Semakin Rendah Pangkat Seseorang, Semakin Bongkak Mereka Di Kaunter
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Saat ini saya rasakan dada ini terbakar dengan sikap SEGELINTIR manusia yang kerjanya duduk di kaunter. Tidak kisah lah samada di kaunter PERPUSTAKAAN , kaunter pejabat kerajaan, kaunter klinik kerajaan, kaunter restoran, kaunter atau di mana-mana sahaja kaunter yang terdapat di Malaysia khususnya. Ingin saya tekankan di sini, hanya SEGELINTIR saja dan bukan semuanya. Tapi kebanyakannya adalah kaum wanita, mereka kurang mesra dan boleh dikatakan seperti bongkak kerana bila kita bercakap lemah lembut sekalipun, mereka menjawab dengan sangat kasar. Senyum sekuntum pun susah nak bagi apatah lagi nak berbudi bahasa.
Jauh sekali untuk saya memandang rendah terhadap mereka yang berada di kaunter tetapi mereka yang bersikap menjengkelkan seperti ini lah yang meletakkan diri mereka di tempat yang paling rendah. Rugi ke kalau senyum semanis madu untuk menjawab pertanyaan orang datang di kaunter yang berhajat untuk menyelesaikan masalahnya?
Apakah alasan di sebalik kekasaran itu? Letih berhadapan dengan masyarakat? Bosan dengan kerja? Gaji yang dibayar terlalu sedikit? Semua orang letih dengan kerja masing-masing dan kami pelajar pun lagi letih dengan mengadap buku. Otak kami pun penat, penat otak lebih letih daripada fizikal. Tetapi disebabkan tanggungjawab biarpun letih kita tetap meneruskan pekerjaan dengan rela hati kerana adanya pahala yang terselit dalam keletihan yang ikhlas itu. Tidak perlu marah-marah atau berkasar kerana kita semua punya tanggungjawab tersendiri.
Dan selalunya, jika diperhatikan, orang yang berada di kaunter ini lebih bongkak dan sombong berbanding dengan pengarah, pengurus dan jawatan tinggi yang lain yang pejabatnya terletak di sebelah dalam. Orang yang lebih tinggi pangkatnya pun tidak sebongkak yang duduk di kaunter itu? Apa kes? Kalau pengarah dan pengurus boleh berlemah lembut mengapa tidak yang menjaga di kaunter?
Pada saya, isu kasar yang berlaku di mana-mana kaunter adalah disebabkan nilai diri seseorang itu sendiri yang tidak beretika dan berkredibiliti serta kurang adabnya. Ia bukanlah disebabkan orang lain atau sesiapa jua yang ingin dipersalahkan.
Ingin saya tegaskan di sini, hanya SEGELINTIR saja yang berkelakuan kasar di kaunter. Mereka yang berkredibiliti sesekali tidak akan berkasar di kaunter tempat kerja mereka. Wallahua’alam.
Blogger dan Plagiat : Suatu Tindakan Yang Tidak Beretika
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Minggu lepas di dalam subjek Research Methodology, pensyarah aku telah menerangkan sedikit sebanyak berkenaan plagiat yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita tidak kisahlah samada dalam dunia akademik, blogging dan sebagainya. Hakikatnya, plagiat merupakan suatu tindakan yang sangat tidak beretika kerana kita dengan sengajanya mengakui idea dan hasil karya orang lain sebagai hak atau hasil karya kita dengan sengaja mengabaikan kredit terhadap penulis asal.
Bagaimana plagiat didefinisikan?
Plagiat terjadi apabila:- Menjadikan sesuatu hasil karya individu lain sebagai hasil karya kita
- Menggunakan idea individu lain tanpa memberi kredit kepada penulis asal
- Gagal meletakkan sumber asal di kaki nota
- Meletakkan sumber yang salah berkaitan maklumat tersebut
Jika elemen-elemen diatas dipenuhi, maka anda bertanggungjawab atas tuduhan plagiat. Jika nak lebih advance dalam berblogging, daftarkan copyright untuk blog anda, bila ada orang plagiat entri, boleh saman terus!
Bercakap mengenai plagiat ni, dunia blogging dan plagiat memang tidak boleh dipisahkan kerana terdapatnya blogger yang perasan bagus dan syok sendiri dengan mengakui hasil karya orang lain dengan sengaja mengabaikan kredit terhadap penulis asal.
Saya yakin terdapat beberapa blogger yang tidak kisah jika entri mereka diambil bulat-bulat tetapi bagi mereka yang kisah, pasti tidak senang duduknya.
Bagi saya, idea dalam berblogging merupakan satu harga yang sangat bermakna dan bayangkan jika harta yang kalian sayang diambil orang, pasti kita akan merasa marah bukan?
Saya tidak faham bagaimana segelintir blogger yang begitu susah untuk meletakkan sumber atau rujukan di dalam penulisan mereka. Mungkin untuk memberikan kredit kepada blogger lain adalah suatu benda seberat 1 Tan. Sebab tu susah sangat nak bagi kredit kot?
Sekadar meluahkan pendapat..Pendapat kalian pula bagaimana?BENDA YG BAIK...JIKA DIKEMBANGKAN MAKA PENULIS ASAL JUGA DAPAT GANJARAN@PAHALA....ILMU SEMUA MILIK ALLAH...
Aishah R.A difitnah dan kini Anwar Ibrahim
Tadi aku tengok TV, kesian sungguh aku melihat Dato Seri Wan Azizah yang berkeras menafikan bahawa bukan suaminya di dalam video tersebut. Ada pulak lah si durjana ni yang cakap “tak sesuai” Wan Azizah berkata begitu ketika ini kerana perkara yang ini masih belum di siasat.
Beberapa minggu lepas, aku dengar ceramah daripada seorang ustaz di Radio IKIM yang mengulas berkaitan fitnah dan qazaf. Kisah yang di bawa ialah ketika Saidatina Aishah R.A difitnah oleh ‘Abdullah ibn Ubayy bahawa Aishah telah melakukan perkara yang tidak baik dengan Safwan, seorang muhajir. Ketika khabar fitnah ini telah tersebar, seorang isteri kepada sahabat Rasulullah, Abu Ayyub Al Anshari pulang ke rumah membawa berita itu kepada Abu Ayyub mengatakan bahawa Saidatina Aishah R.A telah melakukan perkara yang tidak baik. Lalu Abu Ayyub bertanya kepada isterinya
” Jika kamu berada di tempat Aishah, adakah dinda akan melakukan perkara yang tidak baik seperti itu?“, soal Abu Ayyub.
” Abang Ayyub, saya takkan sesekali melakukan perkara yang terkutuk itu!”, isterinya menjawab tegas.
” Dinda memang baik dan pasti tidak akan melakukan perkara tersebut, maka Saidatina Aishah adalah berganda-ganda lebih baik daripada dinda dan pasti takkan melakukan perkara tersebut“, ujar Abu Ayyub.
Tersentuh aku mendengar kata-kata yang terucap daripada sahabat Rasulullah S.A.W ini.
Konklusinya, Wan Azizah lebih tahu suaminya bagaimana jadi tidak salah lah beliau menafikan lelaki di dalam video itu adalah suaminya. Apa yang tak sesuainya? Wan Azizah lebih kenal suaminya berbanding orang lain jadi bila orang tuduh suami kita macam tu takkan nak diam je? Hmm..ini adalah entri yang berbaur emosi seorang perempuan. Penuh dengan kelemahan.
Tips Melajukan Blog Anda
Wah, penat betul aku menunggu blog orang yang load lambat sangat.. Jemu..jemu.. Jika kalian masuk blog sendiri, rasa-rasa laju ke tak? Kalau kalian adalah salah sorangnya memiliki blog yang lambat.. Disini, saya ingin memberikan tipsnya..
1. Minimumkan blog posts yang dipaparkan.. Kalau letak satu lagilah laju blog loading..Tapi it’s ok if you want to put more than 1 but still less then 10 posts.. Itulah fungsinya recent posts, orang boleh tengok post terbaru tanpa kita paparkan ia.
2. Memilih template yang simple adalah the most crucial part to load blog faster. Janganlah kalian memilih template yang terlalu banyak bunga-bungaan yang berguguran jatuh mengucup bumi juga corak-corak yang mengelip-ngelip umpama bintang-bintangan di malam hari sebab ia akan melembabkan blog loading sekaligus menyebabkan pengunjung boring nak tunggu..
3. Jika anda adalah pengguna blogger, elakkan menggunakan gadget third party sebaliknya amalkanlah menggunakan google or blogger gadgets itu sendiri, dan apabila third party gadget diletakkan di sebelah sidebar, it makes ur blog become worst to load. Jika nak jugak guna third party gadgets (kebiasaannya memang lebih cantik daripada google or blogger gadgets) better put them at the bottom of the blog. Kat tapak blog.
Ini sahaja yang paling penting dalam berblogging untuk mendapatkan blog yang laju.. Pengalaman hampir bertahun-tahun dalam blogging membuatkan saya rimas dengan kecantikan template tetapi memberatkan blog..Sekian buat kali ini.. Bernafas Ketika Minum Air? Tak Elok Tu!
Assalamu’alaikum.Untuk memengingatkan sahabat-sahabat di luar sana, selain meminum ais selepas makan, bernafas di dalam air pun tak bagus jugak. Hadith Rasulullah mengenai perkara ini:
Diriwayatkan dari Abu Qotadah r.a, ia berkata, “Rasulullah saw. bersabda, ‘Apabila salah seorang kalian minum maka janganlah ia bernafas di dalam bejana,” (HR Bukhari [153] dan Muslim [267]).
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, bahwasanya Rasulullah saw. telah melarang bernafas di dalam bejana atau meniupnya,” (Shahih, HR Abu Dawud [3727]).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Apabila salah seorang kalian minum, maka janganlah ia bernafas dalam bejana. Jika ia ingin kembali minum maka hendaklah ia jauhkan bejana itu kemudian jika ia mau barulah kembali meminumnya,” (Hasan, HR Ibnu Majah [3427]).
Dari segi sains tak tau pulak kenapa? Saya hanya pernah mendengar yang karbondioksida bila dilepaskan dalam minuman kita,jadi tak baik.. Mungkin anda dapat membantu?
Terima kasih..
Login Facebook Hari-Hari dapat RM100???
Assalamu’alaikum…Aku benci betullah dengan golongan yang merasakan mereka benar dalam mencari rezeki gaya gini? Tak habis-habis menegakkan hukum yang salah. Tak sedar ke ini adalah salah satu cara Yahudi nak menghancurkan umat Islam? Dahlah facebook tu yahudi, komfemlah yang memberi diorang duit tu dari Yahudi. Bila haram sumbernya maka tak berkatlah kehidupan. Nanti akan ada kesan masa panjang dalam institusi kekeluargaan. Apsallah orang Islam sekarang terlalu bodoh termasuklah aku? Carilah rezeki yang halal.
Menukar Favicon Di Blogspot
Assalamu’alaikum..Mesti ramai yang belum tahu apakah makhluknya FAVICON ni.. Favicon ialah icon khas yang terpampang di blog kita bila blog kita dibuka. Contohnya ini:
Mesti bosan jika ia adalah icon blogspot iaitu huruf B besar tu. Jom kita tukar.
1. Pilih gambar yang sesuai
2. Uploadkan gambar anda di third party picture hosting, yang paling best setakat ni http://www.iconj.com
3. Log in ke Dashboard blog anda > Layout > Edit Html > Cari kod di bawah menggunakan Ctrl+F
<data:blog.pageTitle/>
4. Pastekan Direct Link Icon anda di bawah kod di atas
5. Ia seharusnya jadi begini:
<data:blog.pageTitle/>
6. Save template. Beres! Selamat Mencuba. Sebarang pertanyaan kemukakan di kotak formspring di sidebar ye..Terima kasih.. =)
Page yang Statik Untuk Blogspot
Assalamu’alaikum..Bagaimana membuat page yang statik di blogspot? Page statik bermakna mukasurat yang bukan dari posting kita sendiri. Dulu blogspot tidak menyediakan kemudahan ini tetapi sekarang bukan lagi masalah..
Contoh Page Statik seperti About Me dan Members di blog ini.
10 Cara Memanjangkan Hayat Bateri Handphone
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Entri kedua untuk hari ini. Macamnilah aku kalau masa terlebih-lebih, sibuk mengupdate blog je.
Kali terakhir aku menukar bateri handphone adalah pada Mei tahun lepas selepas baterinya kembung tiba-tiba seperti ikan termenung. Sebelum kejadian kembung ini berlaku, aku cas berjam-jam pun tak penuh dan bila dan penuh tahan lah dalam setengah hari je. Lepas tu aku pun dimarahi oleh setiausaha peribadi aku yang menjaga hal ehwal laptop dan handphone aku. Rupa-rupanya banyak kesalahan aku buat dalam menggunakan handphone terutamanya ketika cas handphone. Lepas dah tukar bateri baru, aku sentiasa tutup handphone aku ketika di cas sekaligus mengelakkan penggunaan handphone ketika di cas.
Setiap bateri yang boleh dicas semula mempunyai “kitar hayat pengecasan”nya. Masih belum ada lagi bateri yang memiliki hayat seumur hidup. Bermakna, setiap kali bateri habis dipakai dan di ulang cas (satu kali pengisian penuh), ini dihitung sebagai 1 kali kitar hayat pengecasan.
Misalnya, kapasiti bateri anda adalah 1000 mAh (milli amph hours), maka 1 “kitar hayat pengecasan”nya perlu menghabiskan 1000 mAh juga. Bila cuma digunakan 500 mAh misalnya dan lalu diisi ulang kembali, maka setelah anda menghabiskan 500 mAh lagi, baru itu dianggap sebagai 1 kali “kitar hayat pengecasan”nya.
Setiap jenis bateri memiliki waktu “kitar hayat pengecasan”nya tersendiri. Biasanya sekitar 300 kitar hayat pengecasannya atau sekitar 2 – 3 tahun tempoh pemakaiannya. Namun kerana teknologi terus berkembang, begitulah juga teknologi bateri yang seiring berkembang. Terkini mungkin sudah mencapai sekitar 1000 kali kitar hayat pengecasan.
Tips memanjangkan hayat bateri handphone:
1. Jimat menggunakan bateri handphone dengan mematikan features yang jarang di gunakan.
Anda ingat bahwa bateri handphone anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin banyak anda menggunakan kuasa bateri anda, maka semakin kerap anda perlu mengecas bateri berkenaan, bereti kitar hayat cas bateri handphone anda akan cepat habis. Untuk mengelakkan hal tersebut, anda perlu berjimat dengan mematikan features yang tidak atau jarang anda gunakan.
Ada beberapa features yang banyak menggunakan tenaga yang biasa terdapat dalam handphone canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sedar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan features tersebut jika ia tidak digunakan.
2. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handphone anda.
Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handphone. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas handphone juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.
3. Biasakan untuk mematikan hand phone atau sekurang-kurangnya mematikan vibrate features ketika sedang mengecas.
Mematikan handphone ketika mengecas adalah tindakan yang bijak, tujuannya adalah untuk melancarkan proses pengecasan tanpa adanya gangguan dan tidak membebani bateri yang sedang di cas.
4. Jangan sesekali terlebih tempoh cas bateri.
Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh. Paling dahsyat, kita biasanya suka melakukan proses mengecas ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2 – 3 jam, dan ini bukanlah baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.
5. Jangan menelefon dalam keadaan bergerak.
Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apatahlagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak. ( Aku selalu tibai BB abang aku dalam kereta untuk online, jahatnya. Jahatnya!)
6. Jangan letak handphone anda di tempat yang panas.
Suhu udara yang panas adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuk juga bateri handphone. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, bermakna anda perlu bersedia untuk beli bateri baru. ( Inilah situasi kekembungan bateri handphone aku).
7. Gunakan original charger.
Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri handphone tersebut. Charger orang lain atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.
8. Jangan sesekali biarkan handphone anda terjatuh (handphone NOKIA terutamanya- mentang-mentanglah NOKIA terkenal dengan kehebatannya, saja je bagi jatuh nak testlah konon.haha).
Mungkin hanya orang yang kurang waras atau duitnya banyak yang suka menjatuhkan HP sendiri dengan sengaja. Lainlah kalau jatuhnya secara tidak sengaja, tetapi situasi inilah yang sering kita alami. Selain dari mempengaruhi komponen yang lain, ketika jatuh bateri boleh saja mengalami litar pintas, dan bila keadaannya parah, bateri boleh saja rosak serta merta.
9. Elakkan cas handphone dalam kereta.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, arus daya yang tidak stabil dalam proses cas bateri boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang “cigarette lighter” sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.
10. Bersih itu asas kesihatan.
Pastikan bateri handphone anda sentiasa bersih daripada habuk dan bendasing yang tidak diingini..
Hak Yang Perlu Anda Tahu Jika Ditahan Polis
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Pagi ini di MHI, TV3 dimana tetamu jemputannya adalah seorang peguam yang aku tak ingat namanya (Kamarul Ariffin kalau tak silap), telah membicarakan mengenai hak individu jika ditahan polis. Bayangkan kita ditahan polis, janganlah menangis pulak. Aku pun takut dengan polis, tak tau kenapa. Tipulah korang tak ada perasaan takut sekelumit pun kan :-p
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis
2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka
3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.
4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan
5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan
6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda
7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.
8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.
9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.
10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
Sumber: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
No comments:
Post a Comment