Gadis Filipina pilihan Afrika
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN dan SHANTY NUR SHAFFIZAN MOHD SHAFEE
am@hmetro.com.my
2010/06/27
am@hmetro.com.my
2010/06/27
Helah sindiket itu terbongkar apabila polis berjaya menyelamatkan 10 gadis Filipina yang dijadikan hamba seks sekitar harga RM200 semalam.
Sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) dan IPK Selangor, Pasukan Unit Anti Trafficking in Persons (ATIP) dari Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia menyerbu kelab malam terkemuka di Bandar Sunway, di sini, kira-kira jam 1 pagi semalam.
Pasukan pihak berkuasa itu diketuai Superintendan Maszely Minhad.
Pusat hiburan terbabit dikesan turut menawarkan pelacur warga asing kepada pelanggannya.
Hasil pemeriksaan dilakukan, lapan gadis Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun yang dikurung berjaya diselamatkan.
Maszely berkata, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar dan seorang wanita Filipina yang dipercayai ‘ibu ayam’ serta dalang sindiket berkenaan.
“Turut ditahan empat wanita warga Myanmar yang dipercayai pelacur. Semua mereka ditahan mengikut Akta Imigresen kerana salah guna permit.
“Susulan serbuan pertama itu, pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah di Taman Wawasan Puchong dan berjaya menyelamatkan dua lagi gadis Filipina yang dikurung untuk tujuan pelacuran,” katanya, Seorang lagi ‘ibu ayam’ warga Filipina yang mengawal semua mangsa di rumah terbabit juga ditahan.
“Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pemandu teksi ditahan kerana bersubahat dalam kegiatan itu. Siasatan mendapati suspek sering menghantar gadis yang ditempah oleh pelanggan ke lokasi tertentu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian
No comments:
Post a Comment