Wednesday, December 14, 2011

BANYAK DUITNYA...BOLEH JAMIN PINJAMAN 2.5 JUTA...TENTU HARTANYA LEBIH DARI ITU....LUMAYAN KERJA SEBAGAI PELAKON....BANK TENTU MEMBENARKAN MENJADI PENJAMIN DENGAN HARTA YANG BANYAK....JIKA TIDAK MANA BOLEH....

Jamin ‘hutang’ RM2.5j

Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Kamarulbaid dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

KESAL...Fizo (kanan) bersama Khairul Anwar  di pejabat SukaGuam, semalam.
KESAL...Fizo (kanan) bersama Khairul Anwar di pejabat SukaGuam, semalam.
KUALA LUMPUR: “Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.
“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

“Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.


Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.



Maut dalam bank

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat suspek.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat suspek.
AMPANG: Mungkinkah Geng Styer yang aktif sejak 1999 dan ditumpaskan polis beberapa tahun kemudian muncul semula apabila seorang lelaki bersenjatakan raifal sama merompak sebuah bank di Jalan Bunga Taman Muda, Pandan Indah, di sini, sebelum ditembak mati seorang pengawal keselamatan bank berkenaan, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3.18 petang itu, seorang lelaki berusia 30-an yang bersenjatakan raifal styer meluru masuk ke dalam bank berkenaan sebelum cuba melarikan wang tunai RM253,000.

Difahamkan, lelaki itu masuk seorang diri di dalam bank manakala rakannya menunggu di luar bank dengan menunggang sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek yang memakai pakaian hitam dan topi keledar masuk ke dalam bank berkenaan sebelum mengugut 20 pelanggan dengan mengacukan raifal styer supaya mendiamkan diri.

“Suspek melompat ke dalam kaunter dan mengugut 12 kakitangan supaya memasukkan wang tunai ke dalam beg galas dibawanya sambil mengacukan senjata.

“Selepas memperoleh wang, suspek cuba melarikan diri, namun ditembak pengawal keselamatan bank berkenaan yang bersembunyi di belakang kaunter dari jarak kira-kira 50 meter,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, pengawal keselamatan berkenaan ketika itu bersembunyi dan tidak dapat dikesan suspek.

“Kami akan membuat siasatan terperinci dengan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan dan menyiasat situasi kejadian,” katanya.


Tumpas lepas 12 tahun edar dadah

KUALA LUMPUR: Kelicikan seorang lelaki menjalankan kegiatan pengedaran dadah di Brickfields hingga dapat mengelak daripada ditangkap selama 12 tahun berakhir apabila ditahan bersama tiga rakannya dalam serbuan, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, lelaki berumur 30 tahun itu yang juga terbabit penyalahgunaan dadah tidak pernah ditahan sepanjang penglibatannya dalam jenayah itu.

Beliau berkata, hasil maklumat orang ramai sepasukan polis menyerbu sebuah stor di tingkat bawah sebuah bangunan di Jalan Bukit Pantai, di sini, dan menahan lelaki itu serta tiga rakannya.
“Lima bungkusan berisi daun kering dipercayai ganja seberat 587 gram bernilai RM1,200 dirampas,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata, lelaki itu serta tiga rakannya berumur 23 hingga 27 tahun yang juga pekerja syarikat pengurusan bangunan itu didapati positif dadah selepas ujian air kencing.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, taktik seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun menyimpan dadah dalam kotak makanan segera terbongkar selepas polis menahannya sebelum menemui dua bungkusan lut sinar mengandungi ketamine seberat 2020 gram berharga RM120,000 di hadapan sebuah salun kecantikan, di Desa Sri Hartamas, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada jam 4.10 petang itu, sepasukan polis yang bertindak atas maklumat orang awam terserempak suspek di kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan dipercayai menunggu pelanggan sambil memegang kotak terbabit.

Menyedari kehadiran polis, suspek ketakutan sebelum cuba melarikan diri.


Siasat buang kuku RM251



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan akan menyiasat dengan terperinci aduan berhubung sebuah klinik yang mengenakan bayaran RM251 kepada seorang pesakit yang mendapatkan rawatan membuang kuku rosak.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam berkata, KKM akan menghubungi pengadu dan klinik terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Seorang wanita dilaporkan dikenakan caj RM251 hanya untuk menerima rawatan membuang kuku rosak dan pembersihan yang memakan masa 15 minit di sebuah klinik swasta di Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Dr Hasan, KKM menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan Peraturan-Peraturannya sejak 1 Mei 2006 yang turut memperuntukkan kuasa menteri untuk mengawal fi yang dikenakan.

Katanya, setiap pemegang perakuan pendaftaran bagi klinik swasta perlu mengambil langkah munasabah bagi memastikan pesakit diberikan maklumat yang mencukupi termasuk tatacara yang dicadangkan dan anggaran kos yang dikenakan.


Mati bas rempuh lori



SLIM RIVER: Tragedi ngeri hampir meragut puluhan nyawa apabila sebuah bas ekspres dipandu laju dalam hujan lebat merempuh sebuah kereta sebelum melanggar pula sebuah lori.
Dalam kejadian di Kilometer 367.3, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, dekat sini, jam 6 petang semalam, seorang pemandu lori terbunuh selepas dihempap kenderaannya yang terbalik sejurus dirempuh bas berkenaan.

Bas yang membawa 31 penumpang itu terlebih dulu melanggar sebuah Proton Waja dinaiki dua lelaki sebelum merempuh lori dipandu mangsa yang dikenali sebagai Vinawegamoorthi, 45, menyebabkan kenderaan berat itu terbalik.
Kemalangan dipercayai berpunca selepas lori membawa muatan rempah-ratus dari Kuala Lumpur menuju Ipoh itu hilang kawalan selepas tayar depan kirinya pecah.

Kelindan lori berkenaan berusia 60-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, lori itu dipandu perlahan oleh rakannya berikutan hujan lebat.

“Tiba-tiba tayar depan kiri meletup mengakibatkan ia hilang kawalan dan terhuyung-hayang ke kiri dan kanan jalan.

“Mangsa mengawal kenderaan sebaik mungkin untuk cuba memberhentikannya di laluan kecemasan sebelum terbalik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Perak, Wan Azmi Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 6.15 petang.
Katanya, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Tapah dan Slim River bergegas ke tempat kejadian.


Kucing warisi harta RM39j



ROME: Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.
Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun.

Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.
Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. - Agensi .

No comments:

Post a Comment