Sunday, December 11, 2011

BAGAIMANA DAUN MAS COTEK...APA2 PUN ALLAHLAH YANG MENYEMBUHKANNYA...BILA KEMEWAHAN DAN KEHEBATAN DUNIA TAK BOLEH MENGATASI KEHEBATANAAA@KEMEWAHAN DISYURGA

Berkhatan kerana rakannya ramai Melayu


WAI HOONG (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Jun Hau ketika dikhatankan oleh Dr. Shahrizal Azwan Samsudin di Shah Alam semalam. Turut kelihatan Wong, (dua dari kanan).


IKUT SAMA. Majlis berkhatan membabitkan 39 kanak-kanak anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) di Wisma Rozali di Shah Alam semalam menjadi istimewa apabila salah seorang daripada mereka ialah budak Cina berusia tujuh tahun.
Ng Jun Hau yang ditemani bapa, Ng Wai Hoong, 43, dan ibu, Pauline Wong, 37, tersenyum sepanjang tempoh berada dalam bilik berkhatan dengan dikendalikan oleh doktor Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
"Mula-mula saya rasa takut tetapi hari ini (semalam) rasa seronok," ujarnya.
Wai Hoong berkata, keluarga mereka bersetuju mengkhatankan Jun Hau kerana selama ini mereka sering bergaul bersama masyarakat Melayu dan membuatkan dia rasa teruja untuk melibatkan anak lelaki tunggalnya itu dalam majlis tersebut.
Katanya, selain faktor kebersihan, berkhatan juga sebenarnya baik untuk kesihatan.


Mati lemas ketika seberang sungai


MAYAT Mohd. Zulhilmi ditemui selepas terjatuh ke dalam Sungai Golok, Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG – Seorang pemuda ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Haiwan dekat sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 7.10 malam itu berlaku ketika Mohd. Zulhilmi Mahmood, 29, bersama seorang rakannya dipercayai cuba menyeberang sungai itu malangnya dia terjatuh dan dihanyutkan arus.
Bapa mangsa, Mahmood Jusoh, 56, berkata, kali terakhir dia berjumpa anak lelakinya itu kira-kira setengah jam sebelum kejadian ketika mangsa berada di rumahnya di Kampung Banggol Kulim di sini.
“Seorang rakan Mohd. Zulhilmi datang ke rumah memaklumkan perkara kejadian berkenaan kira-kira sejam selepas ia berlaku.


Ada pihak jual borang BR1M RM50


POLIS sedang memantau aktiviti penjualan borang BR1M dengan pesalah boleh didakwa atas cubaan menipu.


NIBONG TEBAL – Di saat kesibukan orang ramai untuk memperoleh borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan RM500 yang diberikan oleh kerajaan bermula semalam, rupa-rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang tersebut pada harga RM50 setiap satu.
Perbuatan itu didedahkan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan berkata, selain dijual, mereka juga mengenakan bayaran bagi mengisi borang berkenaan.
“Perbuatan menjual borang BR1M tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah percuma,” katanya di sini semalam.

Berjimat rawat penyakit kanser




KANGAR - Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Malah katanya, kajian tersebut yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta memberikan penawar kanser pada kos jauh lebih rendah.
"Ini penting kerana kos rawatan yang tinggi sekarang menjadi punca ramai pesakit berputus asa dan tidak bersemangat meneruskan hidup," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agrotekteknologi Kampus UniMAP Sungai Chuchoh dekat sini semalam.
Menurutnya, proses rawatan kanser dengan kos yang lebih rendah ini memberi makna yang besar memandangkan jumlah pesakit baharu kanser bertambah 40,000 orang setiap tahun.
Katanya, Majlis Kanser Nasional (Makna) mendapati 80 peratus daripada pesakit membabitkan kanser payu dara diikuti prostat, kanser tulang dan kanser darah.
Katanya, ramalan Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) pula menyebut menjelang tahun 2020, kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia, menggantikan penyakit jantung.
Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam menjayakan projek berkenaan, pihak universiti itu mendapatkan benih tumbuhan misai kucing dari Jabatan Hutan dan MARDI (Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian) sementara kemunting cina diperoleh dari seluruh negara.
Katanya, kajian itu diharap memberi harapan baharu kepada para pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan kesakitan di samping menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.


Fenomena gerhana bulan penuh


PEMANDANGAN gerhana bulan yang dirakam pada pukul 9.54 malam tadi di Johor Bahru.


KUALA LUMPUR - Fenomena gerhana bulan penuh yang bermula dari pukul 7.34 malam tadi telah menarik perhatian ramai termasuk kira-kira 3,000 pengunjung untuk bersama-sama menyaksikan kejadian itu di Planetarium Negara, di sini.
Ada yang telah berkumpul seawal pukul 6.30 petang untuk menyaksikan fenomena itu yang berlanjutan sehingga 1.30 pagi ini.
Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 20 teleskop untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan fenomena ini, namun kemunculan awan tebal di ruang udara ibu kota mengehadkan pandangan.
"Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh itu secara langsung, mereka boleh melihatnya menerusi laman sosial Facebook di Malaysia Lunar Eclipse,'' katanya.
Azreena memberitahu, fasa penumbra iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah boleh dilihat di sesetengah lokasi pada pukul 7.34 malam manakala kesan maksimum gerhana kelihatan mulai 10.32 malam.


Samun guna kapak


ANGGOTA polis melakukan siasatan di kedai emas yang dirompak empat lelaki yang bersenjatakan kapak dan parang di Jalan Tengku Kelana, Klang kelmarin.


KLANG - Biarpun berada di kawasan sibuk, sekumpulan penjenayah bersenjata kapak dan parang nekad merompak sebuah kedai emas dan melarikan pelbagai barangan kemas di Jalan Tengku Kelana di sini malam kelmarin.
Ketika kejadian pada pukul 8.15 malam itu, seorang daripada empat suspek yang berusia lingkungan 30-an memecahkan cermin pameran hadapan dan melarikan dua utas rantai, sepasang subang dan dua bentuk cincin emas bernilai RM10,000.
Semasa kejadian, premis-premis berhampiran kedai emas itu masih ramai pelanggan dan keadaan kawasan itu juga sibuk.
Difahamkan, perompak terbabit hanya sempat memecahkan cermin pameran di hadapan kedai emas itu kerana cermin pameran yang lain dipasang besi jeriji.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bersenjata sebilah kapak dan dua bilah parang itu tidak memakai topeng muka.
"Selepas mendapat barangan kemas, kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna hitam.
"Kita sedang meneliti rakaman kamera litar tutup (CCTV) yang dipasang dalam kedai berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.
Mohamad memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.


Mercedes berhias emas, delima untuk dijual


SEORANG model bergaya dalam kereta Red Gold Dream SLR yang dihiasi emas dan batu delima.


GENEVA, Switzerland - Seorang usahawan Switzerland, Ueli Anlicker mahu menjual sebuah kereta Mercedes-Benz SLR McLaren miliknya yang berhias emas dan delima pada harga AS$11 juta, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Kerja pengubahsuaian kereta unik itu yang dinamakan Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream, mengambil masa 30,000 jam dengan kos AS$4.3 juta.
Menurut Anlicker, dia menerima tawaran daripada beberapa pembeli dari Asia Barat dan China untuk kereta tersebut.
Kenderaan itu turut dihias dengan emas 14 karat dan 500 butir batu delima sekali gus menjadikan ia unik.
Setiap rim tayar kereta itu bersadur emas 24 karat, begitu juga kerangka lampu dan bahagian ambang pintu.
Kereta itu dijana enjin berkapasiti 5.4 liter yang diubah suai untuk menjana 999 kuasa kuda. Ia memiliki kelajuan lebih 336 kilometer sejam. - Agensi


13 maut pesawat terhempas di kawasan setinggan

DUA anggota bomba mengangkat atap zink di sebelah mayat-mayat yang ditemui.


MANILA, Filipina - Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk dua kanak-kanak maut manakala 20 lagi cedera apabila sebuah pesawat kargo terhempas dan mengenai sebuah sekolah di bandar Paranaque di sini semalam sejurus selepas berlepas, kata beberapa pegawai.
Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe berkata, pesawat dua enjin itu terbakar selepas ia mengenai bangunan Sekolah Rendah F. Serrano.
Menurutnya, ketika kejadian, bangunan tersebut kosong kerana cuti hujung minggu.
Seorang pegawai polis Inspektor Dennis Sirilan berkata, api merebak dengan cepat ke penempatan setinggan di sekeliling sekolah berkenaan.
Seorang lagi pegawai polis, Ketua Inspektor Enrique Sy berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang terbabit terkorban manakala mangsa yang lain terdiri daripada penduduk penempatan setinggan berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang anggota polis di sini Rogen Rodriguez berkata, dia bergegas pulang untuk membantu jiran-jirannya selepas mendapat berita kebakaran itu tanpa menyedari bahawa saudara perempuannya, Maricel Garado adalah antara yang terkorban.
"Dia baru keluar rumah untuk mencari anaknya. Sebahagian serpihan pesawat yang meletup itu mengenainya dan dia terbunuh," kata Rodriguez.
Seorang jurugambar AFP di lokasi kejadian memberitahu, kebakaran itu memusnahkan kawasan seluas 2,000 meter persegi di kawasan setinggan berkenaan.
Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Ramon Gutierrez memberitahu, juruterbang terbabit membuat panggilan kecemasan sebelum kejadian tetapi pesawat itu tidak sempat mendarat di sebuah lapangan terbang di sini.
Menurutnya, pesawat itu berpatah balik selepas berlepas untuk mengambil kargo di Pulau Mindoro.
Punca nahas masih disiasat.
- Agensi


Jatuh sakit selepas gigit testis biri-biri


SEORANG pengembala mengasi seekor biri-biri menggunakan giginya dalam program realiti Amerika Syarikat (AS), Dirty Jobs.


CHEYENNE, Amerika Syarikat (AS) - Dua gembala jatuh sakit selepas menggigit hingga putus testis (buah zakar) beberapa ekor biri-biri dalam satu acara mengasi haiwan ternakan di negeri Wyoming, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Mereka yang mengalami cirit-birit, muntah, perut memulas dan demam dimasukkan ke sebuah hospital tempatan baru-baru ini dan disahkan mengalami radang usus akibat jangkitan bakteria kampilobakter jejuni.
Jabatan Kesihatan Wyoming yang menyiasat kes tersebut mendapati jangkitan itu berpunca daripada perbuatan menggigit testis anak biri-biri yang mendedahkan mereka kepada kuman dan kotoran.
Seramai 12 pengembala mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang melibatkan mereka membuang ekor, menanda telinga 1,600 ekor anak biri-biri selain mengasi sejumlah anak biri-biri jantan.
Hanya dua gembala terbabit menggunakan gigitan untuk mengasi haiwan itu manakala rakan-rakan lain berbuat demikian dengan pisau tajam.
Beberapa pengembala tempatan memberitahu, perbuatan menggunakan mulut untuk mengasi anak biri-biri merupakan perkara biasa di Wyoming.
Mulut digunakan untuk mendapatkan cengkaman lebih baik sekali gus memastikan testis yang licin itu tidak bergerak sebelum ia dibuang. - Agensi

No comments:

Post a Comment