Tuesday, May 17, 2011

MUNGKIN INI BOLEH JADI PANDUAN 1

Saatnya Untuk Menikah

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad
Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah
Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.
Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.
Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.
Lingkaran Ketakutan Berlanjutan
Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.
Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).
Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.
Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.
Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.
Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soal apakah ada orang yang mau menikah dengannya?
Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.
Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.
Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.
Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.
Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.
Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa
Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.
Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad
Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.
Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.
Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.
Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.
Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.
Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.
Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).
Pilihlah Yang Bertaqwa
Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:
"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."
Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.
Wallahu alam bi showwab.


Anda keseorangan?? Atau berteman?? Di dalam tandas?? Bilik persalinan?? Di bilik HOTEL ?? Anda perlu untuk tahu tentang ini.. Berguna untuk anda.. Merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu berpikir ada ke orang sedang perhati segala perlakuan anda.. Berhati-hatilah, khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan.. Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat! Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah. Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka. Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.       Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.     Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.   Jelaskan foto di atas ni? Jadi, harap lebih berhati-hatilah selepas ni.

Pesanan dari PDRM

by wacava.net on Sunday, May 8, 2011 at 8:30pm
Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta dilempar telur ayam jgn on wiper atau pancut air.Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba ditmpt slmt.Ini krn jika telur ayam bercampur air ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti.Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak.Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan. - Polis DiRaja Malaysia

p/s: Sebarkan notes ini 

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran


Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud :
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud :
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud :
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud :
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Petikan : ILovIslam Dot Com
 
 

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..



Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..
www.iLuvislam.com
oleh : azniey

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 “

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12
Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216
Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???


“Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.” (Surah Al Mu’min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia…Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna…
 
 

Khasiat pelukan suami

*Hiasan semata-mata, tiada kaitan dengan aku yer?*

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.



Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.



"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk 'Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.



Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.



Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.



`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.



Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.



`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 


Artikel asal: Ha Shim

Nota: Wah....abes tuh orang yang badan 'chubby-chubby' tuh jarang kena peluk dek suami dia ke? Kui kui kui
 

Mengapa Makan Buah dulu Sebelum Makan Nasi?

Selepas makan tengahari biasanya kita akan mengantuk. Mengapa ini terjadi? Mungkin kerana nasi yang kita ambil terlalu banyak, atau mengambil buah selepas makan nasi. Yeke? Bukankah makan buah itu menyihatkan dan dianjurkan?
Dalam jamuan keramaian, kebiasaannya buah akan disusun di meja terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan anjuran Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan asasi.

Selama ini, paradagma memakan buah selepas makan menjadi budaya yang tidak ditinggalkan dalam kalangan masyarakat walaupun hakikatnya pemakanan sebigini adalah tidak baik untuk kesihatan. Orang menganggap makan buah selepas makan adalah yang terbaik kerana buah adalah pencuci mulut yang semulajadi berkhasiat dan hakikatnya makan buah selepas makan membuatkan kita menjadi mual dan senak kerana perut kita mula dipenuhi dengan udara.

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.
Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.
Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.
Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.
Gaya pemakanan inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Tidak hairanlah, selama hidupnya Rasullullah S.A.W tidak pernah sakit, kerana menjalankan gaya pemakanan yang sihat, salah satunya ialah makan buah sebelum makan makanan asasi. Wallahua’lam.. :-) 


Ulangan: Minum Ais Selepas Makan Menambah Kalori

Assalamu’laikum.
Wah,lama sungguh tak mengupdate blog ni (padahal sehari je pun). Yelah,biasanya saya akan update 3 jam sekali. Tapi sehari dua ni, jaga anak saudara lepas tu banyak blog lain yang nak dihandle, kesian blog ni dilewat-lewatkan peng’update’tannya.
Baiklah, saya nak berkonsi sesuatu yang saya dapat dari radio IKIM iaitu MINUM AIS SELEPAS MAKAN BOLEH MENAMBAHKAN KALORI. Balik-balik pasal ais, sikit-sikit pasal ais. Kesian dekat ais. Tapi takpelah, demi kesihatan jugak. Bagaimana dengan meminum ais boleh menambahkan kalori dalam badan seseorang? Bayangkan anda sedang menikmat nasi beriani yang mengandungi santan ditambahkan pula dengan lauk ayam masak merah yang sudah tentu banyak minyak yang diperlukan ketika menumisnya, eh tiba-tiba ada pulak rendang daging lembu, minyak pun banyak kat sekeliling daging tu bila santan pecah. Anda makan dan terus makan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Bila dah berpeluh kepanasan sebab terlalu banyak menggunakan tenaga untuk tumpu pada makanan,anda ambil minuman yang berais sebagai pengubat dagaha. Walaupun ia adalah pengubat tetapi juga pembunuh dalam diam. Lemak-lemak yang masuk ke dalam badan pastinya melalui esofagus sebelum sampai ke organ pencernaan yang lain. Ketika makanan berehat sebentar di esofagus, anda minum minuman berais lalu minuman ini membekukan lemak-lemak yang terkandung dalam makanan tadi. Lemak-lemak tersebut tidak tercerna dengan baik sebaliknya bergumpal menjadi halangan dalam salur darah anda. Jadi, tidak mustahillah ramai manusia zaman sekarang mati mengejut akibat serangan sakit jantung. Sebab itulah kita dinasihatkan agar minum 10 minit selepas makan,jangan makan nasi berulam air. Jika kita mengambil air suam selepas makan, maka ia akan membantu mencairkan lemak-lemak di dalam organ pencernaan kita. Amalkan seperti budaya orang Jepun yang meminum teh hijau suam selepas makan. Sangat baguskan! Sekian buat kali ini..Wabillahi Tafiq Wal Hidayah.. Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



Dua Kekuatan




Hari ini kita akan belajar bagaimana untuk mencari dua kekuatan manusia. Berpesan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam nasihatnya, kekuatan dalaman manusia hanya diperoleh melalui dua cara


1) Mendirikan solat sunat tahajjud di sepertiga malam setiap hari

2) Meninggalkan minuman yang berais



Antara kedua-dua langkah ini, pilihlah salah satu sebagai amalan. Jika dapat mengamalkan kedua-duanya sekali,itu yang terbaik. Jika tak mampu, dirikanlah tahajjud setiap malam maka kita boleh minum ais. Jika tak mampu dirikan tahajjud setiap malam maka tinggalkanlah minuman berais. Ha, pilihlah mana suka. Tapi, rata-rata rakyat Malaysia memang tak boleh minum air panas sebab tak nikmat, tak terasa sedapnya nikmat minum air kalau tak berais dan rata-rata umat Islam juga liat untuk mendirikan tahajjud di malam hari. Jadi, macamana kita nak menjana kekuatan dalaman kalau satunya kita tak mampu amalkan dan satu lagi tak mampu tinggalkan?
Teringat pada pensyarah undang-undang saya yang berpesan pada pelajar-pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir semester ‘jangan minum air sejuk( air sejuk je pun,bukan ais),kalau nak minum fresh orange ke, minta yang suam.kalau saya jumpa kamu kat café minum air sejuk, saya jelling kamu’. Begitu sekali pandangan beliau terhadap orang yang minum air sejuk.

Teringat juga pada ibu saya yang melarang anak-anaknya minum minuman berais. Kalau nak juga, tak salah, tapi jangan selalu. Sebab tu kalau keluar dengan umi dan ayah mesti jadi baik, order air suam je. Beruntung dapat umi dan ayah yang mementingkan kesihatan anak dia ni. Di rumah kalau nak jumpa ais masa orang nak datang je, kalau orang tu cakap nak datang sehari sebelum, sempatlah buat ais. Kalau dia cakap 5 minit sebelum, terpaksalah saya menghidangkan mereka dengan air suam je lah..gurau je. Em, apalah agaknya keburukan meminum ais sehingga ulama’ kita meletakkan syarat tersebut.

Keburukan Minuman Berais

Saya ada terbaca artikel mengenai meminum minuman berais selepas makan boleh mendapat serangan jantung. Secara logik,mungkin ada kebenarannya. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan dan bukannya minuman berais. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru kebiasaan minum air panas atau suam sewaktu menikmati hidangan.

Memang enak dan segar minum air berais selepas makan, tetapi boleh menyebabkan kematian dalam usia yang muda jika ini yang kita amalkan setiap hari. Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.


Selain itu,mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempoh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah ini ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apple atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Minum minuman berais selepas melakukan aktiviti berat pun tak elok juga. Selepas bersukan contohnya, urat kita semuanya mengembang. Tapi bila kita minum ais, urat yang tadi mengembang akan serta-merta mengecut. Terkejut urat tu. Sebab tu lah kita selalu sakit-sakit sendi, sengal otot lah. Sebab tu juga kita punya perangai pun macam sengal.

Itulah serba sedikit yang dapat dikongsi. Saya ni dulu bercita-cita nak jadi doktor, tapi tak kesampaian. Jika ada yang tersalah, sila-silakanlah perbetulkan. Kalau join HPA, peguam pun boleh jadi doktor,surirumah pun boleh jadi doktor apatah lagi doktor yang memang sedia jadi doktor, bertambah-tambah ilmu tanpa bayaran yang tinggi nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Kalau Astro pemiliknya bukan Islam, tapi HPA adalah milik orang Islam. Tapi HPA menyerupai ASTRO kerana padanya macam-macam ada! Oklah, melawak je..Tapi serius. Wallahua’lam.
 

Malaysia Negara Orang Gemuk

Wah, tersentak tak dengan tajuk ni. Aku pun tersentak tatkala membaca tajuk akhbar ni masa di MAHA 2010 semalam. Ini bukan lagenda atau dongeng tapi ini adalah fakta. Malaysia negara orang gemuk. Lepas aku terpandang keratan akhbar ni, aku pun pandang setiap orang yang lalu lalang. Betul ke gemuk diorang ni? Walaupun bukan semua orang gemuk tapi majoritinya rakyat malaysia memang gemuk! Ada lemak berlebihan melampau disebelah daging.
Jadi tak mustahillah terlalu banyak produk di pasaran untuk menguruskan badan. Itupun tak berjaya jugak. Yang sebenarnya kalau nak berdiet, tak payah amik produk pun takpe. Yang paling penting keazaman yang tinggi untuk mengambil makanan yang seimbang, kurangkan makan dan bersenam setiap petang. Biar diet dan senaman bergerak seiring, barulah lemak-lemak tak sempat nak duduk kat badan kita. Aku pun sekarang setiap petang main pingpong. Sejak akhir-akhir ni baru ada keinsafan akan kepentingan senaman harian. Tapi ni dah start cuti, meja pingpong takde, aku main dalam internet je lah.
Lagi satu rakyat Malaysia ni memang cara hidup mengundang bahaya. Pagi-pagi sarapan, nasi lemak, roti canai, roti telur, nasi beriyani lah. Tengahari pun makan nasi lagi, lauk ayam, takde sayur. Memang tak sihat langsung. Selalunya aku tengok kaum lelaki kat cafe, selalu makan nasi dengan ayam je. Tak ada sayur. Tak seimbang langsung! Memang patutlah gemuk.
Aku pernah terbaca dalam satu artikel, kalau kita amalkan selama sebulan makan sarapan setiap pagi, roti canai dengan teh tarik. InsyaAllah lepas sebulan boleh dapat sakit jantung. Cubalah kalau tak percaya.



Punca Jerawat Belakang Badan Dan Cara Mengatasinya

Baru-baru ini aku diserang masalah ini dan sungguh, puncanya aku tak tahu dan selepas membuat kajian ringkas, barulah aku tahu puncanya adalah disebabkan perpeluhan yang sangat galak. :sad: . Mana taknya, setiap selasa, rabu, dan khamis malam, aku akan menghadiri latihan pingpong selepas solat isyak, habis je training, sampai je rumah, aku terus mendapatkan bantal dengan niat untuk merehat-rehatkan diri tapi rehat aku sampailah ke pagi. Macamanalah jerawat tak tumbuhkan? Macam orang mengantuk disorongkan bantal begitu jugalah jerawat tumbuh di belakang bila bakteria dah bersangkar kat baju yang berpeluh. Oh, teruk sangat perangai ini, tidak patut dicontohi.
Baiklah, kita teruskan dengan punca-punca jerawat belakang badan:
1. Disebabkan perpeluhan yang galak
2. Terus tidur ketika masih berpeluh
2. Resdung ( kebanyakan mereka yang tidak tumbuh jerawat di muka akan tumbuh jerawat di belakang badan. Kalau dua-dua ada, rezeki kalian memang besar)
3. Faktor pemakanan yang tidak sihat
Cara mengatasinya:
1. Mandi sebelum tidur
2. Kerap menukar baju. Jangan mengamalkan memakai baju banyak kali. (lelaki selalu buat ni)
3. Sapu bedak berubat seperti Agnesia atau Aiken selepas mandi.
4. Sapu krim benzoil peroksida 10% yang boleh didapati di farmasi.
5. Amalkan menukar tuala dan cadar tempat tidur sekerap mungkin. ( biasa orang guna sebulan baru tukar, itupun kalau teringatlah kan :mrgreen: )
4. Amalkan gaya pemakanan yang sihat dengan tidak cenderung terhadap sesuatu seperti ayam sahaja.
Ini adalah sekadar kajian peribadi aku. Semuanya boleh disangkal kerana tidak ada kajian saintifik pun. Sekadar berkongsi pengalaman dalam kehidupan. :cool: 

No comments:

Post a Comment