Friday, February 18, 2011

BILA KEJUJURAN TIADA LAGI SEBAGAI PRINSIP HIDUP...MEREKA LUPA AKHIRAT DAN NERAKA ALLAH...ORANG MACAM NI PUN BUKAN BOLEH SENANG DAN TENANG DIDUNIA...MEREKA LUPA DOA ORANG DIZALIMI@TIPU ITU MAKBUL...

Ibu maut jemput anak mengaji


AIDI ASMA memperkatakan sesuatu kepada Aminuddin Akmal ketika ditemui di HUSM semalam.


BESUT – Hasrat seorang ibu untuk pulang ke rumah selepas menjemput empat anaknya dari kelas mengaji al-Quran berkecai apabila dia maut manakala kesemua anaknya parah selepas kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kampung Nyiur Tujuh dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 5.30 petang itu mengakibatkan Zubaidah Shamsudin (gambar), 31, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Besut. Allahyarham merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pangkalan Udara Gong Kedak berpangkat Sarjan Udara.
Empat anaknya, Amirul Syafiq Aidi Asma, 11, Ahmad Fitri Hakim, 5, Aminuddin Akmal, 9 dan Adam Hasif, 1, cedera dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Amirul Syafiq koma selepas cedera di kepala, Aminuddin dan Ahmad Fitri patah paha kanan manakala Adam Hasif retak tulang rusuk.
Difahamkan, sebelum kejadian, lima beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kem TUDM di sini melalui Kampung Raja. Jarak di antara rumah mereka dengan lokasi mengaji kira-kira 15 kilometer.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Zubaidah gagal dikawal sebelum terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan.


Mati diserang lelaki bertopeng


ANGGOTA polis memeriksa mayat Parguna yang mati selepas ditetak sekumpulan tiga lelaki di Taman Pelangi, Rawang semalam.


RAWANG – Seorang penyelia kilang logistik ditemui mati selepas ditetak berkali-kali di seluruh badan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di kawasan perindustrian Jalan R2/2, Taman Pelangi di sini semalam.
Kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan M. Parguna, 30, dari Batang Kali mati kira-kira 20 minit selepas dia diserang oleh tiga lelaki bertopeng itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian berlaku sejurus selepas mangsa turun dari kereta Proton Wira yang dinaikinya.
Katanya, sebaik menyedari dia dikejar oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil, mangsa kemudian telah berlari ke arah restoran untuk meminta perlindungan.
“Bagaimanapun, belum sempat dia masuk ke dalam restoran tersebut, mangsa terlebih dahulu telah ditetak berkali-kali oleh suspek.


Kontraktor cedera ditembak

KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor pembersihan cedera parah selepas terkena dua das tembakan di bahu dan kaki kanan dalam kejadian di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh di sini semalam.
Kejadian pukul 6 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 35 tahun tersebut didatangi individu tidak dikenali ketika dia dalam perjalanan ke kenderaan miliknya jenis Toyota Alphard yang diletakkan kira-kira 10 meter dari tempat letak kereta di blok tersebut.
Suspek kemudian telah melepaskan lima das tembakan ke arah mangsa tetapi tiga daripadanya tersasar. Suspek kemudian melarikan diri.
Sebaik ditembak di bahu dan kaki kanan, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah sempat menghubungi bapanya yang berusia 68 tahun. Ketika itu, bapanya berada di rumah mereka di tingkat tiga di blok tersebut.
Sebaik turun, dia melihat anaknya tertiarap di atas jalan lalu membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis yang menjalankan pemeriksaan menemui lima kelongsong peluru berukuran .45mm termasuk yang ada pada kenderaan mangsa.
Katanya, walaupun terkena dua das tembakan, mangsa masih dapat diselamatkan dan keadaannya dilaporkan stabil.
"Siasatan awal percaya kejadian itu berpunca akibat dendam. Bagaimanapun, motif sebenar masih dalam siasatan.
"Semakan mendapati mangsa mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan samun pada 1999," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, seorang penduduk, Kiki Marindo, 32, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan terkejut selepas terdengar bunyi letupan.
"Saya ingatkan orang main mercun tetapi sebaik saya pulang dari menghantar anak ke sekolah pada pukul 8 pagi, barulah saya tahu ada orang kena tembak selepas lihat beberapa anggota polis melakukan siasatan di situ," katanya yang tinggal di tingkat 10 bangunan sama.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau SMS ke 32728 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh.


Orang lain tunai cek pinjaman

JOHOR BAHRU - "Bank tidak boleh lelong rumah saya kerana saya tidak terima satu sen pun pinjaman semula yang dibuat pada 2006.
"Saya minta bank siasat bagaimana duit tersebut boleh terlepas ke tangan orang lain sebelum mengambil sebarang tindakan."
Itu kenyataan tegas Aziham Abdul Aziz, 34, setelah rumah yang didiami kedua orang tuanya, Abdul Aziz Ibrahim, 75, dan Zahrah Mohamad, 68, mendapat arahan bank akan dilelong kerana tidak menjelaskan ansuran pinjaman.
"Bank sepatutnya memberi saya cek untuk pinjaman semula dengan mencagar rumah atas nama saya sebanyak RM102,000 tetapi apa yang menghairankan, bagaimana kakak saya, Nor Azidah, 37, boleh terima wang tersebut.
"Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana cek yang dikeluarkan oleh bank tersebut sepatutnya hanya saya sahaja yang boleh tunaikan," katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA Cawangan Tampoi di sini semalam.
Jelas Aziham, dia memang membuat pinjaman tersebut untuk membantu kakaknya yang dalam kesusahan dengan mencagar sebuah rumah miliknya di Taman Universiti, Skudai di sini yang dibeli sejak 22 tahun lalu.
Katanya, walaupun masalah ini melibatkan keluarga, apa yang menjadi persoalan kenapa wang atau cek tersebut tidak diserahkan kepadanya oleh pihak bank selain boleh ditunaikan oleh orang lain?
"Ekoran tunggakan sejak 2006, jumlah yang dituntut oleh bank kini adalah sebanyak RM140,000 menyebabkan kedua ibu bapa saya sentiasa dalam keadaan takut," katanya.
Menurut Aziham yang bakal dikenakan tindakan muflis, pinjaman dengan mencagar semula rumahnya itu dibuat tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut.
"Saya memohon pihak bank supaya menyiasat bagaimana masalah ini boleh berlaku sebelum bertindak melelong rumah saya.
"Untuk tidak terus menjadi mangsa, saya minta pihak bank menghubungi Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Micheal Tay Chee Boon di talian 019-7778935 yang akan menjawab bagi pihak saya," ujarnya.

Jelas Aziham, dia dan ibu bapanya pernah beberapa kali pergi ke rumah Nor Azidah di Bandar Seri Alam di sini tetapi kakaknya itu telah menghilangkan diri.


Pembukaan semula Hentian Puduraya ditangguh lagi


HENTIAN Puduraya yang masih dalam kerja-kerja menaiktaraf.


KUALA LUMPUR - Hentian Puduraya yang sebelum ini dijadualkan dibuka semula pada 2 Februari lalu sekali lagi terpaksa ditangguh sehingga 16 April ini.
Ini berikutan masih terdapat kerja-kerja menaik taraf dan pengubahsuaian yang dilakukan sejak April tahun lalu perlu diperbaiki.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika mengadakan lawatan ke perhentian bas tersebut ternyata tidak berpuas hati dengan perkembangan tersebut.
"Saya masih kurang berpuas hati dengan beberapa perkara, oleh itu, saya minta pihak yang terlibat agar memperbaikinya dengan segera.
"Untuk itu, Hentian Puduraya ini tidak boleh dibuka pada 1 Mac sebaliknya ia dijadual akan dibuka pada 16 April ini selepas kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar pembukaan semula Hentian Puduraya di sini semalam.
Turut hadir pada lawatan itu ialah Pengarah Urusan Uda Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan dan Ketua Operasi Negeri dan Pelesenan Terminal Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Ahmad Fuad.
Pada 26 Februari tahun lalu, Kosmo! melaporkan penutupan Hentian Puduraya selama empat bulan untuk proses ubahsuai.
Pengubahsuaian tersebut dijangka siap sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu sekitar September dan bakal memberi lebih keselesaan kepada ribuan pengguna.
Bagaimanapun, pembukaan semula Hentian Puduraya pada September tahun lalu terpaksa ditangguhkan selepas kontraktor gagal menyiapkan kerja-kerja pada tarikh yang ditetapkan.
Ketika ditanya mengenai ketidakpuasan hati terhadap beberapa perkara, Raja Nong Chik menjelaskan, antara yang menjadi masalah ialah siling di beberapa sudut di hentian terbabit kelihatan rendah dan khuatir ia akan menjejaskan keselamatan penumpang di hentian terbabit.


Perkeso buru majikan tak mencarum

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Mac ini semua majikan yang gagal mencarum pekerja masing-masing dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal 'diburu' dalam satu operasi khas bagi mengheret mereka ke muka pengadilan.
Ketua Eksekutif Perkeso, K. Selvarajah (gambar) berkata, operasi yang dikenali Ops Kesan Perkeso itu berjalan serentak seluruh negara melibatkan 1,500 anggota penguat kuasa.
"Operasi ini akan berjalan selama sebulan bagi mengesan semua majikan yang masih gagal mencarum untuk pekerja masing-masing di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di bawah Seksyen 3 (1)," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Jelasnya, sepanjang tahun lepas, sebanyak 4,452 majikan diambil tindakan undang-undang kerana gagal mendaftarkan pekerja dan lewat melaporkan kemalangan.
"Sebanyak 3,939 majikan telah dikompaun membabitkan jumlah keseluruhan RM2,342,350 dan 513 majikan telah didakwa di mahkamah dengan jumlah denda RM346,730 manakala 669 majikan sedang diambil tindakan," jelasnya.
Ditanya anggaran majikan yang masih belum mencarum untuk tahun ini, Selvarajah berkata, anggaran majikan terlibat mungkin melebihi 4,000.
Beliau menegaskan, jika majikan terlibat tampil mendaftar sebelum tarikh operasi bermula, pihak Perkeso tidak akan mengenakan sebarang kompaun.
Ujarnya, sehingga kini, terdapat lebih 700,000 majikan berdaftar dengan Perkeso dan sebanyak 340,000 majikan masih aktif mencarum pekerja masing-masing.
"Jumlah pekerja yang dicarum oleh majikan kini mencecah 5.5 juta orang," ujarnya.



23 pramugari Malaysia terabai di Jeddah


MUHD. KHAIRUN menyatakan sesuatu kepada salah seorang pramugari (dua dari kanan) yang gajinya tidak dibayar oleh sebuah syarikat penerbangan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 23 pramugari warga Malaysia yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi didakwa hidup dalam kesempitan dan terabai di negara itu sejak empat bulan lalu.
Semuanya gara-gara syarikat penerbangan berkenaan gagal melunaskan gaji mereka sejak April lalu sehingga semua pramugari tersebut terpaksa hidup di Jeddah dengan menggunakan duit simpanan sendiri.
Lebih menyedihkan apabila ada antara pramugari terbabit yang selama ini menghantar wang pulang ke Malaysia bagi menanggung kehidupan keluarga dan belanja sekolah adik-beradik di sini tidak lagi dapat berbuat demikian.
Mujur nasib mereka mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO yang berusaha menyelesaikan kemelut yang melanda pramugari terbabit.
Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya telah memberi notis kepada syarikat penerbangan tersebut supaya menyelesaikan segera tunggakan gaji pramugari warga Malaysia terbabit dalam tempoh tujuh hari.
“Syarikat penerbangan itu tidak membayar gaji mereka sebanyak SAR$5,000 (RM4,046) sebulan serta pelbagai elaun yang dijanjikan dalam kontrak pekerjaan.
“Kita beri masa tujuh hari mulai hari ini (semalam) supaya tunggakan dilunaskan dan jika mereka enggan, kita akan berusaha membawa pramugari terbabit pulang ke pangkuan keluarga memandangkan kontrak telah dicabuli,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment