Dibelasah suami depan 2 anak
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
shamsulmunir@hmetro.com.my
RAWAT...mangsa kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan stabil.
Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.
Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.
Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.
Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan.
Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk.
“Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai.
“Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.
Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.
Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.
‘Jemaah’ kebas beg dalam surau
Dalam kejadian terbaru, seorang kakitangan kerajaan, Zalina Othman, 36, menjadi mangsa ketika dia berhenti di kawasan itu untuk menunaikan solat Maghrib, kira-kira jam 7.40 malam kelmarin.
Menurutnya, dia yang ditemani anak perempuannya berusia tujuh tahun masuk ke dalam surau bersebelahan tandas dan agak jauh dari kawasan tumpuan ramai.
“Saya menyangka keadaan surau berkenaan selamat mengarahkan anak perempuan duduk seketika sementara saya mengambil wuduk di paip berhampiran.
“Saya menyerahkan beg tangan kepada anak dan meminta menjaganya,” katanya.
Menurutnya, pada masa sama, dia menyedari seorang wanita yang tergesa-gesa membuka telekung sebelum membalingnya ke lantai surau.
“Saya terpinga-pinga dengan tindakan wanita terbabit kerana dia tidak melipat atau meletakkan telekung di tempat disediakan sebaliknya tergesa-gesa keluar dari surau berkenaan.
“Namun, teki-teki berhubung tingkah laku aneh wanita terbabit terjawab apabila anak saya mendakwa dompet duit saya di dalam beg tangan diambil seorang wanita yang berada di dalam surau itu,” katanya.
Katanya, kejadian itu berlaku pantas dan anaknya tidak sempat menjerit selain hanya kaku melihat wanita terbabit melarikan diri.
“Saya cuba bertanya kepada beberapa wanita lain yang di dalam surau berkenaan, namun tiada seorang pun menyedari apa yang berlaku. “Seingat saya wanita terbabit bertudung dan memakai baju putih. Lokasi kejadian tidak dipasang kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan individu terbabit gagal dikesan,” katanya.
Penjawat awam kena cekup
Malah, ketika serbuan polis pada jam 3.30 pagi itu, semua mereka tidak menyedari kehadiran anggota polis dari jabatan Siasatan Jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kerana terlalu khayal.
Dalam serbuan itu, seramai 54 individu termasuk 22 wanita diarah menjalani saringan air kencing sebelum 13 daripada mereka positif dadah jenis eramin, methaemphatamine dan ketamin.
Pegawai Bahagian Risikan dan Operasi Narkotik IPKKL, Deputi Superintendan Baharuddin Md Taib ketika ditemui, berkata mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan enam wanita berusia 21 hingga 37 tahun.
Katanya, premis terbabit sudah beberapa kali diserbu.
Sesat dalam rumah
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.
Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.
Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.
“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.
“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya. “Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mangsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.
“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.
Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.
Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah.
Remaja cedera tembusi peluru
Oleh Adnan Mohamad
am@hemtro.com.my
am@hemtro.com.my
Akibatnya, seorang daripada mereka parah apabila tertembak di bahagian perut dan dada dalam pergelutan dengan seorang daripada anggota UPP yang cuba menyelamatkan diri daripada terus dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.
Difahamkan, insiden bermula ketika empat anggota UPP Pengkalan Kubor yang menjalankan tugas dikatakan terserempak dengan Perodua Kancil di Kampung Tin sebelum bertindak mengekorinya.
Selepas diekori beberapa minit, pemandu kereta itu akur dengan memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan membolehkan anggota UPP menghampiri kenderaan itu membuat pemeriksaan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit didapati dalam keadaan menggeletar dan mulutnya berbuih sebelum dikejarkan ke hospital oleh anggota UPP untuk pemeriksaan lanjut tetapi disahkan meninggal dunia dipercayai kerana sesak nafas.
Kira-kira sejam kemudian, sekumpulan 30 lelaki dipercayai saudara-mara serta rakan mangsa yang tidak berpuas hati dengan kematian mangsa mengepung empat anggota UPP terbabit ketika minum di gerai bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.
Ketika perbincangan itu, beberapa lelaki yang tidak berpuas hati dikatakan cuba memukul empat anggota UPP terbabit menggunakan cota dan kayu sehingga memaksa semua mereka berlari menyelamatkan diri ke dalam hospital.
Namun, dalam pergelutan itu salah seorang anggota UPP iaitu Ahmad Suzaimi Shamsuddin, 29, dipukul oleh kumpulan lelaki itu di bahagian kepala dan badan sehingga memaksa dia melepaskan tembakan amaran.
Tembakan itu bagaimanapun terkena salah seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, yang juga anak saudara kepada mangsa yang meninggal.
Kumpulan lelaki terbabit juga bertindak merosakkan kereta milik UPP yang diletakkan di kawasan hospital termasuk dipancitkan tayar dengan tujuan mengelak anggota UPP itu melarikan diri ke pejabat mereka.
Sementara itu, Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid, berkata anggotanya yang tercedera adalah Pegawai Kastam Unit Pencegahan iaitu Ahmad Suzaimi Shamsuddin, 29.
Beliau berkata, kejadian di hadapan Hospital Tumpat itu berlaku selepas anggota dikatakan cuba diserang sekumpulan lelaki sehingga memaksa dia melepaskan dua das tembakan amaran.
Bagaimanapun, beliau berkata tembakan berkenaan terkena kepada salah seorang penyerangnya, satu di bahagian perut dan satu di bahagian dada.
“Pihak kami dimaklumkan, lelaki yang menyerang anggota UPP itu cuba merampas senjata yang dibawa dan berlaku pergelutan,” katanya.
Dari facebook ke bilik hotel
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Malah, lelaki berkenaan mendakwa hubungan isterinya bersama ‘kekasih gelap’ berkenaan bukan saja setakat melalui laman sosial terbabit, tetapi dibawa hingga ke bilik hotel.
Menurutnya, isterinya bukan saja mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya serta dua anak berusia 10 dan 13 tahun, tetapi sudah pandai bergaya.
Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata, meskipun bekerja sebagai kerani, isterinya berubah menjadi lebih pandai bergaya sekali gus menimbulkan kesangsian kepadanya.
Bukan itu saja katanya, isterinya berusia 30-an sanggup menghabiskan masa beberapa jam melayari laman sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
“Semuanya terbongkar selepas saya berjaya melayari facebook isteri dan terkejut mendapati pelbagai ayat cinta dalam laman sosialnya itu.
“Kemuncak hubungan mereka ialah apabila rakan saya ternampak kelibat isteri bersama seorang lelaki memasuki sebuah hotel.
“Pada mulanya saya tak percaya, tetapi apabila ditunjukkan bukti, saya tergamam,” katanya yang tampil mendedahkan perkara itu selepas Harian Metro baru-baru ini mendedahkan kisah isteri lari mengikut teman lelaki angkara facebook dalam laporan Jejak Songsang facebook.
Osman kemudian bertanya kepada isterinya mengenai kejadian itu dan isterinya mengaku mengenai perbuatannya.
“Saya terkejut dan tidak mampu berkata-kata apabila isteri mengaku dia bersama bekas kekasihnya berusia 40-an menginap di sebuah hotel di negeri ini.
“Saya kesal dan sedih kerana isteri sanggup curang terhadap saya selepas sekian lama kami berkahwin,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, mereka sudah berumahtangga sejak 15 tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata.
Sebelum ini katanya, rumah tangga mereka tiada masalah sehinggalah ‘penangan’ facebook yang mengubah isterinya termasuk penampilan dan sikap.
Katanya, sejak pengakuan isterinya, dia memberi kata dua sama ada mahu berubah atau perkara itu dibawa ke pihak berkuasa.
“Saya tidak mahu dikatakan suami dayus. Sejak pengakuannya itu, saya sudah meminta bantuan pegawai agama Pulau Pinang menasihati isteri supaya kembali ke pangkal jalan dan memberi tumpuan kepada keluarga.
“Meskipun kepercayaan saya sudah hilang terhadapnya, saya berusaha memujuk diri dan berusaha menyelamatkan rumah tangga yang kami bina sejak belasan tahun lalu,” katanya yang berserah kepada takdir.
Jerat guna facebook
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
anbia@hmetro.com.my
Melalui laman sosial ini, mereka akan menggunakan kata-kata cinta untuk memerangkap wanita berkenaan.
Sebaik umpan mengena, wanita tempatan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, profesional dan janda muda diberikan layanan lima bintang sepanjang tempoh bercinta serta diberikan hadiah mewah dan dibawa melancong ke luar negara.
Selepas yakin wanita terbabit mempercayai mereka, anggota sindiket mengambil kesempatan memperdayakan mangsa untuk membawa dadah ke luar negara hingga akhirnya mereka tertangkap dan meringkuk dalam penjara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim (gambar) berkata, berdasarkan siasatan pihaknya mendapati laman sosial facebook paling digemari sindiket dadah antarabangsa untuk menjerat mangsa di kalangan wanita tempatan sebelum dijadikan keldai dadah.
Taktik itu dibongkar selepas seorang mangsa berusia 23 tahun ditahan di Lapangan Terbang Ezeiza, Buenos Aires, Argentina, baru-baru ini ketika cuba menyeludup keluar dadah jenis kokain dari negara itu ke Qatar.
Hasil soal siasat polis negara itu, lelaki terbabit mendedahkan tiga rakyat Malaysia memperdayanya untuk ke Argentina bagi membawa balik batu permata hitam ke negara ini.
“Sebelum ini, sindiket dadah antarabangsa dari Nigeria dan Iran kini menggunakan rakyat mereka untuk memikat wanita tempatan bagi dijadikan kurier dadah.
“Apabila rakyat Malaysia tidak lagi terpedaya dengan taktik itu, sindiket itu menukar taktik dengan mengupah lelaki tempatan pula supaya berkenalan dan memikat mangsa melalui lama sosial itu,” katanya.
Menurut, taktik sindiket menggunakan lelaki tempatan untuk memperdayakan mangsa dikesan selepas polis menerima banyak laporan mengenai tangkapan rakyat Malaysia di luar negara pada setiap tahun.
Beliau berkata, sejak 2007 hingga tahun lalu, seramai 239 rakyat Malaysia ditahan dan meringkuk di penjara kerana kesalahan membawa dadah ke luar negara. Daripada jumlah itu, 120 ditahan adalah lelaki, manakala 119 orang wanita berusia bawah 40 tahun.
“Jumlah tangkapan rakyat Malaysia menyeludup dadah ke luar negara bagaimanapun menurun pada setiap tahun iaitu 35 orang tahun lalu berbanding 54 orang (2009), 66 orang (2008) dan 84 orang (2007).
“Majoriti mereka ditahan semasa menyeludup dadah ke Taiwan, Peru, Brazil, Indonesia, Thailand dan Argentina,” katanya, semalam.
Rempuh babi hutan
Dalam kejadian itu, mangsa Nazarudin Mohd Noor, 57, dari Jalan Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja di Batu Rakit gagal mengawal kenderaan kerana terkejut apabila babi hutan melintas jalan itu secara tiba-tiba menyebabkan kenderaannya terbabas dan terhumban ke ladang sawit.
Mangsa dikatakan sempat keluar dari kereta dan merangkak sejauh kira-kira 100 meter untuk mendapatkan bantuan.
No comments:
Post a Comment