Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk
BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.
Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.
"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.
"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.
Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.
Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.
Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.
Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.
"Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata seorang pemuda, Fauzal, 20.
"Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert," tambahnya.
Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas ditahan selama 10 hari.
"Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu mengapa kami ditangkap," katanya.
Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.
"Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat," kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.
"Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia. - AFP
Judi talian kafe siber
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
rabiatul@hmetro.com.my
RAMPAS...anggota penguat kuasa MPSJ menyita komputer kafe siber terbabit.
Biarpun diberi amaran dan diarah tutup lebih tiga kali oleh polis dan Jabatan Penguat kuasa, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pengusaha terbabit berdegil dengan meneruskan aktiviti haram mereka.
Dalam operasi bersepadu bersama Unit D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Subang Jaya di Taman Pinggiran Putra, di sini, baru-baru ini, tiga kafe siber di Putra Walk yang menjalankan aktiviti perjudian haram diserbu dan menyita 110 set peralatan komputer.
Pengarah Penguat kuasa MPSJ, Ahmad Hasan, berkata semua premis terbabit disita mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pusat Siber MPSJ 2007 iaitu menjalankan perniagaan kafe siber tanpa lesen.
Beliau berkata, kesalahan itu boleh didenda maksimum RM1,000 dan dalam operasi itu, TNB menyita tiga meter elektrik di premis terbabit.
“Permintaan tinggi terhadap aktiviti perjudian secara dalam talian menyebabkan perniagaan itu beroperasi hingga kini walaupun beberapa kali disita.
“Berdasarkan aduan orang ramai, selain di Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, ada dua lagi premis menjalankan aktiviti sama di Jalan PP32 dan PP33, tetapi hasil serbuan mendapati premis itu kosong, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ahmad berkata, operasi bersepadu itu bertujuan mengelakkan pengusaha pusat perjudian haram terus menjalankan aktiviti perjudian, mengurangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja dan kaki judi yang sering berkunjung ke premis perjudian haram.
Menurutnya, pemantauan berterusan akan dijalankan polis dan penguat kuasa MPSJ bagi mengelakkan premis terbabit beroperasi semula selepas tindakan pemotongan bekalan elektrik diambil dan operasi sama dijalankan di kawasan Subang Jaya dan Puchong.
Ramai pilih bomoh
Beliau berkata, orang ramai lebih terdorong untuk merujuk bomoh bagi mendapatkan cinta walaupun menggunakan cara yang bertentangan Islam berbanding berdoa dan berserah kepada Tuhan.
Katanya, apabila mangsa tidak kuat untuk menghadapi gangguan terbabit, sihir itu lebih mudah terjadi apatah lagi jika kedua-dua pihak pernah mempunyai hubungan istimewa.
“Kes sihir seperti ini terjadi sejak sekian lama di kalangan masyarakat kita yang terlalu taksub dengan dukun. Orang yang menggunakan khidmat bomoh ini kebanyakannya menggunakan ilmu hitam kerana putus asa disebabkan doa mereka tidak dimakbulkan.
“Sepatutnya kita lihat balik ibadat wajib kita terutama solat, sempurna atau tidak. Kalau yang itupun tak cukup, jangan pertikaikan kenapa permintaan kita tidak ditunaikan, namun jangan pula memilih jalan tidak diredai iaitu sihir,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tuan Asmawi berkata, hanya solat mampu menjadi pendinding untuk mengelak terkena perbuatan sihir oleh pihak tertentu walaupun ia ilmu hitam yang paling kuat.
Usah percaya unsur kotor
Beliau berkata, dalam perubatan tradisional khususnya Islam, hanya kalimah al-Quran bahan paling mujarab untuk merawat mahupun menepis gangguan sihir selain air.
“Penggunaan najis mahupun unsur kotor lain sebagai bahan dalam amalan bomoh contohnya, ia melanggar akidah Islam serta tidak langsung boleh diterima pakai untuk mana-mana rawatan tradisional sebenar.
“Mungkin bahan itu berkait dengan makanan untuk makhluk halus mahupun jin yang dipuja,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut, berkata menggunakan dukun untuk memperoleh cinta tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya bakal mengundang lebih banyak masalah lain kelak.
“Kenapa perlu percaya pada dukun untuk memiliki cinta sedangkan kita diterapkan dengan kepercayaan bahawa jodoh itu di tangan Tuhan,” katanya.
Upah penari bogel di majlis kahwin anak
Zhang Cheng, dari Xuzhou di timur wilayah Jiangsu pada mulanya mahu mengupah sebuah kugiran membuat persembahan di majlis perkahwinan itu, tetapi telah dinasihati dia boleh mendapat ‘persembahan istimewa’ sekiranya mengupah dua orang ‘penghibur’ itu.
“Setelah menyaksikan persembahan itu, Zhang membuat keputusan ia sesuai untuk majlis perkahwinan anak lelakinya dan mengupah dua orang penari bogel itu,” kata laporan akhbar Global Times.
Tidak sampai lima minit, beratus-ratus penduduk kampung yang konservatif telah menyerbu untuk menyaksikan persembahan itu.
Zhang telah ditahan keesokan harinya tetapi tidak diberitahu atas dakwaan apa. - Reuters
Ketua Polis, Iskandar Hasan berkata, 65 pemuda yang menghadiri sebuah konsert Ahad lalu ditahan, lalu dibawa ke pusat tahanan di mana rambut ceracak ala ‘mohawk’ - yang melanggar tradisi Islam - dipotong, semalam.
Segala hiasan lain seperti tindik tubuh, rantai bentuk kolar anjing dan rantai panjang turut dirampas dan mereka dicampak ke dalam air untuk ‘dibersihkan’.
Mereka juga disuruh menukar pakaian ‘jelek’ dan diberikan berus gigi setiap seorang dengan arahan supaya mereka menggunakannya.
Setelah mendapat kuasa separa-autonomi daripada kerajaan Indonesia lima tahun lalu, Aceh telah mengharamkan semua yang diharamkan oleh Islam seperti alkohol, perjudian dan mewajibkan kaum wanita mengenakan tudung kepala.
No comments:
Post a Comment