Pemandu bas jemaah tabligh maut ada 5 saman
27 Mei 2012
BALIK PULAU - Pemandu bas yang terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter
malam kelmarin mempunyai lima saman berhubung kesalahan memandu
melebihi had laju.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain berkata,
siasatan awal mendapati pemandu itu sudah membayar empat saman namun
masih belum membayar baki satu samannya.
“Kelima-lima saman itu kerana kesalahan memandu melebihi had laju.
“Kelima-lima saman itu kerana kesalahan memandu melebihi had laju.
Polis juga mendapati cukai jalan bas yang disewa itu sudah tamat sejak tiga bulan lalu iaitu pada bulan Mac.
Kita sedang mencari pemilik bas berkenaan yang dipercayai berasal dari Kulim, Kedah untuk siasatan lanjut.
“Punca kejadian masih disiasat dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan
Berkomputer (Puspakom) Sdn Bhd sedang menjalankan siasatan di tempat
kejadian.
Tetapi daripada keterangan saksi, bas berkenaan mengalami masalah brek
sebelum terjunam ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian
semalam.
Dalam kejadian awal malam kelmarin, sebuah bas yang membawa 44 jemaah
tabligh terjunam ke dalam gaung ketika menuju ke Masjid Daerah Barat
Daya dekat sini.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu mengorbankan seorang
penumpangnya, Abdul Jathba Mamud, 47, sementara sekurang-kurangnya 12
lagi cedera parah.
Mangsa parah dirawat di HPP
Sinar Harian difahamkan, sehingga semalam, seramai 12 mangsa parah dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Kesemua mangsa pada mulanya dibawa ke Hospital Balik Pulau namun mangsa yang kritikal dibawa ke HPP untuk rawatan lanjut.
Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman berkata, sehingga kini, seramai tiga
mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala lapan dirawat
di wad biasa.
“Tiga mangsa yang masih dirawat di ICU adalah pemandu bas, A Ambalagan,
45, dan dua penumpang iaitu Soe Myint, 22, dan Abdul Jalil Mohamed, 19,
manakala Md Hussing, 36, sudah dibenarkan keluar dan dirawat di wad
biasa,” katanya kepada media semalam.
Saksi nampak bas terhoyong-hayang
Saksi kejadian, Abdul Rahman Abdullah, 25, berkata, dia bersama
keluarganya sedang di dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau untuk
melawat saudaranya yang sakit.
Menurutnya, ketika itu, ada beberapa kereta sedang menuruni bukit di jalan itu termasuk bas terbabit.
“Saya berada kira-kira 10 meter di belakang bas itu. Pada mulanya saya
perasan bas itu terhoyong hayang namun tidak menghiraukannya berikutan
memikirkan tiada apa yang berlaku.
Namun sebaik menuruni bukit,saya dapati bas itu semakin laju dan dalam tidak terkawal.
“Dalam beberapa saat sahaja, bas itu mula merempuh dua batang lampu
jalan serta pengadang bahu jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Saya segera memberhentikan kereta dan terus berlari ke arah bas itu
untuk cuba menyelamatkan mangsa yang sedang mengerang kesakitan.
Saya hanya mampu membawa seorang mangsa yang parah ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian malam kelmarin.
Seramai 34 anggota bomba selamatkan mangsa
Seramai 34 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat dari empat balai dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu.
Pengarah Bomba negeri, Azmi Tamat berkata, empat jentera dari empat
balai dikejarkan ke tempat kejadian iaitu dari balai Jalan Perak, balai
Paya Terubong, balai Balik Pulau dan
balai Sri Pulau.
balai Sri Pulau.
“Panggilan kecemasan pertama diterima pada jam 8.05 malam. Selain
anggota dan pegawai bomba, kita juga dibantu oleh 18 anggota Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan 38 anggota bomba sukarela.
“Kerja menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira jam 1 pagi dan mangsa semuanya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Tinjauan sehari selepas kejadian
Tinjauan Sinar Harian mendapati bangkai bas masih berada di tempat
kejadian dan beberapa pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Puspakom
sedang melakukan siasatan.
Orang ramai yang melalui jalan berkenaan turut memberhentikan kenderaan
mereka untuk melihat tempat kejadian dan keadaan bas berkenaan.
Mereka turut dilihat mengambil gambar bangkai bas
Surat mufti ‘tak laku’
27 Mei 2012
KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya terkejut apabila mendapati surat
sokongan beliau dalam kes permohonan menasabkan anak oleh seorang bapa,
Mohd Noor Akhmal Mat Isa, 27, dianggap ‘tidak laku’ oleh Jabatan
Pendaftaran Negeri (JPN) Perlis.
Dr Juanda berkata, jabatan kerajaan itu sepatutnya menerima surat
sokongan daripada jabatan kerajaan lain terlebih dahulu sebelum
mempertimbangkan sama ada untuk menerima atau menolak permohonan yang
disertai surat sokongan itu.
Menurutnya, Perlis memperakui anak yang lahir kurang enam bulan
daripada perkahwinan yang boleh dinasabkan oleh bapanya berdasarkan
fatwa negeri Perlis yang dikeluarkan pada tahun 2008.
“Sekiranya anak itu tidak dinafikan nasab oleh bapanya kita terima
pengakuan tersebut iaitu anak berkenaan boleh dibinkan kepada bapanya.
“Sebelum ini, saya mengeluarkan banyak surat sokongan seperti itu
kepada ramai pemohon di seluruh negara sebelum ini yang mana diterima
untuk diproses di JPN lain kecuali di Perlis,” katanya sewaktu ditemui
media di pejabatnya di sini lewat petang kelmarin.
Justeru, Dr Juanda memohon JPN Perlis mempertimbangkan kembali kes
permohonan menasabkan anak yang dikemukakan Mohd Noor Akhmal bagi
mengelakkan masa depan kanak-kanak itu terjejas.
Sementara itu, Pengarah JPN Perlis, Bakhtiar Effendy Khalid ketika
ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dan meminta Mohd
Noor Akhmar berhubung dengan Ibu Pejabat JPN di Putrajaya untuk
penjelasan lanjut
Pemandu bas parah tersepit
27 Mei 2012
BAYAN LEPAS - Lapan penumpang terselamat manakala pemandu bas kilang
cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran persimpangan
lampu isyarat di Lebuhraya Lim Chong Eu, Pantai Seagate, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, mangsa yang berusia
lingkungan 60-an tersepit selepas bas yang dipandunya melanggar belakang
sebuah lori yang ketika itu berhenti berhampiran lampu isyarat.
Difahamkan, pemandu bas tidak sempat menekan brek sebelum kenderaan awam yang membawa lapan pekerja kilang itu merempuh belakang lori menyebabkannya tersepit di tempat duduk pemandu.
Pemandu lori itu terkejut dengan kejadian berkenaan yang turut menyebabkannya terlanggar sebuah van dan sebuah kereta di hadapannya.
Ini adalah kejadian kedua dalam dua hari melibatkan bas.
Kelmarin, sebuah bas terjunam ke dalam gaung berdekatan Balik Pulau menyebabkan seorang maut dengan sekurang-kurangnya 12 lagi cedera.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru tiba di lokasi kejadian dan mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.
Mangsa dilaporkan parah manakala semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Hatta Mat Zain mengesahkan kejadian berkenaan.
‘Tak hormat orang bersolat’
26 Mei 2012
BATU UBAN - Jemaah Masjid Batu Uban gempar apabila dibaling dengan tiga
plastik berisi air selepas selesai menunaikan solat Jumaat semalam.
Kejadian berlaku ketika puluhan jemaah melangkah keluar dari pintu masjid kira-kira jam 2 petang.
Pengerusi Kariahnya, Sk Abdul Aziz Sk Mohamed berkata, semua jemaah terkejut setelah plastik berisi air pecah di hadapan mereka yang dipercayai dicampak dari salah sebuah rumah flat berdekatan.
Beliau berkata, kira-kira 10 minit kemudian, satu lagi plastik berisi air dicampak ke arah jemaah dan sekali lagi selang beberapa minit.
“Kejadian ini sememangnya menaikkan kemarahan kami yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, Ini jelas menunjukkan mereka yang melakukan perkara itu tidak ada rasa hormat terhadap penganut Islam.
“Ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku kerana sebelum ini masjid kami dibaling atau dicampakkan dengan bermacam-macam benda,”katanya.
Sementara itu, Setiausaha Masjid Batu Uban, Jamal Yahya berkata, kejadian berkenaan sememangnya menaikkan kemarahan jemaah serta penduduk kampung kerana sebelum ini penghuni flat terbabit mencampak pelbagai objek kepada jemaah dan masjid.
“Sebulan lalu, kami kena baling dengan buah kelapa muda. Sebelum ini, masjid ini juga adalah satu-satunya masjid di Batu Uban yang dibaling dengan botol dan najis.
“Kami memang marah namun apa yang kami boleh buat?, hanya buat laporan polis,” katanya.
Berang dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut, hampir 30 anak kariah berkumpul di perumahan mewah yang dikatakan menjadi lokasi pembaling air berkenaan.
Kesemua berkumpul setelah selesai solat Jumaat untuk berjumpa dengan kakitangan pengurus perumahan berkenaan.
Setelah hampir empat jam menunggu, wakil daripada perumahan masih enggan berjumpa dengan kesemua anak kariah.
Seorang jemaah, Rashid Said berkata, mereka hanya berkumpul untuk berbincang dengan pihak perumahan bukannya untuk mencari gaduh. Mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.
Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan perkara sama apabila pelbagai jenis objek dibaling ke arah masjid berkenaan, terutama setiap kali azan , menyerlahkan sikap penduduk sekitar yang tidak mempunyai toleransi agama

Potong jari sebelum bunuh,campak mangsa atas jalan
27 Mei 2012
BUKIT MERTAJAM – Seorang penarik kereta sambilan ditemui mati di tepi
jalan dengan beberapa kesan tikaman di badannya, berhampiran Jalan Song
Ban Kheng, di sini, awal pagi semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Meena Kumar, 40an, dari Butterworth dikatakan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan berkenaan.
Mangsa yang dikenali sebagai Meena Kumar, 40an, dari Butterworth dikatakan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan berkenaan.
Difahamkan, mangsa bukan sahaja ditikam, tetapi, dua daripada jarinya turut dipotong.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar minum bersama beberapa rakan di Seberang Jaya, kira-kira jam 10 malam dan pulang ke rumah sejurus kemudian.
Bagaimanapun, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu dikatakan menerima panggilan daripada seseorang, meminta bantuan mangsa untuk menarik kereta yang rosak dekat Taman Kimsar, Perai.
Sebaik tiba di sana, mangsa didatangi sekumpulan empat lelaki yang kemudian melarikannya dengan menaiki kereta jenis Proton Waja, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu, sebelum dibunuh dan dicampak di Jalan Song Ban Kheng, kira-kira jam 3.30 pagi.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.
Menurut beliau, polis tidak menolak kemungkinan motif dendam menjadi punca mangsa dibunuh dengan kejam.
“Siasatan dilakukan dari pelbagai aspek. Pelbagai kemungkinan boleh dikaitkan dengan kes ini.
Kita tidak menolak mungkin mangsa mempunyai masalah peribadi dengan suspek, mungkin dendam, mungkin dadah atau mungkin kerana perempuan.
“Setakat ini, masih belum ada tangkapan dibuat dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek terlibat,” katanya.
Kuasa ALLAH semua boleh jadiSebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar minum bersama beberapa rakan di Seberang Jaya, kira-kira jam 10 malam dan pulang ke rumah sejurus kemudian.
Bagaimanapun, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu dikatakan menerima panggilan daripada seseorang, meminta bantuan mangsa untuk menarik kereta yang rosak dekat Taman Kimsar, Perai.
Sebaik tiba di sana, mangsa didatangi sekumpulan empat lelaki yang kemudian melarikannya dengan menaiki kereta jenis Proton Waja, dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu, sebelum dibunuh dan dicampak di Jalan Song Ban Kheng, kira-kira jam 3.30 pagi.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.
Menurut beliau, polis tidak menolak kemungkinan motif dendam menjadi punca mangsa dibunuh dengan kejam.
“Siasatan dilakukan dari pelbagai aspek. Pelbagai kemungkinan boleh dikaitkan dengan kes ini.
Kita tidak menolak mungkin mangsa mempunyai masalah peribadi dengan suspek, mungkin dendam, mungkin dadah atau mungkin kerana perempuan.
“Setakat ini, masih belum ada tangkapan dibuat dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek terlibat,” katanya.
27 Mei 2012
Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.
Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.
“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.
Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.
“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.
“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.
Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.
“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.
“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.
“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.
Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.
“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.
- Adiey Azhar Azhar · Works at ~TuNgGu AyAm JaNtAn BrTeLoR~Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau
kuasa ALLAH yg mnntukan..
SUBHANALLAH - Putra Shah Syafiq Ikuasa ALLAH
- Ali Al-Islam“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.
“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.~~allahuakbar~~ - Pak Lang Nogori · Top Commenter · UPM SerdangKuasa Allah...kalau semuo manusia yakin, kalau ahli politik yakin, kalau semuo rakyat Malaysia yakin..siapo akan meneraju Negaro nanti terletak pado kuaso Allah...cuma usaho dan niat yang baik akan direstui...macam kematian ayam diatas..Allah bolum izinkan....faham eee
No comments:
Post a Comment