Macam dirasuk
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
asmaini@nstp.com.my
PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa.
RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam.
“Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta tolong,” kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit Kerinchi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga jiran mangsa.
“Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat.
“Sejurus kemudian, seorang wanita dalam keadaan tidak terurus meluru masuk dan menjerit meminta tolong.
“Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.
Konflik tiada noktah
Kejadian tembak-menembak sama ada membabitkan pihak tertentu yang didakwa pemisah Islam atau pengedar dadah dengan polis atau tentera dan pengeboman kereta masih berlaku sama ada di kawasan bandar atau kampung.
Ia seolah-olah tiada noktah sekalipun sengketa berkenaan sudah meragut banyak nyawa sama ada di kalangan penduduk awam, tentera mahupun polis.
Pergolakan yang berlaku itu bukan baru, malah ia sudah bermula sejak 1781 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Fathoni Darul Salam atau Pattani dikuasai kerajaan Siam.
Penulis bersama jurugambar berpeluang membuat tinjauan di wilayah bergolak itu selama hampir 10 hari baru-baru ini dan sepanjang berada di sana, sekurang-kurangnya lima kejadian tembakan membabitkan golongan pemisah Islam bersenjata ditembak tentera atau tembakan curi dilaporkan berlaku di Pattani dan Yala, wilayah yang bersempadan dengan Kelantan.
Dalam kejadian terbaru pada 31 Mac lalu, 14 orang terbunuh termasuk dua rakyat Malaysia dan lebih 500 lagi tercedera dalam kejadian letupan di Hat Yai (dalam wilayah Songkhla), Yala dan Narathiwat yang dilaporkan berlaku hampir serentak.
Setakat ini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku itu menyebabkan pihak berkuasa buntu dalam mengesan pihak yang bertanggungjawab. Ada yang menuduh ia angkara pemisah Islam, tetapi tidak kurang juga mengatakan ia perbuatan kumpulan pengedar dadah yang sanggup mengupah penagih untuk mencetuskan huru-hara.
Bagaimanapun, kebenaran dakwaan itu masih samar kerana ia hanya sekadar cakap-cakap atau khabar angin sahaja.
Sekatan jalan raya dan pemeriksaan tentera serta polis yang lengkap bersenjata raifal ketika melalui jalan utama atau kawasan hitam adalah rutin harian yang dilalui penduduk sepanjang masa walaupun kadangkala ia agak merimaskan.
Tentera bermotosikal turut meronda kawasan kampung dari semasa ke semasa bagi menjaga keselamatan penduduk.
Pemberontakan ini mungkin tercetus kerana penduduk Islam berasakan wilayah mereka dijajah pemerintah bukan Islam, identiti mereka ditukar daripada Melayu ke Siam, agama mereka tidak dihormati, bangsa mereka dianaktirikan manakala hasil bumi dinikmati orang lain.
Bagi penduduk, kejadian yang berlaku sejak sembilan tahun lalu masih ‘berdarah’ sekalipun kerajaan Thailand sudah menggunakan pelbagai pendekatan bagi menawan hati penduduk agar kehadiran mereka di wilayah itu.
“Kami tetap tidak akan melupakan peristiwa sedih di Masjid Krisek. Sehingga kini, setiap kali melihat masjid itu pasti terbayang mayat bergelimpangan. Mereka tidak bersenjata kenapa tentera terburu-buru menembak mereka sedangkan ia boleh diselesaikan dengan berunding.
“Penduduk menganggap mereka mati syahid kerana mempertahankan Islam,’’ kata seorang penduduk yang tinggal berhampiran Masjid Krisek ketika ditemui.
Ramai penduduk beranggapan pertumpahan darah dan keganasan yang berlaku adalah tindak balas daripada peristiwa Masjid Krisek itu kerana apa pun terjadi, penduduk Islam tidak boleh menerima hakikat saudara seagama mereka mati ditembak di dalam rumah Allah.
Mereka turut menyamakan wilayah selatan Thailand yang bergolak sebagai ‘Palestin Timur’ kerana menurut mereka, situasi di penempatan mereka sama seperti dihadapi penduduk di Palestin yang ditindas rejim zionis.
Dan sehingga hari ini, kerajaan Thailand masih buntu untuk menamatkan keganasan di wilayah itu manakala penduduk Islam seolah-olah tidak peduli dengan apa juga usaha kerajaan Thailand kerana perasaan marah dan kecewa masih terpahat kukuh.
Malah, mereka menganggap semua tindakan kerajaan Thailand bagi menangani isu di selatan negara itu hanyalah satu sandiwara.
Bagi seorang pekerja salun beragama Islam di Narathiwat, Nordi Ayu, 35, dia masih berasa bimbang untuk pulang ke kampung halamannya di Bacho, Pattani, jika tidak memakai tudung dan menutup aurat kerana apa saja boleh berlaku.
“Saya masih bimbang dengan keselamatan diri kerana masih banyak berlaku kes tembak dan pengeboman. Walaupun takut, tetapi kehidupan harian perlu diteruskan. Kerajaan Thailand kini lebih peka dengan masyarakat Islam dan mula membantu serta mendekati mereka berbanding sebelum ini.
“Banyak bantuan diberikan bagi menunjukkan kerajaan tidak menganaktirikan masyarakat Islam.
“Jika dulu di sekolah, pelajar tidak dibenarkan langsung bercakap Melayu dan jika ditangkap boleh didenda tetapi kini pelajaran bahasa Melayu boleh diajar di sekolah kerajaan,” katanya pada pertemuan di Narathiwat, baru-baru ini.
Abang terbedil dahi adik
Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my
abdulrahman@hmetro.com.my
DITAHAN ...anggota polis mengiringi dua lelaki yang dipercayai pemilik senapang buatan sendiri untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Nurul Afifah Maderon, dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan abangnya, Mohd Nur Aznul, ketika mereka bermain senjata milik seorang jiran yang ditinggalkan di tepi tangki air kuarters berkenaan.
Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu.
Menurut ibu mangsa, Janiah Assan, 31, ketika kejadian dia baru selesai membasuh pakaian manakala kedua-dua anaknya itu sedang bermain di luar rumah.
Ugut pesta ratah isteri
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Itu penderitaan dilalui seorang wanita berusia 22 tahun yang diperlakukan tidak ubah seperti binatang oleh suaminya berusia awal 20-an yang naik angin apabila mengesyaki isterinya berlaku curang.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam di rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin, suami mangsa turut mengugut untuk memanggil rakannya bagi merogol mangsa.
Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila berjaya melarikan diri ketika suaminya itu keluar rumah untuk memanggil rakannya sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.
Menurut sumber, suami mangsa yang pulang ke rumah dalam keadaan marah memaki hamun isterinya itu sebelum menuduhnya curang.
Pencuri kereta nahas koma
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
REMUK...kereta dilarikan suspek yang terbabit kemalangan.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, SUV dipandu lelaki berusia 30-an terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik menyebabkannya tersepit serta parah di kepala.
Difahamkan, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghantar lelaki terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut sumber, pada masa sama, syarikat kereta yang menerima maklumat dari bank untuk menarik kenderaan berkenaan menghantar dua wakil mereka menjejaki pemilik berdasarkan alamat nombor pendaftaran kenderaan itu.
“Dua wakil syarikat itu yang pergi ke rumah pemilik kereta berkenaan berdasarkan alamat diberikan terperanjat apabila dimaklumkan ahli keluarga kereta itu baru saja dicuri.
“Namun, keluarga pemilik kereta itu belum membuat laporan polis kerana pemiliknya berada di Ipoh atas urusan kerja dan dijangka pulang hari ini (semalam),” katanya.
Sementara itu, seorang wakil syarikat kereta yang dikenali sebagai Kam, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kejadian itu dan memberitahu kes berkenaan sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
“Kami hanya menjalankan tugas sebaik menerima aduan mengenai sebuah kenderaan yang terbabit kemalangan dan perlu ditunda.
Kam berkata, sebaik menemui keluarga pemilik kenderaan itu, dia terkejut kerana kenderaan itu dilaporkan hilang dan dibawa lari awal pagi iaitu beberapa jam sebelum kemalangan.
Wanita berjaya lolos diri daripada penculik
Dalam satu kenyataan di laman sosial, facebook yang dikeluarkan wanita berusia 20-an itu semalam, dia menyatakan rasa bersyukur kerana berjaya melepaskan diri walaupun berdepan dua lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 5.30 petang itu.
Menceritakan semula kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Chin berkata, dia yang baru selesai membeli-belah seorang diri meletakkan barangan dibelinya dalam kereta milik teman lelakinya apabila didatangi seorang lelaki meletakkan pisau di leher dan menutup mulutnya.
“Saya menunggu masa sesuai untuk membuka pintu sebelum melompat keluar. Lelaki yang duduk di sebelah saya berjaya menarik saya masuk ke dalam semula.
“Bagaimanapun, pintu kereta yang terbuka memberikan saya peluang untuk terus keluar sambil bergelut dengan lelaki terbabit.
“Ketika itu, saya terdengar jeritan pemandu supaya rakannya itu melepaskan saya dan membiarkan saya melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment