Rampas arak, rokok seludup RM2 juta
RAMPAS...Azis (kiri) menunjukkan pelbagai jenis minuman keras yang dirampas dalam serbuan, baru-baru ini.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Azis Yacub berkata, dalam serbuan pertama, empat lelaki ditahan dan merampas minuman keras serta rokok putih disyaki belum lulus kastam dianggarkan bernilai RM245,489 membabitkan nilai cukai RM1.3 juta.
“Dalam operasi pada 9 Disember lalu, jam 11 pagi, sepasukan anggota KDRM membuat serbuan ke sebuah gudang di Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang kerana premis terbabit disyaki digunakan untuk menyimpan barang belum lulus kastam.
“Hasil serbuan, kami menemui dua kontena bermuatan minuman keras berjenama Kingfisher dan Bavaria serta rokok putih berjenama Cordon yang keseluruhan berjumlah 1,536 kotak minuman keras berserta 9,800 kartun rokok putih,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sementara itu, pihaknya menumpaskan satu lagi kegiatan sama di Balakong dalam tempoh beberapa jam selepas tangkapan pertama dibuat.
“Dalam serbuan jam 3.30 petang itu, kami merampas sebuah lori yang dipercayai bermuatan minuman keras untuk dihantar ke Pelabuhan Barat bagi tujuan eksport.
“Selepas intipan, kami mengekori suspek sehingga tiba di sebuah gudang dan menemui empat lori lagi termasuk lori yang dijejaki. Semua lori itu dipercayai digunakan untuk memindahkan barang belum lulus kastam. “Semua lori itu disita bersama barang yang belum lulus kastam bernilai RM92,193 dengan nilai cukai RM119,262 dan tiada tangkapan dibuat kerana suspek meloloskan diri melalui sebuah lubang selepas menyedari kehadiran anggota kami,” katanya.
Azis berkata, dalam tangkapan ketiga di Jalan Kurau, Pelabuhan Utara pula, seorang lelaki ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen kastam dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
Terjun tingkat tiga angkara hutang
Oleh Anas Hassan
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Menurut bapa yang mahu dikenali sebagai Liew, 69, anaknya sudah tiga kali meminjam dengan along apabila kali pertama membuat pinjaman RM10,000, manakala kali kedua, RM5,000 dan kali terakhir RM7,000.
“Selepas tidak mampu membayar balik hutang along terbabit, dia terjun dari tingkat tiga rumah, namun nasib menyebelahinya apabila hanya cedera ringan di tangan.
“Saya dan isteri yang kasihan dengannya membantu dia melangsaikan segala hutangnya dengan semua along terbabit,” katanya yang membuat aduan kepada Jabatan Pengaduan Awam MCA.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya sudah banyak menerima aduan berkaitan kes along dan kerap memberi amaran kepada orang ramai.
“Tahun lalu, kami menerima 302 kes dengan jumlah pinjaman RM29 juta manakala tahun ini, kami sudah menerima 409 aduan membabitkan jumlah pinjaman RM25 juta.
“Saya beri amaran kepada semua peminjam yang degil supaya bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dan jangan menyusahkan orang lain terutama keluarga,” katanya.
Menurutnya, terdapat peminjam yang menipu ahli keluarga mereka dengan merancang penculikan diri sendiri bagi membolehkan mereka meminta wang tebusan kepada ahli keluarga.
Kenalan wanita ugut sebar video
Menurut sumber, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang melayari Internet menerima satu mesej daripada seorang wanita yang ingin berkenalan dengannya.
Selepas membalas teguran berkenaan, wanita terbabit mencadangkan mereka berbual melalui telefon dan mangsa tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dengan ajakan itu.
“Wanita terbabit menghubunginya dan mereka berbual sebelum mangsa menyedari dirinya dirakam melalui video kamera laman sembang berkenaan dalam keadaan tidak sopan.
“Mangsa tersentak dan mengakhiri perbualan berkenaan yang berlangsung sejam,” katanya.
Difahamkan, selepas menamatkan perbualan itu, wanita terbabit mula mengganggu mangsa dengan menelefonnya berkali-kali jam 8 malam hingga 1 pagi keesokan harinya.
Bagaimanapun, mangsa tidak melayan setiap panggilan itu menyebabkan wanita terbabit menghantar SMS dan mengugut menyebarkan video kurang sopan dirakam untuk tatapan ahli keluarga serta rakan.
“Berkali-kali wanita terbabit menghantar SMS ugutan itu, malah bertindak melampau dengan menghantarnya kepada ahli keluarga serta rakan mangsa,” katanya.
Tangisan bayi atas gelongsor
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
ekhwan@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 2 petang, remaja berusia 17 tahun itu mencari punca suara tangisan itu sebelum menjumpai bayi perempuan berpakaian lengkap ditinggalkan di atas gelongsor.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kasihan melihat bayi malang itu, remaja berkenaan mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di rumah, keluarga remaja berkenaan terkejut dengan penemuan itu, tetapi bersetuju menjaganya sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa hari ini (semalam).
“Polis yang menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu segera pergi ke rumah keluarga remaja berkenaan.
“Sebaik tiba, polis menemui bayi perempuan cukup sifat dijaga keluarga berkenaan dan percaya bayi itu ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui,” katanya.
Beliau berkata, bayi terbabit dikejarkan ke Hospital Kajang (HK) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang lemah.
Menurutnya, pihak hospital tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan seminggu lalu sebelum ditemui.
“Bayi itu ditempatkan di hospital buat sementara waktu sehingga keadaannya disahkan sihat secukupnya sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ab Rashid berkata, setakat ini polis masih menyiasat siapa ibu bapa bayi malang itu selain mengumpul bukti dari orang ramai yang melihat kelibat individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan beberapa jam sebelum bayi itu ditemui.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.
Campak tepi jalan lepas gagal perkosa
Wanita terbabit yang bimbang dicederakan menaiki kenderaan itu sebelum dibawa lari.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri berhampiran Pandan Indah, di sini, baru saja meletakkan kenderaan sebelum dihampiri sebuah kenderaan lain.
“Mangsa terkejut sebaik seorang lelaki turun dan mengacukan pisau” katanya.
Menurutnya, mangsa dipercayai mahu dibawa ke kawasan lain.
“Suspek cuba merogol mangsa di dalam kenderaan berkenaan namun mangsa meronta-ronta dan menjerit ketakutan.
“Suspek menumbuk dan menampar mukanya serta memberi amaran supaya berdiam sekiranya tidak mahu dicederakan dan dirogol,” katanya.
Beliau berkata, beberapa jam kemudian suspek memberhentikan kereta dan mencampak mangsa di kawasan Taman Melawati, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment