Thursday, May 19, 2011

DUA2 PENTING....KERANA TIADA SALAH SATU TIADA KITA....KITA BUKAN NABI ISA AS....DUA2 BERJASA MENGIKUT TANGGUNG JAWAB...TAK REDANYA MEREKA MAKA TAK REDALAH JUGALAH ALLAH....JIKA KHIDMAT UTAMAKAN IBU SESUAI DENGAN SIFAT LEMAHNYA...HORMATNYA SETANDING BUKAN IBU ITU LEBIH....SILA FAHAMKAN MAKSUD HADIS....HINGGA BAPA DIABAI....

Suami berkorban nyawa

Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: ‘Allah! Allah!’. Itulah perkataan terakhir yang sempat diucapkan oleh seorang pesara guru besar sebelum maut akibat lemas di dalam asap tebal apabila bilik tidur rumahnya di Jalan Raja Dewa terbakar jam 4.45 pagi semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa, Omar Ismail, 78, yang uzur akibat angin ahmar sedang tidur bersama isterinya, Hasnah Mustapa, 72, sebelum tersedar akibat bahang di dalam bilik.

Sebaik tersedar, mangsa mengejutkan isterinya serta membawanya keluar bilik dan mengarahkannya supaya mengejutkan anak bongsu, cucu serta pembantu rumahnya supaya menyelamatkan diri.
Mangsa cuba memadamkan api sendirian, tetapi mungkin akibat terhidu asap, mangsa dipercayai rebah dan tidak sedarkan diri. Hasnah berkata, dalam kekalutan itu, dia sempat melihat suami sedaya upaya memadamkan api menggunakan air yang diisi dalam baldi. Beberapa ketika kemudian saya terdengar suami melaungkan Allah! Allah!“ katanya.

Menurut Hasnah, sebaik terdengar laungan itu dia cuba menjenguk ke dalam bilik yang terletak di tingkat atas, tetapi hanya mampu melihat asap tebal sebelum bergegas mengelak daripada terhidu asap.

Katanya, selepas api berjaya dipadamkan, suaminya ditemui terbaring dalam bilik berkenaan dengan kesan melecur pada bahagian bahu.

“Suami sanggup menggadaikan nyawanya sendiri semata-mata untuk menyelamatkan kami sekeluarga walaupun dia sendiri uzur.

“Tindakannya masuk semula ke bilik bagi memadamkan kebakaran serta mengarahkan saya mengejutkan anggota keluarga yang lain tidak disangka-sangka menyebabkan dia sendiri terkorban,” katanya.
Menurutnya, mangsa pernah bertugas sebagai guru besar di beberapa buah sekolah dan yang terakhir di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Chepa.

“Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Berangan, Kadok, selepas solat Zuhur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Hassan Wan Idris, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 4.45 pagi dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Katanya, seramai 17 anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian bersama empat jentera segera memadamkan api di bahagian bilik atas terbabit dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring.
KOTA BHARU: ‘Allah! Allah!’. Itulah perkataan terakhir yang sempat diucapkan oleh seorang pesara guru besar sebelum maut akibat lemas di dalam asap tebal apabila bilik tidur rumahnya di Jalan Raja Dewa terbakar jam 4.45 pagi semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa, Omar Ismail, 78, yang uzur akibat angin ahmar sedang tidur bersama isterinya, Hasnah Mustapa, 72, sebelum tersedar akibat bahang di dalam bilik.

Sebaik tersedar, mangsa mengejutkan isterinya serta membawanya keluar bilik dan mengarahkannya supaya mengejutkan anak bongsu, cucu serta pembantu rumahnya supaya menyelamatkan diri.
Mangsa cuba memadamkan api sendirian, tetapi mungkin akibat terhidu asap, mangsa dipercayai rebah dan tidak sedarkan diri. Hasnah berkata, dalam kekalutan itu, dia sempat melihat suami sedaya upaya memadamkan api menggunakan air yang diisi dalam baldi. Beberapa ketika kemudian saya terdengar suami melaungkan Allah! Allah!“ katanya.

Menurut Hasnah, sebaik terdengar laungan itu dia cuba menjenguk ke dalam bilik yang terletak di tingkat atas, tetapi hanya mampu melihat asap tebal sebelum bergegas mengelak daripada terhidu asap.

Katanya, selepas api berjaya dipadamkan, suaminya ditemui terbaring dalam bilik berkenaan dengan kesan melecur pada bahagian bahu.

“Suami sanggup menggadaikan nyawanya sendiri semata-mata untuk menyelamatkan kami sekeluarga walaupun dia sendiri uzur.

“Tindakannya masuk semula ke bilik bagi memadamkan kebakaran serta mengarahkan saya mengejutkan anggota keluarga yang lain tidak disangka-sangka menyebabkan dia sendiri terkorban,” katanya.
Menurutnya, mangsa pernah bertugas sebagai guru besar di beberapa buah sekolah dan yang terakhir di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Chepa.

“Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Berangan, Kadok, selepas solat Zuhur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Hassan Wan Idris, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 4.45 pagi dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Katanya, seramai 17 anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian bersama empat jentera segera memadamkan api di bahagian bilik atas terbabit dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring.


Kasih Rafidah ke hujung nyawa






ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.
Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.
Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.
Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.
Api menyambar tubuh
Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.
Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.
Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.
Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.
Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.
Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya ‘disambut’ dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.
“Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda,” ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.
Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain.
Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.
“Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api,” katanya.
Jeritan sayu Rafidah
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.
Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya.
Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: “Abah tolong Along!” dan “Ji, tolong Along Ji!” sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.
Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.
Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.
Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban.
“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.
“Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi,” katanya.
Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.
“Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik,” katanya.
Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.
“Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini,” katanya sebak.
Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya,” katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.
Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.
Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.
Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.


GANJARAN ANAK SOLEH/SOLEHAH DAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA




Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa
HUKUM BERBAKTI KEPADA IBU BAPA.
Berbakti kepada ibu dan bapa wajib keatas semua yang bergelar anak.Allah mewajibkannya sebagaimana Allah mewajibkan solat dan puasa walaupun kedua ibu bapa itu kafir,sebagaimana FirmaAllah Taala di dalam surah Luqman ayat 15:
﴿وإن جاهداك على أن تشرك بى ما ليس لك به علم فلا تطعهما وصاحبهما فى الدنيا معروفا
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan aku dengan sesuatu yang engkau tidak punyai ilmu tentang itu,maka janganlah engkau mentaati keduanya dan pergauilah keduanya dengan jalan yang baik.
Di dalam sebuah hadith yang menceritakan perihal Asma’ Abu Bakar yang bertanya pada Rasulullah adakah boleh dia berhubung dengan ibunya seorang musyrik,lalu Rasululullah membenarkannya.Banyak lagi Dalil-dalil Al-Quran dan Hadith yang menceritakan mengenai kewajiban berbakti pada ibu bapa walaupun ibu bapa yang bukan beragama islam.

Doa untuk ibu bapa

MENGAPA KITA PERLU BERBAKTI KEPADA IBU DAN BAPA?
*Ketahuilah wahai sesiapa yang bergelar anak,sesungguhnya kedua ibu-bapa adalah sebab kewujudan kalian di dunia,dan Allah telah memuliakan hak mereka keatas kamu.Allah S.W.T meletakkan tanggungjawab berbakti kepada keduanya bersama dengan perintah beribadah dan mantauhidkan Allah.Bersyukurlah pada Allah dan bersyukurlah pada kedua ibu bapamu,sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 14:
﴿أن شكرلي ولولديك إلى المصير
“Bersyukurlah kepadaku dan kepada orang tuamu,Hanya kepada aku kembalimu”
Ayat di atas menyeru kepada kita supaya bersyukur kepada Allah kerana nikmat diciptakan ke dunia dan nikmat dikurniakan iman,dan bersyukurlah kepada kedua ibu bapa kerana mendidik kita dan kerana mereka kita wujud di dunia.
*Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu dan kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan,sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan imbalan tidak kiralah imbalan atau ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.
*Ketahuilah juga kamu akan mendapat balasan daripada anak-anak kamu kelak sama seperti apa yang telah kamu perlakukan pada ibu dan bapa kamu,jika kamu berbuat baik dan berbakti kepada mereka,anak-anak kamu kelak akan melakukan hal yang sama dan begitu juga sebaliknya.
*Nabi (S.A.W) telah menerangkan bahawa redha Allah adalah pada Redha ibu-bapa,dan murka Allah juga pada marah ibu bapa,sebagaimana sabda Nabi (S.A.W):
رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
*Berbakti kepada kedua ibu bapa merupakan sebab dapat masuk ke syurga dan juga merupakan cara yang membawa kita ke sana bahkan ia adalah sebaik-baik cara masuk ke dalamnya.
*Berjihad di jalan Allah merupakan sebaik-baik amalan di sisi Allah S.W.T tetapi Rasulullah lebih mengutamakan berbakti kepada ibu bapa dan ini dibuktikan melalui kisah seorang sahabat iaitu Abdullah bi Amru bin Al-Ash yang datang kepada Nabi dan memohon izin untuk ikut berjihad,lalu baginda nabi (S.A.W) bertanya adalah ibu bapanya masih hidup,beliau menjawab ya masih hidup lalu Nabi S.A.W menyuruh beliau pulang dan bersabda:Pada mereka berdua ada jihad yang bermaksud berjihad menahan nafsu dan sabar dalam berbuat baik dan berbakti kepada keduanya.
عن عبد الله بن عمرو بن العاص:جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأستأذنه في الجهاد,فقال:أحي والدك؟قال:نعم:قال:"ففيهما فجاهد.
*Berbakti kepada kedua ibu bapa juga sebab kepada panjang umur serta luas dan bertambahnya rezeki.
Sebagaimana sabda Rasulullah (S.A.W) dalam satu hadith: “Barangsiapa yang suka umurnya dipanjangkan dan bertambah pada rezekinya maka berbaktilah pada kedua ibu dan bapa serta hubungkanlah silaturahim”
*Bahkan ada Ulama yang menyebut bahawa berbakti kepada ibu bapa menghapuskan dosa-dosa iaitu dosa-dosa besar.Telah berkata Imam Ahmad ibnu Hambal:Sesunggunya berbakti kepada ibu bapa menghapuskan dosa-dosa besar.
*Berbakti kepada ibu bapa juga dapat menghilangkan kesulitan dan diperkenankan doa,Menurut hadith yang panjang yang menceritakan tentang 3 orang lelaki dari Bani Israil yang pergi berlindung dari hujan dalam sebuah gua,lalu kerana hujan turun dengan lebat dengan izin Allah menyebabkan seketul batu yang besar jatuh di depan pintu gua lalu menutupnya dan mereka terhalang untuk keluar,lalu ketiga-tiga mereka berdoa dengan bertawasul amal kebajikan yang telah mereka lakukan kepada Allah,salah seorang dari mereka bertawasul dengan menyebut baktinya kepada orang tuanya,diriwayatkan lelaki ini menyebut bahawa kedua orang tuanya tinggal bersamanya dan setiapa kali sebelum tidur kedua orang tuanya akan minum susu dan dia sendiri yang akan menghidangkan kepada orang tuanya,pada satu malam dia terlewat pulang dan mendapati kedua orang tuanya telah tidur,dia sangat tidak sampai hati mengejutkan kedua ibu bapanya itu lalu berdiri di samping orang tuanya itu sambil memegang gelas yang berisi susu sehingga pagi dan setelah kedua orang tuanya bangun barulah dia memberikan susu kepada mereka.Berkat berbakti kepada ibu bapa dengan izin Allah batu yang menghalang pintu gua bergerak sedikit,dan berkat gabungan amal soleh mereka bertiga akhirnya mereka dapat keluar dengan selamat dari gua tersebut.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK KITA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA.
Berbakti kepada ibu bapa adalah berbuat baik kepada mereka,sentiasa memberikan kebaikan dan sedaya upaya menghalang perkara buruk dari menimpa mereka.
1) Taat kepada mereka hanya pada yang bukan maksiat pada Allah,dan jika diarahkan melakukan maksiat pada Allah janganlah kita taati kerana TIDAK DIBENARKAN TAAT PADA MAKHLUK PADA PERKARA-PERKARA MAKSIAT PADA ALLAH.
2) Bertutur dengan lemah lembut dan merendahkan suara semasa bercakap dengan kedua ibu bapa sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 23-24 yang bermaksud:
“Maka sekali-kali janganlah engkau berkata “ahh”dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku,Sayangailah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil”
3) Mempermudahkan hal nikah kahwin,
ADAKAH BERAKHIR BAKTI ANAK-ANAK PADA IBU BAPA SETELAH KEMATIAN MEREKA?
Berbakti kepada mereka bukan hanya semasa hidup sahaja tetapi ianya berterusan sehingga mereka meninggal tetapi dengan cara yang berbeza:
1)Mendoakan dan memohon keampunan untuk mereka,sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“dan ucapkanlah Wahai Tuhanku,Sayangailah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil”
Dan sebagaimana sabda Nabi (S.A.W) dalam sebuah hadith:
“Jika telah mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah Jariah,ilmu yang bermanfaat,atau ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKANNYA”
2) Melunaskan hutang piutang yang mereka tinggalkan,dan yang paling utama patut dilunaskan hutang mereka dengan Allah seperti Qada’ puasa,nazar atau haji.
Di dalam sebuah hadith,diriwayatkan telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan berkata:Aku telah kematian ibuku,ibuku mati dan dia tidak menunaikan puasa selama sebulan,adakah aku perlu menqada’kannya,lalu Rasulullah menjawab Ya,
3)Menunaikan hajat atau wasiat yang ditinggalkan selagimana tidak pada perkara maksiat dan bersedekah untuk mereka.
Sebagaimana sebuah hadith yang meriwayatkan Telah berkata Saad ibnu Ubadah kepada Nabi:Sesungguhnya ibuku telah mati dan ketika dia meninggal aku tiada di sisinya,adakah bermanfaat padanya jika aku bersedekah untuknya?Rasulullah menjawab:Ya.
4)Dan diantara cara berbakti setelah kematian mereka adalah dengan memuliakan sahabat-sahabat mereka yang masih hidup dan sesiapa yang mereka sayangi.
DIANTARA DUA IBU DAN BAPA ,HAK SIAPA YANG LEBIH UTAMA DALAM UNTUK BERBAKTI?
Pada asasnya kedua ibu bapa hak untuk berbakti dan berbuat baik kepada mereka adalah sama,tiada yang lebih dan kurang.Tetapi ianya sesuatu yang mustahil untuk kita berbakti kepada dua individu dalam satu masa yang sama.Satu contoh yang diberikan jika ibu mengarahkan anak membuat sesuatu pekerjaan pada masa yang sama ayah turut meminta anak membantunya,jadi dalam keadaan ini permintaan siapa yang patut didahulukan.
Jumhur Ulama telah menetapkan bahawa hak ibu lebih perlu diutamakan melebihi hak bapa,utamakan berbakti pada ibu dan bergaullah dengan lemah lembut.Ini adalah kerana di dalam sebuah hadith Rasulullah telah menyebut ibu sebanyak 3 kali dan ayah hanya sekali.Satu faktor lagi Rasulullah menyandarkan kalimah ayah dengan menggunakan kalimah "ثم" yang mana di dalam kaedah bahasa arab ianya membawa maksud turutan yang selepasnya.
عن أبي هريرة قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال:من أحق الناس بحسن صحابتي؟قال:أمك ,قال:ثم من؟ قال:ثم أمك قال:ثم من؟قال:ثم امك,قال ثم من؟قال :ثم أبوك (متفق عليه)
Pendapat lain:Kedua-duanya sama,hak ibu dan bapa adalah sama.pendapat ini adalah menurut sebuah hadith:
معاوية بن جاهمة قال:أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت:يا رسول الله إني كنت أردت الجهاد معك ابتغي بذالك وجه الله والدار الاخرة ,قال : ويحك أمك؟قال نعم,قال أرجع فبرها
MENGAPA IBU LEBIH BERHAK?
Hak seorang ibu yang melebihi hak bapa adalah kerana apa yang telah seorang ibu terpaksa tanggung dan deritai sepanjang tempoh kehamilan dan membesarkan seorang anak,seorang ibu terpaksa melalui pelbagai rintangan sepanjang tempoh kehamilan,menjadi lemah kerana menanggung seoarng bayi di dalam rahimnya.Begitu juga sepanjang tempoh menyusu,waktu rehat ibu tertanggu dek tangisan si bayi yang tidak mengira waktu.Ayah pula hanya bertanggungjawab selepas itu yakni sama-sama membesarkan anak,memberi pendidikan dan nafkah.Berdasarkan firman Allah Taala di dalam surah Al-Ahqaf ayat 15:
﴿ووصينا الإنسان بوالديه إحسانا حملته أمه كرها ووضعته كرها وحمله وفصاله ثلاثون شهرا
Firman Allah taala dalam surah Luqman ayat 14:
﴿ووصينا الإنسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله فى عامين أن شكرلي ولوالديك إلى المصير
Di dalam sebuah Hadith yang menyebut hak berbakti kepada ibu yang lebih utama.
   
سئل النبي صلى الله عليه وسلم :أي الناس أعظم حقا على المرأة؟قال:زوجها.فعلى الرجل ؟قال :أمه.(رواه الحاكم)



Mentaati kedua Ibu Bapa

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
Huraian:
  • Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
  • Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
  • Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
  • Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
  • Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Berbakti Kepada Ibu Bapa…

imageHadis yang menjadi teras perbincangan:
عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبى صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله تعالى؟قال:الصلاة على وقتها,قال:ثم أي؟ قال:ثم بر الولدين ,قال:ثم أي؟ قال: الجهاد في سبيل الله قال: حدثني بهن رسول الله صلى الله عليه
“Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W),Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala:Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa,Aku Bertanya Lagi,Apa Lagi Wahai Rasulullah?Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah,Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
       [Hadis riwayat Imam Bukhari & Bukhari]

PENERANGAN HADIS:
Tidak akan pernah kita mendengar di dunia keghairahan dan keinginan kepada amal kebaikan melebihi atau setanding para sahabat Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah golongan yang benar-benar mengetahui dan menyedari bahawa ilmu agama merupakan asas kepada semua kebaikan lalu tanpa berlengah mereka akan bersungguh-sungguh mempelajarinya dan bersungguh-sungguh mendengar sabda Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam.
Mereka merupakan golongan yang paling mengetahui dan memahami Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam. Segala sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya akan langsung diajukan pada Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam. Keghairahan mereka kepada beramal melebihi keinginan mereka kepada ilmu, mereka sedaya upaya cuba mengikut segala amalan Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam tidak kira samada dari ucapan atau amalan-amalan nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam dan semua itu semata-mata mengharapkan pahala dan ganjaran dari Allah ‘Azza Wa Jalla.
Semestinya di antara amalan-amalan akan ada amalan yang afdhal dari amalan yang lain,dan mereka akan bertanya kepada Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam apakah dia amalan yang terbaik untuk memperbanyakkan lagi amal kebaikan mereka.S elain dari hadis di atas , banyak lagi contoh soalan yang diajukan oleh para sahabat kepada baginda Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana menggambarkan betapa golongan sahabat amat ghairah pada amal kebaikan antaranya telah bertanya Abu Musa Apakah islam yang terbaik?
Rasulullah menjawab: Muslim yang menyelamatkan muslim yang lain dari lidah dan tangannya. Juga sebagaimana soalan yang diajukan Abu Dzar tentang amalan yang terbaik lalu Rasulullah menjawab : Beriman kepada Allah dan RasulNya,Berjihad di jalan Allah,dan haji yang Mabrur. Juga soalan Abu Hurairah mengenai apakah itu islam yang baik, Baginda menjawab: Memberi makan dan menyebarkan salam kepada orang yang kita kenali dan tidak kenali.

SOALAN YANG SAMA TETAPI JAWAPAN YANG BERBEZA?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, pada contoh-contoh soalan yang diajukan dapat kita fahami bahawa soalan yang diajukan kepada Rasulullah adalah soalan tentang apakah amalan yang terbaik tetapi jawapan  yang diberikan oleh Rasulullah berbeza. Ini adalah kerana setiap penyoal yang bertanya mempunyai keperluannya sendiri, jadi jawapan yang Rasulullah berikan sesuai dengan keperluan sahabat yang bertanya. Mungkin juga kerana kerana berbeza waktu atau keadaan, sesetengah amalan itu afdhal pada waktu dan keadaan itu dan sesetengahnya afdal pada waktu dan keadaan yang lain.
RAHSIA DI SEBALIK TURUTAN AMALAN YANG DISEBUT DALAM HADIS.
1) Rasulullah menyebut solat sebagai amalan yang pertama kerana ia merupakan hak mutlak Allah dan hak Allah mendahului segala-galanya. Ini juga kerana Solat merupakan kewajipan setiap mukallaf sepanjang hayatnya kecuali mereka yang diberi kelonggaran oleh Allah dan sebagaimana yang kita ketahui manfaat solat khas kepada mereka yang bersolat itu sendiri.
2) Kemudian Rasulullah menyebut berbakti kepada ibu bapa sebagai amalan kedua yang dicintai Allah.Ini kerana Kedua ibu bapa merupakan sebab kewujudan anak-anak dan hak mentaati mereka berada selepas hak Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Manfaat berbakti kepada ibu bapa ini akan dirasai oleh dua pihak .Pihak anak yang berbakti akan mendapat pahala ganjaran dari Allah dan manfaat yang dinikmati kedua ibu-bapa yang dipelihara oleh anak-anak yang mana masa tua mereka terpelihara.
3) Yang terakhir disebut oleh Rasulullah adalah amalan berjihad di jalan Allah,ini adalah kerana berjihad hanya boleh dilaksanakan atau seseorang yang ingin pergi berjihad perlu meminta izin dari kedua ibu bapa dan berjihad merupakan amalan yang hukumnya adalah fardhu kifayah dan manfaatnya pula bersifat umum,meluas dan meliputi banyak sudut.
HUKUM BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Berbakti kepada ibu dan bapa wajib keatas semua yang bergelar anak. Allah mewajibkannya sebagaimana Allah mewajibkan solat dan puasa walaupun kedua ibu bapa itu kafir,sebagaimana Firma Allah Ta’ala:
وإن جاهداك على أن تشرك بى ما ليس لك به علم فلا تطعهما وصاحبهما فى الدنيا معروفا
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan aku dengan sesuatu yang engkau tidak punyai ilmu tentang itu,maka janganlah engkau mentaati keduanya dan pergauilah keduanya dengan jalan yang baik” (Surah Luqman ayat 15)
Di dalam sebuah hadis yang menceritakan perihal Asma’ Abu Bakar yang bertanya pada Rasulullah adakah boleh dia berhubung dengan ibunya seorang musyrik,lalu Rasululullah membenarkannya.Banyak lagi Dalil-dalil Al-Quran dan Hadis yang menceritakan mengenai kewajiban berbakti pada ibu bapa walaupun ibu bapa yang bukan beragama islam.
MENGAPA KITA PERLU BERBAKTI KEPADA IBU DAN BAPA?
Ketahuilah wahai sesiapa yang bergelar anak,sesungguhnya kedua ibu-bapa adalah sebab kewujudan kalian di dunia,dan Allah telah memuliakan hak mereka keatas kamu. Allah Ta’ala meletakkan tanggungjawab berbakti kepada keduanya bersama dengan perintah beribadah dan mantauhidkan Allah.Bersyukurlah pada Allah dan bersyukurlah pada kedua ibu bapamu,sebagaimana firman Allah:
…..أن شكرلي ولولديك إلى المصير
“Bersyukurlah kepadaku dan kepada orang tuamu,Hanya kepada aku kembalimu” (Surah Luqman ayat 14)
Ayat di atas menyeru kepada kita supaya bersyukur kepada Allah kerana nikmat diciptakan ke dunia dan nikmat dikurniakan iman,dan bersyukurlah kepada kedua ibu bapa kerana mendidik kita dan kerana mereka kita wujud di dunia.
Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu dan kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan,sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan imbalan tidak kiralah imbalan atau ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.
Ketahuilah juga kamu akan mendapat balasan daripada anak-anak kamu kelak sama seperti apa yang telah kamu perlakukan pada ibu dan bapa kamu,jika kamu berbuat baik dan berbakti kepada mereka,anak-anak kamu kelak akan melakukan hal yang sama dan begitu juga sebaliknya.
Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam telah menerangkan bahawa redha Allah adalah pada Redha ibu-bapa,dan murka Allah juga pada marah ibu bapa,sebagaimana sabda Nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam:
رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”
[Hadis Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899]
Berbakti kepada kedua ibu bapa merupakan sebab dapat masuk ke syurga dan juga merupakan cara yang membawa kita ke sana bahkan ia adalah sebaik-baik cara masuk ke dalamnya.
Berjihad di jalan Allah merupakan sebaik-baik amalan di sisi Allah ‘Azza Wa Jalla tetapi Rasulullah lebih mengutamakan berbakti kepada ibu bapa dan ini dibuktikan melalui kisah seorang sahabat iaitu Abdullah bi Amru bin Al-Ash yang datang kepada Nabi dan memohon izin untuk ikut berjihad,lalu baginda nabi Solallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya adalah ibu bapanya masih hidup,beliau menjawab ya masih hidup lalu Nabi menyuruh beliau pulang dan bersabda:  Pada mereka berdua ada jihad yang bermaksud berjihad menahan nafsu dan sabar dalam berbuat baik dan berbakti kepada keduanya.
عن عبد الله بن عمرو بن العاص:جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأستأذنه في الجهاد,فقال:أحي والدك؟قال:نعم:قال:”ففيهما فجاهد.
“Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.”
Berbakti kepada kedua ibu bapa juga sebab kepada panjang umur serta luas dan bertambahnya rezeki.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
  رَحِمَهُ وَلْيَصِلْ وَالِدَيْهِ فَلْيَبَرَّ رِزْقِهِ فِي لَهُ يُزَادَ وَأَنْ عُمْرِهِ فِي لَهُ يُمَدَّ أَنْ أَحَبَّ مَنْ
“Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).” [Hadis Riwayat Imam Ahmad. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini hasan lighoirihi, yaitu hasan dilihat dari jalur lainnya]
Bahkan ada Ulama yang menyebut bahawa berbakti kepada ibu bapa menghapuskan dosa-dosa iaitu dosa-dosa besar.Telah berkata Imam Ahmad ibnu Hambal Rahimahullah: “Sesunggunya berbakti kepada ibu bapa menghapuskan dosa-dosa besar”.
Berbakti kepada ibu bapa juga dapat menghilangkan kesulitan dan diperkenankan doa, Menurut hadis yang panjang yang menceritakan tentang 3 orang lelaki dari Bani Israil yang pergi berlindung dari hujan dalam sebuah gua,lalu kerana hujan turun dengan lebat dengan izin Allah menyebabkan seketul batu yang besar jatuh di depan pintu gua lalu menutupnya dan mereka terhalang untuk keluar,l alu ketiga-tiga mereka berdoa dengan bertawasul amal kebajikan yang telah mereka lakukan kepada Allah,salah seorang dari mereka bertawasul dengan menyebut baktinya kepada orang tuanya,diriwayatkan lelaki ini menyebut bahawa kedua orang tuanya tinggal bersamanya dan setiapa kali sebelum tidur kedua orang tuanya akan minum susu dan dia sendiri yang akan menghidangkan kepada orang tuanya,pada satu malam dia terlewat pulang dan mendapati kedua orang tuanya telah tidur,dia sangat tidak sampai hati mengejutkan kedua ibu bapanya itu lalu berdiri di samping orang tuanya itu sambil memegang gelas yang berisi susu sehingga pagi dan setelah kedua orang tuanya bangun barulah dia memberikan susu kepada mereka.Berkat berbakti kepada ibu bapa dengan izin Allah batu yang menghalang pintu gua bergerak sedikit,dan berkat gabungan amal soleh mereka bertiga akhirnya mereka dapat keluar dengan selamat dari gua tersebut.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK KITA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA.
Berbakti kepada ibu bapa adalah berbuat baik kepada mereka,sentiasa memberikan kebaikan dan sedaya upaya menghalang perkara buruk dari menimpa mereka.
1) Taat kepada mereka hanya pada yang bukan maksiat pada Allah,dan jika diarahkan melakukan maksiat pada Allah janganlah kita taati kerana tidak dibenarkan taat pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.
2) Bertutur dengan lemah lembut dan merendahkan suara semasa bercakap dengan kedua ibu bapa sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 23-24 yang bermaksud:
Maka sekali-kali janganlah engkau berkata “ahh”dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku,Sayangailah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil
3) Mempermudahkan hal nikah kahwin
ADAKAH BERAKHIR BAKTI ANAK-ANAK PADA IBU BAPA SETELAH KEMATIAN MEREKA?
Berbakti kepada mereka bukan hanya semasa hidup sahaja tetapi ianya berterusan sehingga mereka meninggal tetapi dengan cara yang berbeza:
1)Mendoakan dan memohon keampunan untuk mereka,sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
dan ucapkanlah Wahai Tuhanku,Sayangailah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil
Dan sebagaimana sabda NabiSolallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis:
Jika telah mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah Jariah,ilmu yang bermanfaat,atau ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKANNYA
2) Melunaskan hutang piutang yang mereka tinggalkan,dan yang paling utama patut dilunaskan hutang mereka dengan Allah seperti Qada’ puasa,nazar atau haji.
Di dalam sebuah hadis,diriwayatkan telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan berkata:Aku telah kematian ibuku,ibuku mati dan dia tidak menunaikan puasa selama sebulan,adakah aku perlu menqada’kannya,lalu Rasulullah menjawab Ya.
3)Menunaikan hajat atau wasiat yang ditinggalkan selagimana tidak pada perkara maksiat dan bersedekah untuk mereka.
Sebagaimana sebuah hadis yang meriwayatkan Telah berkata Saad ibnu Ubadah kepada Nabi:Sesungguhnya ibuku telah mati dan ketika dia meninggal aku tiada di sisinya,adakah bermanfaat padanya jika aku bersedekah untuknya?Rasulullah menjawab:Ya.
4)Dan diantara cara berbakti setelah kematian mereka adalah dengan memuliakan sahabat-sahabat mereka yang masih hidup dan sesiapa yang mereka sayangi.

DIANTARA DUA IBU DAN BAPA ,HAK SIAPA YANG LEBIH UTAMA DALAM UNTUK BERBAKTI?
Pada asasnya kedua ibu bapa hak untuk berbakti dan berbuat baik kepada mereka adalah sama,tiada yang lebih dan kurang. Tetapi ianya sesuatu yang mustahil untuk kita berbakti kepada dua individu dalam satu masa yang sama. Satu contoh yang diberikan jika ibu mengarahkan anak membuat sesuatu pekerjaan pada masa yang sama ayah turut meminta anak membantunya,jadi dalam keadaan ini permintaan siapa yang patut didahulukan.
Jumhur Ulama telah menetapkan bahawa hak ibu lebih perlu diutamakan melebihi hak bapa,utamakan berbakti pada ibu dan bergaullah dengan lemah lembut.Ini adalah kerana di dalam sebuah hadis Rasulullah telah menyebut ibu sebanyak 3 kali dan ayah hanya sekali. Satu faktor lagi Rasulullah menyandarkan kalimah ayah dengan menggunakan kalimah “ثم” yang mana di dalam kaedah bahasa arab ianya membawa maksud turutan yang selepasnya.
عن أبي هريرة قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال:من أحق الناس بحسن صحابتي؟قال:أمك ,قال:ثم من؟ قال:ثم أمك قال:ثم من؟قال:ثم امك,قال ثم من؟قال :ثم أبوك
(متفق عليه)
“Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu”.  [Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim – Bukhari hadis no 5971]
Pendapat lain:  Kedua-duanya sama,hak ibu dan bapa adalah sama.pendapat ini adalah menurut sebuah hadis:
معاوية بن جاهمة قال:أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت:يا رسول الله إني كنت أردت الجهاد معك ابتغي بذالك وجه الله والدار الاخرة ,قال : ويحك أمك؟قال نعم,قال أرجع فبرها
“Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan berbaktilah kepadanya.”
[Hasan Sahih Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no 3104]

MENGAPA IBU LEBIH BERHAK?
Hak seorang ibu yang melebihi hak bapa adalah kerana apa yang telah seorang ibu terpaksa tanggung dan deritai sepanjang tempoh kehamilan dan membesarkan seorang anak,seorang ibu terpaksa melalui pelbagai rintangan sepanjang tempoh kehamilan,menjadi lemah kerana menanggung seoarng bayi di dalam rahimnya.Begitu juga sepanjang tempoh menyusu,waktu rehat ibu tertanggu dek tangisan si bayi yang tidak mengira waktu.Ayah pula hanya bertanggungjawab selepas itu yakni sama-sama membesarkan anak,memberi pendidikan dan nafkah.Berdasarkan firman Allah Taala di dalam surah Al-Ahqaf ayat 15:
ووصينا الإنسان بوالديه إحسانا حملته أمه كرها ووضعته كرها وحمله وفصاله ثلاثون شهرا
“Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah”
Firman Allah taala dalam surah Luqman ayat 14:
ووصينا الإنسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله فى عامين أن شكرلي ولوالديك إلى المصير
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”
Di dalam sebuah Hadis yang menyebut hak berbakti kepada ibu yang lebih utama.
سئل النبي صلى الله عليه وسلم :أي الناس أعظم حقا على المرأة؟ قال:زوجها.فعلى الرجل ؟قال :أمه.(رواه الحاكم
“Ditanya Nabi solallahu ‘alaihi wasallam : hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab: suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, “ibunya”  (Hadis Riwayat Al-Hakim)
*Artikel ini bukanlah ditulis sepenuhnya oleh AHMAD KAMIL . Dipetik dan diubahsuai daripada pelbagai sumber.



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment