Institusi masyarakat runtuh
Tamyes berkata, budaya kuning yang diimport daripada cara hidup orang Barat sepatutnya ditegah kerana ia bakal meruntuhkan institusi masyarakat, terutama orang Melayu.
“Mereka memilih untuk membuat peraturan sendiri, mengapa tidak takut perintah Allah? Jika tidak dibanteras, masalah ini akan bertambah teruk dan merugikan masyarakat.
“Golongan ini sepatutnya dihukum dengan lebih berat, sebagaimana termaktub dalam ajaran Islam. Mereka perlu disebat kerana berzina atau direjam sampai mati jika sudah berumah tangga,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, sebagai orang Islam, mereka sepatutnya sedar perkahwinan sah mampu menyelamatkan diri mereka daripada pelbagai bala dan bencana.
“Jadilah manusia yang bertanggungjawab pada ajaran agama. Jangan pilih gaya hidup yang akan merosakkan diri sendiri,” katanya.
Sementara itu, pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah berkata, golongan yang memilih cara hidup ala Barat iaitu bersekedudukan dengan teman asmara atau ‘sex buddy’ menunjukkan kepincangan dalam masyarakat yang semakin kritikal.
“Daripada masalah beginilah muncul masalah lain, misalnya jenayah buang bayi. Lihat betapa teruknya masalah sosial hari ini, semua itu berpunca daripada amalan hidup bebas begini.
“Tiba masanya satu formula ekstrem dicari untuk menangani masalah sosial yang melanda negara ketika ini. Jika dibiarkan, ia akan merosakkan generasi akan datang,” katanya.
No comments:
Post a Comment