Tuesday, May 17, 2011

MUNGKIN INI BOLEH JADI PANDUAN 2

Waspada Gambar Facebook, Pujian Itu Racun

Posted on | January 30, 2011 | 33 Comments
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Pagi ini aku bersarapan french fries dan kopi radix, sangat menyelerakan dan seperti biasa kami sekeluarga akan duduk berborak-borak perkara ilmiah disertai gelak ketawa. Ummi aku memang banyak sangat cakap, kalau kita cakap 5 patah, beliau akan ulas lebih daripada 20 patah perkataan dan yang paling istimewa beliau akan kaitkan dengan isu semasa terutamanya politik. Walaupun ummi aku tak pernah masuk universiti, jauh di dasar hatiku, ummi lebih bijak daripada kami semua. Isu semasa dan politik dalam genggamannya!
pujian itu racun
Sampai satu bab ni, ummi bercakap pasal pujian. Ya Allah, aku memang tersentak dengan kenyataan tersebut. Ummi aku cakap kalau tengok budak-budak zaman sekarang, letak gambar kat facebook niat sebenarnya apa? Memang nak kena puji kan? Kalau kita ambil gambar untuk kenangan, kenapa perlu letak kat facebook? Sebab tunggu pujianlah kan? Bila tak ada komen, mulalah hati risau tak ada orang nak komen.
” Tak ada orang pun nak komen gambar aku..Sedihlah”
Bila orang puji
” Wah, cantiknya..Sweetlah”

” Cantiknya awak..Senyuman yang menawan”
Lepas tu kita pun jawab
” Terima kasih…..”
Aik, terima kasih? Memang sahlah kita hanya menunggu pujian semata-mata. Bukannya ucap
” Alhamdulillah, semuanya pemberian Allah”
Tapi takkan nak cakap Alhamdulillah sebab kita memang tunggu pujian kan? Maka terima kasih lah paling sesuai sebab kita memang nakkan pujian.
Pujian itu Racun.
Ummi berpesan, jika orang memuji kebaikan dan kecantikan kita setinggi gunung, ingatlah bahawa Allah dan kita lebih tahu keburukan yang ada pada diri kita seluas lautan. Tak malu kah kita orang memuji kebaikan kita tapi sebenarnya kita ada sesuatu yang lebih buruk daripada pujian tersebut.
Sekadar pesanan buat diri sendiri yang sering terlupa dan tidak lupa untuk kalian juga.. Wallahua’lam.
*** Aku memang ikhlas kalau memuji orang tapi memuji orang pun tak boleh sebenarnya..Apatah lagi minta dipuji..Astaghfirullah..


Upin & Ipin Agenda Yahudi?

Posted on | December 12, 2010 | 46 Comments
Jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin! Aku pun tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Ini adalah fowarded email untuk aku kongsikan bersama.
***SEBELUM TU SAYA AHMAD SAIFUL MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH.. ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DAN BUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN…***
***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***
Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud ” Aku suka Israel.”
Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.
“U” bermaksud “USA”
“I” bermaksud “Israel”
Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon,Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.
LAGI SATU :
Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g.Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘Israel’.
4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul.
ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..
***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSIKAN BERSAMA***
Tamat E-mail
Aku sendiri pun tak tahulah nak percaya atau tidak kerana kebelakangan ini terlalu banyak konspirasi yang didedahkan, samada kebetulan atau dirancang, Allah saja yang mengetahui. Apa yang penting, perkuatkan diri sendiri dengan ilmu, insyaAllah, kita tak akan mudah dipengaruhi.


Allah Bukannya Haiwan?

Cuba kalian perhatikan lirik lagu ini, ada tak rasa pelik? Rasa nak marah ke? Kalau takda takpa. Aku sebenarnya tengah marah kat radio IKIM yang selalu sangat putarkan lagu ini. Ayah aku pernah terbaca dalam paper yang lagu ni dah diharamkan oleh radio IKIM tapi tadi baru aku dengar lagi. Terpacul dari mulut aku disebabkan tindakan refleks
Bodoh betul ..Sukati je buat lagu tanpa selidik dulu, ikut main sedap mulut nak nyanyi je.
Bodoh di sini maknanya, ada ke patut mereka bandingkan Allah itu dengan haiwan? Dengan Patung? Allah bukannya gunung dan bulan? Gila ke hape penulis lirik ni. Budak kecik yang belajar di PASTI pun tak perlu diberi bandingan sebegini. Kalau kalian perasan, Indon selalu macam ni. Buat lagu yang tak boleh diterima oleh hati.
Tension betul. Dahlah banyak lagi study tak habis ni, dengar pulak lagu ni, eiiii.. :-S
Allah Yang Kucintai by Sakha
Allah yang kucintai
Allah yang kusayangi
Allah selalu kupuja selalu kupuji dan kutaati
Allah bukan manusia
Allah bukannya hewan
Allah bukannya patung
Bukannya gunung bukannya bulan
Allah,Allah
Tiada Tuhan selain Allah
Muhammad utusan Allah
Kita semua ciptaan Allah
Allah, Tuhan yang Esa
Tiada Tuhan selain Dia
Pencipta alam semesta
beserta seluruh isinya
Muhammad utusan Tuhan
Membawa kitab Al-Qur’an
Wajib kita amalkan
Itulah jalan keselamatan


Setuju Tak Make-up Menuakan Wajah Seseorang?

alatan make-upAssalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah
Aku baru sahaja selesai test Bahasa Inggeris, disebabkan aku boleh menjawabnya dengan baik, aku rasa gembira untuk update blog ini.
Ok, tajuk di atas adalah respon kepada entri cik Zul yang terbaru, bagi yang tak bersetuju bolehlah menyatakan ketidak puasan hati kalian di kotak komen. :D
Pada penelitian saya, make-up hanyalah membuatkan wajah seseorang menjadi lebih tua berbanding usianya yang sebenar. Make-up di sini bermaksud, make-up yang tidak sesuai dikenakan, bagi mereka yang pandai mengenakan make-up, isu ini pasti tidak akan bebangkit.
Seperti gambar yang berada di blog cik Zul, saya menyangka perempuan itu umurnya berada dalam lingkungan 25 dan ke atas tetapi sebenarnya, gadis ini lahir pada tahun 1993 dan umurnya baru sahaja 18 tahun! Tidakkah jauh bezanya anggaran umur orang yang melihatnya dengan umur beliau yang sebenar. Jadi benarlah teori saya bahawa make-up ini hanyalah membuatkan seseorang lebih tua jika tidak kena pada tempatnya.
Pendapat peribadi saya, saya tak suka melihat orang make-up kerana bila perempuan yang biasa make-up, wajahnya akan tampak kusam bila tidak bermake-up. Jadi adalah lebih baik jika kita tidak memakai make-up supaya wajah nampak lebih natural dan tidak kusam. Kalau make-up nak tutup jerawat, tak perlulah kot, biasalah tu jerawat kan bunga-bunga remaja. Tengok macam kak suri, serius natural! :D 


Pilihan Raya Malaysia – Remaja 21 Tahun,Tunaikan Tanggungjawab Anda!


Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah.
pilihan raya malaysia Terima kasih kepada Encik Zul kerana mengingatkan aku kepada pendaftaran yang aku pernah buat untuk melayakkan diri ini mengundi di Pilihan Raya Malaysia akan datang.
Sebenarnya, aku telah daftar mengundi pada September tahun lepas sejurus sahaja usiaku mencecah 21. Bulan November aku cuba semak daftar memilih, dengan kecewanya aku memberitahu ayah yang maklumat peribadi aku masih tidak direkodkan. Ok, tak apalah, aku pun menjalani kehidupan seperti biasa.
Semalam aku cek di sini, maklumat peribadi aku sudah pun direkodkan. Tahniah buat diri aku sendiri kerana boleh menyertai orang dewasa yang lain untuk mengundi pemimpin yang layak sahaja untuk memimpin rakyatnya.
Bagi mereka yang sudah mencecah umur 21 tahun, bolehlah menunaikan tanggungjawab kalian kepada negara dengan mendaftar mengundi di pejabat pos terdekat. Jangan buat-buat lupa atau tadak ambil kisah kerana 1 undian adalah sangat bermakna dalam menentukan halatuju kepimpinan di negara kita.
Sekian saja buat kali ini, terima kasih :) 


Download Mp3 Ruqyah Pengesan Jin Dan Penawar Sihir

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
gangguan makhluk halus
Di sini aku inginkan berkongsikan MP3 Ruqyah Pengesan Jin Dan Penawar Sihir buat mereka yang ingin memagar diri atau menghindari gangguan makhluk halus. Sebelum itu, adalah lebih baik kalian membaca Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus.
Seelok-eloknya bukalah bacaan ini sebanyak 3 kali sehari kerana ia membantu untuk mengusir makhlus halus dan memagar diri kita daripada perkara yang tidak diingini.
Baik, ini untuk MP3. Di sini saya sertakan ayat penawar sihir yang saya jumpa ketika mencari bahan rujukan assignment saya yang bertajuk The Establishment of Black Magic Act : The Applicability and Relevancy to the Malaysian Law. Ada sesiapa yang nak berkongsi idea tentang kerelevanan penggubalan Akta Jenayah Sihir di Malaysia?
Teringat pesanan seorang pengamal perubatan islam, bagi individu yang ingin sembuh daripada gangguan makhluk halus, 70% usaha adalah datang daripada individu itu sendiri dan 30% usaha daridapa pengamal perubatan islam. Kesimpulannya, diri kita sendiri mampu melawan gangguan tersebut jika mengamalkan bacaan dari ayat suci Al-Quran. Namun begitu, Allah jua lah yang memberikan keizinan atas segalanya.
Sekian untuk kali ini. Semoga mendapat manfaat darinya.


Tanda-tanda Gangguan Makhluk Halus

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
-Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
-Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
-Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
-Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
-Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
-Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia
-Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
-Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
-Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
-Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
-Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
-Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
-Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
-Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

a.Terlalu marah.
b.Terlalu takut.
c.Nafsu syahawat yang tinggi.
d.Manusia yang lalai.
e.Jahil
-Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
-Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
-Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
-Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
-Mimpi buruk yang menakutkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
-Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
-Mimpi melihat makhluk halus.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
-Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
-Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
-Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
-Hilang ingatan (Gila).
-Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
-Lesu dan malas.
-Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
-Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
-Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi.
-Melihat sesuatu yang pelik.
-Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
-Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
-Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
-Jiwa lemah dan mudah mengalah.
-Selalu mengantuk.
-Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
-Mudah marah dan panas baran.
-Hilang darah.
-Agresif dan bertindak liar.
Sumber: Ustaz Sharhan
Setiap malam tersedar dari mimpi yang menakutkan,dada berdebar-debar, membuatkan aku menangis, insan-insan yang aku kasihi seringkali dibunuh. Ya Allah, jauhi aku dari segala permainan jin dan syaitan yang tak pernah jemu menyesatkan manusia. Aku hanyalah manusia yang lemah jiwanya, tanpa pertolonganMu, aku tidak mampu… 


Manusia dan jin..




Sudah sekian lama ingin saya berkongsikan pengalaman yang sangat berharga ini. Jika dahulu, saya sendiri agak sukar untuk mempercayai kehidupan alam ghaib ini tetapi setelah hampir beberapa tahun ini saya adalah penghidap penyakit sakit kepala yang tegar, segalanya terbongkar setelah melihat dengan mata kepala sendiri pesakit yang menerima rawatan akibat gangguan makhluk halus melalui kaedah perubatan islam daripada ustaz-ustaz yang mendalami ilmu ghaib ini. Pengalaman melihat perempuan yang mengaum seperti harimau akibat gangguan saka,ibu saudara saya yang mengilai dan menangis bertukar menjadi orang lain secara total, juga gangguan saka, kaca dan jarum yang keluar daripada dada ayah saya sendiri apabila telur dialinkan ke atasnya akibat santau dan seorang wanita yang bertukar serta merta menjadi bukan dirinya sendiri akibat di sihir, situasi yang berbeza ini benar-benar meyakinkan saya bahawa ilmu ghaib yang sukar untuk dipercayai dulu sememangnya wujud sudah berkurun-kurun dahulu.
Umumnya, perkara ghaib ini dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu saka, santau dan sihir manakala secara khususnya, terdapat berbagai istilah yang mungkin merujuk kepada makna yang sama. Saka ialah jin yang dipelihara oleh nenek moyang terdahulu apabila mereka membuat perjanjian untuk menjaga diri dan harta sepanjang hidup mereka sehinggalah yang membuat perjanjian itu mati kemudian jin ini akan menjadi jin yang tidak mempunyai tuan atau pembela maka ia akan mencari tuan atau pembela dari kalangan anak tuannya yang telah mati itu tadi. Saka terbahagi kepada dua sahaja iaitu, saka yang kita tahu, dan tidak tahu. Ini bermaksud, saka yang kita tahu ialah di mana kita mengetahui nenek moyang kita pernah membuat perjanjian lalu dengan rela hati, kita akan menerima jin itu untuk dipelihara setelah kematian nenek moyang kita manakala saka yang kita tidak tahu adalah kita tidak pernah dikhabarkan akan perjanjian nenek moyang kita dengan jin tetapi kita yang menerima kesakitannya. Rata-ratanya pada hari ini, masyarakat melayu tidak mengetahui bahawa nenek moyang mereka pernah membuat perjanjian dengan jin, jadi bagaimana mereka ingin meneruskan perjanjian jika mereka tidak tahu perjanjian pernah dibuat antara nenek moyang mereka dengan jin? Dari situ, wujudlah tanda-tanda saka apabila jin yang terbiar tanpa bertuan itu mengganggu anak cucu tuannya iaitu seperti susah tidur malam, jiwa lemah dan mudah mengalah, selalu mengamuk, sakit kepala dan seluruh badan, mudah marah dan panas baran dan berbagai-bagai lagi tanda –tanda saka yang telah dikenal pasti, dan kesakitan ini hanyalah dapat dilenyapkan apabila kita bersutuju untuk menerima jin yang pernah dipelihara nenek moyang yang terdahulu.

“Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…” – Surah al-Jin: 6
Mungkin sesetengah masyarakat kita agak sukar untuk menerima kenyataan ini kerana kita telah maju dengan ilmu sains dan kedoktoran yang hebat,yang mampu mengesan penyakit kanser payudara adalah disebabkan pembiakan sel-sel kanser, tetapi bukankan sains dan ilmu ghaib itu saling berkaitan? Saya ambil satu contoh, jika seorang wanita sukar mengandung, dari sudut sainsnya mungkin telur ovumnya tidak subur, tetapi dari sudut ilmu ghaibnya, jin telah memegang rahimnya sehingga mengganggu sistem dalaman seorang wanita dan sebagainya. Kerana itu lah saka mampu meretakkan hubungan rumahtangga yang bahagia. Ikuti kisah seterusnya..

Dimana Hebatnya Wanita?




“ Kau nak beranak lagi ke lepas ni Aimi?”, soal Nadia pada teman baiknya, Aimi,yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak ke empat. Aimi hanya tergelak kecil, tanpa jawapan yang spesifik. Soalan itu dibiarkan sepi.

Begitulah dialog dua orang perempuan atau lebih lembut lagi, wanita, jarang sekali mengeluh biarpun sudah berapa ramai anak yang dilahirkan, biar sakit tetap sudi bertarung nyawa untuk meramaikan ummat Muhammad di atas muka bumi ini. (tiba-tiba jadi matang). Biasanya mereka berkata ‘taknak’ adalah sebelum melahirkan kerana takutnya menghadapi saat-saat kelahiran tetapi berbeza pula selepas kelahiran, mereka hanya tersenyum seperti dalam dialog di atas kerana terasa akan nikmatnya memiliki cahaya mata.

Ketika saya bermain dengan anak saudara yang baru berusia beberapa hari (dah pandai berlari setempat), telinga saya sempat saja mencuri perbualan nenek dan ibu saya yang rancak berbual mengimbau kenangan lalu tentang kelahiran anak-anak mereka yang sudah pun melahirkan anak-anak mereka pula. Nenek saya memang hebat, berkahwin seawal 14 tahun ( terkejut? memang menakjubkan!) dan melahirkan anak seramai 13 orang tetapi 5 orang telah di’simpan’ buat rahmat di akhirat kelak. Tetapi anak-anak nenek saya masih belum ada yang memecah rekod ibunya ini.

Saya terkesan dengan kata-kata ibu saya yang memetik dari kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:

“ Nyawa-nyawa yang hidup di atas muka bumi ini semuanya dilahirkan daripada perempuan. Ada ke lelaki yang lahirkan?”

Hebatnya perempuan! Tiba-tiba rasa diri ini sangat kuat untuk menempuh masa akan datang. Takkan tergugah lagi dengan cerita-cerita Maisarah dan Huda yang mengerikan. Betapa Allah menyediakan darjat yang istimewa buat perempuan sekiranya mereka sanggup melalui kesusahan yang juga disediakanNya. Sesuatu yang berharga takkan dikurniakan begitu mudah.

Buat perempuan di luar sana, pilihlah jalan ini. Jangan dihalang dengan pil-pil yang tidak diketahui dari mana asal usulnya kerana anak adalah rezeki dan amanah yang Allah lebih tahu mengapa Dia memberikannya kepada kita. Ramai pasangan yang berkahwin bertahun-tahun lamanya tetapi disebabkan Allah masih tidak mengizinkannya,mereka masih tiada zuriat maka mereka sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan zuriat, ada juga pasangan yang empat tahun sekali baru dapat anak sedangkan sebenarnya mereka inginkan anak setahun sekali, apalah yang boleh dilakukan kerana inilah yang dikatakan rezeki Tuhan.

Oleh itu, jangan sesekali mengucapkan untuk tidak mahukan anak lagi kerana kalian akan menjadi orang yang hebat jika meramaikan manusia yang bernafas di muka bumi ini. Kalau tak nak jadi hebat tak mengapa, cukuplah setakat itu.

Inilah pengajaran yang saya terima hari ini daripada perbualan insan-insan yang makan garam terlebih dahulu. Selalulah duduk mencuri perbualan orang-orang tua kerana banyak manfaatnya. Semoga Allah menetapkan jiwa ini, juga melembutkan hati ini dari hari ke hari. Sesungguhnya hanya Dia yang memahami hati-hati hambanya..

Cara Menghapuskan Lipas?

Posted on | March 10, 2010 | 2 Comments
Harap-harap artikel ini dapat membantu mereka di luar sana yang berdepan dengan masalah luar biasa ini..


KLIK PADA GAMBAR TUK DIBESARKAN.....

No comments:

Post a Comment