikan. 
 
Kerana mereka tahu apabila mereka menerima jawatan tersebut maka mereka akan menjadi pencacai pemerintah. Kerana mereka takut mereka akan menjadi seperti mufti Perak sekarang ini(dengan izin). Kerana mereka takut mereka akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka tahu yang mereka akan mengkhianati Islam itu sendiri kerana untuk memuaskan hati pemimpin atau pemerintah. Mereka tahu yang mereka akan diikatkan tangan dan ditutupkan mulut daripada menyatakan kebenaran. Apakah tok mufti tidak dapat membaca apa yang tersirat dan tersurat apabila beliau dapat menambahkan koleksi pangkat beliau daripada Datuk kepada Tan Sri. Inilah yang dikatakan sebagai ulama yang menjual agamanya dengan harga yang murah. Diharap tok mufti kita tidak termasuk didalam golongan tersebut...

Blog Musafirlalu

No comments:

Post a Comment