Tuesday, June 22, 2010

BACA JGN TAK BACA....TAK HAIRAN LAGIKAN...DAH BIASA....NAK KEKALKAN LAGI HUKUM YG ADA...TAK MAU JUGA HUKUM ALLAH....

Gadis diajak keluar dinodai 8 lelaki



2010/06/22

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja perempuan keluar rumah melalui pintu sulit iaitu tingkap bilik tidurnya akhirnya menghancurkan masa depannya sendiri apabila dia dirogol lapan lelaki dalam tiga kejadian berasingan antara 9 hingga 18 Jun lalu.
Apa yang menyedihkan, semua lelaki itu hanya dikenali melalui telefon sebelum mereka mengajak gadis terbabit menyelinap melalui tingkap bilik pada waktu malam tanpa disedari semua ahli keluarganya yang menetap di sebuah kampung di Ajil.
Selepas dibawa keluar, mangsa kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir hinggakan ada antaranya membabitkan sekumpulan tiga hingga empat lelaki dalam satu-satu masa menyebabkan mangsa yang tidak tahan akibat diperlakukan demikian membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut dan memberitahu siasatan mengenai kes berkenaan masih dijalankan.

“Kami menerima satu laporan di Balai Polis Wakaf Tapai oleh seorang remaja berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol dan setakat ini kami dapati dia dirogol lapan individu menyebabkan siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa dibawa seorang lelaki pada 9 Jun lalu selepas dia menyusup keluar melalui tingkap biliknya kira-kira 10.30 malam dan ketika itu, dia dirogol lelaki berkenaan sebelum dua lagi rakan lelaki terbabit turut berbuat demikian.



Pasangan khalwat janji mahu taubat



2010/06/22

KUALA LUMPUR: Helah terpaksa bermalam dengan bapa saudara kononnya untuk menghadiri temuduga di ibu negara tidak berjaya apabila pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) menemui seluar dan pakaian dalam pasangan terbabit yang disembunyikan di bawah selimut di sebuah hotel bajet di sini, malam kelmarin.
Dalam Ops Cegah Maksiat selama lima jam bermula jam 10.30 malam itu, pasangan terbabit merayu minta dibebaskan dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat namun rayuan mereka tidak diendahkan dan terus dibawa ke pejabat Jawi untuk diambil keterangan.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Asmawi Umar, tindakan menyerbu hotel dilakukan bagi membanteras perlakuan maksiat yang semakin berleluasa pada masa ini.

“Selepas mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki yang hanya berseluar tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan kami masuk membuat pemeriksaan, kira-kira jam 2 pagi.

“Pasangan yang dalam keadaan terperanjat tidak menyangka kami akan membuat serbuan pada malam itu berikutan ia bukan hari cuti umum,” katanya



Pak Long dituduh cabul janda anak satu



2010/06/22
KUANTAN: Seorang bomoh dikenali sebagai Pak Long yang didakwa mengambil kesempatan mencabul seorang janda anak satu ketika berubat dengannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Bagaimanapun, tertuduh, Jamil Arshad, 54, dari Felda Bukit Sagu, di sini, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Iriane Isabelo.
Mengikut kertas pertuduhan, Jamil didapati mencabul janda berusia 21 tahun itu di rumah mangsa di Felda Sungai Panching Utara, di sini, antara jam 7 hingga 8 malam, 16 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan kes. Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.

Harian Metro pada 19 Jun lalu melaporkan seorang nenek mendapatkan khidmat bomoh terbabit selepas mendapati cucu perempuannya kerap jatuh sakit akibat terlalu merindui bekas suaminya selepas mereka bercerai.

Keadaan mangsa yang lemah menyebabkan neneknya percaya dia terkena buatan orang sebelum berusaha mendapatkan bantuan seorang bomoh tradisional yang terkenal dengan panggilan Pak Long di kalangan penduduk setempat untuk berubat.

Tertuduh kemudian memaklumkan janda berkenaan terkena buatan orang dan perlu diubati segera sebelum mengarahkan mangsa masuk ke bilik mandi untuk menjalani upacara mandi bunga.

Ketika memandikan mangsa yang hanya berkemban, tertuduh didakwa meraba bahagian sulit wanita berkenaan dengan alasan ia cara perubatannya bagi membuang segala benda buruk yang ada pada tubuhnya



Suhu kereta naik alasan pasangan berkhalwat



2010/06/22

GELANG PATAH: Setiap hujung minggu, seorang lelaki bujang memberi alasan kononnya suhu kereta melonjak naik sebagai alasan membawa teman wanita singgah di bilik sewanya di Taman Nusantara, di sini.
Rupa-rupanya bukan suhu keretanya yang naik, sebaliknya ‘suhu’ ghairah pasangan terbabit untuk melampiaskan nafsu serakah yang melonjak.
Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit mengulangi alasan sama dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini hingga perkara itu menimbulkan curiga di kalangan jiran dan penduduk.

Bagaimanapun, selepas berkali-kali memberikan alasan sama, tindakan mereka itu akhirnya dihidu penduduk dan pasangan terbabit ditahan, kelmarin.

Imam Surau Taman Nusantara, Yusma Yusof, berkata lelaki berasal dari Pontian itu yang memandu kereta jenis Proton Wira dan kerap membawa teman wanitanya pulang ke bilik sewanya itu.

“Ada penduduk yang prihatin dan bertanyakan mengapa dia membawa pulang teman wanita. Jawapan diberikan ialah suhu kereta naik.

“Pada mulanya, penduduk menyangka ia benar, tetapi selepas berkali-kali alasan sama diberikan, penduduk mula curiga dan rasa dipermainkan pasangan terbabit,” katanya.

Menurut Yusma, tindakan lelaki itu mengakibatkan penduduk kurang selesa dengan kemungkaran yang berlaku di depan mata sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Berikutan itu, katanya, penduduk dengan kerjasama sepasukan anggota polis dari Balai Polis Gelang Patah melakukan serbuan di bilik sewa lelaki terbabit, petang kelmarin.

“Dalam serbuan jam 5 petang itu, pasangan terbabit yang berdua-duaan di dalam bilik sempit itu mengambil masa lama untuk membuka pintu dengan alasan sedang berehat.

“Pasangan yang lengkap berpakaian kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram,” katanya

Yusma berkata, serbuan itu bertujuan memberi kesedaran di kalangan masyarakat berkaitan gejala sosial yang semakin berleluasa terutamanya di kalangan generasi muda.

“Penduduk tidak seharusnya membisu dan berdiam diri dengan permasalahan sosial yang berlaku. Ia bukan untuk menghukum sebaliknya mendidik masyarakat supaya menjauhi perbuatan berdosa termasuk bergelumang dengan maksiat,” katanya.


NEGARA


Uncle Chin didakwa perogol bersiri



CHIN HOCK NAM (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang semalam untuk menghadapi sembilan pertuduhan jenayah seksual.



AMPANG JAYA - Usia yang menjangkau separuh abad tidak menghalang seorang pemandu teksi yang dipanggil Uncle Chin untuk mengambil kesempatan terhadap gadis-gadis sunti yang menaiki teksinya. Mereka didakwa dijadikan pemuas nafsunya.
Namun, perbuatan terkutuk yang didakwa dilakukan dua tahun itu berakhir dengan tertangkapnya Chin Hock Nam, 54, pada 21 Jun lalu.
Tertuduh yang masih bujang dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi menghadapi sembilan pertuduhan iaitu merogol, cubaan merogol dan mencabul lima gadis bawah umur sejak Oktober 2008 hingga Mei tahun ini.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rogol dan satu cubaan rogol yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad dan Hakim Azwarnida Affandi.
Hock Nam yang tidak fasih berbahasa Melayu turut memohon seorang penterjemah berbahasa Mandarin bagi membantunya memahami pertuduhan


Uncle mengaku tidak bersalah cabul
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi yang digelar 'uncle' mengaku tid:ak bersalah di mahkamah berasingan semalam terhadap tiga tuduhan merogol dan enam tuduhan mencabul empat remaja sejak dua tahun lalu.

Bagi tuduhan merogol, Chin Hock Nam, 54, yang masih bujang dan tidak diwakili peguam, dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Ampang di sini, yang menetapkan 16 Ogos bagi menyebut semula tiga kes membabitkannya.

Dia didakwa merogol dua gadis berumur 15 tahun, masing-masing kira-kira jam 1.30 petang pada Ogos tahun lalu dan jam 1 petang 24 Mei lalu, di sebuah bilik di Taman Lembah Maju, Ampang dan mengulangi perbuatan itu terhadap seorang daripada gadis berkenaan jam 1 petang 27 Mei lalu di tempat yang sama.

Dia didakwa melakukan tiga kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan mencabul, Chin didakwa di dua Mahkamah Majistret Ampang secara berasingan.

Dia didakwa melakukan dua kesalahan itu terhadap seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada 3 petang pertengahan Februari dan Ogos tahun lalu di tempat yang sama.

Majistret Aida Mastura Mohamed Aman menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kedua-dua kes.

Chin turut didakwa melakukan empat kesalahan menggunakan kekerasan untuk mencabul seorang lagi remaja perempuan berusia 17 tahun, antara Oktober 2008 dan Mei tahun lalu di tempat yang sama.

Majistret Wan Karimah Wan Md Abdul Ghani menetapkan 23 Julai untuk sebutan semula kes.

Bagi keenam-enam pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Chin tidak dibenarkan diikat jamin. - Bernama

No comments:

Post a Comment