Khidmat model 3 dalam 1
Oleh FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
BOLEH BUAT APA SAJA... wanita yang disyaki model yang menawarkan khidmat gadis pengiring.
Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.
Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.
Khidmat ‘tiga dalam satu’ ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi, 30.
Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan.
Magrina raih gelaran Miss WHF 2012
KUCHING – Gadis berketurunan Kayan dan Iban, Magrina Awing George, 19, dimahkotakan sebagai pemenang gelaran utama Miss World Harvest Festival (WHF) 2012 dengan mengalahkan 13 peserta lain di sini semalam.
Peserta yang berasal dari Miri itu membawa pulang wang tunai RM3,000, mahkota, selempang, trofi, penajaan penginapan di Hotel Grand Margherita serta hamper Nestle.
Magrina turut mendapat tajaan biasiswa dalam bidang Diploma Pengurusan Pelancongan (Tourism) di Kolej SEGi Sarawak.
Hadiah disampaikan oleh Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang yang merupakan isteri Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg.
Miss WHF 2012 ialah acara tumpuan pada WHF 2012 yang dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak di sini.
Selain Magrina peserta yang layak ke final semalam ialah Rebekah Livan Balan, 23; Corry Anak Philip, 21; Gracia Vicky Chua, 18; Helina Sarani Anak Saba, 24; Kara Karissa Simon, 23; Rachel Frankie, 22; Angelica De Rozario, 24, dan Diana Anak Kedeny, 21,
Peserta lain ialah Alfira Asmila Asmi, 20; Stephanie Yiap Ai Nee, 20; Prescilla Anak Mark, 22; Farahana Zita Anak Joes, 21; Dayang Haizum Abang Kerni, 24, dan Annie Anak Salang, 19.
Majlis diacarakan oleh Iwan Dasri dan Salleh Mohidin. Ratu Cantik Malaysia Dunia 2010/2011, Nadia Heng Min Dern menjadi salah seorang juri pertandingan ini.
‘Saya bukan cucu sultan’
BUBU...hanya mengaku kerabat diraja
Demikian penjelasan Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid, 24, yang namanya tiba-tiba menjadi topik hangat di kalangan media Indonesia berikutan hubungan cintanya dengan penyanyi terkenal negara itu, Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.
Dalam pertemuan dengan Metro Ahad di sini, malam kelmarin, Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu oleh kekasihnya mendakwa, media negara terbabit memutar belitkan kenyataannya ketika dia bersama Syahrini mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Jakarta pada 13 Mei lalu.
Metro Ahad minggu lalu menyiarkan kenyataan bapa Syazni, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin yang merestui hubungan anak keempat daripada lima beradik itu dengan Syahrini, selain turut mengesahkan mereka berketurunan kerabat diraja.
Syazni turut ditemani ibunya, Shamim Khanam, 50, dan serta dua kakaknya iaitu Raja Nor Shakerah, 27, dan Raja Nor Zafirah, 26.
Tabur janji palsu
Oleh KASDI ALI, WAN ASRUDI WAN HASAN, MOHD FIRDAUS SAHAT dan MOHD AZAM SHAH YAACOB
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
JELAS... Ahmad (kiri) mendedahkan kepada wartawan Metro Ahad bagaimana dia antara lebih 10 individu ditipu artis lelaki.
Berpengalaman lebih lima tahun dalam pengurusan acara, Ahmad berkata, dia antara 10 mangsa pelakon lelaki berkenaan yang membintangi sebuah siri drama komedi popular di stesen televisyen tempatan.
Menurutnya, sejak bekerja dengan artis itu Disember tahun lalu, dia kerap ditipu dengan pelbagai janji palsu, namun sikap profesional terhadap kerja membuatkan dia masih bersabar walaupun gaji dijanjikan belum dibayar sehingga kini.
“Kalau diikutkan, saya bekerja dengan syarikat milik artis itu untuk menjayakan satu festival di Taiping, awal Mac lalu. Namun, beberapa hari sebelum program bermula, saya diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah.
“Sepatutnya artis itu atau wakil syarikat berbincang dengan saya terlebih dulu dan menyelesaikan beberapa perkara dijanjikan seperti keuntungan yang hendak diagihkan, termasuk gaji melebihi RM10,000,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Menurutnya, program itu ternyata indah khabar daripada rupa apabila artis berkenaan yang bertindak sebagai pengarah teknikal gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.
“Dia yang dibantu seorang lagi artis komedi popular tanah air turut mendakwa program berkenaan mendapat tajaan ratusan ribu ringgit selain sokongan dan kerjasama sebuah kementerian dengan majlis pelancaran disempurnakan wakil kerajaan negeri.
“Selain tidak membayar gaji pekerja, beberapa program dijanjikan seperti konsert membabitkan artis terkemuka tanah air juga tidak ditunaikan,” katanya.
Lebih memburukkan keadaan, seorang rakannya yang membekalkan makanan secara katering untuk program itu turut menjadi mangsa apabila terpaksa melunaskan sendiri kos keseluruhan bernilai RM56,000.
Menurut Ahmad, dia membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak dan agensi itu akan membuat susulan dengan artis berkenaan dalam masa terdekat.
Katanya, sebelum ini Pejabat Tenaga Kerja Perak memanggil artis terbabit untuk memberi keterangan, namun difahamkan dia gagal hadir.
“Saya harap kes ini mendapat pertimbangan sewajarnya kerana saya tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain. Ada antara mereka baru merasai suasana bekerja dan sudah tentu mereka mahu merasa wang gaji daripada hasil titik peluh sendiri.
“Saya juga terkilan dengan sikap artis itu yang langsung tidak menjawab apabila dihubungi menerusi telefon bimbit. Kemudian seorang daripada kami bertemunya tapi dia buat tidak tahu, seolah-olah tiada apa berlaku,” katanya.
Dia berharap mangsa lain tampil mengemukakan bukti membabitkan penyelewengan artis itu. Selain mengemukakan masalah kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak, dia mempertimbangkan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika perkara itu tidak diselesaikan.
“Saya tidak kisah sangat soal wang... cuma bimbang jika perkara ini tidak dipandang serius, ia akan berlaku kepada orang lain pula pada masa akan datang.
“Sepatutnya sebagai majikan serta menjaga reputasi sebagai artis, dia harus mencari jalan penyelesaian sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Maulad, 20, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka pengalaman pertama menempuhi alam pekerjaan menjadi igauan buatnya apabila tidak dibayar gaji.
“Ini kali pertama saya bekerja... apabila ditanya soal gaji, semua senyap, seolah-olah tiada apa berlaku. Saya masih memegang kunci pejabat, namun selepas membuat tinjauan di situ, semua barang dan dokumen penting milik syarikat dipindahkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment