Perompak nekad
Laporan dan foto AHMAD ISYAFIQ MAD DESA
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PERIKSA... anggota polis menyiasat kedai emas yang dirompak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.15 malam di Jalan Tengku Kelana, di sini, kelmarin, pemilik kedai emas itu dan tiga pekerjanya terkejut apabila empat perompak menceroboh premis berkenaan dengan pantas hingga tidak disedari orang awam yang berada berhampiran.
Suspek berjaya melarikan dua utas rantai, sepasang subang dan dua cincin emas daripada premis berkenaan sebelum menaiki kereta Proton Saga berwarna hitam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kerugian dialami pemilik itu dianggarkan RM10,000 dan polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati suspek adalah lelaki berumur antara 20 hingga 30 tahun dan masing-masing dua daripada suspek berbangsa India dan Melayu.
“Modus operandi suspek ialah menceroboh kedai dan memecahkan kotak kaca untuk mempamerkan barangan kemas dan melarikannya.
“Suspek dipercayai menggunakan dua bilah parang dan kapak serta tidak memakai topeng atau topi keledar untuk menyorokkan identiti mereka,” katanya kepada media di lokasi kejadian.
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
Sindiket tipu gelaran ‘Datuk’
Oleh MOHAMAD HUSSIN
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
Difahamkan, sindiket didalangi ‘orang kenamaan’ itu dikatakan licik memperdayakan mangsa.
Sindiket itu setakat ini memperdaya sekurang-kurangnya beberapa mangsa, termasuk seorang usahawan bergelar Datuk Seri membabitkan penipuan puluhan ribu ringgit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya menerima laporan mangsa yang mendakwa ditipu sindiket berkenaan untuk mendapatkan gelaran Datuk di negeri ini.
“Kita menyiasat sindiket ini yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan di Lembah Klang dan Kedah. Sindiket ini dipercayai bergiat aktif memperdaya mangsa sejak dua tiga bulan lalu.
“Setakat ini, seorang mangsa bergelar Datuk Seri menjadi mangsa sindiket berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Modus operandi mereka ialah menghampiri mangsa dan mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan golongan tertentu dan bersedia membantu mendapatkan gelaran berkenaan.
Selain berjanji mendapatkan gelaran Datuk, sindiket berkenaan dikatakan mendakwa boleh membantu mangsa mendapatkan tanah milik kerajaan dengan bayaran tertentu.
Mereka turut menggunakan nama beberapa agensi kerajaan untuk memperdayakan mangsa, selain memandu kenderaan mewah setiap kali mengadakan pertemuan.
Bagi memastikan mangsa mudah diperdaya, ahli sindiket dikatakan menyamar sebagai Datuk dan menggunakan pelbagai nama berbeza bagi mengelak dikesan.
Setakat ini, mangsa yang diperdayakan ahli sindiket itu membuat laporan polis. Berikutan itu, polis menjalankan gerakan memburu mereka disyaki terbabit.
Sehubungan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai yang pernah diperdaya atau ditipu sindiket itu supaya membuat laporan di balai polis bagi memudahkan siasatan.
Metro Ahad difahamkan, mangsa dijanjikan gelaran Datuk oleh ahli sindiket itu mengikut bayaran tertentu tetapi menghilangkan diri selepas menerima bayaran.
Pelancong Malaysia maut menyeberangi sungai di New Zealand
Polis Franz Josef dalam satu kenyataan semalam berkata, wanita berusia 20 tahun dari China dan rakan wanitanya berusia 23 tahun dari Malaysia adalah sebahagian daripada sekumpulan empat individu yang melalui laluan pejalan kaki di kawasan timbunan ais itu.
Kumpulan terbabit cuba menyeberangi Sungai Waiho kira-kira jam 9.30 malam (waktu New Zealand) tetapi kedua-dua wanita berkenaan dihanyutkan arus deras.
Dua lagi ahli kumpulan itu berjaya keluar dari sungai berkenaan sebelum meminta bantuan.
Sepasukan anggota keselamatan yang bergegas dengan helikopter menemui mayat dua wanita berkenaan di sungai itu, jam 1 pagi semalam.
Menurut agensi berita itu, tiada maklumat lanjut diperoleh sebelum waris mangsa dihubungi. — Bernama
Derita 3 gadis Filipina
Oleh ABD RAHMAN ADAM
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
Malah, semua gadis berusia 20-an itu tidak pernah merasa gaji lumayan yang dijanjikan ketika dibawa masuk ke negeri ini untuk bekerja di pusat hiburan di sebuah pusat komersial di sini.
Bagaimanapun, episod malang warga asing itu berakhir kelmarin apabila mereka diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu pusat hiburan itu selepas seorang rakan mereka berjaya memboloskan diri daripada cengkaman majikan tidak berhati perut itu.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang daripada wanita terbabit dikatakan memaklumkan sikap kejam majikannya kepada pelanggan.
Bagaimanapun, tindakannya diketahui pemilik pusat hiburan itu yang menghubungi beberapa rakan kongsinya dan memaklumkkan tindakan wanita itu.
Seorang rakan kongsi majikan wanita berkenaan dikatakan berang dan menampar mangsa selain cuba membaling sebuah kerusi ke arahnya, menyebabkan mangsa nekad melarikan diri daripada pusat hiburan sebelum ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.
Sumber polis berkata, berdasarkan laporan dan maklumat diberikan mangsa, sekumpulan anggota polis menyerbu pusat hiburan terbabit dan menemui dua wanita warga Filiphina di dalam sebuah bilik di situ, jam 3.30 petang semalam.
Difahamkan, sebelum ini, polis turut menerima laporan daripada seorang wanita warga Filiphina mendakwa majikannya bertindak kejam dengan mengurung mangsa selain tidak dibayar gaji serta diberi makanan.
Menurutnya, semua mangsa dipercayai bekerja di pusat hiburan berkenaan antara Mei dan September lalu itu akan diserahkan ke rumah perlindungan khas bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kes ini, termasuk mendapatkan maklumat lanjut daripada semua wanita yang diselamatkan,” katanya.

Wanita dikehendaki polis
Oleh NURASHIMA SUDIN
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah (JSJD), Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, polis meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Shahida Nurdiana Shahruddin, 21, beralamat terakhir di No 24 kampung Pandan Aman 1/4 Taman Aneka Jaya, Jalan Lapangan Terbang Kuantan, untuk tampil membantu pihak berkuasa mengesan wanita berkenaan.
Katanya, polis berusaha mencari wanita yang juga saksi penting kes itu di rumahnya di Temerloh serta Bentong, namun gagal.
“Dia dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen 3 pada 19 Disember ini jam 8.30 pagi untuk perbicaraan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kegagalannya hadir dalam perbicaraan akan mencacatkan pendakwaan, seterusnya tertuduh mungkin boleh dilepaskan mahkamah,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mengenali atau pernah melihat wanita itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09 5652222 sambungan 2048 atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan T Murugesu di talian 013 9755999 atau Sub Inspektor Zaitun Daud di talian 019 9846846.
Dendam tak padam
Andre Villas-Boas
Pengendali berbangsa Portugis itu semakin menyelar pengkritiknya sejak kemenangan Chelsea ke atas Valencia Selasa lalu yang menyaksikan pasukannya layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, seolah-olah mengikut jejak langkah rakan senegara dan bekas bos Blues, Jose Mourinho.
Villas-Boas, yang pernah menjadi kakitangan Mourinho di Stamford Bridge, berasakan kritikan yang dilemparkan terhadap Chelsea sengaja diapi-apikan oleh wartawan yang mengagumi pencapaian Manchester City, sekalipun pendahulu Liga Perdana Inggeris itu 10 mata di depan kelab barat London itu.
“Banyak perkara yang diperkatakan, kebanyakannya adalah tidak betul,” kata Villas-Boas, menjelang pertemuan Blues di gelanggang sendiri menentang City awal pagi Selasa ini.
“Satu hari saya akan buka pintu sesi latihan kepada anda semua buat beberapa hari dan anda akan lihat bagaimana pemain memiliki bakat dan keupayaan serta keinginan kuat untuk bersaing. Itulah yang kami lakukan ketika menerima kritikan melampau.” Beliau berkata: “Adalah adil sekiranya anda semua mengaku pasukan kesayangan media adalah yang memakai kolar biru muda dan bukannya Chelsea.
“Kami dikalahkan secara tidak adil beberapa kali dan secara adilnya oleh anda semua pada permulaannya. Ia satu hubungan cinta dan benci,” kata Villas-Boas yang berusia 34 tahun.
Namun Villas-Boas berasa lebih dibenci daripada disayangi minggu ini berikutan laporan pertelagahan di bilik persalinan antaranya dan beberapa pemainnya.
“Jika penyebar maklumat mereka menerima bayaran, dapatkan semula wang itu,” kata Villas-Boas, yang terpaksa mengetepikan Alex, Nicolas Anelka dan pemain tengah England, Frank Lampard daripada pasukan ketika menang ke atas Valencia Selasa lalu.
Ditanya jika beliau peduli jika disukai, Villas-Boas berkata: “Saya tidak kisah.” - AFP
Bekas inspektor serang keluarga sebelum bunuh diri
LONDON: Seorang anggota polis yang pernah memenangi anugerah, menyerang dan membunuh isterinya dan anak perempuan yang berusia enam tahun, beberapa hari selepas dibuang kerja.
Tobias Day 37 turut mencederakan dengan serius dua orang anak remajanya sebelum bertindak membunuh diri, menurut pegawai penyiasat.
Serangan ngeri yang berlaku di rumah berkembar itu mungkin berpunca daripada Day yang dibuang kerja oleh Polis Leicestershire kerana menyalah guna komputer.
Bekas inspektor itu, yang menurut ketua polis, sebagai seorang yang ‘tidak pernah mengambil cuti’ membunuh isterinya, Samantha, seorang guru sekolah rendah dan anak perempuan bungsu Genevieve. Dia turut menyerang Kimberley, 15 dan Adam 13, sebelum membunuh diri.
Dua remaja yang terselamat itu berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil di Pusat Perubatan Queen di Nottingham.
Day pernah dicalonkan untuk kenaikan pangkat. Tiga tahun lalu dia menyertai Maraton London sebagai mengenang seorang rakan sekerjanya yang mati ditikam.
Jiran dan rakan sekerja Day terperanjat dengan berita serangan itu kerana dia seorang anggota polis yang ‘dihormati’. - AP

Aktivis Palestin mati terkena kanister gas
BAITULMAQDIS: Seorang aktivis Palestin yang cedera parah akibat ditembak gas beracun oleh tentera Israel ketika menunjuk perasaan di Tebing Barat, meninggal dunia, semalam.
Mustafa Abelrazek al-Tamimi, 28, menyertai protes itu di Tebing Barat di penghadang Nabi Saleh, kira-kira 190 kilometer di utara Ramallah apabila dia ditembak dengan kanister gas di muka, menurut pegawai perubatan.
Dia mengalami kecederaan parah dan dihantar menggunakan helikopter ke hospital berdekatan Tel Aviv di Israel.
Jurucakap Hospital Beilinson di Petah Tikva, mengesahkan kematian Mustafa.
Seorang aktivis Israel veteran, Jonathan Pollak yang turut hadir di perhimpunan tunjuk perasaan itu berkata, Mustafa ditembak dari kenderaan yang bergerak dari jarak dekat.
“Dia ditembak dari jarak dekat, kira-kira 20 meter dengan senapang gas pemedih mata yang terkena tepat pada matanya,” katanya.
Katanya lagi, tiga orang lagi mengalami kecederaan di kepala ketika demonstrasi itu yang diadakan setiap minggu pada hari Jumaat sebagai memprotes penghadang yang dibina di situ.
Jurucakap ketenteraan Israel berkata, beratus-ratus warga Palestin mengambil bahagian dalam ‘demonstrasi haram’ dan membaling batu ke arah pengawal keselamatan yang cuba menyuraikan mereka.- AFP

1.8 tan air beradio aktif mengalir keluar dari loji nuklear Genkai
TOKYO: Kira-kira 1.8 tan air mengandungi bahan radio aktif mengalir keluar daripada sistem penyejukan loji nuklear membimbangkan lagi kerajaan Jepun.
Kebocoran itu yang ditemui semalam, akan memberi impak kepada alam semula jadi kerana sebelum ini ia berada dalam loji nuklear Genkai di Saga yang terletak di bahagian selatan Kyushu.
Pasukan pekerja masih cuba mengatasi krisis di loji nuklear Fukushisma nombor satu yang disebabkan oleh gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Mac lalu.
Pengendali loji Genkai, Kyushu Electric Power brkata, satu daripada pam air yang bersambung dengan reaktor nombor tiga dimatikan selepas penggera berbunyi menandakan suhu naik.
Namun, tiada amaran mengenai kebocoran dilaporkan oleh pengendali, waktu itu.
Air akan dibiarkan berada di pam dan kemudian diambil semula, menurut pegawai Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear.
Mereka tidak perlu melaporkan mengenai kebocoran itu tetapi Datuk Bandar bandar Genkai merasa bimbang dengan kejadian itu.
“Kebocoran itu sepatutnya dilaporkan,” kata Datuk Bandar Hideo Kishimoto. - AFP

No comments:
Post a Comment