Culik toreh telinga
Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kejadian jam 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang juga pekerja sebuah pasar raya dekat sini, sedang menjamu selera di sebuah kedai berhampiran tempat kerjanya sebelum didatangi kumpulan lelaki tidak dikenalinya itu.
Anak bongsu daripada sembilan beradik dari Chetok, dekat sini, dibawa ke lokasi rahsia di sekitar Bayu Lalang sebelum diserang tanpa perikemanusiaan.
Tanpa mempedulikan rayuannya, kumpulan berkenaan mengelar telinga dan pergelangan kaki sebelum meninggalkan mangsa yang kesakitan di dalam semak di tepi jalan berdekatan Kampung Bayu Lalang.
Mangsa yang mengerang kesakitan bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian culik berkenaan.
Dalam keadaan parah, mangsa dikejarkan polis ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Difahamkan, suspek menyerang mangsa disebabkan salah faham dan cemburu membabitkan seorang wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan terperinci mengenainya.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tidak mengenali kumpulan lelaki yang melarikan dan mencederakannya.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
“Setakat ini polis masih mengesan kumpulan lelaki terbabit,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan motif kejadian juga sedang disiasat.
Haliluddin berkata, pihaknya tidak mahu orang ramai membuat sebarang andaian mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.
Tertembak paha
Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my
michellegun@hmetro.com.my
Sebelum kejadian, mangsa, 35, dikatakan baru selesai memungut wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM) di bank berkenaan sambil ditemani beberapa rakan, kira-kira jam 2.30 petang.
Menurut sumber, sebaik beredar dari bank berkenaan, secara tiba-tiba pistol terbabit meletup menyebabkan peluru menembusi lutut kanan.
“Kejadian berlaku ketika mangsa baru menaiki van menyebabkan rakan setugasnya terkejut sebelum mendapati lutut mangsa berdarah.
“Rakan mangsa menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan berikutan kecederaan dialaminya,” katanya.
Difahamkan, pistol itu diletakkan bersebelahan tempat duduk ketika mangsa memasuki van keselamatan itu dan dipercayai tersentuh picu senjata itu menyebabkan ia meletup.
Mangsa bernasib baik apabila peluru tidak mengena bahagian lain, sekali gus dia hanya cedera ringan sebelum dirawat di HUS.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengakui siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti puncanya.
“Mangsa dihantar ke HUS untuk rawatan dan keadaan dilaporkan stabil. Polis masih menyiasat termasuk merekodkan kenyataan mangsa.” katanya.
Gian panggil bomba
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
Dalam kejadian terbaru semalam, wanita terbabit membuat satu panggilan melaporkan kononnya terdapat satu kebakaran pada kira-kira jam 4 petang di Blok 19, Flat Taman Cempaka, Kempas di sini.
Akibat panggilan berkenaan, tiga jentera bomba dan tiga unit motosikal dikejarkan ke lokasi sebelum siasatan mendapati panggilan diterima itu adalah palsu, selain menyebabkan kira-kira 500 penduduk di flat terbabit gempar dengan kehadiran pasukan bomba.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Abdul Ghani Daud berkata, panggilan terbabit menyebabkan pasukan bomba terpaksa berkejar ke lokasi bagi memastikan kebakaran yang dilaporkan itu dapat dikawal segera.
“Kami terpaksa mengejarkan jumlah jentera dalam kuantiti yang banyak disebabkan pengadu mengatakan kebakaran itu berlaku di kawasan flat, namun selepas tiba di kawasan terbabit dan melakukan pemeriksaan nyata panggilan diterima adalah palsu.
“Disebabkan itu, usaha bagi mengesan pemanggil berkenaan akan dijalankan secara menyeluruh kerana dia dipercayai sudah beberapa kali membuat panggilan palsu dan tindakan lanjut akan dikenakan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Abdul Ghani berkata, kesalahan membuat panggilan palsu adalah antara kesalahan serius dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Pesalah yang melakukan panggilan kecemasan palsu boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.
“Kita dapati wanita itu terbabit dalam beberapa lagi kes panggilan palsu dan tindakan mengesannya giat dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat panggilan palsu kerana ia bukan saja menyusahkan anggota malah individu terbabit bakal berdepan hukuman berat.
“Dalam kes ini, maklumat berkenaan wanita itu akan dikumpul sebelum dihantar ke ibu pejabat bomba dan penyelamat bagi mengenal pasti identiti dan menjalankan tindakan selanjutnya.
“Kita terpaksa menghabiskan banyak tenaga dan jentera bagi menyelamatkan mangsa kebakaran dan apa yang akan terjadi sekiranya kebakaran sebenar berlaku di kawasan lain.
“Ia akan menyukarkan kami memberikan bantuan kepada jentera mungkin berada di lokasi lebih jauh dan berharap orang ramai akan lebih bertanggungjawab,” katanya.
Suami cemburu upah samseng belasah peniaga
DI SINI...Mohammad menunjukkan longkang tempat dia ditinggalkan selepas dibelasah.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, Mohammad Hanapiah, 49, sedang berniaga bersama anak lelakinya berusia 24 tahun sebelum didatangi kumpulan suspek terbabit.
Mohammad ketika ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka kumpulan lelaki berlagak seperti pelanggan itu tiba-tiba bangun dan mengejarnya selepas menerima isyarat tertentu sebelum membelasahnya.
“Ada antara penyerang itu membawa parang serta kapak dan menetak kepala saya tanpa belas kasihan walaupun sudah tersungkur atas tanah.
“Lebih menyedihkan, mereka menengking dan menuduh saya meniduri isteri seorang daripada mereka di depan pelanggan dan orang ramai,” katanya.
Menurutnya, salah faham itu berlaku selepas dia yang juga pengerusi Pertubuhan Pengusaha Kios Melayu (PPKM) Hulu Langat cuba membantu isteri lelaki berkenaan mengenai hal perniagaan sebulan lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengerusi pertubuhan itu dan tidak menjalin hubungan sulit dengan wanita terbabit.
“Saya tidak faham mengapa dia menuduh saya menjalin hubungan sulit dengan isterinya sedangkan dia tahu kami hanya berhubung atas dasar perniagaan.
“Sedangkan berjumpa berdua dengan isterinya saya tidak pernah, inikan pula menjalin hubungan sulit,” katanya.
Menurutnya, dia pernah menemui suspek dan isterinya sebulan lalu bagi meleraikan salah faham itu dan menyangka masalah itu sudah selesai selepas saling bermaafan ketika itu.
Mohammad berkata, tindakan suspek menghantar samseng memukul dan memalukannya di khalayak ramai seperti itu keterlaluan.
“Kumpulan samseng itu bukan saja membelasah saya hingga separuh mati, malah turut melarikan wang hasil perniagaan saya RM1,600 serta dua telefon bimbit dan dompet saya,” katanya.
Sementara itu, isteri suspek dikenali sebagai Miza, 34, ketika dihubungi berkata, dia tidak pernah menjalin hubungan terlarang dengan mangsa.
“Hubungan antara kami hanya atas dasar pengerusi dan ahli pertubuhan, tidak lebih daripada itu. Mungkin berlaku salah faham antara suami saya dan mangsa, namun saya sangka semuanya selesai sebulan lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
Pemberian sia-sia
Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Menurutnya, pemberian itu tidak berguna jika barangan berkenaan rosak akibat banjir kilat apabila dibawa pulang ke rumah.
Manoharan secara terbuka berkata demikian ketika menempelak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa gagal menyalurkan peruntukan mengatasi masalah banjir di negeri itu.
Katanya, ada peruntukan untuk tujuan berkenaan dalam Bajet Selangor 2012, baru-baru ini, tetapi kelewatan Khalid menyalurkan peruntukan itu menyebabkan rakyat khususnya di Klang menderita akibat terlalu kerap menjadi mangsa banjir.
“Saya pernah menulis 20 surat berkaitan isu banjir dan masalah lain berkaitan pengundi di kawasan saya, tetapi sehingga kini semua kerja bagi memperbaiki sungai dan sistem perparitan tertangguh akibat ketiadaan peruntukan.
“Sedangkan dalam bajet kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan itu, tetapi sehingga kini peruntukan itu tidak diterima dan lebih menyedihkan permohonan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mengatasi banjir di sini, tidak diendahkan,” katanya.
Manoharan berkata, dia kesal apabila rakyat terus menerus menghadapi banjir kilat dan tidak mahu kejadian yang menimpa lebih satu juta penduduk di Kajang terjadi di sini.
Katanya, Abdul Khalid berjanji kepada penduduk Klang pada Deepavali lalu kerajaan negeri akan memberikan peruntukan RM3 juta dalam tempoh dua minggu untuk mengatasi banjir di Jalan Tengku Kelana.
Menurut Manoharan, kerja pembaikan longkang dan sistem perparitan terutama di Taman Chi Liung, Taman Palm Grove, Taman Bayu Perdana dan kawasan DUN Kota Alam Shah perlu dilaksanakan segera bagi mengelak banjir besar melanda kawasan berkenaan.
“Kami tidak mahu kerana kegagalan Menteri Besar, rakyat menerima padah dan banjir akan menimbulkan masalah besar kepada penduduk. Berdasarkan rizab tunai yang ada sebanyak RM1.2 bilion, apakah sukar untuk menyalurkan peruntukan? “Permohonan peruntukan MPK berjumlah RM62.1 juta untuk kerja menaik taraf kawasan tadahan, menaik taraf sistem perparitan dan kerja berkaitan membabitkan kawasan Tengku Kelana, Taman Seri Andalas, Kampung Raja Uda, Taman Selatan, Taman Palm Grove, Taman Bayu Perdana dan Jalan Sungai Bertek juga tidak mendapat perhatian,” katanya.
Manoharan turut menunjukkan salinan surat memohon peruntukan berserta anggaran yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dihantar MPK kepada kerajaan negeri baru-baru ini, bagi mengatasi banjir yang sering berlaku di seluruh daerah ini.
Adik maut pergi menoreh
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.
Difahamkan, mangsa yang juga penoreh dalam perjalanan ke kebun getah menunggang motosikal Yamaha Sport sebelum dirempuh sebuah kereta.
Rusman berkata, adik bongsunya masih bujang itu tinggal bersama ibu yang uzur di Kampung Tengah, Gemencheh, menghubunginya dua hari lalu selepas lebih sebulan mereka tidak bersua.
“Saya dan isteri tergerak hati untuk pulang ke kampung melawat adik dan ibu, namun tidak menyangka pagi tadi (semalam) saya diberitahu adik terbabit kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Adik juga mengadu kurang sihat apabila penyakit asma menyerang lagi akibat keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini.
“Ketika itu, saya mula berasa bimbang dengan keadaannya apatah lagi dengan ibu sudah uzur. Saya menasihatinya berehat dan tidak bekerja sehingga sembuh sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut kejadian terbabit masih disiasat.
Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411221 atau 06-4411222.
No comments:
Post a Comment