Bas sekolah rempuh 8 kenderaan
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
asmah@hmetro.com.my
TERSADAI...bas sekolah remuk selepas melanggar lapan kenderaan.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, seorang pemandu bas sekolah parah selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah ambulans dan tujuh kenderaan lain di Dutamas Raya, Segambut.
Bagaimanapun, pemandu bas dikenali sebagai Deeva, 30-an, kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans hospital berkenaan yang tiba beberapa minit selepas ambulans gantian tiba.
Sumber trafik berkata, kejadian itu berpunca daripada bas sekolah berkenaan yang dalam perjalanan menghala ke ibu negara hilang kawalan dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh lapan kenderaan lain.
“Bas sekolah yang dalam perjalanan pulang dari menghantar pelajar sebuah sekolah antarabangsa itu merempuh empat kenderaan lain yang berada di hadapannya dan tiga kereta yang diletakkan di bahu kiri jalan termasuk sebuah kereta mewah jenis Lexus.
“Sebuah kereta kembara dirempuh dan dihempap bas itu kemudian diheret beberapa meter sebelum bas berkenaan melanggar sebatang pokok kelapa,” katanya.
Menurut seorang mangsa yang terselamat, Mohd Norrizki Mohd Suffian, 25, kejadian berlaku begitu pantas dan sekelip mata sebaik dia melalui selekoh menuruni bukit di jalan berkenaan.
“Saya nampak melalui cermin pandang belakang keadaan bas yang terhuyung-hayang dan hilang kawalan sebelum merempuh belakang kereta saya dengan kuat.
Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan terperinci sedang dilakukan termasuk mengambil keterangan daripada beberapa mangsa.
Dalam kejadian berasingan di Kilometer 34.1 Lebuh Raya Karak arah Genting Sempah, sebuah bas ekspres yang membawa 20 penumpang hampir hangus selepas terbakar di bahagian enjin.
Difahamkan, kejadian itu disedari seorang penumpang yang ternampak kepulan asap sebelum menjerit memberitahu pemandu bas berkenaan.
Semua penumpang bagaimana pun selamat selepas pemandu bas bertindak memberhentikan bas di tepi jalan dan mengarahkan semua penumpang keluar menyelamatkan diri.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian berjaya memadamkan kebakaran.
4 tahun habuan Mat Rempit
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
ahmadtajol@hmetro.com.my
Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.
Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.
“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.
“Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu,” katanya yang membuat pengakuan berani kepada wakil Harian Metro yang menemuinya di sini, baru-baru ini.
Mungkin dibunuh
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
apendy@hmetro.com.my
CARI...unit anjing pengesan digunakan dalam operasi mencari mayat mangsa bunuh warga Korea Selatan. Gambar kecil, Kim Chong Yong.
Mangsa, Kim Chong Yong, 53, yang juga Presiden Majlis Sukan Korea Selatan di Malaysia, dilihat kali terakhir bersama seorang lelaki di sebuah bar sekitar Desa Sri Hartamas, dekat sini, dan menurut anak perempuannya, mangsa ada membuat panggilan pada hari dia dilaporkan hilang untuk bertanyakan keselamatan semua ahli keluarga.
Berdasarkan petunjuk baru itu, polis menjalankan gerakan mencari di lokasi mangsa dipercayai dibuang bermula dari Batu 14 hingga Batu 25, Jalan Gombak-Bentong berhampiran Kampung Sungai Rumput, di sini kira-kira jam 7.30 pagi hingga lewat petang semalam.
Sumber polis berkata, ahli perniagaan yang sudah lebih 20 tahun menetap di negara ini dipercayai menjadi mangsa bunuh kenalan senegaranya dan hasil siasatan terhadap isyarat telefon bimbit suspek pada tarikh mangsa dilaporkan hilang, polis mengesan lelaki terbabit pernah berada di lokasi pencarian dilakukan. “Kita mula melakukan tinjauan di sekitar kawasan gaung ini semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) operasi mencari dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta dibantu Unit Komando 69 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dan Unit Anjing Pengesan (K9).
“Operasi mencari juga disertai seorang wakil Kedutaan Besar Korea Selatan di Malaysia, namun hingga lewat petang, mangsa gagal ditemui dan operasi turut terganggu ekoran hujan lebat serta keadaan cuaca gelap,” katanya.
Awal bulan lalu, media melaporkan keluarga Kim merayu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangannya supaya tampil membantu dan pelbagai usaha mencari mangsa termasuk menyebar gambar serta risalah turut dilakukan.
Selain itu, kereta Mercedes-Benz model CLS350 milik mangsa turut ditemui dengan satu daripada tayar rosak teruk yang tinggalkan di Kondominium One Ampang Avenue, Ampang, 1 November lalu.
Difahamkan, laporan polis berhubung kehilangan mangsa dibuat pengurus syarikatnya pada hari keretanya ditemui, manakala anak perempuannya pula membuat laporan sama pada 5 November di Balai Polis Travers, di sini, sebaik tiba dari Britain.
No comments:
Post a Comment