Jual tubuh untuk bergaya
2010/06/21
Ketua petugas program pemulihan pekerja seks Kumpulan Rumah Cemara di Bandung, Eli, memberitahu amat sukar untuk membantu remaja yang terbabit dalam kancah pelacuran ini kerana kebanyakannya tidak memberi kerjasama. Menurutnya, sejak dua tahun lalu dia sudah membantu lebih 200 suri rumah dan pekerja seks bawah umur dan 20 daripadanya membabitkan pelajar sekolah menengah atas yang berusia 15 hingga 16 tahun.
“Golongan ini paling sukar dibantu kerana pada usia sebegini, secara psikologinya mereka belum matang dan tidak dapat berfikir secara waras. Apa yang mereka fikirkan hanya untuk mencari wang supaya dapat membeli barang diidam seperti telefon bimbit dan kasut,” jelas Eli dalam acara diskusi ‘Program Menyelamat dan Mencegah Kegiatan Seksual Kanak-Kanak’ (Eska) di Bandung.
Dalam satu kes yang dikendalikannya baru-baru ini, seorang remaja 15 tahun menjual dirinya sebanyak AS$555 (RM1,800) hanya kerana ingin memiliki telefon bimbit dan mendapatkan rawatan gigi. - Agensi
No comments:
Post a Comment