Dipukul suami salah faham
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun menyapa seorang wanita bersama anaknya yang sedang membeli-belah untuk memperkenalkan pakej insurans dijualnya.
Menurut sumber, dia kemudian meminta wanita terbabit memberi peluang beberapa minit kepadanya untuk menerangkan mengenai insurans itu.
“Selepas beberapa minit berbincang, mangsa meminta wanita terbabit meninggalkan nombor telefon bimbit supaya mereka dapat berbincang lagi di lain kali selepas wanita itu berminat untuk menyertainya.
“Selepas memberikan nombornya, wanita terbabit terus beredar, namun kejadian itu disedari suami wanita itu yang menyangka mangsa cuba memikat isterinya,” katanya.
Perangai isteri tidak berubah
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
srul@hmetro.com.my
Dia berkata, Nursuhaila pernah berjanji menjadi isteri solehah dan meninggalkan perangai buruk termasuk suka berjudi apabila mendirikan rumah tangga dengannya.
Bagaimanapun katanya, isterinya tidak mengotakan janji itu, sebaliknya tidak melaksanakan tanggungjawab untuk melayan suami dan ingkar apabila disuruh tinggal bersama-samanya selepas berkahwin.
Jimmy berkata, demikian ketika menjawab soalan peguam syarie, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes kedua-dua permohonannya, semalam.
MOHD NOOR: Apa tabiat buruk yang dia janji akan tinggalkan?
JIMMY: Banyaklah... merokok dan yang paling kritikal berjudi.
MOHD NOOR: Dia berjudi di mana?
JIMMY: Di rumah.
MOHD NOOR: Dia berjudi dalam bentuk apa?
JIMMY: (Main) daun terup dan berjudi di Internet. Itu sebab masa bersama suami terhad. Itu sebab dia tidak mahu tinggal dengan saya sebab susah (untuk jalankan) aktiviti (berjudi). Di rumah saya, tiada kemudahan broadband (jalur lebar).
Jimmy seterusnya mendakwa, Nursuhaila menghilangkan diri bersama bekas kakak ipar dan teman baik untuk berjudi pada malam sambutan hari lahir bapa mentuanya itu pada 11 Oktober tahun lalu.
“Apabila dia balik, saya tanya dia, ‘berjudi lagi?’. Dia dengan besar hati mengaku.
“Saya tanya kenapa berjudi lagi. Dia jawab mahu hilangkan tekanan,” katanya.
Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di mahkamah ini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.
Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya dilaporkan tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas mereka bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Hasil perkahwinan singkat itu, Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, melahirkan bayi perempuan Zahra Rania yang kini berusia dua bulan.
Terdahulu, pengacara itu berkata, Nursuhaila mula ingkar perintahnya untuk tinggal bersama-sama di rumahnya sehari lepas mereka diijabkabulkan pada 2 Oktober 2010.
Dia berkata, ia menyebabkan mereka berkelahi sehingga ibu mentua terpaksa campur tangan dan meminta dia tidur bersama-sama di bilik Nursuhaila bagi menjaga air muka di depan saudara-mara.
Perbicaraan di hadapan Hakim Saharuddin Selamat bersambung pada 23 Februari dan 5 Mac tahun depan.
'Suara ayah kesakitan'
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga arwah isterinya di Kampung Bukit, Jalan Naka dengan menunggang motosikal sebelum ditahan seorang lelaki berusia 54 tahun dan anaknya berusia 25 tahun.
Mangsa dikatakan bertengkar dengan dua beranak terbabit sebelum kunci motosikalnya dirampas dan dipukul berulang-kali disebabkan cemburu buta menyebabkan mangsa berlari meminta pertolongan di kawasan berkenaan.
Menceritakan kejadian itu. Hasniza berkata dia menerima panggilan pada jam 11.12 pagi ketika berada di rumahnya di Simpang Makam Diraja Langgar dan mendengar suara bapanya meminta tolong dalam keadaan kesakitan menyebabkannya panik.
Menurutnya, lelaki itu mematikan telefon sebelum menghubungi semula kira-kira 30 minit kemudian sambil meminta mengambil bapanya di suatu tempat iaitu di kawasan kebun kelapa sawit.
“Saya memaklumkan kepada suami, Mohd Faizal Abdullah, 33, lalu mengajaknya ke lokasi kejadian, tetapi suami tidak membenarkan saya mengikutinya sebaliknya dia bergegas ke sana bersama adik, Mohd Hanif Hamdan, 21, dan sepupu.
“Sebaik tiba lokasi, adik saya menemui motosikal ayah, tetapi kelibatnya tidak nampak lalu terus mencarinya dan adik saya menemui ayah dalam longkang tidak berair sedalam kira-kira 0.5 meter dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” katanya, semalam.
Hasniza berkata, sepasukan anggota polis tiba dan membuat pemeriksaan sebelum bapanya dihantar ke HSB akibat cedera parah di kepala.
Katanya, bapanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sebelum meninggal dunia pada jam 2.25 pagi semalam.
“Kami kenal dengan suspek dan dia mungkin berdendam dengan ayah sebelum ini. Ayah tidak mempunyai musuh dan lebih suka melakukan kerja di rumah sejak kematian ibu kami, Fatimah Murad, dua tahun lalu,” katanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Baharom Abu berkata, pihaknya sudah menahan dua beranak itu bagi membantu siasatan.
Menurutnya, suspek dipercayai membawa mangsa ke kawasan kebun sawit dan memukulnya berkali-kali sebelum menghubungi anak perempuan mangsa untuk mengambil bapanya yang tidak sedarkan diri.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan bermotifkan cemburu apabila mangsa didakwa mempunyai hubungan dengan isteri suspek.
“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) selepas ditahan sejurus anak mangsa membuat laporan polis.
“Mangsa dipercayai dipukul dengan besi di kepala dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Kali ini lebih teruk
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
rabiatul@hmetro.com.my
MENDAP... hakisan tanah yang berlaku kesan daripada banjir kilat Selasa lalu membentuk lubang sedalam kira-kira dua meter.
Malah, mendapan kali ini lebih teruk daripada sebelumnya menyebabkan kerosakan pada rumah berhampiran dan membentuk lubang baru lebih besar.
Penduduk, Ahmad, 42, berkata, kejadian petang Selasa lalu berlaku dengan pantas, air naik mendadak dan deras sehingga menghakis tanah di kawasan berkenaan.
“Ketika air memenuhi kawasan ini, kami lihat pagar dibina mula roboh dan apabila surut beberapa jam kemudian, semuanya musnah.
“Dalam tempoh setahun, dua kali kejadian sama berlaku dan kami tidak pasti sama ada kawasan ini masih selamat diduduki. Malah, sejak kejadian April lalu, ramai pemilik rumah mula berpindah dan yang tinggal hanya penyewa,” katanya.
Peniaga, Aminah Amin, 50, berkata, penduduk mahu mengetahui tahap keselamatan struktur tanah di kawasan itu.
Katanya, sejak kejadian pertama, tiada penjelasan diberi dan apabila ia berulang diharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan perkara itu segera serta memberi maklumat tepat kepada penduduk.
Dalam kejadian 16 April lalu, saluran air bawah tanah yang menyalurkan air ke Sungai Bonus, pecah kerana tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak akibat hujan lebat.
Air deras turut membawa pasir bersama mengakibatkan jalan raya berhampiran mendap dan menghasilkan dua lubang besar sedalam dua meter. Manakala, dalam kejadian Selasa lalu, banjir kilat memusnahkan kawasan sama dan membentuk lubang dan mendapan lebih besar.
Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Datuk Ibrahim Komoo berkata, hujan lebat dan air deras boleh mengakibatkan hakisan, terutama di kawasan yang pernah mengalami mendapan.
Katanya, struktur tanah di kawasan terbabit mengalami pergerakan dan masih longgar atau bersifat belum padat. Apabila aliran air deras, ia menghakis struktur tanah sedia ada, sekali gus menyebabkan mendapan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan akan memberi kenyataan kemudian.
Hanya agama boleh bentuk sahsiah unggul
Lisa ialah seorang daripada sekumpulan remaja wanita yang dijadikan pemuas nafsu sekumpulan Mat Rempit sekitar bandar ini sejak berusia 15 tahun.
Dia yang keciciran sekolah mendakwa berasal daripada keluarga berada, tetapi tidak mendapat didikan agama sejak kecil menyebabkannya terjebak ke lembah noda.
Abdullah atau mesra digelar Ustaz Amin berkata, pengalaman lalu membuktikan hanya agama dapat membentuk sahsiah diri unggul seseorang.
“Pada 2009, ketika bertugas sebagai pensyarah di Moscow State University, Russia, saya dipilih menjadi panel satu pembentangan bersama pelajar di negara itu.
“Ditanya pandangan berkaitan akhlak remaja di sana, saya menjelaskan konsep perhubungan mereka agak keterlaluan dan terbuka lebih-lebih lagi apabila Russia sendiri satu masa dulu pernah mengharamkan agama,” katanya.
Menurutnya, sejurus mendengar penjelasan itu, secara spontan seorang lagi ahli panel bergelar profesor menjawab, Malaysia berbeza kerana mempunyai Islam dan Islam mengajar umatnya berkelakuan baik.
Katanya, ahli akademik dan bijak pandai luar yang tidak mempunyai latar belakang Islam turut bersetuju dengan kenyataan hanya agama mampu membimbing kelompok masyarakat ke arah yang lebih baik.
“Justeru, yang mengajak individu menjadi baik adalah agama kerana ajaran agama merangkumi segenap aspek dunia dan akhirat.
“Sekali gus ia berbeza dengan pengajaran moral yang hanya menitikberatkan soal keduniaan semata-mata,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan Lisa menguatkan semangat serta berusaha untuk berubah dengan mendapatkan didikan agama daripada individu berkaitan.
“Tidak perlu lagi terbabit dengan dunia penuh noda itu dan cuba untuk berubah walaupun sukar, pada masa sama ajaklah sekali anggota keluarga untuk berbuat kebaikan dan jangan jemu jika gagal kerana satu hari nanti, ia pasti berhasil,” katanya.
Suami cemburu isteri ke kolej
Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Emiriah Arab Bersatu.
“Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di kolej. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di kolej,” kata Ketua Polis, Mohammad Salauddin.
Rafiqul, 30 mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Mohammad.
Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.
Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Isterinya, Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat untuk meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.
“Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh mengguna tangan kiri,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.
Serangan itu adalah keganasan rumah tangga terbaru di Bangladesh yang mensasarkan wanita berpelajaran tinggi.
Jun lalu, seorang suami yang menganggur mencungkil mata isterinya, penolong profesor di Universiti Dhaka kerana berang dengan keputusannya untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti Kanada.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, kes berprofil tinggi terhadap wanita meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Selepas berkurangan selama lapan tahun berturut-turut, jumlah serangan asid meningkat pada 2010 walaupun ia masih tidak mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan 10 tahun lalu, menurut sebuh yayasan kebajikan persendirian, Yayasan Mangsa Serangan Asid. - AFP
‘Masak’ kucing kerana balas dendam
Gina Robins, 31, memasukkan haiwan berusia 10 minggu itu ke dalam ketuhar selepas pemiliknya membuat laporan polis terhadap teman lelakinya.
Gina yang berasal dari Tor- quay, barat daya England, didapati bersalah atas tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas dibicarakan bulan lalu.
Dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari tahun lalu ketika berada di rumah pemilik anak kucing itu, Sarah Knutton, beberapa hari selepas bekas sahabatnya itu membuat laporan polis membabitkan teman lelakinya di luar rumah yang sama.
Selain hukuman penjara, mahkamah juga mengenakan hukuman melarang Gina memelihara binatang untuk tempoh 10 tahun. - Agensi
Lelaki curi 860 seluar dalam wanita sepanjang 2 tahun
Petani, Geoffrey Wilde, 48, bapa lima anak, mencuri seluar dalam itu sepanjang tempoh dua tahun.
Mahkamah menjatuhkan hukuman melarang dia keluar waktu malam selama enam bulan ke atasnya kerana kesalahan itu.
Ketika dia ditangkap dan diarah menukar pakaiannya, polis mendapati dia memakai seluar dalam wanita biru.
Wilde yang ditahan selepas dilihat berkelakuan ganjil di jalan raya di Welshpool, mengaku dia memerlukan bantuan ketika disoalsiasat oleh polis.
Seorang pemilik rumah menelefon polis selepas melihat lelaki itu membawa lampu suluh dan tiga seluar dalam wanita. Sebahagian seluar dalam yang ditemui itu milik wanita tua. - Agensi
Budak selamat selepas dicampak bapa dari tingkat 10
Kanak-kanak itu jatuh di atas pokok renek di bawah bangunan itu, tempat dia ditemui menangis oleh anggota polis yang berkejar ke tempat kejadian.
Polis menahan bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 37 tahun atas tuduhan cuba melakukan pembunuhan.
Menurut media, lelaki itu, Shingo Hashimoto, berulang kali mengaku melakukan jenayah itu.
“Saya cuba membunuh anak saya. Saya cuba mencekiknya dan mencampakkannya ke bawah menerusi tingkap biliknya,” kata polis, memetik kata-kata lelaki itu.
Polis berkata, kanak-kanak berkenaan hanya mengalami calar sedikit di mukanya dan Hashimoto sendiri menelefon polis selepas kejadian.
Keluarga suspek memberitahu polis, dia baru-baru ini kelihatan tertekan kerana kerja.
Menurut media, Hashimoto berada bersendirian an bersama-sama anaknya ketika kejadian. - AFP
No comments:
Post a Comment