Sunday, June 20, 2010

PE MACAM...DI MALAYSIA KES CAMNI BIASA DAH...PE ADA HAIRAN...YG HAIRAN...TAK SEDAR2 HUKUM ISLAM TAK JALAN2...ULAMAK BISU DAH KENYANG KOD

Kepala janin tersangkut

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/06/21

KUALA LUMPUR: Keji dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang wanita sanggup membuang janinnya yang berusia enam bulan dalam mangkuk tandas di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Changkat Tong Shin, Bukit Bintang, semalam.
Malah, wanita berhati binatang berusia awal 20-an yang cuba menyembunyikan kelahirannya itu dikatakan mengepam air tangki untuk melenyapkan janin berkenaan.
Namun, tindakannya itu tidak kesampaian apabila kepala janin yang sudah cukup sifat itu tersangkut dalam tandas berkenaan menyebabkan suspek panik sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, janin bayi lelaki terbabit dikatakan ditemui pekerja hotel berkenaan ketika mengemaskan hotel berkenaan.

Menurut sumber, pekerja berusia lewat 20-an itu kemudian memberitahu majikannya sebelum mereka melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.

Katanya, polis mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan janin berkenaan daripada mangkuk tandas itu.

“Janin itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan rekod pendaftaran mendapati bilik berkenaan disewa seorang wanita warga Mongolia berusia 24 tahun.

“Wanita terbabit ditahan berhampiran hotel terbabit kira-kira jam 8 pagi,” katanya.

Difahamkan, ketika ditahan tubuh badan wanita terbabit masih mempunyai kesan darah sebelum dia dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditahan kerana dipercayai cuba menyembunyikan kelahiran seorang bayi.

No comments:

Post a Comment