Tuesday, May 17, 2011

BAHAYANYA JALAN SEORANG...ADA BAIK DENGAN LELAKI MUHRAM ATAU TIGA WANITA SOLEHA...BERMAKNA BEREMPAT...SELAIN MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT....

Nyaris mangsa ayat ‘power’

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

KAJANG: Ketampanan dan ayat 'power' dijadikan modal seorang buruh binaan warga asing untuk menawan hati seorang wanita sebelum mencabulnya, semalam.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 47 tahun dipercayai sedang menunggu seseorang di hadapan sebuah pasar raya di Semenyih, di sini sebelum dihampiri sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga Bangladesh, kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu memandu kereta berkenaan tanpa lesen.
“Sebaik menghampiri mangsa, lelaki berkenaan turun untuk berbual-bual dengan harapan memikat mangsa.

“Apabila mangsa memberi respons yang baik, lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di sekitar Semenyih,” katanya.

Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju bersiar-siar sebelum dia dibawa ke sebuah rumah kedai di kawasan Perindustrian Ria, Semenyih. “Selepas kira-kira sejam bersiar-siar, lelaki itu mengajak mangsa masuk ke dalam rumah kedai berkenaan. “Mangsa hanya mengikut tanpa mengesyaki lelaki itu berniat serong ke atasnya,” katanya.

Difahamkan, selepas yakin keadaan sekeliling selamat daripada sebarang gangguan, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan memegang payudara mangsa selain cuba merogolnya.

“Bimbang dirinya diperlakukan lebih kejam, mangsa yang ketakutan melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang awam.
“Ketika itu, beberapa anggota polis kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian pergi ke arah anggota polis berkenaan dan menceritakan apa yang berlaku.

“Bertindak atas maklumat, anggota polis pergi ke rumah kedai berkenaan dan menahan suspek kira-kira jam 12 tengah hari.

“Suspek yang berada di dalam rumah kedai berkenaan terkedu sejurus anggota polis tiba dan tidak sempat melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan tangkapan itu dan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan,” katanya.



SMS sindiket peralat budak didapati palsu



KUALA LUMPUR: Penyebaran meluas satu khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak dua bulan lalu berhubung kumpulan atau sindiket menggunakan memperalatkan kanak-kanak bagi tujuan merompak, menculik dan merogol dikesan palsu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, siasatan dijalankan polis mendapati tiada kumpulan atau sindiket yang menggunakan taktik sedemikian.

Menurutnya, pegawai polis iaitu Asisten Superintendan, Suman Kumar dari Bahagian D9, Bukit Aman yang dinyatakan dalam SMS terbabit juga tidak wujud dan ia menguatkan lagi bukti bahawa SMS itu palsu.
“Siasatan sudah dibuat dan kita mendapati tiada kumpulan menjalankan kegiatan jenayah menggunakan kanak-kanak seperti didakwa.

“Pegawai yang didakwa menyebarkan SMS itu juga tidak wujud dan jelas sekali ia SMS palsu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Namun katanya, dalam menjalani kehidupan seharian masyarakat hendaklah sentiasa berwaspada terhadap individu atau kumpulan yang sentiasa mencari ruang dan peluang bagi melaksanakan kegiatan jenayah mereka.

“Sekiranya berdepan situasi atau keadaan mencurigakan, mereka hendaklah segera menghubungi balai polis berhampiran.

“Jangan mudah percaya atau terpedaya dengan pelbagai taktik yang bertujuan menjadikan mereka mangsa jenayah,” katanya

Suspek alim, mesra dengan jiran


JOHOR BAHRU: Bapa kepada empat anak yang menyamun stesen minyak di Bandar Baru Permas Jaya di sini, Sabtu lalu, menggunakan parang dikatakan seorang yang alim serta mesra dengan rakan dan jiran.
Malah, lelaki berusia 49 tahun itu sering membawa anak dan isterinya solat berjemaah dan mendengar kuliah setiap malam Jumaat di sebuah surau berhampiran rumah mereka di Taman Permas Jaya.

Jemaah surau, Farid Talibin, 32, berkata, dia sering melihat suspek yang mesra dengan panggilan ‘Haji’ datang menunaikan solat berjemaah di surau di kawasan itu.

Dia mendakwa hanya menyedari tindakan luar dugaan lelaki itu selepas membaca laporan akhbar dan tidak menyangka suspek sanggup bertindak demikian.


“Saya baru beberapa bulan berpindah ke sini dan bukan rakan karib lelaki terbabit, namun dari raut wajah dan perwatakan lembutnya, saya memang tidak menyangka dia bertindak demikian.


Perbuatan cemar agama bercanggah ajaran Islam

JOHOR BAHRU: Perbuatan empat beranak berjubah putih dan berkopiah sambil melaungkan takbir sebelum menyamun menggunakan parang disifatkan boleh mencemarkan imej Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan individu berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam selain mencemar kesucian Islam. “Islam tidak ajar begitu... agama kita mengamalkan aman damai serta tidak ada huru-hara.

“Kita tidak ambil undang-undang sendiri, ada cara dan dakwah Islam sendiri.
“Berikutan itu, jangan membuat sebarang andaian kerana ia mencemarkan imej orang yang memakai jubah sedangkan yang melakukan perkara seumpama itu hanya segelintir,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kes empat beranak berperwatakan alim dengan berjubah putih dan kopiah bertukar ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, jam 1.30 tengah hari, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, empat beranak terbabit yang dikatakan pernah mencuri di premis sama dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan.


Dipaksa cerai isteri

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: Gara-gara enggan menceraikan isteri yang dikahwini selama 15 tahun, seorang lelaki cedera parah dibelasah keluarga mentuanya dalam kejadian di Sungai Ujong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa berbincang sesuatu dengan isterinya bagi mengakhiri kemelut rumah tangga dihadapi mereka.

Namun, belum sempat perbincangan itu selesai, mangsa mendakwa dibelasah dengan kerusi oleh sekumpulan lelaki dipercayai ahli keluarga isterinya.

Akibatnya, mangsa, Mohd Zulkifli Mustafa, 41, kini terlantar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, apabila disahkan mengalami retak tulang pipi, lebam di muka, siku dan terdapat darah beku di bahagian kepalanya.


“Saya tak sangka, hanya kerana enggan menceraikan isteri, saya dipukul mereka (keluarga mentua), apa salah saya hingga diperlakukan begini,” katanya ketika ditemui di HTJ, di sini, semalam.

Zulkifli mendedahkan, perkahwinannya itu sememangnya diatur keluarga mentuanya yang mahukan dia mengahwini anak mereka.


Lelaki rebah

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang didakwa bersubahat dengan bekas isterinya menculik seorang bayi lelaki di Hospital Sungai Petani (HSP) enam tahun lalu, tiba-tiba rebah selepas Mahkamah Tinggi di sini, menolak rayuannya semalam, dan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun terhadapnya yang dijatuhkan sebelum ini.
Tertuduh, Muhamad Sabri Sabidin, 36, yang sugul sejak awal perbicaraan semalam, terpaksa dipapah beberapa anggota polis memasuki bilik tahanan selepas keputusan rayuannya diketahui.

Selain tertuduh, bekas isterinya, Noraini Mat Zainol, 31, yang juga bekas jururawat HSP dikenakan tahanan di Hospital Bahagia, dekat Tanjung Rambutan, Perak kerana disahkan menghidap masalah mental. Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abd Wahab menetapkan tempoh membuat rayuan dalam masa tujuh hari manakala wang jaminan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin selepas peguam bela C Shanmugiah meminta penangguhan hukuman terhadap Mohd Sabri sementara pihaknya mengemukakan rayuan. Noraini diwakili peguam, M Chandran manakala pihak pendakwaan diwakili Datuk Razali Che Ani.
Pada 7 September tahun lalu, Noraini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan manakala Muhamad Sabri dikenakan hukuman penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada 5 Julai 2005 atas tuduhan menculik seorang bayi lelaki pada 19 Jun 2005 di HSP. Mereka yang ketika itu masih suami isteri bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Ainy Suhailah Yunus. Pada 23 Jun 2005, pasangan itu ditahan anggota polis yang menyerbu rumah mereka di Kampung Teluk Wang Kecil, Sungai Petani dan menemui seorang bayi lelaki yang kemudiannya disahkan sebagai Nor Syabil Syakirin iaitu anak kepada pasangan Mohamad Nordin Derais, 34, dan ibunya, Noryati Abu Bakar, 31 selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).


Dakwa dipukau sebelum dinoda

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang gadis bukan saja dipukau lelaki yang baru dikenalinya, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Permai, pertengahan April lalu.
Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku tanpa disedari gadis berusia 18 tahun berkenaan apabila mendakwa dipukau lelaki terbabit yang melihat kedua-dua matanya sambil membaca sesuatu.

Sumber polis berkata, dalam perkenalan singkat itu, mangsa hanya mengikut arahan lelaki berusia 20-an itu supaya keluar berehat bersama untuk makan tengah hari.

Katanya, mangsa yang dipukau hanya membonceng motosikal menghala ke rumah lelaki itu di Taman Bukit Permai sebelum dirogol tanpa sedar.


“Selepas beberapa jam, lelaki itu menghantar mangsa ke tempat kerja dan pada masa itu, mangsa masih dalam keadaan tidak sedar.

No comments:

Post a Comment