Thursday, June 24, 2010

INI KESAN TAK HUKUM ATAU ABAIKAN HUKUM GUNA AKAL SEMATA2...

Dicabul kawan kekasih



2010/06/25

TEMERLOH: Akibat gagal mengawal hawa nafsu, seorang lelaki tergamak meramas payudara teman wanita sahabat baiknya sendiri dalam kejadian di Lanchang, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 22 tahun meminta pertolongan suspek yang juga rakan baik kepada teman lelakinya untuk menghantarnya pulang ke rumah di Lanchang.
Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan lelaki itu melencong ke arah lain menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya, dekat sini, mula cemas.

Difahamkan, lelaki terbabit kemudian memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum cuba menggoda mangsa sebelum gadis terbabit cuba melarikan diri.

Melihat mangsa cuba melarikan diri, lelaki terbabit terus menggenggam tangan kanan mangsa sehingga menyebabkan lebam sebelum meramas payudara gadis berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, berkata selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, mangsa diugut supaya tidak menceritakan kepada teman lelakinya sebelum dihantar pulang ke rumah.

Menurutnya, kejadian terbabit terbongkar apabila mangsa bertemu dengan teman lelakinya yang berusia 25 tahun sebelum menceritakan kejadian sebenar berhubung kesan lebam di tangan kanan.

Katanya, terkejut dengan pengakuan mangsa, teman lelakinya kemudian membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Lanchang, kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.

Ahmad Fadzillah berkata, siasatan awal mendapat, suspek adalah rakan baik kepada teman lelaki mangsa dan gadis terbabit meminta pertolongan untuk dihantar pulang ke rumah.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa niat buruk lelaki terbabit menumpang kereta lelaki itu sebelum suspek melencong ke arah lain untuk melakukan niat jahatnya itu,” katanya

No comments:

Post a Comment