Sunday, February 13, 2011

PERLAKU TIDAK SERIK...PERLAKU ZINA TAK TAKUT SEBAB HUKUM ALLAH TAK ADA....BILA LAH KITA NAK SEDAR...ATAU MEMEMANG TAK MAHU SEDAR2....

Nafsu serakah

Laporan dan foto RAMLI IBRAHIM
metahad@hmetro.com.my

TERTANGKAP... pasangan (duduk) dicekup berkhalwat dalam bilik hotel bajet, malam kelmarin.
TERTANGKAP... pasangan (duduk) dicekup berkhalwat dalam bilik hotel bajet, malam kelmarin.
GUA MUSANG: Aktiviti liar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini sebagai tempat melepaskan nafsu dengan beberapa pasangan, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup dalam satu serbuan, di sini, lewat malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, remaja terbabit bukan saja dicekup berkhalwat bersama pasangan bukan Islam di hotel bajet di Jalan Besar, di sini, malah didapati asyik melepaskan gian menagih dadah.

Remaja berasal dari Kota Bharu itu mempunyai rekod melahirkan anak luar nikah setahun lalu dan tinggal di Kampung Lembaga, Gua Musang.
Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Iman Muda Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Hazuari Che Hamid.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, pihaknya beberapa kali menyerbu hotel bajet berkenaan yang sering berlaku kegiatan khalwat.

Katanya, remaja terbabit tidak sempat melarikan diri manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam.


“Ketika serbuan itu, lelaki berusia 29 tahun berasal dari Kampung Baru itu cuba melarikan diri, namun gagal apabila pintu bilik dikepung sambil mengakui dia tidak beragama Islam dan gadis berkenaan pula sedang khayal,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut sebelum lelaki bukan Islam itu dibebaskan.


Polis cari saksi kejadian bunuh

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Balai Polis Ampang Jaya kini mencari saksi kejadian pembunuhan kejam Fazlina Ahmad yang ditemui mati dalam almari pakaian di rumah dua tingkat di Taman Pinggiran Ukay, pada 30 Disember 2009.
Saksi terbabit adalah juga bekas pembantu rumah mangsa dikenali sebagai Yuyuk, warga negara Indonesia.

Dia dikehendaki bagi memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 14, 24 dan 25 Februari ini.
Jurucakap polis berkata, saksi yang dicari pernah bekerja dengan pasangan berkenaan sehingga 30 Disember 2009.

“Bagaimanapun, dia dikatakan menghilangkan diri atau gagal dicari bagi membantu siasatan dan prosiding yang berjalan.

“Justeru, kami meminta saksi berkenaan tampil ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam atau berhubung terus dengan Asisten Superintendan Siti Nathiroh Abu Bakat di talian 03-42897222,” katanya.


Dalam kejadian menggemparkan itu, suspek yang juga suami kepada Fazlina, Mohafri Mohamed dituduh membunuh isterinya pada tarikh berkenaan.



Berkasih ada batas

Oleh A’ISYAH SUKAIMI
am@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Islam tidak pernah menyekat atau menghalang orang ramai untuk menunjukkan kasih sayang tetapi Islam menyekat perbuatan maksiat dan meletakkan batasan kepada penganutnya.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak pernah menentang sebarang sambutan yang ingin diraikan masyarakat negara ini, asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita kena faham betul-betul apa yang dimaksudkan dengan maksiat. Kalau kita kasihkan seseorang, ia bukan maksiat sebab itu dalam ajaran Islam dan agama lain ada etika yang perlu dipatuhi.
“Kita tidak pernah halang orang yang nak menunjukkan kasih sayang, tetapi mesti ada batasannya. Selain itu, kita juga menerima keraian dari Barat seperti sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu kerana prinsip yang diketengahkan adalah baik.

“Yang kita halang adalah sebarang sambutan yang diadakan bertentangan dengan ajaran Islam, sama ada Barat atau Timur, kita tidak dapat terima sama sekali,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Bicarawara dan Pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day, malam kelmarin.

Program bicarawara itu menampilkan celebriti Fahrin Ahmad sebagai moderator dan tiga ahli panel iaitu juara Imam Muda Astro, Muhammad Asyraf Ridzuan, panel dari Raudatus Sakinah, Rosmawati Zainal dan wakil dari Jakim, Mohamad Zarifi Mohamad Daud.


Lebih 1,000 penonton hadir dalam program berkenaan membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah.

Sementara itu, Wan Muhammad berkata Jakim mahu lebih banyak pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengadakan pelbagai program menepati cita rasa anak muda sebagai satu usaha mengawal mereka daripada terbabit dengan perkara yang menjurus kepada kegiatan maksiat.

Katanya, pihak ini perlu ‘turun padang’ dan melaksanakan pengisian luar dengan bertemu anak muda serta memberi nasihat kepada mereka.

“Negara kita ada undang-undang, jadi cara kawalan dilakukan juga mesti mematuhi undang-undang, manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) juga ada bidang kuasa tertentu.

“Jika cara yang dilakukan mengganggu ketenteraman awam, PBT akan ambil tindakan kerana cara berkawal yang dilakukan itu mengganggu orang lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment